Followers

Sunday, October 31, 2010

Things to be up-dated soon.....

Okay...the weekend will be away in just few minutes. Nothing much can be done in a day time. Spending some time updating my blog, face-booking and blog-walking to do some online shopping and finished up some pending creation, soo many thing to be done since I'm coming back from KL.

Don't you remember the couple pillow I've made as a 'wedding give'? If not, please have a look here. Now, I'm started to produce more couple pillow for my gallery. Since the school holiday is just around the corner, many invitation to the wedding ceremony has reaching our postbox. If you are facing the problem on what you should bring along as a gift to the ceremony, please have a visit on my little gallery by end of this week. A lot of thing going to be up-dated. At a glance, here is some of the item will be up-dated:


The couple pillow- I named it as Midnight coz it really dark with a little red heart together with lace and tiny red button.


Place mat- The Green Day. It come in a set of four pieces. Can be used to add a custom touch to the kitchen.


As usual, little thing always make me happy. The parcel from Giffy has reach my door few days ago while i was in KL. It full of button and ribbon that I will use for my next project.


My Little Princess with her Mama's Little Girl Bottle Holder.


The princess with granny...at Grand Season entrance.


Till meet again. Happy 'Monday' everyone....:)

Saturday, October 30, 2010

Perhatian: Pencuri Maklumat Di Facebook anda??

Hmm...dah banyak hari dah up-dated blog. Ye lah, sejak dari entry yang bersemangat waja tu. Agak bersawang jugalah blog saya semenjak dari entry yang itu. Adakah saya memang benar tawar hati dan merajuk ingin pergi? Tidak......saya takkan tinggalkan dunia blog ini selagi saya mampu untuk terus berdiri dan berlari. Dan selagi ada izin dari Ilahi.

Merajuk tidak, apa pun tidak, jadi kemana pula saya pergi??? Saya ke Kuala Lumpur barang sehari dua untuk berkursus sebenarnya. Letihnya belum hilang lagi, tetap juga mengadap Cik Nina dan PC untuk up-date blog. OKay, sepanjang perjalanan tu, saya adalah jua masa yang terluang dan saya pun sudi-sudikan jua diri mengisi dengan membaca suratkhabar. Suratkhabar yang pendek tetapi tebal iaitu Harian Metro. Kisah tentang keluarga Sosilawati yang hendak menuntut RM40juta sebagai gantirugi, kisah tentang kemalangan bas berhampiran terowong Genting Sempah dan kisah tentang mayat wanita dalam beg pakaian. Tetapi ada satu berita ini yang memang menarik bebola mata saya. Tajuknya: Pencuri Identiti Facebook.

Kisahnya begini, Si Carolyn ini merupakan seorang aktress, model dan penyanyi dari London. Sewaktu masa dahulu pernah menyanyi bersama kumpulannya iaitu The 411. Sekarang lebih tertumpu sebagai penerbit dan dan penyampai di Radio serta televisyen. Pada satu hari, dia telah ditegur oleh seorang lelaki yang mendakwa dia cinta dan ingin bersama dengan Carolyn serta datang dari BELGIUM!!! Apa yang sebenarnya terjadi adalah, identiti Carolyn telah dicuri oleh seorang gadis lain dan penyamaran tersebut telah digunakan dengan jayanya untuk menggoda lelaki di seluruh dunia malah menjalinkan hubungan seks di talian??? Dan Si Jejaka Belgium yang benar-benar percaya menjalinkan hubungan cinta secara maya dengan Si Carolyn ini sanggup datang dan mencari beliau. Aduhh....macamana lah tak mencari, siap belikan rantai berlian lagi untuk perempuan yang dia cinta itu. Semua maklumat Carolyn digunakan termasuk maklumat peribadi, malah rakan-rakan Carolyn dan saudara mara pun turut terpedaya. Semua tembelang tersebut diketahui setelah penyisatan terperinci dibuat oleh Carolyn bersama teman lelakinya yang sebenar. Perempuan Si Penyamar tu pun mengaku yang dia merupakan peminat Carolyn dan membuka akaun di Facebook atas nama Carolyn sewaktu dia sedang bersedih. Hmm....La Usupadora betul la.

Ayat yang paling tidak tahan saya baca adalah ulasan Si Carolyn iaitu:

"...Kita harus berhati-hati apabila meletakkan gambar anak-anak dan kehidupan kita sendiri di Internet. Kita takkan tahu siapa yang memerhatikan kita'.

Sebenarnya itulah yang mula saya bimbangkan akhir-akhir ini. Saya sendiri bimbang jika orang tidak sepatutnya berjumpa saya di Internet. Saya masih ingat sewaktu saya masih belum menjadi blogger, saya pernah terbaca satu entry yang menceritakan bagaimana gambar anaknya di kipnap oleh seorang blogger yang lain dan digunakan untuk menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger yang lain. Siap menang lagi. Oh, tidak!! Saya tak rela anak saya dikipnap biarpun secara maya.

Seboleh-bolehnya, saya tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi saya dan anak seperti alamat rumah, nombor telefon atau pun sekolah samada di blog atau pun di Facebook. Bahaya betul!!!


Inilah rupa Si Carolyn yang saya kipnap dari internet.

Apa pun saya kesian jugalah Si Jejaka Belgium tu, dah la buang masa bercinta selama 17 bulan dengan Si La Usupadora tu, siap buat hubungan seks di talian lagi, sure bil telefon melambung-lambung kan. Dah tu belikan pula rantai berlian sebagai hadiah. Kekadang lelaki ni ada jugalah yang tak berapa cerdikkan? Tertipu macam tipah jua.... adehh.... Tapi klu tengokkan gambar Si Jejaka Belgium tu, boleh tahan kacaknya.....:)

Monday, October 25, 2010

Out Of Topic- Bangkit dari situasi yang buruk!Bina momentum bahagia dalam diri....



Dalam hati saya ni memanglah terkilan rasa, sedih, hilang semangat dan mungkin rasa penyakit 'M' mula melanda. Bila kita dalam situasi yang kurang baik selalunya kita akan mula menjemput lebih banyak kekecewaan dalam hidup seharian. Aura negatif yang terwujud dalam diri ketika situasi yang tidak baik itu akan mewujudkan perlakuan negatif sehingga adakalanya menyebabkan orang sekeliling mula menjauhi, memunculkan penyakit-penyakit yang bersifat negatif juga, terutamanya penyakit 'M' inilah.

Untuk perhatian semua, suasana negatif tu adakalanya sudah benar-benar sebati dengan hidup saya. Memanglah adakalanya saya memerlukan peralatan bantuan untuk menyahcaskan semua cas-cas negatif tersebut. Tetapi adakalanya saya akan menangani sendiri situasi ini. Alhamdulillah, setakat hari ini saya masih mampu mengawal keadaan.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memecahkan kitaran negatif yang mula bersarang dalam diri??? Saya akan buat sesuatu yang menggembirakan. Hmm...contohnya, mungkin saya akan pergi menikmati sepotong Chocolate Indulgence bersama cappuccino, atau mungkin berenang-renang ke tepian di dalam swimming pool, atau membuat rawatan urutan dan lulur di spa...:)

Insyaallah....saya selalunya akan bangkit semula dari situasi buruk. Biar seburuk mana, saya tetap akan bangkit, cuma akan mengambil masa sedikit. Tuhan tidak akan menduga sesuatu yang melebihi kemampuan kitakan? Itulah pegangan saya. Untuk membina momentum gembira dalam hidup, saya akan mulakan dengan sepasang kasut baru untuk saya, esok...??? Yeah....esok....hehehehehe.....

*cisss....baca tajuk, macam rencana. Rupa isinya hampeh saja......layan je la kan...:)

Sunday, October 24, 2010

SUPER OUT OF TOPIC- Hatiku luka berdarah....



Adeehhhh...luka berdarah hatiku hari ini. Bukan sekali, malah berkali-kali. Adakalanya saya benar-benar bertanya pada diri, bukan sekali malah berkali-kali. Adakah apa yang saya buat selama ini hanyalah satu yang sia-sia?

Saya ini hanyalah seorang manusia biasa yang semenjak lahir amat menyukai seni. Seni ini ada pelbagai. Seni musik, seni lukisan, seni tarian, seni ukir, seni rupa dan segala macam seni. Segalanya sukar diterjemahkan dalam bahasa dan dizahirkan menerusi sesuatu yang lain seperti lukisan, bahasa, irama.....

