....salam semua....untuk sahabat yang beragama Islam, mungkin belum terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat menjalani ibadah berpuasa.
Sesungguhnya berpuasa sebagai ibu yang menyusukan bayinya ini terlalulah banyak cabarannya. Segala makan minum harus dijaga. Emosi juga haruslah sentiasa positif. Sesungguhnya tidak mudah untuk dilaksanakan, akan tetapi saya mencuba sebaik mungkin. Kepada pengasuh saya suarakan, saya tidak lagi mampu membekalkan stok susu harian, sesungguhnya kering, sekeringnya. Tiada lagi daya bagi saya, tetapi masih belum berputus asa dan masih mencuba pelbagai khasiat alam ini untuk membolehkan stok itu mencukupi semula.... (hhmmm...sedih melihat stok sejuk beku semakin berkurangan...hukhukhuk).
Lihatlah sekarang, si jari halus tidak lagi halus. Tinggi merenjong kata orang Pulau Pinang....:)
Sekarang ini, pantang terdengar suara upi dan ipin saja dia sudah mencari-cari. Asalnya baru bangun tidur dan masih bermalas-malasan. Sekadar cuba menguji tahap kepekaan telinganya, maka dimainkanlah video Upin dan Ipin dari youtube, episod 'gigi susu'. Terus dibangun dari tempat tidur, menuju ke netbook . Alahai..... Peka sungguh dia dengan suara Upin dan Ipin...
Sesungguhnya Ramadan yang mulia ini, seringkali kita diuji... Macam-macam, betul tak?? Nak gaduh-gaduh suami isteri pun masa inilah juga...hahahaha. Selain daripada masalah kesihatan yang telah melanda saya sendiri, ayahanda kemudiannya dan yang terkini En. Suami pula, terkini dan sensasi, masalah kesihatan En. Wira le pulak. Tak dapat nak uploadkan gambar dari dalam HP, entah kenapa le pulak.... akan tetapi si mamat peon telah mencium depan En.Wira dengan hebatnya. Akibatnya, bumper depan dan lampu depan pecah, fender pun kemek...huhuhuhu. Maka hati saya pun merasa kesedihan yang teramat sangat..... Tapi apa boleh buat, hamba ini insan terpilih yang diberi peluang melalui ujian demi ujian.... redha je la....hukhukhuk. Walau pun orang disekitar saya begitu tidak memahami apa keperitan yang saya lalui kini, tetapi saya berharap orang-orang tersebut akan menyedari bahawa kepayahan yang saya alami ini bukan sekadar gatal-gatal yang boleh dihilangkan dengan sekadar menyapu Mopiko!
*mode dalam hati: pedih, sebal dan blur....
**tak pernah excident sebelum ini, tak tahu proses dan caranya. Hanya memandang sahaja awang peon tu mengangkat motosikalnya dan berlalu sambil berkata; 'tak pa kak, nanti saya telefon kak...'
***saya bersyukur kerana tanpa saudara mara disekeliling yang membantu, saya masih ada kawan-kawan yang sudi menghulurkan tangan sewaktu saya susah....
No comments:
Post a Comment