Followers

Friday, July 30, 2010

The picture of me?


Kess...kesss...kessss...... The pic of me? Ya, it's me..:).... With new 'tudung'. But the main motive of this pic is I'm wearing my Ruffle Button Brooch.....ghegheghe.....;p

Thursday, July 29, 2010

Delima wanita hari ini - Topik tergelincir


Cinta, apa itu cinta? Saya hari ini sekadar hendak berkongsi rasa. Jauh sikit dari topik fabrik atau Cik Nina atau gunting atau apa-apa yang sedaerah dengannya. Bukan hari ini saya membaca tentang satu artikel yang menarik hati saya, tetapi sms yang saya terima malam ini (berduyun banyaknya, tanpa saya perasan pada mulanya..) membuatkan saya teringat kembali apa yang saya telah baca di dalam majalah COSMOPOLITAN keluaran Julai 2010.

Tajuknya: Kerjaya jadi penghalang CINTA?. Okay, apa yang saya nak kongsi disini hanyalah tentang rasa, tentang pengamatan saya sahaja dan bukan sebarang maklumat yang berbentuk Ilmiah. Tetapi topiknya bukanlah tentang artikel tersebut cuma ada serba-sedikit yang berkaitan. Sebaliknya apa yang saya hendak kongsikan disini adalah tentang delima wanita hari ini, antara kerjaya, rumahtangga dan masa depan. Pertama sekali saya hanya nak menyentuh tentang CINTA. Saya pernah membaca tentang pengertian Cinta:

C-Cinta
I-Itu
N-Nikmat
T-Tetapi
A-Awas

Cinta itu nikmat, tetapi awas? Kenapa perlu awas?Jika dirujuk pada kamus, cinta beerti menaruh kasih kepada sesuatu atau seseorang. Selalunya jika cinta pada sesama manusia ini kita boleh ertikan sebagai satu perasaan yang wujud antara 2 manusia dan dalam topik ini saya cuba merujuk kepada hubungan antara lelaki dan perempuan, mungkin sepasang kekasih atau boleh jadi sepasang suami isteri. Saya pernah membaca dulu, tapi saya sendiri lupa dimana, adakalanya perasaan cinta yang wujud itu hanyalah bersifat sementara, rasa berahi dalam hati yang kemudiannya akan diakhiri dengan kekesalan dalam hidup kerana kita memilih pasangan hidup yang salah. Oleh itu, bila kita rasa kita jatuh cinta, mencintai dan ingin dicintai, beri peluang pada diri sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kita betul-betul yakin dengan apa yang kita rasa. Itu hanya cadangan, bukan satu permintaan...(just joking...).

Okay, berbalik semula pada topik asal tentang kerjaya jadi penghalang cinta. Selalulah terjadi dalam hidup kita yang kita terpaksa korbankan masa bersama orang yang tersayang, terpaksa membatalkan janji temu, terpaksa memendekkan tarikh bercuti bersama keluarga atau mungkin terpaksa menunda hari balik kampung misalnya, hanya kerana terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya. Selalunya, dan dari dulu misalnya, kerjaya sinonim dengan lelaki. Bila lelaki mementingkan kerjaya hingga tanggungjawab menguruskan keluarga diserahkan bulat-bulat di bahu para isteri, tiada siapa yang berasa pelik. Sudah menjadi tanggungjawab sang suami untuk mencari nafkah demi menyara anak dan isteri. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, wanita atau sang isteri, lebih mementingkan kerjaya di pejabat, berbanding rumahtangga yang telah dibina. Sebenarnya, wanita pada hari ini terbeban dengan tanggungjawab yang tidak kurang besarnya. Cuba menjadi seorang isteri atau ibu yang baik, cuba untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan pada masa yang sama cuba untuk memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat. Adakalanya, desakan hidup dan peningkatan kos sara hidup yang membuatkan sang isteri perlu keluar bekerja dan sang suami haruslah memahami tanggungjawab sang isteri bila sang isteri cuba untuk turut serta dalam membangunkan ekonomi keluarga.

