Followers

Wednesday, January 20, 2010

Kenapa ya suami menggatal??

Agaknya, semua para isteri-isteri sudah cukup atau tidak mengenali suami masing-masing? Saya pernah terpesona dengan kata-kata seorang sepupu saya di hari pertunangannya..."dia takkan buat perangai, dia sayang akak sangat". Tapi yang saya dengar setelah anak 3 suaminya meragam. Diam-diam pergi jumpa perempuan lain. