Salam bersiaran dari BB yang tenat dengan lampu kelip-kelip bewarna hijau ni.....hukhukhuk. Akan tetapi saya tetap nak bersiaran. Bukan apa, semalam saya berperang SMS dengan seorang perunding hartanah yang kononnya dilantik oleh saya untuk memudahkan urusan pembelian sebiji rumah di atas langit (maksudnya rumah tingkat-tingkat la...)
Sebagai salah seorang penduduk di negeri Pulau Mutiara ini yang masih menyewa, makanya saya pun berkeinginan untuk berumahtangga sendiri. Betul, rumah bonda kan ada, buat apa la susah-susah menyewa?? Akan tetapi, sebagai pasangan yang sudah berkahwin, tentunya berkeinginan hendak mempunyai kediaman sendiri, privacy untuk menghias dengan citarasa sendiri, betul tak? Lagi pun rumah sewa sekarang sudah 5 atau 6 tahun saya sewa. Sebelum ini menyewa bersama rakan-rakan, saya ambil 1 bilik untuk jadi bilik singgah jika saya terlalu penat untuk pulang ke rumah bonda, atau pun ketika saya ada assignment penting yang perlu saya siapkan sewaktu saya sedang menuntut di USM dulu. Setiap bulan, saya perlu membayar RM400++ untuk kadar sewa, sewaktu sewa beramai-ramai tidaklah terasa sangat. Tetapi bila sudah sewa berdua sahaja bersama En. Suami, maka saya pun berkira-kira, ruginya..... Jika bayar untuk rumah sendirikan lebih baik...... Maka, bermula detik itu, saya mula mencongak-congak mencari rumah untuk dibeli.
Menjijakkan kaki ke syarikat pemaju perumahan JKP misalnya, rumah yang dijual di Pulau Mutiara ini sahaja paling tidaknya 200k. Itu pun rumah bertingkat-tingkat ke langit yang terletak di Bayan Lepas. Nun jauh..... sayup hati En. Suami nak pergi kerja, sayup jua hati saya nak pergi kerja. Selepas difikir-fikir, kami memutuskan, kita beli sahaja rumah atas orang, rumah dah sediada, dapat tengok keadaan macam mana, nasib baik dapat masuk terus. Maka bermulalah saya menjenguk ke beberapa agensi hartanah di Pulau Mutiara ini. Ada yang menawarkan rumah di lokasi yang amat tidak sesuai tetapi harga amatlah cantik, ada pula harga sehingga mencecah 200k hanya untuk rumah bertingkat yang pada asalnya hanya 70k sahaja. Ada juga rumah yang ditawarkan di kawasan yang saya berkenan, En. Suami terfikir-fikir, minggu depan dah setuju rupanya dah ada pembeli. Haisshhhh...susah, susah....
Kebetulan pada suatu hari saya mengikut seorang kawan yang juga sedang dalam proses untuk membeli rumah. Samalah macam saya. Dan ketika itu, saya mula mengenali Puan Anncilia Wong dari Chin Housing ini yang bertindak sebagai perunding hartanah. Ketika itu, Puan Ann pun menawarkan saya untuk tengok-tengok sebuah rumah di Mutiara Idaman, Jelutong. Pada 18.12.2012 saya suami isteri pun menjengah ke rumah tersebut. Itulah yang pertama, itulah yang terakhir. Rumah tersebut terletak di tingkat 5 menghadap ke arah Jambatan Pulau Pinang, masih berpenghuni, telah diubahsuai sepenuhnya termasuk kabinet dapur, lantai dan mempunyai sebuah parking lot yang terletak di tingkat 3. Makanya, saya pun bersetuju, tanpa menunggu lebih lama (ambil iktibar dari pengalaman lepas) saya yang tak berapa nak berkerak ni pun membayar sejumlah wang untuk deposit. Ketika itu barulah saya mengetahui kos untuk melantik Puan Ann sebagai perunding ini adalah sebayak RM3k!! Banyak kau... harga rumah dah RM153k, belum termasuk kos peguam (Puan Ann anggarkan paling tinggi pun 7k) dan penilai lagi. Harapan yang diberi, rumah tersebut akan menjadi milik kami sebelum Aidilfitri menjelang. Seronok tak? Nak raya kat rumah baru kan??? Sebab tu lah rela kau bayar RM3k (gaji sebulan aku pun tak dapat banyak ni.....).