Adakalanya sebagai lelaki, sebagai suami yang merupakan nakhoda dalam rumahtangga, sememangnya mempunyai kuasa untuk menentukan dimana, bila dan bagaimana harus sang isteri ini berada. "Saya tak mahu tahu apa kerja yang perlu awak selesaikan, tapi yang pasti awak perlu balik tepat pukul 5 nanti!", atau begini nadanya, "kalau awak masih juga mementingkan kerja awak, manjakan sangat majikan awak, awak jangan menyesal kalau hubungan kita tamat". Tidakkah pernah terfikir oleh sang suami, sepertimana juga dirinya, bilamana sang isteri bekerja, maka sang isteri harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan? Atau setidak-tidaknya, tidakkah timbul simpati sang suami terhadap isteri yang terpaksa bertungkus-lumus bermati-matian untuk sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan pada masa yang sama harus memastikan keluarganya dalam keadaan terbela. Cuba sang suami letakkan dirinya di tempat sang isteri ini, bekerja dengan beban dan seribu satu masalah serta kerenah majikan, bergegas pulang ke rumah cuba untuk memenuhi kehendak rumahtangga, memasak, mendidik anak-anak, mengemas dan melayan kehendak suami. Fikirkan. Tidakkah jauh disatu sudut hati itu seharusnya wujud perasaan belas?

Apa yang menarik perhatian saya tentang artikel tersebut adalah:

"Kami tak dapat berkomunikasi!" Itu mungkin sukar dan bahaya kerana hanya kamu yang menyokong karier si dia, sedangkan dia tidak pernah memahami tuntutan kerja kamu. Kawalnya dengan...... Buat sesuatu agar si dia memahami situasi kamu. Kongsikan serba sedikit tentang perjalan atau diari harian kamu di tempat kerja, seperti apa kamu dengar apa yang dilaluinya dipejabat. ......... Katakanlah si dia masih berkeras kepala, ada baiknya kamu berbincang dengannya mengenai status masa depan perhubungan kalian.

Ya, bukan mudah sebenarnya bagi sang isteri misalnya membuat keputusan dalam hidup mereka. Beban yang mereka tanggung adakalanya tidak mampu seorang suami untuk pikul. Bila berhadapan dengan situasi melibatkan kerjaya sang isteri akan mula berfikir untuk berhenti kerja (tetapi mampukah sang suami menyara keseluruhan ekonomi rumahtangga selepas itu?), atau mungkin mengambil jalan mudah dengan mencari kerja yang lebih bergaji murah dan kurang bebanan. Dan jika berjauhan? Apakah perlu meninggalkan kerjaya yang telah sekian lama dibina hanya untuk rumahtangga yang baru dibina. Aduh! Payah, memang payah. Adakalanya sang isteri perlukan tenaga super untuk berfikir tentang semua kemungkinan dalam hidup. Dan sang suami pula adakalanya hanya cuba menunjukkan belang, kuasa VETO yang ada dalam status lelaki mereka dan juga terlalu ego untuk bertoleransi tentang kerjaya sang isteri. Adakalanya sang suami masih meneruskan pemikiran purba yang kian lapuk, tempat isteri hanya di dapur (jadi apa perlu si isteri bekerja?), isteri perlu melayan suami tidak kira bila sahaja suami berkehendak, isteri kena ikut segala cakap suami tanpa sebarang bantahan, suami yang harus menentukan segalanya dalam hidup isteri, isteri tidak berhak langsung untuk menyuarakan pendapat atau nasihat, suami bila-bila masa sahaja menjandakan isterinya jika isterinya tidak mengikut kata?. Aduh, lelaki hari ini, berilmulah, buka mata hati, pandang dan renung sebaiknya apa itu tanggungjawab suami, dimana pula letaknya isteri.

