Followers

Wednesday, October 16, 2013

Cerita tentang Faedah Hilang Upaya Sementara PERKESO.

Salam.....

Bersawang dah blog kesayangan saya ini kan.... Dah lama benar tidak bersiaran. Bukan tak ada cerita, sebenarnya terlalu banyak cerita, tetapi keadaan diri amatlah tidak mengizinkan. Kenapa tidak mengizinkan? Ya....saya mengandung lagi...hehehehe, jadi saya lebihkan masa berehat dan melayan pening lalat diri sendiri dulu...:). Apa rasanya bila mengandung lagi setelah melalui pengalaman yang sememangnya tidak begitu manis sewaktu kandungan lalu yang belum setahun tuu...??? Nantilah saya kongsikan di sini. Sekarang kita kongsi kisah lain.

Sesiapa pernah melalui pengalaman kemalangan sewaktu bekerja? Sebagai pekerja yang dilindungi oleh PERKESO (yang sememangnya wajib untuk setiap pekerja), bila sahaja berlaku kemalangan makanya PERKESO akan bertindak lebih kurang macam insuran kita la.... Tapi sebab kita mencarum tu taklah setinggi mana, maka pampasannya tidaklah sehebat insuran-insuran persendirian kita yang lain, tetapi bolehlah untuk menampung serba-sedikit belanja hidup yang terganggu akibat kemalangan tu. Pertama kita kongsi tentang Faedah Hilang Upaya Sementara:


Pembayaran Faedah
• Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan; dan
• Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dan dibayar gaji dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:

• Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari); dan
• Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan bagi tempoh 6 bulan sebelum kemalangan).


Cara Tuntutan
Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
• Borang 21 (Laporan Kemalangan);
• Borang 10 (Borang Tuntutan);
• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal;
• Salinan Kad Pengenalan;
• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan; dan
• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman).

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:
• Laporan Polis; dan
• Peta lakar tempat kejadian.

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-
• Borang PKS(P)68 (sekiranya pekerja masih bekerja);
• Borang PKS(P)69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja);
• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada); dan
• Borang 10 (jika ada cuti sakit).

*Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berhampiran.

Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam, walau bagaimanapun laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan tertakluk kepada pertimbangan Pertubuhan.

*copy dari laman Perkeso

Al-kisah, En. Suami telah kemalangan sewaktu bekerja baru-baru ini. Maka bermulalah pahit jerih saya sebagai si isteri. Bukan senang tau, En. Suami patah tangan kanan, bersimen dari jari sampai lengan atas. Kereta saya yang pandu, anak saya yang pangku, rumahtangga saya yang urus, kerja pejabat dah tentulah saya yang kena siapkan, hal anak yang kecil dan mula pandai meragam tu semua saya yang tanggung. Sehinggakan ada suatu masa saya keletihan dan ada pula saudara yang melawat, maka saya menebalkan muka tidak menjamu walau secawan kopi pun. Ye la, dah datang hampir kelewatan malam, dah mula nak kelelapan mata, toto pun telah dibentangkan, maka buat-buat tak tahu je lah masa tu. Sure diaorang kutuk saya serapat-rapatnya. Memang saya terasa, tetapi keletihan saya mereka tidak merasa, lantaklah....

Setelah hampir dua bulan berlalu, maka tibalah surat daripada Perkeso siap dengan cek atas nama En. Suami. Adalah 4 angka jumlahnya. Cek atas nama En. Suami, dah tentunya di fikiran kita Faedah Hilang Upaya Sementara itu adalah milik kita yang sejati. Maka diakaunkan cek itu, digunakanlah sedikit oleh En. Suami untuk menyeronokkan si isteri yang dah susah payah sewaktu beliau uzur tempoh hari. Tempoh bercuti sakit akhirnya tamat dan bekerjalah semula En. Suami. Setelah beberapa lama bekerja semula, dapatlah panggilan daripada bahagian akaun syarikat:

kerani akaun: Farid, U sudah dapat ke claim SOCSO?
En. Suami: Sudah....
kerani akaun: Berapa banyak?
En. Suami: Satu ribu lebih saja.
kerani akaun: Nanti U bank-in company punya akaun balik, mintaakaun nombor sama Kak Mas.

