Followers

Friday, September 17, 2010

Aktiviti surutkan fabrik=polka-dot pouch...:)

Ramadhan dah berlalu.....Aidilfitri sekarang ni. Masa Ramadhan tempoh hari memang saya jarang up-date blog ni. Kemudian, mengadap Cik Nina pun jarang-jarang. Ye la kan...balik kerja dah letih, sibuk-sibuk nak berbuka, kemudian melayan tuan puteri yang seorang tu lagi. Maka selepas 3 hari menyambut Aidilfitri, saya mula mengadap Cik Nina balik. Fabrik saya yang tersusun rapi sewaktu dekat-dekat nak menyambut Aidilfitri tu dah kembali seperti biasa. Hehehehehe......

Terbaru ini, saya ada menempah beberapa fabrik baru dari seorang kenalan. Hmmm....mungkin dalam masa tedekat ini akan dihantar kepada saya. Oleh yang demikian, saya kenalah bergiat dengan cergasnya menyurutkan fabrik sediada. Barulah boleh beli baru dan baru dan baru lagi.....:)




Okay, sebelum ini, saya adalah juga menyiapkan 2, 3 item untuk saya senaraikan di galeri saya. Tapi banyaknya saya masih belum sempat snap gambar dan up-load. Pelan-pelanlah kan. Antara yang saya dah siapkan, adalah polka-dot pouch yang mmg cinonet ni. Sangat sesuailah kalau nak dijadikan coin pouch ke, hp dan camera pun muat dalam pouch ni. Maklumat lanjut sila rujuk sini ya....:)



Selain dari pouch yang saya siapkan dah tu, saya juga nak bagitahu sebenarnya saya dah mula menggunakan label baru. Label ini saya tempah dari kucingpurple bersama dengan beberapa item lagilah. Selepas beberapa siri perbincangan, barulah label ini dapat disiapkan dan terus dihantar. Jadi saya pun terus merasmikan untuk produk-produk saya yang terkini....hmmm...


Apa pula ni....inilah gambar keseluruhan pelari meja saya atau Table Runner yang menjadi rebutan antara saya dan tuan puteri. Kuih raya rumah saya pun tak banyak, banyak kuih tunjuk-tunjuk je....Okay, pengakuan kisah benar, balang yang kononnya balang kuih tu saya beli dekat Giant je....tu pun pada hari raya ke-5 dah....hahahahaha....(bz je kan sebelum ni....). Apa-apa pun sambutannya memang ala kadar betul.....



Ini sekadar Gambar tempelan. Si Puteri bersama tok sedang tunggu atok datang menjemput...hehehehe. Tuan Puteri ni akan berusia genap 5 tahun pada 5hb Oktober ini. Saya ada buat satu giveaway sempena hari tersebut. Sila rujuk sini ya untuk maklumat lanjut...:)


No comments:

Post a Comment