Followers

Wednesday, October 26, 2011

ketika ini.....7 minggu yang hampir tiba.....

Dah lama sebenarnya tak buka cerita. Semuanya gara2 7 minggu yang bakal menjengah. Persiapan? Belum tersedia. Yang ada hanyalah mengemas sampai naik lemas. Sentuh itu tak kena, pegang ini tak kena. Semua serba tak kena. Bila jiwa kacau, harap sangat ada yang datang membantu menenangkan. Harap sangat insan2 sekeliling yang ada jadi mendamaikan. Tapi tak semua yang kita harapkan jadi kenyataan bukan....

Bila kita perlukan masa dan buat berdikit2, ya lah, kakitangan pun dua, otak ini pula satu... yang dipejabat mahu dikira, yang dirumah mahu diselenggara.... Dugaan betul rasanya. Tapi masih juga mencuba buat sehabis sempurna, tetapi hanya perlukan masa.... Sedikit masa untuk saya berdikit2. Tapi bila baru pegang satu benda; itu bila nak buat, ini bila nak kemas... yang sana tu tak selesai lagi..... Ya Allah.... Tabahkanlah hati hambamu ini....=(

Saya faham, dia pun naik lemas dengan rumah yang belum kemas. Tapi saya ini ada tanggungjawab lain. Ini belum termasuk tugasan baru yang menjengah batu jemala. Terasa, memang terasa bebannya. Tapi bila membabitkan soal tanggungjawab sebagaimana gaji dibayar, apalah daya kita untuk menolak.....=(

7 minggu tu tak jauh pun, sebulan setengah tu hampir je..... Segala urusan saya jalankan sendiri. Dari beli barang sampai urusan borang. Cari pelan2, fikir macam mana jalan. Kemudian bila jadi tak kena, memanglah terasa sangat kecewanya. Bila kad 'jambu' ada kesilapan sikit, tak tahu salah siapa. Jadi saya diam2 saja cuba nak baiki sendirian sahaja. Tapi itu pun jadi masalah, brok brek, brok brek tak kena.... Lagi terasa bebannya. Ya, saya terlepas pandang.... Itulah akibatnya bila buat kerja sambil2. Sambil lalu nak pergi makan, lari2 tempah kad. Sambil lalu nak hantar dokumen singgah sekejap ambil barang. Semua sambil2, jadi ada yang terambil, ada yang tercicir, ada yang sengaja saya tinggalkan, ada pula terpaksa saya lupakan....

Entahlah.... Ketika ini, saya terasa sangat memerlukan segala jenis bantuan hayat. Segala bentuk pemahaman jiwa. Adakalanya saya benar2 berharap orang sekeliling saya akan dapat memahami bahasa saya tanpa perlu berkata2, mungkin sudah mengerti bila tengok anak mata. Mula terasa pagi2 hanyalah ketenangan jiwa... bukan suara gemersik selain kicau beburung di udara.....

ketika ini,
terasa mata hitam,
otak lebam,
hati sembam,
jiwa ragam....


**mula merasa tua sebelum usia. Fikir cerita tak sudah lagi hari tak tiba. Boleh tak semua orang faham seketika????

Monday, October 17, 2011

..coret2 malas...

Adakalanya keliru itu jadi makin celaru,
Harap-harap jangan sampai haru-biru,
Bila hitam mula nampak biru,
Bila cerah jadi macam kelabu....

Kenapa bila ketawa,
Orang kata gembira,
Kenapa bila menangis,
Orang kata bersedih!!??

Rahsia hati,
Takkan ada yang pernah mengerti,
Kecuali diri......

Adakalanya,
Apa yang dizahir,
Hanyalah wayang yang belum habis tayang....

*Sekadar coret2 ringkas. Hanya mampu bersiaran dari Cik Lappy dengan BB yang amat tidak laju. Cik PC bercuti panjang kali ni.....hikhikhik

Wednesday, October 12, 2011

9 minggu yang bakal bertandang....


Awak 1;
Entah apa cerita kamu sekarang,
Sungguh aku tidak tahu,
Kerana aku tidak mahu ambil tahu....
Cukup sudah perit dan derita yang lalu.

Awak 2;
Adakalanya terasa hati,
Adakalanya terkilan rasa,
Namun antara kita terintang hakikat nyata,
Kamu dan aku takkan mungkin menyatu,
Terlalu banyak hati yang bakal terluka,
Terlalu banyak jiwa yang melara.....
Biarlah... jika menyapa pun tidak lagi sudi....

Awak 3;
Kamu dan aku pernah menjadi kita,
Sekarang juga masih kekal kita,
Cuma nadanya berbeza,
Kerana kita sudah ada dia.....
Kamu dan aku saling perlu, saling menyokong, saling menyampah...
Berkongsi rasa, adakalanya berkongsi cerita, malah berkongsi duka,
Walau rahsia hati hanya diri sendiri yang tahu...
Biar saja....tak perlu ada yang tahu...
Debu-debu luka tetap kekal dalam jiwa.

9 minggu lagi bakal bertamu,
9 minggu itu bukan lagi kelabu,
9 minggu nanti tiada lagi debu-debu,
9 minggu itu satu yang pasti di kalbu...

Dan....
Awak 4;
Kita tahu,
Kita kenal,
Kita pernah melihat,
Kita pernah menyapa,
Tapi kita bukan siapa-siapa....
Noktah!
Namun,
Di satu musim di saat hati melara,
Kamu sentiasa ada,
Walau mungkin adakalanya kamu tidak tahu bahasa,
Kamu berselindung,
Tapi kamu bersuara,
Akhirnya aku tahu,
Kamu memang tidak pernah tahu bahasa 'cinta'....
Aku senyum....

9 minggu yang bakal datang,
Biar jadi kenangan manis untuk dikenang...


gambar; sedih rasa hati tak siapa yang tahu.... (sumber:internet)

*Jiwa kacau dengan 9 minggu yang akan datang (kata ayahanda;lambat lagi..... Tapi;jika dihitung saat tentulah berapa ribu million gamaknya, jika dihitung jam, masih terasa jauhnya, jika dikira harinya, berulang kali sepuluh jari menghitungnya, tapi jika dilihat minggunya, hanya 9 saja! Dan jika di kira bulannya???? 2 saja tau......hukhukhukhuk)
**Jika difikir perit hati sekarang, mahu sahaja 9 minggu itu cepat2 datang. Jika difikirkan ngerinya dengan segala persiapan yang tergantung disana-sini, mahu rasanya menggantung diri di jarum saat biar jam lambat bertukar detiknya!!!...
***Terasa benar memerlukan segala bantuan hayat, bantuan ATM, bantuan tangan mahupun kaki....tapi, yang mampu sekarang, hanya diam dan buat segalanya berdikit2.... (dah hidup sendiri-sendiri.... biarlah semua tanggung sendiri......~Ah!Sedihnya hati!!!)

Thursday, October 6, 2011

....wajah yang kian meremuk

Aku merasa bila kamu diam,
Bila kamu enggan peduli,
Bila kamu enggan melihat lagi...

Perlahan-lahan hati aku basah,
Rasa itu parah,
Dan....jiwa aku berdarah...
Perasaan mula meremuk.

Aku lebih diam bila kamu diam,
Aku lebih tidak peduli bila kamu enggan peduli,
Dan aku menutup seluruh mata hati bila kamu tidak ingin melihat lagi...
Malah, aku bakal pergi.....
Kerana aku tidak betah untuk terus sakit hati!

Malah tidak ingin kamu terus mempermainkan kepercayaan diri....


Kenapa biarkan wajah itu meremuk, buang saja dari seluruh hidup agar tenang tidak berkecamuk!!
sumber: internet

Sebal dalam hati!

Selagi mana belum tiba hari besar, lagi itulah macam-macam perisa entry yang ada berkisar tentang persiapan untuk hari tersebut. Pening....pening...pening....


Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, majlis saya kecil sahaja. Jemputan pun sedikit amat. Jadinya, saya mengalami masalah untuk membuat kad jemputan, maklumlah, jumlah yang saya perlukan hanyalah 150-200keping sahaja. Kemudiannya saya singgah sebentar di sebuah blog dan saya telah membuat pertanyaan samada pihak beliau menerima tempahan yang kurang dari 300 atau 500 misalnya. Jawapan yang diterima pada mulanya dah tentu kembang berbunga; ya, terima!!.

Saya pun dengan senang hatinya menghantar email, kemudiannya diikuti dengan SMS dan akhirnya panggilan telefon. Saya betul-betul nak menempah dan berharap pihak beliau dapat buat yang terbaik. Siap saya bagikan contoh kad yang saya mahukan. Bukan apa, saya masih perlu untuk berbincang dengan keluarga, mungkin juga dengan bakal En. Awak. Maka, saya perlukan beberapa opsyen harga untuk saya bentangkan bagi mendapat kelulusan.