Sewaktu di Tabika, saya lebih gemar melukis daripada belajar mengeja nama sendiri. Saya sudah mula menzahirkan sesuatu yang indah menerusi lukisan, warna dan contengan. Saya paling suka melukis menggunakan pensil kerana adakalanya saya sendiri tidak yakin dengan apa yang saya buat. Tetapi ada yang memuji, saya mampu buat dengan baik. Tetapi lukisan itu semua akhirnya ke bakul sampah jua. Ketika di sekolah rendah, saya seorang yang sangat pasif, suka menyendiri dan tidak banyak bergaul. Jadi kebanyakan masa saya hanyalah dirumah, melukis atau menyusun keping-keping jubin membentuk ruang dan binaan. Malah saya masih ingat sewaktu kedua orang tua saya mengambil keputusan untuk membina rumah, saya ada mencadangkan pelan lantai yang saya buat sendiri. Sudah pastilah pelan yang saya sediakan itu tak sehebat mana, maklumlah idea daripada kanak-kanak berusia 9 atau 10 tahun ketika itu. Tapi yang pasti saya telah mula menggarap idea saya untuk saya berikan kepada orang.

Ketika saya di sekolah menengah, saya mula menonjol dikalangan rakan-rakan dan guru. Malah saya sudah mempunyai kumpulan saya sendiri yang mana saya mula mengetuai. Seni mula berkembang, saya terlibat dengan tarian, penulisan. Idea bercambah ke arah penulisan puisi, cerpen dan pernah jugalah teringat nak hasilkan Novel. Mimpi-mimpi indah sewaktu remaja. Sehinggalah saya menamatkan zaman persekolahan dan memilih untuk ke peringkat yang lebih tinggi, saya beria untuk menyertai 'art n design school' di UiTM. Bidang yang saya benar ingin mendalami adalah, FESYEN. Tetapi hajat tak kesampaian, keterpaksaan membuat saya memilih seni keras batu-bata ini sebagai aliran hidup saya sehingga kini.

Sewaktu melewati zaman remaja di Universiti, saya mula meninggalkan dunia penulisan. Saya lebih sibuk mentelaah apa itu pembinaan, apa itu penyelenggaraan dan segala yang berkaitan dengannya. Lalu adakalanya saya sendiri lupa untuk membentuk wajah melalui garisan, atau mewarna sehidup alam. Mujur juga ada subjek 'design', maka masih jugalah jari-jari keras ini kembali membentuk garis dan lukisan dalam bentuk yang lebih lurus dan kompleks.

Sebaik sahaja memijak kaki ke alam kerjaya, apa lagi yang saya mampu ada selain dari berada dalam aliran yang saya pilih walau dengan separuh hati. Saya teruskan jua, bertahun-tahun sehingga kini. Sehingga detik hari ini, saya masih di alam yang sama. Kerana suka atau tidak, itulah jalan yang telah saya pilih.

Blog ini misalnya, saya namakan 'U n Me become Us', bukan hanya sekadar suka-suka. Saya dan sesiapa yang mengikuti blog ini akan saling berkongsi, cerita, tips dan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini. Adakalanya saya berkongsi cerita mengenai permata hati saya, Nuriel Izzah, saya dan Nuriel, itulah kami. Cuma pada detik ini, saya mula mencuba di dalam satu lagi bidang yang saya kira sebagai seni. Seni fabrik, dimana saya menzahirkan sesuatu menerusi fabrik. Apa yang saya hasilkan, bukan hanya sebuah beg atau, pouch atau key chain atau sleeve atau sarung batal atau apa-apa sahaja tanpa apa-apa makna. Sebahagiannya saya jahitkan dengan penuh kasih sayang, mengikut detik hati saya dan mood saya. Jika anda benar-benar perhatikan, adakalanya hasil tangan saya ceria, dan ada kalanya sedih serta suram. Saya menjahit dari hati, memberi apa yang ada dalam jiwa saya kepada orang-orang yang ada disekeliling saya. Benar, saya masih baru di alam fabrik ini, penerokaan saya masih terhad dengan masa yang tidak mengizinkan ini. Saya berdikit-dikit menimba pengalaman untuk berada di tahap ini. Di mana saya berdiri pada hari ini adalah lebih kepada cinta yang ada dihati saya berbanding dengan keuntungan yang saya akan dapat. Tetapi saya tidak perlu kisah itu semua, kerana bagi saya, dunia fabrik ini mengajar saya untuk lebih bersabar, untuk lebih memperhalusi dalaman hati ini walau jari sendiri keras dan kematu akhirnya. Sebahagiannya saya berikan kepada orang-orang yang berada disekeliling saya secara percuma, kenapa??? Kerana bagi saya, saya mahu berkongsi cinta saya dengan sesiapa sahaja yang ada. Yang mampu ada di sekitar saya. Selagi mana ia tidak menyusahkan saya, selagi mana ia tidak menuntut sesuatu yang saya tidak mampu, saya akan masih jua memberi. Adakalanya saya memberi, adakalanya saya berkongsi dan adakalanya saya akan meminta kembali....adilkan? Itulah dunia yang saya pilih dan saya bahagia dengannya. Tetapi kenapa saya dikatakan membuat sesuatu yang hanya sia-sia dan merugikan????? Sedangkan saya benar-benar bahagia berada di dalamnya???