Setelah itu, diserahkanlah salinan slip gaji En. Suami untuk disemak samada loan lulus atau tidak. Alhamdulillah lulus. Tidak lama kemudian pihak bank pun membuat panggilan untuk ke bank bagi mengambil surat tawaran. Pergilah kami suami isteri. Kemudiannya, Puan Ann menelefon:
Puan Ann: Puan, nanti u pi dekat ofc lawyer pi sain dokumen. lepas tu jangan lupa bayar Ann ya. Ann tak pi sana sekali, ofc lama maa...tak best mau pi.
Saya: Ok la. Jumpa u nanti.
(dalam hati saya berdetik, dah kau tak suka office lama, kenapa perlu recommend dekat saya)
Makanya kami suami isteri pun pergilah ke Pulau Tikus di mana terletaknya pejabat lawyer tu dengan sendirinya. Setelah selesai urusan membayar baki 10% dan sedikit cengkeram dekat lawyer kami pun pergilah berjumpa dengan Puan Ann untuk membayar sebahagian duit iaitu sebanyak 2k kauuu... Bukan sikit saya bayar, 2k, gaji sebulan tuuuu... Peristiwa itu berlaku di sekitar awal Januari 2013. Ketika itu saya baru mendapat tahu bahawa untuk melaksanakan urusan jual beli rumah tersebut perlu mendapat consent daripada kerajaan Pulau Pinang. Tetapi kata si kerani Lawyer dan juga Puan Ann, benda itu tidak lama sangat sebab mereka ada 'kaki' di dalam. Boleh tolong bagi cepat. Saya yang tak tahu apa-apa ini pun seronok je la.... Dan tungguuu.....
Berbulan-bulan berlalu, si kerani lawyer sepi, si Puan Ann pun sepi. Aik....tipah tertipu ke ni bang??? Maka di telefonlah kepada Puan Ann:
Saya: Macam mana ni Ann? Apa status?
Puan Ann: Aiyaa.... Mazni tarak call u ka? I dah suruh dia call u bagi tau. I tak boleh terangkan dekat u, dia lagi faham pasal kes ni.
(aku pun terkedu, aku lantik kau jadi perunding aku, kau boleh kata tak tau? habis tu aku bayar buat apa??? Kau dah telefon Mazni tanya, update la dekat aku ni!!!)
Telefonlah saya ke pejabat lawyer dan diterangkanlah permasalahannya. Berbulan-bulan berlalu, saya masih ingat, hanya saya yang kerap menelefon bertanyakan status. Puan Ann hanya menefon saya sebanyak 1 kali sahaja untuk update status. Yang lain tu hanya sekadar untuk bagitahu yang dia ada bagitau penilai untuk call saya. Sampailah bulan Ramadhan, sampailah Aidilfitri. Apa pun tarak! Berapa bulan dah tu? Hampir 8 bulan!
Selepas Aidilfitri makanya si Mazni pun menefon, katanya consent dah dapat. Boleh pergi keluarkan EPF untuk langsaikan hutang 10% (duit tak dak, pinjam orang la...berbulan-bulan kau, marah orang) dan juga untuk bayar lawyer. Kebetulan tangan En. Suami patah, sukar nak bergerak ke sana, saya pula agak sibuk. Maka saya pun minta tolonglah pada Puan Ann untuk tolong dapatkan dokumen tersebut dan hantar pada saya. Akan tetapi jawapan Puan Ann hanyalah 'Ya' tanpa titik. Cakap ya, tetapi dokumen tak sampai juga dan kami pun pergi ambil semuanya sendiri dan uruskan sendiri.
Selepas Aidilfitri makanya si Mazni pun menefon, katanya consent dah dapat. Boleh pergi keluarkan EPF untuk langsaikan hutang 10% (duit tak dak, pinjam orang la...berbulan-bulan kau, marah orang) dan juga untuk bayar lawyer. Kebetulan tangan En. Suami patah, sukar nak bergerak ke sana, saya pula agak sibuk. Maka saya pun minta tolonglah pada Puan Ann untuk tolong dapatkan dokumen tersebut dan hantar pada saya. Akan tetapi jawapan Puan Ann hanyalah 'Ya' tanpa titik. Cakap ya, tetapi dokumen tak sampai juga dan kami pun pergi ambil semuanya sendiri dan uruskan sendiri.