En. Suami pun terpinga-pinga, Puan Isteri mula menyinga la. Kenapa kena bagi kepada syarikat pula????? Maka di telefonnya PERKESO minta penjelasan. Jika kita baca artikel yang saya copy dari laman PERKESO tadi agak confusekan?:

• Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dan dibayar gaji dalam tempoh cuti sakit tersebut.

En. Suami tidak bekerja sepanjang tempoh cuti sakit, tetapi kenapa kena pulangkan duit kepada syarikat pula? Tempat saya bekerja tidak pula begitu, Sudahlah dapat Faedah Hilang Upaya Sementara, tuntut pula Faedah Hilang Upaya Kekal pula tu, tiada masalah. Penjelasan PERKESO:

Sekiranya pekerja telah dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh bercuti sakit, maka pihak PERKESO tidak mempunyai kuasa untuk majikan menuntut kembali duit faedah tersebut. PERKESO memberi faedah tersebut sebagai bantuan kepada pekerja yang telah dilindungi seandainya pekerja telah hilang punca pendapatan sepanjang tempoh tersebut. Walaubagaimana pun, ada sesetengah majikan yang tidak menuntut faedah tersebut daripada pekerja walaupun telah membayar gaji sepanjang tempoh bercuti sakit. Kira macam majikan bagi ehsan kepada pekerja la....

Hahahaha... Macam tu rupanya. Jadi, sebagai pencarum PERKESO, tiadalah apa-apa kelebihan kepada kita? Sudahlah kemalangan sewaktu bekerja, dapat faedah pula, majikan tuntut semula. Apa kelebihan kita yang kemalangan kecil-kecilan tak sampai hilang jari, kaki atau tangan ni???!!! Maka dengan itu, pegawai tersebut telah menasihatkan En. Suami untuk membuat tuntutan bagi Faedah Hilang Upaya Kekal kerana tangan patah. Maka sekarang dalam proses untuk membuat tuntutan la. 

Kemudiannya saya terfikir-fikir, haishhh...kenapalah kedekut sangatlah syarikat En. Suami tu nooo....  Sudah la pekerja kemalangan sebab buat kerja mereka, bukan nak diberi ehsan pun. Syarikat saya bekerja ini tidaklah sekedekut mereka-mereka itu.... Alhamdulillah... 

Moral of the Story: Malu bertanya sesat jalan, dah tanya2, rupanya dah lama sesat. Maka, kita patahlah balik nooo.... hahahahaha

23 comments:

  1. salam puan,

    mcm ni pun ada ye. sy ni dlm proses utk buat rawatan slipped disc yg mana boleh dikaitkan dgn pekerjaan yg sy buat skrg ni. Lps dgr cite puan ni, buat sy terfikir2 plk, agaknya jd yg sama x kat sy nnt.. hehe... lagi satu puan, boleh tau dh dpt blm tuntutan yg kedua tu? dn kalau sudah, blh sy tau brp yg suami puan dpt dan apa faktor2 yg mempengaruhi jumlah yg akan kita dpt? boleh sy jadikan rujukan utk bt claim tu jgk nnt kan. Kalau puan nak lebih privacy, blh email pada sy di wan_y2000@yahoo.com k. Tksh puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Suami saya berjaya mendapat faedah hilang upaya kekal beliau. Jumlahnya tidak banyak kerana doktor bg point kecacatannya hanya 2%. Selain daripada itu kadar gaji, umur juga diambil kira. Maaf atas kelewatan jawapan, saya cuti bersalin yg panjang.

      Delete
    2. Salam Puan Fieda, boleh tak share cara2 untuk claim faedah hilang upaya kekal?

