Followers

Tuesday, March 23, 2010

Just a gift



Just complete few moment ago.....hehehe.....this is not for sale but a gift for my friend birthday. Actually I've forgot the date but I really remember her age will be increasing in Mac (same do I). However, I just wanna give her something, to thanks her for every bitter sweet that we have share together. She love blue colour, so, I custom made this bag for her.....:)...hope she will like it....

Sunday, March 21, 2010

'I Will Love My Owner'

This is Arisya's HP Pouch. 100% Complete, just waiting for delivery. She ask for something 'cantik'. So, I design this for her.....and I attached small flying heart. Therefore I named it as 'I will Love My Owner' HP Pouch. Hope she will love it too......

Saturday, March 20, 2010

Camera Pouch with 'ulat bulu naik daun' motive

The original vs The new ...:)



This is camera pouch, made it for my new office-mate. Because this stuff is for man, I try my best to avoid using flowery or girlish fabric. I choose a very gray cotton fabric. How ever I put a little applique as decoration. I name it as 'ulat bulu naik daun' motive....:)....hahahaha...Every time he going to use his camera, he will remember my warning....'jangan selalu naik daun erk...'...

Friday, March 19, 2010

100% complete-notebook sleeve


After few consideration, the design of Dr. Asfahani's notebook sleeve has been changed. So, the notebook sleeve looks more simple but still cute for her usage.....hmm....she's cute too....especially when she try to convinced people...:)...This is already 100% complete, so, I will start with new project soon....

Monday, March 15, 2010

Notebook sleeve


This project also almost completed.....around 90% progress.....:)
Dr. Asfahani is actually my course-mate in UiTM...she is very funny and cute......She ask for a simple notebook sleeve with her name on the top of it. I tried to make it simple as I can....and the result is as what u can see....too simple isn't???

my 'little puppy' project

At last my 'little puppy' project is done. hehehe......And now working on Dr. Asfahani' notebook sleeve.

Tuesday, March 2, 2010

Lagi sejenak kisah Syafia...Norhanim oh! Norhanim

Ibu Syafia kesal, ingin mulakan kehidupan baru

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


SITI NURHANIM bersama ibunya Azizah Udin (kiri) ditenangkan Shahrizat dalam lawatannya ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh, semalam.

Nurhanim rayu bantuan JKM, sertai program pemulihan

SUNGAI BULOH: Ibu Syafia Humairah Sahari, 3, kanak-kanak yang mati didera, Nurhanim Aziz, 25, merayu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar beliau dan dua lagi anaknya ditempatkan di rumah kebajikan untuk menjalani pemulihan, kaunseling dan perlindungan bagi memulakan hidup baru selepas trauma dengan kejadian menimpa anak perempuannya.

"Saya sudah banyak melakukan kesilapan, kalau boleh saya nak minta bantuan JKM. Ambillah saya, jagalah saya dan anak-anak saya... saya minta tolong, bantulah saya," katanya sambil menangis ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, di sini, semalam. Katanya, beliau tidak sanggup lagi hidup menderita kerana terpaksa berdepan satu demi satu cabaran dalam hidup bermula dengan penahanan suaminya, Sahari Usol, 33, di Penjara Sungai Buloh sejak 2006 kerana kesalahan jenayah sebelum kehilangan anak tersayang.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Nurhanim berkata, selepas suami dipenjarakan, beliau yang sebelum itu suri rumah sepenuh masa terpaksa bekerja sebagai promoter pusat membeli belah di ibu negara bagi menyara anak-anak dan pada masa sama berdepan pandangan serong masyarakat kerana bersuamikan banduan.

"Saya masih muda... suami saya sudah lama ditahan (di penjara) menyebabkan saya hidup menderita. (Kemudian) Teman lelaki (suspek) hadir dalam hidup untuk membantu dan menjaga saya sehingga kami merancang untuk berkahwin tetapi suami tak nak melepaskan saya.