Aduuhhh pedih betul hati pada detik ini..........maaf ya semua, terover emo pula pada hari ini....huhuhuhu. Saya tak mampu menafikan ketika ini, saya benar-benar inginkan dia masih ada disisi....huhuhuhu....and I'm crying....:'(

Saturday, October 23, 2010

Make your own make-up pouch-HOW TO?

Make your own make-up pouch! How to???...

I've make one yesterday, for my own used. So, today,I'm going to share how to do your own make-up pouch. The basic item should be used for this project:

1) 2 piece of printed cotton fabric. You can use 2 different design of cotton if you want, or cotton linen for the exterior fabric. Size is up to you, but mine is 6" x 18".
2) 1 Piece of interfacing (stabilizer) at the same size of the fabric
3) Zipper. I'm using 6" size


That's all. The others accessories is up to your own choice and needed. How to? This is the way:

First of all, you need to iron the interfacing on your exterior fabric. If you want it to be harder and maintain the shape, you can use a thicker interfacing or apply on both fabric (internal and external).

Then you have to put together the fabric facing the right side at the inside and sewn around the fabric perimeter. Make sure you allowed an opening for fabric to be turned around. After finish, turn the fabric to the right side.


After turning, please iron you fabric.


Adjusted the location of zipper. Mine is 2" from the top and place the pin to hold location of the zipper.


At the same time, fold the bottom edge of the pouch into (please refer the next photo) at 1" of measurement. You can fold more than 1" if you using bigger size fabric. Place the pin to hold the shape.


Then, just sewn both of the side edge.

Turn the fabric through the zipper and it's done.....


Taddaaa....here it is, my new handmade make-up pouch. Easy way to make your own too. You can put a little accesories such as button or label. You may sewn a handle if needed.


The inside view. This is pocket less make-up pouch.


Opened for Q & A...:)

Hari Sabtu Saya....

Okay, semalam hari bersama keluarga. Hmmmm...macam bunyi 'Hari Bersama Pelanggan' pula. Tak ada apalah yang menarik sangat yang dibuat bersama. Seboleh-bolehnya cubalah nak elakkan nak buat aktiviti yang meletihkan budak yang baru baik demam tu. Tgk budak baru baik demam ni, rambut dah pendek ya...sebab masa demam tu kesian pula rasanya, panas, rimas, jadi potong bagi pendek, memudahkan pengudaraan..hehehehe


Paginya selepas selesaikan sedikit urusan sendiri, saya sempat singgah di KAMDAR. Ada fabrik yang saya carikkan untuk projek yang akan datang. Dalam pada tu, si budak yang baru baik demam tu ternampak la fabrik yang berlongkok kat dalam kotak SALE tu. Ada yang RM3/m, ada yang RM10/m. Beria dia nakkan fabrik kain renda nih. Harganya RM10/m dan tak sampai 1m pun. 0.8m je kot...nak buat kebaya katanya. Aiikk???? Anak dara saya dah pandai nak berkebaya pula??? Isk3....ikut gen sapalah yang suka melaram nih???


Tgh hari panas sangat, kat rumah tido dan buat sikit aktiviti bersama Cik Nina. Petangnya bawa Tok Timah shopping ikan untuk stok seminggu di Pulau Betong. Di sini, ikan memang segar dari laut. Selain dari ikan yang dinaikkan di jeti yang berhampiran, ada juga dijual ikan yang dinaikkan di jeti-jeti lain di sekitar Pulau Pinang. Berkenan pula saya tgk sotong tu dan beli 2 ekor, RM13.50....murah ke??? Murah le tu. Ikan cencaru sekati RM4.80? Murah ke? Murah le tu...hehehehe. Meh kita shopping ikan di sini.....


Malamnya bawa budak baru baik demam tu makan satay di Ah Basri. Sekali cuba cari juga laman web dia. Tak ada la... Layan je la 2,3 gambar yang sempat saya snap ni. Satay dia okay juga la, ala-ala macam satay kajang tetapi yang menariknya, macam-macam satay ada, udang, sotong, perut, rusa, arnab, kambing selain dari ayam dan daging yang biasa. Nasi set pun ada. Taklah mahal sangat, Satay Udang tu, secucuk RM3 je ye....