Adakalanya saya rasa kasihan pada sang isteri yang sang suami tidak pernah cuba untuk memahami, tidak pernah cuba menyokong sang isteri dikala sang isteri benar-benar memerlukan. Kenapa perlu mengugut sang isteri untuk memberikan Tittle Lady J dan sebagainya jika sang isteri gagal untuk memenuhi kehendak sang suami yang adakalanya benar-benar memerlukan pertimbangan sewajarnya. Ketika sang isteri cuba untuk mempertahankan CINTA yang telah dibina atas rasa CINTA yang wujud antara mereka disatu ketika yang terlalu baru mahupun yang telah lama berlalu. Harusnya saya mengakui, pada hari ini terlalu ramai wujudnya lelaki pra-matang yang lahir di zaman moden dan masih menjumudkan pemikiran mereka dengan kuasa VETO yang kononnya hanya milik mereka secara mutlak. Dan ketika sang suami menjumudkan pemikirannya, sang isteri harus mula menimbangkan kembali apa yang sepatutnya. Bukan beerti disini, saya menggalakkan wujudnya lebih ramai Lady J yang sememangnya makin ramai pada hari ini, tetapi apakah erti rumahtangga andaikata tidak wujud langsung toleransi dalam perhubungan. Cubalah berkomunikasi, mencari penyelesaian terbaik, tetapi andai sang suami hanya memahami apa itu tanggungjawab sang isteri tanpa memperdulikan apa pula tanggungjawab sang suami, maka apakah harus sesuatu hubungan itu diteruskan? Tiada guna segala pengorbanan, tiada guna segala airmata, tiada guna segala kekesalan kerana itu semua tidak akan beerti jika hati lelakinya masih berkata, "akulah tuan kepada dirimu!".

* jumud - Sikap enggan berubah atau menerima pendapat orang lain ini merupakan sikap negatif yang merugikan diri sendiri. Sikap ini dalam bahasa Arab disebut jumud . Perkataan jumud berasal daripada perkataan” jamad” yang bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, jumud boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya ~ dirujuk dari internet.

Tuesday, July 27, 2010

Beg bekas air

Hmmmm....petang tadi sebelum maghrib, sempatlah saya menggodek-godek fabrik dan Cik Nina saya tu. Hmm......lepas maghrib saya sambung lagi....... then, tadaaaaa....siaplah....apa? Bekas untuk letak botol air Nuriel. Tak lah kemas sebab semuanya terkejut dan tergempar. Tak ada pattern apa-apa pun semua main belasah saja. Jadilah untuk Nuriel pakai sementara waktu. Nanti bila dah selesai semua masalah negara, dah selesai order semua, saya akan buatkan yang lainlah buat Nuriel.

Simple je saya buat bekas air Nuriel ni. Saya guna fabrik printted cotton yang ada gambar strwberry kecik-kecik (sesuailah kan untuk budak-budak). Saya gabungkan dengan 'polka dot' printted cotton jugak, warna merah menyala-nyala.......saya letakkan tali dan saya hiaskan dengan riben besar. Actually riben tu untuk saya adjustkan bukaan mulut bekas tu, samda untuk ketatkan bila botol tu dah dimasukkan. Nak elakkan dari terlucut keluar. Tapi yang sebenarnya, Botol ni betul-betul ngam-ngam je....jadi taklah longgar pun....:)



Hmmm...inilah bekas untuk botol air Nuriel. Saya letakkan nama Nuriel dan saya hiaskan dengan butang Stawberry juga....




Tengok-tengok....ini Nuriel yang punya......:)

Ok....tak ada penuntutan dari Nuriel buat masa ni lagi....boleh tengok order lain pula.....:)

Si-comot terakhir untuk bulan Julai....:)

Hmmmm...macam yang saya kata nak up-dated kan.....so, inilah 'my last si-comot the series' untuk bulan ini. Dah selesai, so lepas ini saya kena tumpu pada benda lain pula. Ada banyak lagi yang belum saya selesaikan ekoran daripada tak berapa sihat kebelakangan ni kan......(",)..???? Tak sihat? Nape erk? Hmmm.....banyaklah faktor sekeliling yang membuatkan saya tak sihat, sampai sekarang pun tak sihat juga tapi tak mahulah tangguhkan pesanan yang dah berderet ni......