"Pada masa itu saya tidak tahu pada siapa nak mengadu dan meminta tolong, sekarang (kematian anak akibat didera) banyak pihak menyalahkan saya sedangkan ketika menderita tiada siapa yang ambil tahu," katanya sambil mengaku serik untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup.

Nurhanim berkata, sejak berkenalan dengan suspek, lelaki itu menunjukkan sikap mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk Syafia Humairah dan sering kali membawanya keluar makan bersama serta membeli pakaian baru untuknya.

"Sebelum ini saya pernah melihat ada kesan luka dan lebam pada badan Syafia Humairah, tetapi bila saya tanya pada arwah, dia cuma kata terjatuh ketika bermain di luar rumah. Saya tidak menyangka sebenarnya perbuatan itu dilakukan oleh suspek.

"Saya sekarang sentiasa teringatkan Syafia Humairah... nak melelapkan mata pun nampak wajah arwah. Beberapa hari sebelum meninggal dunia, dia ada membuat permintaan supaya saya memakai tudung," katanya.

Nurhanim berkata, pada hari kejadian, beliau sedang bekerja dan menerima panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu Syafia Humairah meninggal dunia akibat terjatuh dari motosikal menyebabkannya terkejut dan bergegas ke HKKB.

"Tak sangka rupa-rupanya anak saya tidak terbabit dalam kemalangan, tetapi dipukul dan didera suspek sehingga meninggal dunia," katanya sambil menafikan laporan media sebelum ini yang mengatakan beliau mengandung empat bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah berita yang paling saya geram....dah la buat silap, ye la mengaku silapkan tapi nampak macam tak mengaku silap. Masih jua mengagungkan lelaki yang kononnya baiklah, menjaga....memberi makan dan pakai kononnya. Terus terang saya cakap, bagi saya Norhanim tidak peka langsung dengan keadaan anak dia. Memang jika anak kata luka kerana terjatuh atau apa sekali pun takkan tak boleh beza antara luka jatuh di jalan tar sekali pun dengan luka akibat cucuhan rokok misalnya. Lebam pula bila terlalu kerap ada mesti ada sebabnya, macam Nuriel, kalau lebam di tulang kering kakinya tu saya dah tahu ni mesti kes nak cepat naik kereta dan kaki tersadung dibahagian bawah pintu kereta.

Masyarakat tak tahu tentang penderitaan yang dihadapinya. Memanglah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tak siapa dapat rasa apa yang kita rasa melainkan orang yang sudah merasa. Mengambil kesempatan sempena lawatan Dato' Sharizat misalnya untuk meminta bantuan misalnya.... kesempatan itu patutnya dah lama dulu, walau bukan dengan beliau sendiri tapi banyak lagi NGO dan badan yang boleh mewakili beliau bagi menghulurkan bantuan. Andai kewangan jadi masalah maka mintalah bantuan JKM dan Pusat Urus Zakat misalnya. Norhanim seolah-olah cuba menutup kesilapannya, kesalahannya. Bukan pula saya harap dia meraung dan meratap atas kematian anaknya, menghantukkan kepala ke dinding contohnya kerana menangis airmata darah sekalipun takkan mengembalikan lagi Syafia Humairah. Mengakui kesilapan, kekhilafan dan bersedia dengan tohmahan, hadapilah segala hukuman. Dengan menyuruh JKM mengambilnya seolah-olah dia cuba mengelakkan diri dari dipersoalkan Jabatan Agama dan tindakan perundangan Islam yang perlu dia hadapi sepatutnya. Dan yang paling sedih, bukankah hanya dia yang harus menghadapi segalanya ini tanpa lelaki yang bernama kekasihnya itu dan anak-anak akan turut merasa tempiasnya dan mungkin memberi kesan terhadap emosi mereka. Kisah Syafia dan Norhanim hanya sekalumit dari masalah sosial di negara kita yang kian parah. Entah esok lusa, apa lagi yang akan terhidang dalam menu berita kita...