Okay, hari ini saya hendak berkongsi cerita, rasa dan rahsia.... Hah! Rahsia, apa tu???? Cer cite, cer cite. Siapa di sini suka makan cincau, atau lengkong, atau grass jelly atau agar-agar hitam? Ramai yang suka, tetapi kurang arif tentang pembuatannya.... betul tak???? Jika tuan, tuan dan puan, puan nak tahu.... Cincau diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang bernama 'Mesona Chinesis' iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga 'mint'. menjalar dan mempunyai daun yang berbulu. Untuk pemprosesan cincau siap enak yang ramailah orang membeli dipasar sana, cincau tersebut diperbuat daripada cincau kering yang perlu dibasuh, direbus dengan campuran air kapur atau abu qi. Cincau hitam ini kaya dengan kalsium, rendah kalori dan tinggi serat, amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet.
Sebagaimana yang kita tahu, cincau amat sesuai meredakan panas dalam, demam dapat menurunkan tekanan darah tinggi malah bermanafaat untuk mencegah penyakit jantung atau stroke. Apa-apa pun kebaikannya, kita memang suka memilih cincau sebagai minuman atau makanan penyejuk badan. Cuma soalnya seringkali kita mengabaikan asal-usul cincau. Biasanya bahan-bahan yang dicampur untuk penghasilan cincau adalah air kapur/air abu/abu qi/natrium bikarbonat dan juga tepung jagung/tepung ubi/tepung gandum. Yang berbeza hanyalah teknik pembuatan dan nisbah campuran. Pembutannya agak renyah untuk kita yang bekerjaya, daun cincau yang kering perlu direndam semalaman, perlu direbus, ditapis dan direbus kembali dengan campuran tepung. Adakalanya hasilnya kurang memuaskan seperti terlalu lembik. Kerana itulah kita lebih mudah untuk membeli sahaja di pasar. Tetapi kita sebagai orang Islam, pasti lebih suka memilih yang suci dan bersihkan. Sedaya upaya kita mahu yang bersih.
Atas faktor kebersihanlah saya selalunya lebih rela memasak cincau sendiri walaupun renyah. Bukan apa sekurang-kurangnya saya yakin dgn tahap kebersihannya. Sambil menyelam sambil minimum air, saya ambil stok lebih dan jual pula pada kawan-kawan. Masa saya mula-mula jual dulu, ramai yang merungut kenapa liat!? Okay, jika sebenar-benar hasilnya yang asli memang teksturnya kenyal, liat dan sukar diparut. Yang kebanyakan dijual dipasar-pasar tu, yang rapuh dan kaya dengan rasa pahit-pahit tu cuba tuan dan puan bayangkan apa benda yang ditambah untuk mendapat tekstur sedemikian. Jadi kita tak perlu nak tertanya-tanya lagi cincau tu buat macammana, nak pelik-pelik lagi dah. Kita pun boleh buat sendiri sekarang ni,mudah dan cepat (nnt saya kongsi cara memasak cincau pula).