Saya ada satu diapers bag yang belum selesai....untuk Nuriel pula saya dah janji nak buatkan bekas botol air Nuriel....hmmm....(hari-hari kena tuntut nih.......alahai....)... Ye...mama buat jap lagi erk.....

Hmmm.....layan je la gambar blur2 yang saya sempat snap nih.....nape ntah, akhir2 ni....snap pic je blur....blur je snap pic....ghegheghe



Tarraaa......siap....ni nak bungkus2 je nih.....pastu wat delivery..... (ala2 McD plak)


Si-comot perempuan dengan bunga di telinga



Dalamnya saya gunakan fabrik polka dot warna pink....tuannya nak sangat wana pink...:)

.

Monday, July 26, 2010

Will be next....


Nothing much to update actually, just my next Si-comot The Series is on the way to be complete.....gheghegheghe......:)

Saya terima bungkusan.....

Semalam saya terima satu bungkusan yang telah dijangka.....dari Sue (MyBotang), sebab Sue dah bagi tau kat dalam E-mail yang pengeposan sudah pun dibuat. Jadi saya tunggu sajalah....hehehehhe.....


Ni lah bungkusannya.....hehehehe...


Apa ada dalam bungkusan? waaaaa.....fabrik yang saya pesan dari Sue, yang Sue bawa terbang dari Japan....hehehhee....terima kasih ya Sue....:)

Sekali tgk Sue ada buat sale lagi.....Hmmmm.....cukuplah kot, banyak sangat shopping fabrik last month....buatnya tak sempat lagi pun.....

Sunday, July 25, 2010

Si-comot the series....updated.....

Okay....berbalik kepada aktiviti jahit menjahit ni, sekarang kira saya kena gigih menyiapkan tempahan....Terutamanya si-comot the series yang kian mendapat sambutan hangat di pasaran Petals Patch ni kan......hehehehhe

Jadi untuk mukadimah atau aktiviti warming-up setelah 2, 3 hari tak menjengah Cik Nina......berjayalah juga saya menyiapkan satu lagi si-comot Hp pouch ni.......ada lagi yang nak kena siapkan......supaya dapat teruskan dengan order yang lain-lain pula....... lepas ni boleh tumpu kepada sling bag pula... dan beg duit raya untuk kanak-kanak riang.....:).....isk3..dan hair clip...dan brooch......(isk3....medey, medey....)


Si-comot the series.....dalam pembikinan lagi...:)

Yang latest berjaya disiapkan tadi.....ghegheghe.....si-comot pejam mata....si comot ni ada jambul skit kat depan....:)....


Semua si-comot saya ala-ala sama tapi tak serupa.....ni namanya handmade pun.....bukan kilang, lain-lain la sikit.....

Okay, nantikan si-comot yang seterusnya....ghegheghe.......

Berita terkini, hiburan sensasi.....

Salam....

Hmm....dah lama rasanya tak meng- upload berita terkini, hiburan sensasi kat sinikan..... nape erk? Sebabnya hari Rabu hari haritu, kami (saya dan Nuriel) ke KL. Sepatutnya hanya saya ke sana untuk satu tujuan, tapi akhirnya lain pula jadinya....tak payah la cerita kisah sedih tu kan....hukhukhukhuk...... Jadi, dalam kesibukan kerja ni, saya luangkan sedikit masa saya bersama dengan Nuriel.


Tengok, merajuk la budak ni, bila TV tu tak boleh2 on lagi....huhuhu...


Dah dapat on TV sampai tak mahu2 tido pula....jenuh melayan la......:). Macam best je? Hmmmm....kami naik Bas Nice....executive coach....waaa....best....enjoy...n cepat...4 jam lebey skit dah sampai KL.....hmm..ada makan(roti je la tapi...)


Kat KL tido hotel....(tak do la pula sempat nak snap pic).... n ni Nuriel menikmati sarapan sebelum aktiviti menggodek kaki.....


