Sedar atau tidak, Syawal telah tiba dipenghujungnya...... Bagi orang yang berpantang seperti saya sekarang ini, Syawal itu hanya mampu saya lihat tanpa menikmati kemeriahannya. Al-maklumlah, orang dapat kesana sini berziarah, menghadiri rumah terbuka dan sebagainya, saya pula hanya terperap di rumah meniti penuh kesabaran tempoh berpantang. Jika menjijak kaki keluar, tidak lain dan tidak bukan hanya ke hospital membawa si Jari Halus dan juga membuat pemeriksaan susulan.

Okay, berleter, bercerita bagai nak rak. Hakikat yang sebenarnya, saya hanya nak tunjukkan contoh make-over langsir yang saya buat untuk kediaman bujang kami sempena Aidilfitri yang bakal kami sambut kononnya..... Pada asalnya kami shopping di TESCO, sekali mata tertarik kepada langsir yang sedang dipamerkan. Setelah dibelek, setelah ditenang maka saya pun mengambil 2 helai langsir yang pada perkiraan saya kira cukup sesuai dan padanlah!. Bila balik dirumah dan buat suai padan, rupa-rupanya CANGKAT! Tau cangkat tu apa? Tak cukup panjang lorrrrr.... hukhukhuk. En. Awak gelakkan saja; 'itulah, orang suruh ukur dulu tak nak.....'
Akhirnya, saya mengambil keputusan membuat sedikit make-over bagi membolehkan langsir itu sesuai digunakan di kediaman kami. Saya beli kain lebihan di KAMDAR dan jahitkan dibahagian bawahnya seperti ini:
Lalu hasilnya sangat memuaskan hati En. Awak. Langsir tersebut murah sahaja iaitu RM39.90 untuk sehelai. Dua helai hanya RM79.80 dan ditambah kain lebihan dibahagian bawah pada harga RM5.00, saya menikmati langsir yang sebegini:
Okaylah tu, untuk rumah bujang kami...:). Moral di sini, adalah:
i) jika anda tersilap beli tak apa, anda masih boleh mengubahsuai untuk memastikan benda tersebut boleh digunakan. Jangan dibuang atau hanya disimpan tanpa penggunaan;
ii) sebelum membeli langsir, atau apa-apa sahaja pun kelengkapan kediaman anda, sila ukur terlebih dahulu. Jangan main agak-agak sahaja. Jika tidak, macam saya ni lah jadinya...gheghegheghe
No comments:
Post a Comment