Besar sataynya, Nuriel makan 3 cucuk je...yang lainnya, mama, tok dan atok yang kena habiskan. Nasi himpit suka pula si budak comot ni, habis la sepinggan yang dikongsi ngan atoknya.


Ni kedainya, dulu di Sungai Ara, sekarang dah berpindah ke The Piazza, Bayan Baru. Besar dan selesa. Parking pun mudah.


Okay, apa pula ni? Cucuk sanggul? Hmm....seperti yang saya bagitahu sebelum ini, Tok saya baru sahaja meninggal dunia bulan lepas. Dalam banyak-banyak benda yang ditinggalkan oleh arwah, yang ini saja saya minta abah ambilkan untuk saya sebagai kenagan Tok. Hmmm....cucuk sanggul dan sehelai baju kebaya lama Tok. Entah kenapa saya berkenan benar dengan yang ini. Dan satu lagi keronsang. Entah la, kekadang barang lama macam ni saya suka simpan, macam ada nostalgia. Nanti saya selongkar album mama, tgk ada tak gambar Tok dengan kebaya lamanya tu...

Tapi cucuk sanggul tu saya tak reti guna la....dulu masa kecik-kecik, selalu tgk tok bersiap, dengan rambut palsu dililit-lilit, then letak sepit yang kecik dulu, baru cucuk sanggul ni. Lepas tu selitkan bunga melur, tempek bedak sejuk atau pun sapu bedak dalam bekas kuning yang ada gambar nyonya tu...pakai selendang. Hmmm.....masih terbau-bau je wangi bunga melur tu.....:)

Jika pada hari ini saya pakai fesyen yang sama, apa agaknya pandangan org kat saya kan??? hehehehe....

Tuesday, October 19, 2010

Ruffle Brooch lagi...

Hari ini, seharian saya dirumah sahaja. Melayan budak yang demam dan tak pergi sekolah serta tak ambik exam hari ni...:)

Saya pun sakit kepala sangat hari ini. Entah kenapa...mungkin sebab cuaca memang panas dan terik. Jadi kebanyakan masanya saya habiskan dengan berbaring temankan si Tuan Puteri sambil melayan movie. Dah tentu la pula pula tangan ni tak boleh nak duduk diam, sambil-sambil tu sempat jugalah keluarkan sedikit koleksi button yang saya buat beberapa hari sudah. Sambil menonton TV, sambil tangan membuat brooch.


Antara koleksi button yang saya cadang nak buat brooch


Antara ruffle button yang terhasil dalam keadaan kepala sakit yang teramat sangat.



Dan saya selitkan satu sebagai extra gift kepada Puan Huda. Harap dia sukalah.


Petangnya saya tak mampu nak teruskan pengkaryaan saya menghasilkan brooch. Rasa macam nak termuntah dan kepala sangatlah sakit. Saya berhenti sekejap, dan makan ubat serta terus layan tidur. Itulah, hasrat hati nak jaga si Tuan Puteri yang tak sihat, sekali dengan mamanya pun tak sihat.....maka kami salinglah melayan tidur di petang hari...hehehehe

Sunday, October 17, 2010

Nuriel' artwork

Yesterday was a very blessed Sunday. Me and Nuriel just stay at home and do some revision on few subject. Today, she will have an exam for B. Melayu and B. Arab . After the revision, as promised, we have a little fun with playing 'masak-masak' and color experiment. She really enjoy to play with all the color.


Nuriel trying her very best to produce an artwork


Yeahh....now using the finger


"Tadaaa......This is a tree mama....."....:)


Okay, back to my Giveaway Winner, Miss Nyl, I've received all your particular. There is a bonus gift for you too, a key holder. It also can be use as you pouch handle. I'm hoping you will like it.


'The flower is red'


As a handle to the pouch


As a key holder


Nuriel got fever and this week is an exam week. Wish her to get well soon, so she can do her best for the exam.

Saturday, October 16, 2010

Pada 16hb Oktober 2010

16hb semalam adalah Birthday Tok Timah iaitu bonda kepada diriku dan nenda kepada Nuriel. Disebabkan ayahanda yang bekerja jua pada tarikh tersebut dan bonda pun malu-malu kucing nak 'celebrate birthday' atas alasan dah tua, maka kami anak-beranak pun hanya pergi makan-makan semalam. Makan malam ditaja oleh ayahanda sepenuhnya.....(waa....syiok...).