Bawa la si manja saya ni jalan2 kat Aquaria.....nak tgk tapak sulaiman punya pasal.....


Isk3....kagum tgk ikan yang pelbagai....tapi yang ada kat mulut, mana tapak sulaiman???? (bayar 25 hinggit untuk dia.....35 hinggit untuk aku....tapak sulaiman yang sekor tu juga idamannya....)


Melawat Aisyah....hmmm...member kejap....gaduh kejap.....member balik....apa2 pun 2 kali la juga mandi bersama.....habis la sabun mandi n shampoo auntie dia di kerjakan dek budaj 2-2 org nih...:)


Malam sebelum balik makan kat Tupai2.....ni Nuriel tengah meragam.....masam je mukanya....

Sekian....berita terkini, hiburan sensasi.....

Tuesday, July 20, 2010

I'm away......

I'm away.......for 3 days, officially from 21st July till 23rd July 2010. Dream chaser is coming.....wait rrrrrr.....ghegehgehe...(trying to act happy, the fact is not). It's raining outside. Same do I.....:(

Monday, July 19, 2010

I love the different..:)

I love to be different. Therefore, I made this emergency pouch for my own used in totally different from others. The combination of fabric and accessories.....hmmm.... (jangan gelak haaahhh....). This fabric I bought at Pondokcraft during sales last month.....huh! I love 'the kelabu hasap' colour.......:).....betul tak Ayu???....Banyak2 fabric kat situ juga dia bertenggek erk..:)

Hehehehe...why I named it as my emergency pouch. Hahahaha...coz, it's really emergency done!!!


Tadaa......just complete last night...hahahaha (for my own used only haahhh....)


It's zipped



Big enough for me to carry my Handpone-s

Opss...blurrr....actually my innerfabric is black n white polka dot...:)

See...it is different isn't? Hahahaha...bak kata boss.....tak dak kat pasaran....ghegeheghe..(bosss....jangan baca na....)

Sunday, July 18, 2010

The brooch....for Miss Umie

Lalalalala.....nothing much yet.....brooch again....as being ordered by Miss Umie, different design for each fabric that has been choose...:)...Hopefully she will like it....

si-comot hp pouch in versi merah

Okay.....hari ini mendung saja.....seharian di rumah cuba memberi hiburan pada diri dengan mengadap cik Nina sepanjang hari. Tapi tak lah happy bangat juga....cuma terlupalah sebentar segala benda-benda yang tak penting yang mengganggu fikiran...:(....

Macam yang saya janjikan sebelum ini.....saya dah siapkan satu lagi si-comot. Jadi saya tempelkan saja kat sini....yang lain-lain tu mungkin hari lain baru siapkan......sebab malam ni dah nak tumpukan pada benda-benda yang lain. Kalau boleh biarlah banyak yang dapat saya siapkan minggu ini sebab minggu depan ada hal yang lebih penting untuk saya fikirkan......:(

Entah la....akhir-akhir ni banyak situasi yang akan buatkan saya rasa serba-salah. Dugaan barangkali........



Inilah si-comot-hp pouch dalam versi merah......



Fokus pada si comot di dalam frame tergantung dengan nama tuannya.....tapi dah ter-blur la pula.....nape ntah....snap pic pun dah tak best rini...hukhukhukhukhuk......

Okay.....dalamnya muat untuk 2 hp....seperti yang diminta oleh tuannya......


Tak siap sepenuhnya lagi sebenarnya.....ada touch-up sikit2....nantilah...hujung bulan baru nak diliver kat tuannya....nak kena bagi mandi lagi si comot ni.....hmmm.....

Okay......till we meet at the next entry.....:)

Saturday, July 17, 2010

Si-Comot is coming back

Until today.... nothing much to share. But, FYI... Si-Comot is coming back.....see......


Will be updating from time to time.....Insyaallah.......:).....