Akan tetapi..... rasa bunga-bunga riang tu ranap terus sebaik sahaja saya mendapat panggilan tadi. Sudahlah suara macam marah-marah;

dia: Fieda, nanti bagi detail sikit. Diaorag susah nak buat design, tak reti sebab tak ada detail!
saya: Eh, memang la saya tak bagi lagi detail. Bukan ke ritu akak janji nak bagi tau harga dulu berdasarkan contoh kad yang saya nak?
dia: Ya ka? Lupa la tu. Tak pa, nanti akak SMS. Nak kad macammana, lipat ka, sekeping ja?


Haishhh....masa tu kan, saya sedang memandu, memang terkesima saya sebentar. Tidak terasa lemah-lembutnya. Tidak terasa 'friendlynya'. Jika saya menelefon pelanggan, perkara pertama yang saya akan tanyakan tentang kebolehcakapannya ketika itu. Jika pelanggan saya sedang sibuk amat atau sedang memandu, saya akan meminta izin untuk menelefon semula nantinya sahaja.

Akan tetapi, rasanya perbincangan sebelum ini sudah jelas. Tetapi beliau tidak membuat sebarang catatan barangkali, jadinya beliau pun lupa. Jika lupa, tanyalah kembali. Terus terasa sebal dalam hati..... Haishhh... tau tak lately ni saya cepat sentap tau.... =(

*sehingga detik entry ini di catat, masih belum ada sebarang SMS menyebut tentang harga. Begitu juga sebelum ini bilamana beliau berjanji untuk memberikan harga saya lewat petang tetapi saya hanya menerima panggilan beberapa hari berikutnya seolah-olah memarahi saya kerana tidak memberikan maklumat lengkap untuk rekabentuk kad! Jika dah tiba peringkat rekabentuk, semaklum saya, 50% deposit perlu dimasukkan. Jika harga sekeping pun saya belum dimaklumkan, boleh ke saya nak terus ke peringkat tersebut???? Haishhhh.....

Wednesday, October 5, 2011

MY Bouquet of fork n spoon...

Biasanya bila sahaja berkisar cerita tentang majlis perkahwinan dah tentulah 'doorgift' adalah antara perkara yang terlintas difikiran bukan? Seperti biasalah, apa-apa perkara pun mestilah mendapat kelulusan bonda juga. Sebab saya tak mahu nanti bonda masam muka pula. Kata bonda:

'haishhh... tak payah bagi bunga teloq la. Dah la bunga mahai, lepas makan org buang. Dah tu teloq tu banyak kerja, nak kena basuh dulu, pastu baru rebuih....' - saya akur

'tak mau, tak mau sapu tangan. Orang dok besa bagi dah.....' - saya akur

'tak payah dok bagi pelik-pelik, bagi yang orang dok boleh guna lepas tu.'-saya akur

Dan kemudiannya saya pun pening.....hahahahahaha

Saya pergi ke kedai yang besar umpama gudang ni.... kemudian lagi pening tengok barang-barangnya.....


Bakul untuk hantaran. Memang akan di beli, tapi bukan pada hari kejadian.



Munge-munge..... wahhhh.... terasa bagai di taman bunga.....



Sudu, ye....sudu.... Orang boleh guna lepas tu kan???? Tapi sudu ni kecil je.... Budget RM2 untuk 1 unit. Tak mo, tak mo..... (jika saya nak tambahkan 'personal touch' lagi...dah tentu kosnya akan up jadi RM3, tak cukup la budget saya yang seciput ni!!!!)



Sudu besar! Okay, tapi saya tak suka 'presentation'nya. Simple sangat dan susah pula saya nak tambahkan 'personal touch'. Haisshhh...



Taraaa...akhirnya perkenalkan; my bouquet of fork n spoon. Ini dah tentu saya suka.... Hahahahaha, sebab saya punya 'personal touch' secara total.....hahahahahaha

Bonda pun dah proceed, jadi lepas ni jenuh mencari pembekal sudu dan garfu le pulak.......:)

*ada orang kata saya ni cerewet, detail sangat! Hmmm... saya nak beri kepada orang apa yang saya rasa saya suka. Saya juga nak pakai baju apa yang saya rasa saya suka. Saya nak makan apa yang saya rasa saya suka.... jadi tak salahkan bila saya detailkan setiap perkara???
**kadangkala rasa sedih sangat, orang buat persiapan setahun awal. Boleh pergi survey barang sana-sini. Dapat pada harga murah. Tapi saya tak sempat, nak bercuti pun tak dapat. Maka saya relakanlah diri keluarkan belanja lebih dan benda apa saya yang dapat...hehehehhe

Selamat Hari Jadi Sayang....:)

Semalam 5.10.2011..... Birthday si Tuan Puteri Bertuah......

Sebenarnya dah berhari-hari sedar tentang itu. Tetapi semua orang sibuk je sekarang dan saya pun tak mahulah hendak membuat apa-apa majlis. Nak ambil cuti pun rasanya tak boleh. Maka, petang tu, selepas balik kerja saya singgah beli kek comel untuk dia.......


Hokey.... Bukan kesilapan kedai tentang nama tu.... Tapi, Tuan Puteri sekarang melarang orang panggil dia; adik atau Nuriel. Dia mahu dipanggil dengan nama NORIZAH!. Haisshhhh...suka hati kamu je nak tukar-tukar namakan......



Selepas potong kek, selongkar hadiah....hehehehe.. Mama tak bagi apa-apa pun, sekadar 'pom-pom' je..... Tu pun dalam plastik je mama bagi. Yang baju purple tu 'uncle zaimi' bagi....


See...dia suka tau.... My PomPom Girl....



Malamnya, ayahanda bawa makan besar di Restoran Pen Mutiara.... Nuriel makan dengan suka hatinya......

*doakan moga Nuriel jadi anak yang baik.... yang berjaya.... yang selalu dimurahkan rezeki..... Insyaallah... Selamat Hari Jadi sayanggg.....:)

Tuesday, October 4, 2011

Bunga Kristal

Kaki saya merasa amat letih pada hari ini!!!

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya amatlah sibuk dengan kerja-kerja harian. Tetapi sejak peristiwa tempoh hari, saya mula merasakan saya memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan diri sebelum segalanya mula menjadi parah untuk diri saya sendiri.

Jadinya tadi, saya menghabiskan waktu kerja tepat pada masanya dan berlari-lari anak ke sebuah kedai kelengkapan perkahwinan. Bukan apa, hendak membuat survey terutamanya doorgift. Nanti barulah saya boleh membuat budget. Semasa acara membuat survey tu.... saya sempatlah membeli acrylic bead untuk saya jadikan 'hand bouquet' di hari bahagia nanti....hehehehe

Hasrat di hati tu naklah jadi begini.....sumber:internet

Atau sekurang-kurangnya begini.........sumber:internet

Sebenarnyakan.... saya suka sangat dengan 'fresh flower'. Bagi saya 'fresh flower' lebih nampak hidup, segar dan cantik. Akan tetapi, memandangkan waktu yang terhad untuk sebarang persiapan majlis nanti... maka saya korbankan keinginan hati untuk memastikan segalanya tersedia lebih awal sebelum saya jadi kalut....



Tapi sehingga saat ini, baru 2 saja yang siap..... hehehehe... baru percubaan.....:)

Monday, October 3, 2011

Haishh... bila mulut mengalahkan perempuan!

Ini bukan kisah hari ini. Ini kisah 2 minggu yang lalu. Selepas sahaja di jari tersarung cincin tanda saya sudah pun milik orang. Tetapi sehingga hari ini, masih meninggalkan kesan. Sehingga detik ini, saya masih melihat mata-mata yang ramai mula memandang serong. Tapi bagi saya, biarlah.... satu hari, bila tiba detiknya mereka akan menyedari siapa yang sebenarnya lebih serong.

Gambar dari sini.

Waktu tiba di tempat kerja, rakan-rakan sekerja mula bertanya itu ini. Tidak mengapa, saya tidak kisah, saya juga gembira untuk berkongsi kemanisannya. Tetapi dari nada percakapan, mengapa calonnya bukan merujuk kepada bakal En. Awak! Saya masih diam... cuba memahami situasi. Bukan sekadar satu pejabat, malah berlainan pejabat juga heboh cerita yang sama. Hairan! Akan tetapi, di dalam saya tertanya-tanya, maka adanya hamba Allah yang datang membuat pengakuan:

dia: Hampa baik tak dengan R???
saya: Tak berapa rapat la...kerja-kerja saja....
dia: Hampa tak payah baik sangat ngan dia pun tak pa??
saya: Pasai pa?
dia: Mulut macam pompuan!
saya: Awat weeiii...pasai pa....
dia: Dia la yang bawak cerita pasai hampa kat kami. Bayangkan, kami ni tak rapat pun ngan dia. Jumpa, sembang pun tak pernah. Tapi, dia boleh mai cerita pasai hampa kat kami....
saya: Ya ka? Hmmm.... tak pa la.....

(terus saya diam)

Saya terdiam kerana selama ini saya nampak karektor pada dirinya sebagai seorang yang agak kalut, bercakap ikut sedap mulut tetapi bukan sebagai seorang kepoci yang menjaja cerita melalut-lalut. Apatah lagi sebagai seorang penfitnah yang menyebarkan cerita yang langsung karut!.

Sebenarnya, siapa pun bakal En. Awak tak perlu nak saya hebahkan. Cukuplah sekadar teman-teman rapat yang memang mengetahuinya. Tetapi bukan pula niat saya hendak merahsiakannya, biar sahaja mereka tahu sendiri nanti. Lambat laun akan tahu juga, mungkin sewaktu kad saya layangkan atau pun bila nanti di hari bahagia kami atau pun selepas majlis ketika saya membawa dia bertandang ke sana-sini. Akan tetapi, cukup saya tekankan bahawa bakal En. Awak bukanlah seseorang yang ada di sisi saya ketika ini, berjumpa pun mungkin hanya sebulan sekali tetapi bukanlah pula dia milik seseorang ketika ini. Jarak sebenarnya pemisah kami. Tetapi saya tidak mengerti, kenapa manusia itu boleh menimbulkan cerita yang saya bakal berkahwin dengan individu yang lain pula ni??? Rupanya ada radio buruk yang menjaja cerita sana-sini. Tak apa.... biarkanlah luncai terjun dengan labunya. Kenapa pula saya dipandang serong ya???

*saya dan bakal 'En. Awak Palsu' mungkin tidak sesuai kerana perbezaan status, usia, saiz dan segala benda. Akan tetapi, kamu, kamu, kamukah yang bakal menentukan jodoh manusia. Bukankah Allah yang tetapkan. Bila Allah kata jadi! Maka, jadilah.... Apa kamu itu berhak untuk mempertikaikan atau menanyakan kesesuaian apa yang Allah jadikan???? Siapa kamu!!!

*saya pernah menyatakan pada seseorang yang agak hampir (selalu ada dekat) bahawa calonnya; 'is nothing to do with this office...'. Jadinya, bila cerita-ceriti ni tersebar, nampak seperti sayalah pembohong yang paling hebat. Dah lah masa bercinta sorok-sorok. Bila dah tunang-tunang tak mahu mengaku pula....

*sudah sifat manusia suka cemburu, adakalanya iri hati dengan kesenangan yang kita miliki. Bila saya berkahwin dengan bakal 'En. Awak Palsu', hidup mungkin lebih mudah, boleh pergi kerja sama-sama, pulang kerja sama-sama, jimat belanja... Hati gembira.... Hahahahaha... Ya, ya.... saya mahu itu.... Tapi itu bukan ketetapan Ilahi.... Pun saya terima itu.... Saya redha bila jodoh saya bukan orang dekat, bila saya kena tanggung susah payah berjauhan, bila perkahwinan kami nanti akan dihiasi dengan bunga-bunga rindu akibat PJJ. Saya redha... Siapa pula mereka untuk mengerti susah-payah dan pahit jerih saya? Mereka takkan pernah berkongsi, malah hanya menunggu masa sahaja hendak menuding jari atau tepuk tangan tanda suka hati..... Hanya saya yang lebih tahu dan tanggung sendiri.... Kamu ada? Tak, nak hulurkan 10 sen, 20 sen nanti pun bercerita lagi sana sini. Jadi, diam! Jangan campur kaki!

Jadinya, sekarang saya lebih suka menyepi. Malas mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun membela diri. Apa yang penting, saya laksanakan tugas saya sebagaimana yang telah diarahkan. Bekerja mengikut gaji, setimpal dengan bayaran. Itu sahaja. Yang lain-lain tentang gossip panas ke, gossip suam ke, tidak perlu saya fikirkan....(setaraf artis pula rasanya bila kena gossip macam ni kan....hahahahaha). Dah mula la kena jawab; no komen!

**sabar je lah Fieda.... What u gv, u'll get back..... Adalah nanti habuannya tu.....
***Esok-esok nanti heboh pula tentang bakal En. Awak yang buta. Sampai tak kenal janda.... sedangkan dia masih bujang belia. Jadi, janda macam saya ni hanya layak jadi bini no. 2??? Ada pula saya perlu kisah? Tidak bukan......hahahaha
****Perempuan bila mengumpat, bergoncang rumahtangga. Lelaki bila mengumpat, bakalnya runtuh segala-gala tangga!

****saya tahu ada rakan yang berkaitan dengan individu, peristiwa dan cerita ini akan membaca (jadi silent reader....). Nilailah sendiri, saya pun dah malas nak buat sesi membela diri...

Sunday, October 2, 2011

The Versatile Blogger Award?

The Versatile Blogger Award?


Dah lama tak terima award2 ni..... Sekali Puan Roshey bagi kita award ni.... Dah tentu la terima dengan menggebu-gebu. Thanks ya Roshey......

So, syarat-syaratnya pula cenggini. Tampal je ni......:

1. Thank and link back to the person who gave you the award. (dah.....see...kita dah letak link)
2. Share seven things about yourself on the post.(jap, nanti erk....)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it. (alamak.....ini tak dapet la agaknya....blogger lain jarang jenguk blog malas kita ni.....hahahaha)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.(bila tak buat yang ke-3, tak dapat la juga buat yang ke-4)

Okay, 7 perkara tentang diri sendiri???? Hmmm:

1) Saya adalah penjiwa seni yang tersesat di dalam dunia batu-bata..... Kerjaya dan minat tak seiring langsung, sampai ada kawan baik saya yang berkata; Fir.....U buat semua ni....(sambil tengok hasil patchwork saya), tak sesuai langsung..... Hahahahaha

2) Saya minat menulis. Adakalanya hujung jari saya lebih bijak berbicara berbanding bibir saya sendiri!!

3) Saya minat juga dengan fotografi. Itu adalah salah satu cara untuk saya mengabadikan sesuatu yang saya rasakan indah dan ingin dimiliki selamanya.

4) Saya sangat tidak rajin, sangat tidak pandai terutamanya bila melibatkan hal rumahtangga. Saya tidak rajin mengemas rumah, saya juga tidak pandai memasak.... haiii....kasihan sungguh En. Awak nanti kerana memperisterikan Puan Saya yang sungguh tidak rajin ni kannn.... (tapi saya comel kan...kan...kan....hahahahaha-harap sangat bakal En. Awak tu tak baca entry ni....hahahaha)

5) Saya seorang yang penyayang, berjiwa sensitip tau.... Cuma adakalanya tersembunyi disebalik wajah serius atau pun cuba-cuba buat serius.... Bila dia mampu buat saya mula ketawa, orang itu akan dapat memahami siapa saya sebenarnya......

6) Sesungguh saya mula merasakan derita terperangkap di dalam dunia batu-bata.... Berdoa agar suatu hari nanti saya akan berjaya keluar dari dunia ini dan tinggal di dalam satu dunia yang mana saya mempunyai lebih masa untuk diri sendiri, jarang-jarang mengerutkan kening, sering memakai 'long skirt' ala gypsy dan mengenakan 'hill' lebih kerap.

7) Bila saya sayang, saya jarang meluahkan dengan kata-kata.... Si Dia hanya perlu merasa, kerana sayang saya ada di jiwa bukan sekadar di lidah!

....sekian.....

Tapikan.....saya kan tak buat item 3 ngan 4 tu. Kelayakan di terima tak???? Hahahahaha.... rasa macam tak je kan..... Alamak, tapi dah cerita jugaklah 7 perkara tentang saya.... Layan je la kan......gheghegheghe

*ME; simple but complicated. Jadinya, 7 perkara itu hanyalah sekelumit dari lain-lain sifat, sikap dan segala yang berkaitan mengenai saya......

Saturday, October 1, 2011

Sekali imbas.....

Hmmm.... sekarang dah 1 Oktober 2011. Banyak yang kena bermula dah.... Operasi mengemas, program diet dan kerja booking-mem-booking.....

Masa mengemas album gambar tadi untuk dipindahkan sementara, sempatlah juga membelek sikit-sikit kenangan lama......

*my 'double botak'; hero and heroin of my heart....... gheghegheghe.... Masa ni Rizal sedang menjalani rawatan, sebab tu botak licin je....


*lihat si Puteri Bertuah, dari kecil lagi memang nakal sangat..... senyum tu galak.... jika menangis pun melalak.....gheghegheghe


*ni pula gambar ntah siapa ntah.... tetapi ambil masa jadi jurugambar.... harapnya masih kekallah jodoh mereka tu kan?