Makan biasa-biasa je la. Tak ada apa yang istimewa sangat. Tak adalah kek dan segala bagai macam Nuriel hari itu. Dan suprise pun tak ada sebab dah bagi sekali masa birthday Nuriel iaitu basikal berkuasa super.

Disamping itu, saya pun sempat juga buat pembungkusan untuk Bekas Botol Air yang sama tapi tak berapa nak serupa ni. Satu lagi 'gift' di bulan Oktober ini bagi saya berkongsi sedikit kegembiraan bersama keluarga dan kawan-kawan. Semuanya ada empat, menggunakan fabrik yang sama dan saiz yang sama. Yang berbeza cuma applique nama tu saja dan butang yang saya gunakan untuk menghiaskan applique yang saya buat. 4 sebab yang ini saya nak berikan sebagai 'gift' kepada sepupu Nuriel, Amiera, Hana, Huda dan Hanis. Boleh buat bawa pegi sekolah ya lepas ini....:)



Dah siap sempat snap pic ini ja..... Pagi ini nak snap dah tak ada, bonda dah simpan dalam beg daaaa....


Sekitar makan-makan semalam


Alhamdulillah...kenyang.....

Sekali lagi- The winners Of 1st Petals Patch's Giveaway

Hari ini, hari Sabtu yang panas. Saya pun agak keletihan sebab panas. Tetapi sempat jugalah saya membuat pembungkusan untuk tujuan penghantaran. Ye lah, saya janji dengan pemenang Giveaway untuk membuat penghantaran pada minggu ini. Sebenarnya saya kalau boleh hendak tunggu semua pemenang menghantarkan butiran dan saya akan poskan sekali. Tetapi sehingga hari ini, hanya 2 sahaja yang menghantarkan butiran. Yang 2 lagi belum. Agaknya sibuk sangat atau mungkin juga terlupa. Oleh itu, saya ingin umumkan sekali lagi pemenangnya:

1) Pemenang 1st giveaway untuk Little Bunny Mini Tote bag - Mama Zarfan (butiran telah diberikan)

2) Pemenang 2nd Giveaway untuk Heavy Green Flex Pouch - Huda (belum ada butiran anda)

3) Pemenang giveaway MISTERI iaitu 'Dear My Friend-tote bag' - Momma Mia (Butiran telah diberikan)

4) Satu hadiah bonus iaitu 'Love on a stalk- Pouch' - Nyl (belum ada butiran anda)

Kepada yang telah mengemukakan butiran itu, semua pembungkusan telah dibuat. Pengeposan dah tentu pada pagi-pagi Isnin nanti saya buat. Kepada yang belum memberi butiran diminta supaya segera e-mailkan saya maklumat tu agar cepat-cepat saya dapat poskan.


Untuk Momma Mia, saya tambahkan sepasang Rose Petals Brooch daripada felt.


Dan untuk Mama Zarfan ni pula sepasang 'yo-yo Hair Clip'


Dah siap pun dibungkus termasuk gift tambahan, baru saya perasan. Alamak, Mama Zharfan ada baby boy, jadi hair clip tu kena bagi lah dekat anak-anak saudara ke, tak pun pakai untuk diri je la.....maaf ya...:)

Terima kasih ya sebab sudi join giveaway saya yang tak seberapa ini....:)

Satu lagi, perasan tak ada penambahan dekat blog ini. Saya tambahkan dengan Blog Button Petals Patch hasil tangan Acu di AcuRoseDAy Lil Art. Setelah beberapa siri perbincangan, maka berjayalah saya tempekkan blog button nih. Terima kasih ya Acu sebab tolong buatkan untuk saya. Harap lepas ni Acu tak serik nak berurusan dengan saya lagi ya...:)

Bila Nuriel Berkarya-mama kena bersara

Semalam saya dan Nuriel buat sedikit aktiviti. Ye lahkan...selalu mama dia saja menjahit, Nuriel pun cemburu dan berkeinginan hendak mencuba. Tambah pula dia selalu tengok di TVIQ tentang aktiviti kanak-kanak lain, ujikaji dan sebagainya. Maka kadang-kadang bila periuk belanga hilang atau dalam sinki terapung benda pelik-pelik, dah tentu tak lain tak bukan, hasil tangan si Nuriel Izzah inilah.