Tuesday, July 13, 2010

Bukan kraf....:(

Petang tadi hujan renyai-renyai, aku sibuk membincangkan urusan projek yang kini sedang rancak dilaksanakan di tapak melalui telefon. Sebelah tangan lagi memegang stereng kereta, hmmmm....dah memang kerjaya aku ni memerlukan aku sentiasa 'on the move'. Jadi tak ada masalah lah untuk memegang stereng dan menukar gear dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangan memegang roti santapan atau telefon atau botol air atau apa-apa yang berkaitan. Cumanya, petang ini panoramanya agak berbeza. Nun di sana aku nampak dia berkaca mata hitam bersama rakannya yang tak berkaca mata hitam. Berbaju putih dan kacak sekali. Di tangannya bendera merah! Dan bendera itu tegak sebaik sahaja nampak keretaku.......:

dia: hah! Naik kereta sambil cakap di hp.

aku: maaf cik, saya baru balik site ni. Tadi tengah cakap ngan kontraktor, ada masalah sekejap kat site...maaf cik.....

dia: itu lain cerita. Lesen ada?

aku: ada cik.

dia: minta lesen.

aku: ya, encik....(aku berpaling untuk mengambil beg di kerusi sebelah, alamak! mana beg????)

aku: maaf cik....beg ada kat belakang. Jap saya ambik....

dia: huh! Tak payah.... Lain kali pandu kereta jangan cakap kat HP....kan rugi kalau kena bayar saman.....

aku: ya encik...saya silap...lain kali tak buat lagi....minta maaf cik.....

dia: Hah, dah, cepat jalan.....

Fuhhhh...... Alhamdulillah....selamat aku.....kalau tak rini mau burn 0.5k.... kereta meragam...kena saman pula....hukhukhukhuk..... Wiraku sayang.....tak mo meragam-ragam lagi ye pas ni......sian kat kita tau...... Lepas ni, masihkah nak buat lagi....cakap di HP sambil memandu....hmm....kalau boleh tak buat la.....hukhukhuk.....(handsfree ada tak mo guna...bukan tak mo, tak sempat tadi sebenarnya....). Apa-apa pun hari ni memang tak best la.....:(.... hukhukhuk

Monday, July 12, 2010

......don't read!!

Nothing much to share....no crafting for today....not much work can be done.... just feeling so nostalgic....(if i could turn back time.....)


Saturday, July 10, 2010

Hair Clip and Brooch

Nothing much to do today....so, i"m doing some packaging. I do love all my craft, but some item should be let go to make sure new craft can be create. My item such as simply roses-hair clip, ruffle button-brooch, the yo-yo- hair clip and the big petals-hair clip will meet new owner soon.... hopefully they will take good care of them.

Not completed yet...see...:)...



Nuriel wearing 'the big petals-hair clip'. Really big on her isn't ??


And now trying 'the yo-yo-hair clip'


Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Sempena Hari Cuti Di Pulau Pinang.....

Semalam saya terima jemputan dari Cik Rinie untuk hadir ke satu majlis makan-makan katanya sempena perniagaan sulong yang bakal beroperasi. Setelah disiasat, rupanya majlis ini merangkumi harijadinya sekali. Hmmm......tak ada apa nak bawa sebagai buah tangan sebab bagitau pun saat-saat akhirkan.... Tapi sebab dah rasa macam tak best saja jika hadir tanpa apa-apa buah tangan, maka saya pun kipnap la 'simply roses - hair clip' yang sememangnya ada dalam simpanan saya untuk saya jadikan buah tangan. Harap 'birthday girl' tu sukalah kan....ghegheghe.

Hmmm...balik ke bab puteri saya yang sorang ni...macam biasalah kan....setelah nampak je baju baru tergantung terus nak rasmi. Jenuh juga la memujuk baru setuju yang petang nanti baru boleh pakai. Jadi petang itu dengan rasminya nuriel pun dengan jayanya mencuba 'dress' barunya....hehehehe.....bukan main lagi dia....


Adalah sempat snap sikit-sikit gambar dalam keterbatasan waktu tu.....

Nuriel sebelum pergi...dengan chomeynya mencuba dress baru....ghegheghe (saya rasa dia comey la....)


Hehehehe.....nuriel pun kipnap saya punya 'simply roses' tu satu.....hmmm....tapi tak pe....mmg ada niat nak buatkan satu untuk dia....


Okay....yang ini buah tangan kecil saya untuk Cik Rinie....(hahaha...sapa suh bagitau last minitkan.....kecik je la.....kalau bagitau awal2 sempat la belikan mesin jahit ke apa ke untuk jadi hadiah-betul sangat le tu...)


Hah.....ni la Cik Rinie kita yang dah mula mencomotkan dirinya melayan tetamu yang ramai.....suka dia.....(ceria sekarang ni...)


Nuriel dah jumpa kawan baru, namanya Alia.....:)


Hmmm...ramai juga lah tetamu walau katanya jemput 20 orang je(macam lebih je...)....Aisyah, Rini dan Kak Gee memberi senyuman ceria dikejauhan...ghegheghe

Okay....Seronok jugalah hari ini sebab dapat jumpa balik dengan 2, 3 orang kawan yang dah lama tak jumpa sebab dibatasi kesibukan kerjayakan. Kepada Rini....akak doakan kejayaanmu dan semoga segala urusan memulakan perniagaan ini berjalan dengan lancarnya...:)

Hmm....sebenarnya banyak yang belum lengkap kat kedai Cik Rinie kita ni. Stok baju belum masuk lagi. Tudung pun belum siap-siap digantung. Tapi mesin-mesin semua dah sedia. Yang kelakarnya....'papan tanda' pun tak pasang lagi....tapi buat juga kenduri ni....rupanya sebab birthday dia....."Happy Bestday" la adik akak yang sorang ni....:)

Tuesday, July 6, 2010

Award - Dari Kak Nanie

Waaaa......kak nanie bagi award lagi.....hehehe....terharunya saya....:)

Alamak! Kena jawab soalan juga ke kak nanie......hehehe bab soalan ni yang tak bape pandai ni....tapi tak pe, saya cuba erk....:):


*Write 5 interesting about facts about the person who gave you this award..

Kak nanie ni kreatif..
Pastu selalu share idea...
Tak lokek kongsi ilmu..
Saya happy tgk family kak nanie yang happy...
Suka jahit baju smocking yang mmg mengujakan saya (sebab saya tak pandai lagi kan....harap ada peluanglah nak upgrade macam kak nanie...)


*Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies

-seni ni mmg minat saya sejak dulukala lagi (cuma tak berpeluang nak beri tumpuan sepenuhnya)
-jahitan antara cabang seni yang saya cuba pelopori dengan penuh ketabahan dan kesabaran....
-menjahit akan selalu buat saya kurang stress....sebab saya suka (berbeza dengan kerjaya saya sekarang)
-selalu nak menjahit bila ada masa terluang sebab nak habiskan stok fabrik yang berlonggok tu....
-mmg sekarang saya pantang...pantang tgk yang cantik terutamanya fabrik....gatal je tangan nak membeli...
-teringin satu hari nak ada business sendiri....(teringin je la....angan pun tinggi)
-masih banyak ilmu yang kena timba.....tak pandai semuanya kan.....pelan2 menambahkan lagi ilmu kat dada...
-saya ni suka berblog-walking.....jejalan tgk blog org, terutamanya yang kreatif2 ni....yang seangkatan dengan saya dalam bidang fabric crafting.....
-kadang2 malu bila tgk blog sendiri sebab selalu merepek2 ntah hapa2......hahahaha
-kadang2 saya tak percaya dengan apa yang saya buat sebab saya sebelum ini hanya tahu apa itu batu-bata.....kehkehkehekeh.....

Okay....kak nanie....kena bagi2 kat orang len pula ke award nih? mana nak carik sepuluh.....hahahaha? Pening lalat sekejap.....hahahaha

Dress yang lazat????


