Followers

Thursday, October 6, 2011

Sebal dalam hati!

Selagi mana belum tiba hari besar, lagi itulah macam-macam perisa entry yang ada berkisar tentang persiapan untuk hari tersebut. Pening....pening...pening....


Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, majlis saya kecil sahaja. Jemputan pun sedikit amat. Jadinya, saya mengalami masalah untuk membuat kad jemputan, maklumlah, jumlah yang saya perlukan hanyalah 150-200keping sahaja. Kemudiannya saya singgah sebentar di sebuah blog dan saya telah membuat pertanyaan samada pihak beliau menerima tempahan yang kurang dari 300 atau 500 misalnya. Jawapan yang diterima pada mulanya dah tentu kembang berbunga; ya, terima!!.

Saya pun dengan senang hatinya menghantar email, kemudiannya diikuti dengan SMS dan akhirnya panggilan telefon. Saya betul-betul nak menempah dan berharap pihak beliau dapat buat yang terbaik. Siap saya bagikan contoh kad yang saya mahukan. Bukan apa, saya masih perlu untuk berbincang dengan keluarga, mungkin juga dengan bakal En. Awak. Maka, saya perlukan beberapa opsyen harga untuk saya bentangkan bagi mendapat kelulusan.

Akan tetapi..... rasa bunga-bunga riang tu ranap terus sebaik sahaja saya mendapat panggilan tadi. Sudahlah suara macam marah-marah;

dia: Fieda, nanti bagi detail sikit. Diaorag susah nak buat design, tak reti sebab tak ada detail!
saya: Eh, memang la saya tak bagi lagi detail. Bukan ke ritu akak janji nak bagi tau harga dulu berdasarkan contoh kad yang saya nak?
dia: Ya ka? Lupa la tu. Tak pa, nanti akak SMS. Nak kad macammana, lipat ka, sekeping ja?


Haishhh....masa tu kan, saya sedang memandu, memang terkesima saya sebentar. Tidak terasa lemah-lembutnya. Tidak terasa 'friendlynya'. Jika saya menelefon pelanggan, perkara pertama yang saya akan tanyakan tentang kebolehcakapannya ketika itu. Jika pelanggan saya sedang sibuk amat atau sedang memandu, saya akan meminta izin untuk menelefon semula nantinya sahaja.

Akan tetapi, rasanya perbincangan sebelum ini sudah jelas. Tetapi beliau tidak membuat sebarang catatan barangkali, jadinya beliau pun lupa. Jika lupa, tanyalah kembali. Terus terasa sebal dalam hati..... Haishhh... tau tak lately ni saya cepat sentap tau.... =(

*sehingga detik entry ini di catat, masih belum ada sebarang SMS menyebut tentang harga. Begitu juga sebelum ini bilamana beliau berjanji untuk memberikan harga saya lewat petang tetapi saya hanya menerima panggilan beberapa hari berikutnya seolah-olah memarahi saya kerana tidak memberikan maklumat lengkap untuk rekabentuk kad! Jika dah tiba peringkat rekabentuk, semaklum saya, 50% deposit perlu dimasukkan. Jika harga sekeping pun saya belum dimaklumkan, boleh ke saya nak terus ke peringkat tersebut???? Haishhhh.....

2 comments:

  1. cantik kad nie..harap dipermudahkan urusan fida untuk hari bahagia itu..

    ReplyDelete
  2. ini contoh je yati.... nak warna yg beginilah kononnya... tp, haishh....

    Insyaallah, allah permudahkan......tq

    ReplyDelete