      Delete
  2. Salam,

    I'm Nisa, producer of Bella ntv7. I've sent you an email. Hope you can read that email and looking forward to hear from you.

    Thank you.

    :)

    ReplyDelete
  3. Saya baru je gagal rayuan jemaah doktor rase tak berpuas hati. Kejadian yang menimpa di tempat kerje membuatkan mata saya silau teramat selepas menjalani pembedahan. Kesal dgn perkeso yg tidak teliti semua nie. Sekurang2 nya tk dpt banyak pon cukup la dengan sekadar meringankan beban kehidupan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tak silap, rayuan boleh dikemukakan semula. Tetapi semuanya memerlukan masa dan usaha. Ada yg berkali-kali bust rayuan tetapi masih gagal. Harap tuan akan berjaya.

      Delete
  4. Suami sy br je kemalangan d tpt kje. Kelalaian pekerja laen, tp suami yg tbakar.naseb baek xde perkara buruk blaku. Cuma tgn n muka yg kne. Tp,sbb suami br je kje d kilng tu, n maklumat perkeso blom update dr kilng lame ke kilng br, xbole nk claim. Rse menyesal xamek insuran nyawa, sbb m.c. pn bole claim insuran. Nk buat rawatan kt hospital pakar pn xyah bmodal. Lps kejadian tu, terus call member, buat insuran nyawa. Dpt medical card skali. Hati pn senang. Xde la mahal sgt klu nk dbandingkn dgn modal yg kne keluar sendri klu sakit esok2 lusa kn.. Dan paling sedih bile family tjejas bile tunggak kluarga sakit n xbole kje. Sy cuma nk share pengalaman sendri.. Klu kita yg kje sederhana ni, mmg xmampu nk tanggung bayaran perubatn yg mahal. Mmg bole dptkn rawatan kt hospital kerajaan.tp klu nk jumpe pakar, brape kali jadual daaaa..
    Sesiape nk tanye psl medical card (br rm50 sebln utk lelaki, rm 60 lbh utk pompuan. Cover smpi rm90,000 setahun), bole w/app no ni 0197370890

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg baik jika mmpu untuk mmbiayai insurance peribadi. En suami dulu tak terfikir ttg semua ini. Bila jadi begini, ada juga rasa menyesal. Selain daripada tutntutan faedah hilang upaya sementara yg dituntut semula oleh company tu, tiada apa2 lg benefit yg company bg. Nak pergi buat fisio pun kena ambil cuti sendiri. Alhamdulillah la tuntutan faedah hlg upaya kekal berjaya diperolehi walau tak bnyk boleh menyumbang sikit untuk kewangan keluarga kami..

      Delete
  5. Bole bantu sy? Care pengiraan utk percent sy dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya, percentage yg u akan dpt tu ditentukan oleh jemaah doktor nnt. Boleh bayangkan, en.suami saya patah tgn, sampai sekarang tgn dia tak boleh lurus spenuhnya. 90% saja lurus. So, doktor rekemen sebanyak 2%. Itu saja..

      Delete
  6. saya kemalangan motosikal.. melanggar kereta .. semasa urusan keluar dari rumah hendak membuat urusan kerja syarikat .kejadian pada 20/11/2013 .. Patah dipergelangan tangan kiri dan dimasukan plat besi.
    3 bulan selepas MC saya buat tuntuan pertama.. dapat anggaran ganturugi semasa MC ( pertama - RM500 ) dan kali kedua ( RM4980 ).. semasa MC gaji berjalan seperti biaas.. Selepas membuat tuntutan hilang upaya kekal.. dan ditemuduga oleh jemaah doktor pada 7/82014 yang lalu.. baru semalam saya mendapat surat.. menyatakan nilai bayaran tuntutan saya sebanyak 5%..setelah saya menghubungi pegawai perkeso..setelah dikira dgn nilai %, gaji dan umur.. saya akan memerima sebanyak RM27.000 .. ini jumlah pukal sekiranya saya bersetuju.. atau boleh memohon lagi sekiranya masih t idak berpuas hati dengan jumlah tersebut. Sekian - Shafiee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh...ada baiknya tuan-tuan bertanyakan sendiri pada pegawai perkeso. Sepanjang pengalaman bersama en. suami menguruskan hal perkeso ni, saya ada tanya hal yang sama. Jawapannya:

      En boleh ambik dulu jumlah ini dan sekiranya di masa hadapan en dapati kecacatan en semakin teruk, en boleh buat rayuan semula. Tetapi jika en tak puas hati dengan jumlah ini, maka en berhak tolak dan buat rayuan. Kes akan dirujuk kepada SOCSO KL (sebab kami dari Penang). Ambil masa sedikitlah en.

      Begitulah penjelasannya..... bila dah pergi tempat orang, biasalahkan.... jadi kami suami isteri sepakat, redha je lah dengan jumlah yang diberi.....

      Delete
  7. Salam,

    Sy terlibat dalam kemalangan pada bulan 5 menyebabkan tulang peha kiri patah dan dimasukkan besi. Sehingga skrg sy berjalan menggunakan tongkat krn Dr menjangkakan ia memakan masa sehingga 12 bulan utk sy berjalan tanpa tongkat. Boleh ke sy buat tuntutan hilang upaya kekal? Kalau boleh slalunya permohonan di hantar terus ke pejabat Perkeso atau melalui Pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuntutlah dikkkk, mmg hak kita tuntut sebab kita dah mencarumkan.... Ambil je borang kat pejabat perkeso, jangan pos2. Jangan guna orang tengah. Pergi sendiri ke pejabatnya. Tapi cara isi borang tu pun kena tepat. Jangan isi ala kadar. Susah nak dipertimbangkan t
      jemaah doktor nanti.... Gudluck ya...;)

      Delete
    2. Borang tuh boleh hantar kat mana2 cawangan Perkeso ye kak? Contohnye macam saya kat KL, boleh hantar borang tuh samada kat Wisma Pekeso di jalan Tun Razak atau Menara Perkeso Jalan Ampang ye?

      Delete
    3. Boleh, yg mana kita mudah berurusan. Akan tetapi mcm kes suami, majikan buka kes di Selangor (main ofc di sana) dan kami di Penang sewaktu nak tuntut faedah hilang upaya kekal, kami kena buat sedikit Surat minta fail di transfer ke Penang. Apa2 pun pergi merujuk ke pejabat perkeso yg terdekat dgn tuan dulu la

      Delete
  8. Selamat Sejathera, boleh tumpang tanya, jika berlaku kemalangan, pekerja telah dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh bercuti sakit selama seminggu, adakah perkeso masih akan bayar tuntutan faedah kepada pekerja tersebut jika permohonan telah dibuat?
    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada majikan bayar gaji atau tidak, perkeso tetap bayar pada kita. Perkeso mmbyr dgn beranggapan majikan tak mnbyr gaji. Itu sebabnya sesetengah majikan menuntut semula faedah tu dari kita. Dan ia bukan satu kesalahan....

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, saya nk tnya brapa lama socso proses borang ye.. saya dh buat tuntutan tp x dpt lg reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...lama mana tu tak sure... tapi klu faedah hilang upaya sementara tu, after sebulan dah dapat. klu faedah hilang upaya kekal tu lebih sikit la pada sebulan sebab diaorg nak siasat la, apa la... telefon tempat kerja. telefon keluarga... diaorg siasat dulu....

      Delete
  10. Salam, Puan, kalau sakit slip disc, selain dapat claim Mc, boleh tak kita tuntut claim cacat kekal dengan socso?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan pakar, jadi saya tak tahu apa yang boleh dituntut.... akan tetapi sewaktu suami hendak buat tuntutan, kami pun was2. tanya kepada tuan doktor, doktor kata, 'u cubalah....'. Kita ada hak kita, kita just minta hak kita.... sekurang2nya usaha... lagi pun tak tinggi pun kosnya....

      Delete