Apa yang kami buat semalam? Inilah kerjanya. Layan sajalah si Nuriel Izzah mengkaryakan dirinya hahahahaha.......:)

Apa yang penting, mama Nuriel dah tentu kena tutup kedai lepas ini, atau mewariskan saja Petals Patch kepada si Nuriel.


Hakikat yang sebenarnya, si Nuriel berjaya menggunting walau pun bengkang bengkok bulatannya.


Ini bulatan hasil kerja Nuriel


Dia berjaya melekatkan dengan gam


Dan dia cuba sedaya upaya menjahitkan....

Dah siap.....The 'buntang' cat-Felt keychain....

Hakikat yang sebenar-benarnya, mama dialah yang kena jahitkan semua bagi siap sebab Nuriel akhirnya mengalah kerana tak reti pegang jarum pun. Hahahaha.....jadi, mama Nuriel masih belum boleh wariskan Petals Patch kat Nuriel.

Out of Topic: Mama Nuriel memasak???

Okay, dah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Bukan sengaja hendak diamkan diri tetapi mungkin kesibukan saya membataskan tugas-tugas mengemaskini. Memandangkan saya telah diberi portfolio yang baru di pejabat, mungkin saya ada sedikit lebihan masa untuk diri sendiri.

Hari ini pun agak 'out-of-topic'. Saya nak berkongsi sedikit resipi yang mudah. Sesekali saya turun ke dapur, masak untuk diri sendiri.....apa yang saya masak? Kerabu Su'un. Nak resipinya? Jom lihat ini:

Bahan-bahannya:

Su'un
Daging ayam
Tomato
Daun Ketumbar
Serai
Bawang besar
Limau/lemon
Sedikit minyak
Garam dan sedikit gula


Cara-caranya:

1) Celur su'un hingga lembut dan toskan. Letak tepi.
2) Potong tomato ikut kesesuaian (boleh didadukan jika mahu), daun ketumbar juga dipotong kasar, serai dipotong nipis-nipis, bawang besar dipotong nipis. Masukkan semua bahan termasuk su'un dalam satu mangkuk yang besar untuk memudahkan proses menggaul nanti.
3) Daging ayam dipotong nipis atau dadu, letakkan garam dan sedikit gula gaul rata.
4) Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam tadi sehingga masak dan kemudian tuangkan semuanya dalam mangkuk besar tadi.
5) Perah limau/lemon, masukkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
6) Hidangkan



Hmm...berapa sukatan untuk bahan-bahan? Itu memang saya lomah betui... Saya memasak ikut berat tangan. Tak ada sebarang resipi atau sukatan yang khusus. Dan perasan atau tidak, saya tak sebut tentang sebarang serbuk perisa? Kami sekeluarga memang tak menggemari serbuk perisa. Jika ada yang berminat, boleh letakkan ikut sukatan sendiri ya. Jika ingin pedas, potong cili padi nipis-nipis dan gaulkan sekali. Hmm...lazat sebab ada rasa masam-masam dan pedas sekali. Sesekali saya akan padankan resipi ini dengan ikan talang masin yang saya potong nipis-nipis dan gorengkan garing seperti ayam tadi dan digaul bersama su'un dan lain-lain bahan. Pun lazat juga. Orang nak berdiet, boleh cuba resipi ini, kurangkan sedikit minyak sewaktu menggoreng atau tukarkan kepada minyak zaitun yang lebih sihat.

Okay, selamat mencuba. Mudah dan sihat.

Sunday, October 10, 2010

Out of Topic - Budi Bahasa Budaya Kita

*dipinjam


'Budi bahasa, budaya kita'

Boleh dikatakan hari-hari kita sebagai rakyat Malaysia mendengar slogan ini. Adakalanya dalam versi yang berlainan sedikit seperti 'budi bahasa amalan mulia'. Ada juga pantun melayu yang sehingga hari ini masih digunapakai untuk menggambarkan tentang budi bahasa iaitu:

yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.

Sebagai rakyat Malaysia apatah lagi dilahirkan sebagai berbangsa melayu, adab dan budi bahasa sudah menjadi sinonim dengan cara hidup kita. Cara kita bercakap dengan yang lebih tua, cara kita berpakaian, cara kita bergaul dalam masyarakat dan segala yang berkaitan dengan hidup kita penuh dengan adab dan budi bahasa yang sepatutnya. 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' maksud yang begitu jelas disini adalah setiap pemberian orang haruslah kita ucapkan terima kasih dan hargai. 'What you give, you'll get back', pula sesuatu yang paling sesuai untuk kita renungkan. Apa yang kita buat pada orang selalunya akan berbalik pada diri kita sendiri. Oleh yang demikian, jika kita mahu diri kita dihormati maka kta perlu menghormati orang terlebih dahulu. Jika kita mahu diri kita disayangi, maka belajarlah untuk menyayangi dan jika mahu orang berbudi dan berbahasa dengan kita, belajarlah untuk berbahasa terlebih dahulu.

