Followers

Wednesday, October 3, 2012

Doorgift:Gulung-gulung tuala je....:)

Hari ni rabu??!!

Cadangnya nak buat majlis hari jadi untuk si Puteri Bertuah dan aqiqah si Jari Halus hujung minggu ini. Maka di atas keterbatasan masa, saya hanya sempat gulung-gulungkan tuala ini sahaja buat 'doorgift' untuk majlis tahlil nanti.... Tuala tu pun hanya sempat bonda beli di kedai berhampiran kerana kesuntukan masa untuk kami mengada-ada barang yang lain... Maklumlah, semuanya di saat akhir, sebut sahaja kata nak buat majlis, bonda terus tempah katering... terus je jadi...:)

Tempoh berpantang belum lagi tamat, bonda memanglah larang nak keluar-keluar tengok pemandangan ni, apatah lagi jika nak membeli-belah. Makanya, majlis kali ini penuh sederhana dan menggunapakai apa sahaja yang ada, apa sahaja yang sempat dibeli....

Tuala biasa sahaja.....

Lepas gulung-gulung jadilah comel macam ni.......:)


Tapikan.... Majlis Tahlil tu selalunya disertai oleh Pak Cik-Pak Cik, Abang-abang.... stok yang ada semuanya warna merah jambu, kuning dan hijau sahaja. Maka, nantinya tuan-tuan harap redhalah juga menerima tuala warna merah jambu nanti ye.... (tak pe, kalau tak suka nanti boleh bagi kat isteri erk....)

2 comments:

  1. dah cukup cun dah tuh. dulu2 masa kecik2 kalau majlis tahlil mana ada org bg doorgift kan. habis2 pun org bg pulut kuning jer bawa balik. now dah semau org bg doorgift kut...

    ReplyDelete
  2. mula ingat tak de doorgift pun, tapi sekali ayahanda nye tetiba je suruh buat, bagi buah tangan katanya...kita mengikut aje...:)

    ReplyDelete