Followers

Friday, July 18, 2014

TQ Tag

Salam semua....

Sesekali menjengah ke blog, saya akan tersenyum sendirian. Untuk tahun 2014, baru satu post yang saya buat. Itu pun untuk bulan Julai.... Hmmmm...lamanya bercutikan. Apa boleh buat komplikasi mengandung tempohari benar2 membataskan segala....

Seorang teman pernah mengharapkan agar saya terus berkarya di Petals Patch. Ya....saya takkan pernah berhenti berkarya. Buktinya? Pasti akan saya buat apa yg terdaya walau hanya sekadar mengambil tempahan untuk TQ Tag.... ;)

**malah jika terlalu ingin berkarya tetapi tidak punya masa, hidangan keluarga pun bisa jadi karyanya....:)

Thursday, July 17, 2014

Hari ini 18 Julai 2014

Salam semua...

Fuh, fuh, fuh... Buang habuk dulu. Maklumlah dah lama tak jengah kan... Tadi pagi2 menjengah ke FB, begitu banyak komen tentang MH17. Mula2 saya ingatkan hanya cerita rekaan, sekali bila dihayati betul2 mmg kisah benar.

Seluruh negara kita masih terkesan dengan nahas sebelum ini. Tambah lagi satu nahas yang juga melibatkan penerbangan MAS. Semoga ahli keluarga kepada mangsa nahas dapat bertenang dan tabah dengan dugaan ini...

*tengok pula yang salah satu anak kapal tu org Penang. Dah dekat2 dengan Aidilfitri ni, mesti mak dia sedih sangat...

**dah lama tak online, tak update status, tak kongsi info sebab bz sangat uruskan si bam bam yang baru lahir....harap lepas ni boleh kembali aktif....;)