Followers

Wednesday, October 5, 2011

MY Bouquet of fork n spoon...

Biasanya bila sahaja berkisar cerita tentang majlis perkahwinan dah tentulah 'doorgift' adalah antara perkara yang terlintas difikiran bukan? Seperti biasalah, apa-apa perkara pun mestilah mendapat kelulusan bonda juga. Sebab saya tak mahu nanti bonda masam muka pula. Kata bonda:

'haishhh... tak payah bagi bunga teloq la. Dah la bunga mahai, lepas makan org buang. Dah tu teloq tu banyak kerja, nak kena basuh dulu, pastu baru rebuih....' - saya akur

'tak mau, tak mau sapu tangan. Orang dok besa bagi dah.....' - saya akur

'tak payah dok bagi pelik-pelik, bagi yang orang dok boleh guna lepas tu.'-saya akur

Dan kemudiannya saya pun pening.....hahahahahaha

Saya pergi ke kedai yang besar umpama gudang ni.... kemudian lagi pening tengok barang-barangnya.....


Bakul untuk hantaran. Memang akan di beli, tapi bukan pada hari kejadian.



Munge-munge..... wahhhh.... terasa bagai di taman bunga.....



Sudu, ye....sudu.... Orang boleh guna lepas tu kan???? Tapi sudu ni kecil je.... Budget RM2 untuk 1 unit. Tak mo, tak mo..... (jika saya nak tambahkan 'personal touch' lagi...dah tentu kosnya akan up jadi RM3, tak cukup la budget saya yang seciput ni!!!!)



Sudu besar! Okay, tapi saya tak suka 'presentation'nya. Simple sangat dan susah pula saya nak tambahkan 'personal touch'. Haisshhh...



Taraaa...akhirnya perkenalkan; my bouquet of fork n spoon. Ini dah tentu saya suka.... Hahahahaha, sebab saya punya 'personal touch' secara total.....hahahahahaha

Bonda pun dah proceed, jadi lepas ni jenuh mencari pembekal sudu dan garfu le pulak.......:)

*ada orang kata saya ni cerewet, detail sangat! Hmmm... saya nak beri kepada orang apa yang saya rasa saya suka. Saya juga nak pakai baju apa yang saya rasa saya suka. Saya nak makan apa yang saya rasa saya suka.... jadi tak salahkan bila saya detailkan setiap perkara???
**kadangkala rasa sedih sangat, orang buat persiapan setahun awal. Boleh pergi survey barang sana-sini. Dapat pada harga murah. Tapi saya tak sempat, nak bercuti pun tak dapat. Maka saya relakanlah diri keluarkan belanja lebih dan benda apa saya yang dapat...hehehehhe

2 comments:

  1. Salam..boleh tau di mana boleh dapatkan pemborong sudu garfu besi ni ya?boleh e-melkan kepada saya: nur_amalina1211@yahoo.com Thankss

    ReplyDelete
  2. Assalam.... saya tak sempat survey tempat lain. Tapi semasa saya beli ini, inilah kedai yang saya dapat dengan harga yang bagi saya boleh diterima akal dan boleh dibincang-bincang. Kedainya dekat dengan i-avenue dekat bayan baru, hampir2 dengan kedai bata. Saya tak ingat nama kedai, tapi kedai tu kedai menjual barangan dapur dan juga pembekal peralatan untuk restoran...:)

    ReplyDelete