Kemudiannya sewaktu hendak bayar duit lawyer, dimintalah jasa baik Puan Ann untuk dapatkan maklumat tersebut dan terangkan pada saya supaya saya boleh sediakan wang yang mencukupi. Almaklumlah, En. Suami dah pun kembali bekerja dan tidak sempat nak ke sana sini. Tidak jua di dapatkan maklumat itu, malahan angka yang diberikan langsung tidak tepat!! Sebelum ini anggaran beliau adalah 7k, lawyer maklumkan 8k++ tetapi si Puan Ann maklumkan lagi berapa puluh ringgit dah nak jadi 9k. Mau pengsan la hamba ini. Apa kerja la perunding saya ni??? Bayar mahal-mahal, apa pun tarak buat. Sekadar mula-mula deal dengan bank, bagi info dekat lawyer, then yang lain-lain lawyer je uruskan. Baik gue lantik lawyer je kalau macam tu. BENGANG!!
Bila nak bayar baki RM1k lagi tu, saya pun cakaplah saya tak puas hati dengan service dia, saya minta dia kurang harga. Tau apa dia cakap????
"ini bukan beli barang, ini service charge, ok, tq"
Kuang hasam tak??? Memang la kuang hasam. Sudahlah service tak mentara mana. Segelas air pun dia tak pernah belanja tau. Lepas tu siap mengadu dekat kawan yang beli rumah sekali tu...yang dah siap boleh duduk rumah tu. Mengadu saja tak apalah, ni dah tahap nak mengata dah ni.... Memanglah saya lagi bengang. Macam mana saya tahu?? Sebab Puan Ann yang bijak pandai tu, silap hantar SMS umpatan dia tu dekat saya... hahahaha. Sakit hati.
Sekarang ni lawyer bagitahu, pemilik rumah minta untuk keluar selepas perayaan Deepavali. Selepas tu barulah boleh dibuat proses yang seterusnya sebelum kunci diserah kepada kami. Alahai, gedebuk-gedebak kiranya setahunlah baru nak nampak bayang rumah. Duit simpan pun perlu digunakan untuk kegunaan lain, orang yang nak ganti menyewa di rumah ini pun dah dapat rumah lain, makanya saya banyak kerugian di dalam urusan dengan Puan Ann yang langsung tak boleh diharap ini. Almaklumlah, kita hanya bayar 3k, iaitu kira-kira 2% daripada harga rumah. Tetapi setahu saya, agen hartanah hanya boleh ambil fee dari sebelah pihak saja. Tetapi di dalam kes saya ini, dah tentulah dia makan dari dua-dua belah pihak. Lepas tu 2% pula tu. Kira untuk rumah ini sudah dapat 4%, belum termasuk komisen untuk lawyer, bank dan segala bagai. Alahai.... Setengah orang hanya ambil 1% sahaja. Bukan persatusannya yang menjadi masalah, akan tetapi nilai khidmat yang diberikan untuk RM3k:
- deal dengan pemilik rumah untuk tengok rumah;
- deal untuk kurangkan harga (harga asal RM155k);
- ambil duit booking dan bayar pada pemilik;
- contact bank dan bagi maklumat (tapi urusan bank yang lain kami kena buat sendiri ye....);
- contact lawyer suruh ambil kes kami (tetapi segala urusan dengan lawyer yang lain-lain tu kami buat sendiri);
- follow-up dengan lawyer (tak tahu la pulak berapa kali sepanjang 8 bulan tu sebab dia update saya cuma 1 kali je);
- telefon penilai suruh contact saya
Dah? tu jela yang dia buatpun. Kira RM3k tu untuk bayar dia punya bil telefon dengan air liur dia je la. Sepatutnya dia dilantik untuk memudahkan urusan. Saya tak perlu pening-pening call pejabat lawyer tanya status. Paling tidak pun sebulan sekali, update la saya. Bila proses dokumen lambat, kena rajin pi follow-up. Rajin kejar pegawai yang berkenaan, tentu dia akan selesaikan lebih cepat. Tak perlulah ambil masa sampai berbulan-bulan untuk dapat consent. Ini:
"tak ada benda nak update, sebab tu I tak ada call U.."
"itu consent belum dapat, Mazni tak bagi I pi kejar officer tu. I nak buat macam mana"
Boleh terima? Baikkan service dia?
- deal dengan pemilik rumah untuk tengok rumah;
- deal untuk kurangkan harga (harga asal RM155k);
- ambil duit booking dan bayar pada pemilik;
- contact bank dan bagi maklumat (tapi urusan bank yang lain kami kena buat sendiri ye....);
- contact lawyer suruh ambil kes kami (tetapi segala urusan dengan lawyer yang lain-lain tu kami buat sendiri);
- follow-up dengan lawyer (tak tahu la pulak berapa kali sepanjang 8 bulan tu sebab dia update saya cuma 1 kali je);
- telefon penilai suruh contact saya
Dah? tu jela yang dia buatpun. Kira RM3k tu untuk bayar dia punya bil telefon dengan air liur dia je la. Sepatutnya dia dilantik untuk memudahkan urusan. Saya tak perlu pening-pening call pejabat lawyer tanya status. Paling tidak pun sebulan sekali, update la saya. Bila proses dokumen lambat, kena rajin pi follow-up. Rajin kejar pegawai yang berkenaan, tentu dia akan selesaikan lebih cepat. Tak perlulah ambil masa sampai berbulan-bulan untuk dapat consent. Ini:
"tak ada benda nak update, sebab tu I tak ada call U.."
"itu consent belum dapat, Mazni tak bagi I pi kejar officer tu. I nak buat macam mana"
Boleh terima? Baikkan service dia?
Moral of the Story: Bukan nak berkeluh kisah kat sini, bukan pula sekadar nak buka pekung di dada tentang ketidaknasibbaiknya saya. Tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman tentang perunding hartanah ni. Sebelum beli rumah, kita survey-survey la betul-betul. Saya pun dah puas survey, tetapi mungkin nasib tak menyebelahi saya. Saya belajar dari kesilapan ini.
**paling sedih bila mertua, ipar duai nak datang rumah. Rumah macam tongkang karam.Bila dah beranak ni biasa la, stroller la, walker la, gedik2 la, buaian la, stok pampers la, baju la. Tu belum campur hadiahkahwin la, semua melimpah ruah atas lantai. Nak beli almari kemas, dok berharap rumah dapat cepat, baru nak beli barang-barang. Rupanya dari anak baru lepas pantang, sampai si jari halus dah boleh berlari-lari peguin, masih le lagi menyewa di rumah yang serupa rumah bujang ni... hukhukhuk...
**paling sedih bila mertua, ipar duai nak datang rumah. Rumah macam tongkang karam.Bila dah beranak ni biasa la, stroller la, walker la, gedik2 la, buaian la, stok pampers la, baju la. Tu belum campur hadiahkahwin la, semua melimpah ruah atas lantai. Nak beli almari kemas, dok berharap rumah dapat cepat, baru nak beli barang-barang. Rupanya dari anak baru lepas pantang, sampai si jari halus dah boleh berlari-lari peguin, masih le lagi menyewa di rumah yang serupa rumah bujang ni... hukhukhuk...
Kesiannya..... terima kasih kerana berkongsi cerita. Mudah2an diberi pahala melimpah oleh Allah. Kerana pengalaman yang diceritakan ini dapat menyelamatkan org lain. Supaya berhati2 menyerahkan wang, sebaik2nya beri sedikit dulu, buat janji bila semua kerja selesai baru bayar penoh. Kalau dia cakap tak boleh macam tu , katakan saja ok tak pa lah , no further deal. (Ingat masih banyak cara yg ada, jgn lupa selalu baca "rabbana aatina min ladun karahmatan wahai yik lana min amrina roshada" mintak petunjuk dari Allah dalam tindakan yang nak diambil... Kak sering amalkan itu Alhamdulillah, setakat ini di hidayahkan Allah dalam setiap keputusan , selamat In Sya Allah.
ReplyDeleteTq...:)
ReplyDeleteLawyer sye bgitahu, klu ikutkan agen ni dibayar oleh penjual rumah setelah urusan jual beli selesai. Sye ari tu nak beli rumah. And bila jumpa agen sye cakap boleh tak awak berurusan dengan lawyer sye dari a-z.. Semua tak nak. Ada sekali tu sye dah pergi tengok rumah and berkenan nak beli. Dah cakap lawyer akan uruskan dari a-z. ..but time nak balik dia kejar sye suh tandatangan letter offer. (Sye lupa lawyer sye dah pesan JNGAN sign apa2 pun. Si agen tu dtg lah ke office lawyer tu. Masa tu lawyer tu ckp nak cek status property dulu. Bila cek sekali tengok segala tunggakan owner JMB dan lain2 rm14k. SIb baik lawyer tu boleh cancelkan letter offe sye tu...and alhamdulillah sye jumpa rumah direct owner..and now lawyer tu buat cara selamat untuk kami berdua...
ReplyDeleteThat why sye pun gerun nak beli rumah dari agen. Mereka ni agresif. Just tahu nak ambik duit kita and blah mcm tu je
ReplyDeleteyupp... i've learn something.... lepas ni cari je lawyer... tak perlu agent. we pay for 'ayaq liuq' saja sebenarnya.....
Delete