Adakalanya dalam hidup, kita tidak perlu menjadi raja untuk dihormati dan disayangi. Kita tidak perlu membayar walau hanya sesen pun untuk membuatkan orang tersenyum ikhlas kepada kita. Apa yang perlu hanyalah belajar untuk menghormati orang, belajar menyayangi maka Insyaallah, sepertinya jua kita akan dihormati dan disayangi. Tidak salah rasanya untuk kita hormat pada seorang Mak Cik yang menyapu sampah di pejabat kita. Tidak salah rasanya untuk kita meminta pandangan dan buah fikiran dari buruh kasar di tapak projek walau pun ketika itu kita adalah seorang 'Project Manager'. Merendahkan diri tidak akan menjadikan kita rendah dan hina. Seperti pepatah, 'ular menyusur akar, takkan hilang bisanya'.

Sayang sekali masyarakat pada hari ini tidak mementingkan langsung perihal berbudi bahasa. Yang lebih menyedihkan lagi bila langsung tidak tahu beradab, tidak tahu bermasyarakat atau yang paling menyedihkan bila langsung tidak mahu bermasyarakat. Bermasyarakat penting untuk kita membentuk nilai-nilai murni dalam hidup kita. Sebagai manusia yang serba kekurangan, adakalanya kita tidak menyedari kekurangan pada diri. Maka bila bergaul dan bermasyarakat, kita akan saling memperbaiki, menerima dan memberi serta saling melengkapkan. Ingatlah, kita tidak boleh hidup hanya sendiri, masih memerlukan orang sekeliling untuk saling menyokong kita bila kita dalam saat yang memerlukan. Contoh yang paling mudah adalah kematian, kenduri-kendara dan juga sewaktu kesihatan tidak mengizinkan.

Apa yang saya hendak tekankan disini hanyalah budi bahasa itu adalah sesuatu yang masih perlu ada dalam masyarakat kita hari ini. tidak kiralah semoden mana pun hidup kita, setinggi mana pun jawatan kita atau sebanyak mana pun duit kita. Sebuah senyum dan salam sudah cukup untuk mengambarkan budi bahasa pada diri seseorang. Konsep 'Drive-through', lalu, pesan, bayar dan pergi tak sesuai dalam bermasyarakat, hanya sesuai untuk mengisi perut tanpa merasa nikmat dan indahnya makanan. Cuba bayangkan, lalu, bercakap dengan mesin untuk memesan makanan, tingkap dibuka kita pun bayar, tingkap lain pula dibuka, lalu kita ambil makanan yang dipesan. Pantas, tetapi sekurang-kurangnya pelayan tadi masih sempat untuk kata, 'terima kasih, datang lagi'. Walau itu adalah ayat rasmi mereka sekurang-kurangnya mereka masih diajar untuk berbudi bahasa di kedai yang serba moden pada hari ini serta berjenama antarabangsa. Dan anda yang memang melayu serta hanyalah seorang peniaga yang masih bertatih, apa perlu berlagak sombong untuk beraksi bagaikan ingin berkata, 'tanpa kamu sebagai pelanggan, saya masih boleh untung la!!!!'.

Saturday, October 9, 2010

Sweet flower-camera pouch

Hari ini hari yang letih. Bukan letih buat kerja tetapi letih makan dan letih dudk dalam kereta lama sangat barangkali. Cuti hujung minggu ini rasanya klu boleh nak duduk di rumah sahaja. Rehat dan buat benda yang tak berkaitan dengan kerja langsung. Tapi itulah.... masih juga ada yang perlu disiapkan. Tapi tak apa, dalam letih, dalam bosan dengan kerja yang tak siap-siap lagi tu....sempat jugalah siapkan camera pouch ni...... warna biru dan polka-dot juga. Fabrik guna kombinasi cotton linen dan printed cotton. Okay tak? Saja buat....belum ada yang punya...hehehehe


Sesaja gabungkan cotton linen dengan printed cotton. Warna cotton linen ni yang buat saya suka sebab comot sikit2 tak berapa nampak....


Dalam total guna printed cotton bercorak polka dot. Dan guna Velcro....