Tadaaa....dah pun siap......nuriel pun belum cuba lagi.....(malam ni puteri saya beradu awal..). So, nanti gantung je kat situ, kita tengok esok pagi macam mana......rasanya benda pertama dia akan cuba adalah baju ni....tak banyak perubahan....just tambahkan butang saja....besar dan terbeliak butangnya......apa pun saya suka sangat bila warna pink digabungkan dengan brown dan putih.....apa yang saya nampak? Coklat yang lazat....hmmm....Jadi sebagai kesimpulannya, baju ini lazat? (macam tak sesuai je.....manis mungkin ya...hehehe)

Monday, July 5, 2010

Dress untuk Nuriel

'Malam ni terasa bosan je sebentar. Adakah kerana hari Isnin yang membuatkan aku bosan sehingga malam menjelang. Atau kerana handphone-ku tidak lagi berfungsi dengan stabil yang lebih menjurus kepada keperluan RM, RM, RM. Atau pun, aku sebenarnya terasa hati dengan satu kata-kata yang cukup membuatkan aku terasa jauh.'

Layan je la bosan saya ni.....maka saya pun layan juga Cik Nina saya walaupun terasa macam tak best je malam ni. Saya jahitkan baju untuk Nuriel. Tak siap lagi, butang pun tak dipasang lagi apatah lagi aksesori yang lain lagi....Baju ni klu dipakai Nuriel memang merendam je nampaknya....tapi tak apalah, mudah nanti klu si kecik saya ni nak bergaya dengan tudung....atau hanya bertocang atau bersanggul tahi ayam sahaja.......:)

Cadang nak letakkan butang putih.....hiaskan dengan sedikit reben kat bahagian depan tu.....bagi nampak macam gegirl lagilah.....(harapnya......tapi rasa macam kembang sangat la pula....terlebih kain ke apa...)

Sebab malam ini saya terasa bosan, saya nak selitkan sikit pic lucu yang sempat saya snap 2 hari sudah sewaktu dalam kereta. Samada dia tuan punya kereta sengaja atau terlupa, saya sendiri tak pasti. Layan.........zassssssssss

Apo tu???? hehehe...pampers siap dipakai bertenggek kat bonet kereta sewaktu hari hujan renyai di tengah2 kesesakan jalanraya...gehgheghe....;p

Saturday, July 3, 2010

Enjoying our weekend at Penang’s oldest surviving restaurants






Hameediyah, established in 1907 (a long-long time ago-this is the fact that I've read from an article). One of Penang’s oldest surviving restaurants. Its specialties include murtabak (with a choice of chicken, beef, mutton and vegetable fillings), chicken briyani and beef rendang. Nuriel really enjoy eating rice with fried chicken and 'papadom'. Okay....no more rambling.....please enjoy the moment captured....ghegheghe

Friday, July 2, 2010

Men's Toiletries Bag

Semasa dapat order dari Cik Yat untuk buatkan toiletries bag untuk dijadikan hadiah kepada 'kawan lelaki'nya......mmg agak pening lalat sekejap.....ye lah....kalau untuk perempuan, boleh juga kita buatkan yang comel2 atau pun yang fancy2. In bila namanya untuk lelaki.....hati ni agak was2 sikit...eh, macam ni boleh ke.....? Nanti nampak macam gegirl sangat tak? Hmmm......at last, inilah hasilnya......simple as I can........



No fancy or cute applique......sedikit patchwork yang dihiasi butang......Nama apa tu??? MAZWAN???? Siapa tu? Apa2 pun saya doakan Cik Yat kita berbahagialah.....;)

Bahagian dalamnya saya gunakan fabrik yang berbeza......tapi sekali gambar dah blur la pula.....(layan je lah kan...)

Hah.....sebagaimana yang saya janjikan dalam entry sebelum ni......inilah fabrik-fabrik yang saya beli dari Pondokcraft masa hari last sale dia.....kira penutup lah tu kan......cantik-cantik semuanya fabrik kat situ....rambang jugalah mata saya......hehehehe...(beli saja....buatnya entah bila lah pula...)