Followers

Wednesday, September 28, 2011

Bila EMO sudah melaut sampai ke laut.....

Siang tadi matahari terik saja...tetapi tiba-tiba saya pula yang mendung. Sudahlah mendung, banjir pula, melaut lagi tu..... Rasa sedih sangat hati. Entah kenapa saya terlalu sensitif dan emo. Selalunya perasaan sedih macam tu hanya datang ketika detik Cik P akan tiba, tapi kali ni Cik P baru saja berlalu pergi tapi emo tu kekal berpanjangan. Mungkin ketika kejadian, dalam kepala saya ini terlalu bercabang-cabang sehingga merasakan stress yang teramat sangat.

Entahlah, saya pun tak tahu.... Hari besar tu rasa dekat sangat tapi saya ini apa persediaan pun masih belum selesai malahan terasa beban kerja tu semakin menimbun lagi adalah. Bila ada sahaja 'task' yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat, perasaan saya seolah-olah batu besar terhempap di atas batu jemala patik nih!. Adakalanya mungkin sebab saya pandai bermain sandiwara makanya orang selalu menganggap saya okay, saya boleh, saya tak apa-apa. Diaorang lupa, saya pun manusia biasa yang ada hati, perasaan dan yang pasti saya juga tahu erti letih.

Entah kenapa tadi saya boleh pula menjadi begitu tidak beradap. Meninggalkan semua begitu sahaja. Tapi sebenarnya itu adalah lebih baik daripada akhirnya saya mengeluarkan kata-kata yang akan menyakitkan hati lebih banyak pihak. Tapi apakah orang itu, itu dan itu pernah mengambil kira tentang hati dan rasa saya??? Entahlah.... mungkin adakalanya saya terlalu mengorbankan diri untuk melindungi orang-orang disekeliling saya... Untuk cuba memenuhi keinginan setiap orang yang ada..... Tak mengapalah.... Saya bukan seperti orang itu, itu dan itu.... Biarlah saya berbeza dari mereka..... Tapi saya juga manusia yang akhirnya memendam rasa dan akhirnya menangis bila saya gagal untuk meluahkan apa yang saya rasa dengan kata-kata.....

Entah kenapa tadi saya biarkan saya telefon itu berdering dan bergetar. Saya tahu, telefon bimbit itu rasmi dan panggilan yang diterima adalah daripada individu yang rasmi, akan tetapi lebih baik saya hanya membiarkannya daripada saya terus mengusutkan suasana. Sudah resminya saya ini mentimun, dan dia adalah durian.... Saya mengaku, cuma biarlah saya berdiam sekejap kerana saya juga makhluk yang punya hati dan perasaan.

Entah kenapa saya berasa benar-benar EMO pada hari ini bila dia mengatakan; payah bekerja dengan orang yang 'emo'. Ketika itu saya cuma sedang cuba untuk membela diri bila diri saya benar-benar dipersalahkan 100% tanpa sebarang penilaian langsung! Saya bukan minta disanjung dan dibenarkan dalam semua perkara. Malah saya juga pernah menerima kata-kata kesat mahupun perlian bila saya buat salah. Saya terima dengan hati terbuka walaupun berkaca-kaca mata ini. Tetapi bila saya rasa saya tak sepatutnya disalahkan sepenuhnya untuk sesuatu itu..... dan saya membelanya.....dan saya di katakan 'emo' maka 'emosi' saya benar-benar tersentuh....... Dimanakah keadilan yang harus ada pada diri seorang ketua? Dimana pula sikap teguh yang harus menjadi ikutan anak buah? Dimana pula sifat empati yang harus ada dalam diri seorang pemimpin walau bukan simpati pun?

Lalu hati saya memang basah.... lencun sampai ke pipi perginya.... Tak mampu sembunyi lagi. Sebabnya; saya tak mampu meluahkan dengan sebarang kata-kata. Biarlah bukan...... Tapi masalahnya sampai detik tengah malam ini.... sehingga saya mencoret kata disini.... masih juga berkaca mata ini, masih juga sebak-sebak dada ini..... Terasa sebal untuk menghadap hari esok.... Bimbang telefon berdering dan saya kaku nak berkata. Jika ada permintaan bertemu mata pastinya saya jadi batu. Itu pasti!


Entahlah lagi..... Saya pun sudah kehilangan kata-kata. Saya hanya mahukan empati itu wujud di jiwa setiap rakan disekeliling saya. Kemampuan untuk memahami perasaan orang lain. Tapi itulah benda yang paling sukar untuk diwujudkan bila rasa itu sendiri tidak dipupuk malah makin dikikis......

*sayakah yang terlalu terasa? Cuba bayangkan; 10 unit kipas siling akan dipasang di bahagian siling yang berukuran 3 meter panjang x 3 meter lebar.... Boleh bayangkan tak kelogikannya? Dan apakah saya yang perlu dipersalahkan di atas kegagalan manusia itu berfikir secara logik??? Atas alasan;'u don't give her the skeleton!'. Yang terbentang dalam pelan pun masih perlu di rangka atau jiwa saya perlu meresap kedalam mindanya untuk menguasai kemampuannya memikirkan logika? Dan saya jualah yang harus dipersalahkan jua di atas kegagalan itu? Buatlah...kerana saya ni mentimun dan tuan adalah durian.... menggolek pun luka, tergolek pun luka...apatah lagi bila digolek-golekkan tu, memang sengajalah nak meluka-lukakan..... =(

Luka lagi untuk sekian kalinya.....entahlah....sampai bila boleh bertahan.....Bila EMO sudah melaut sampai ke laut, dah tentu la melalut-lalut jadinya..... T_T

No comments:

Post a Comment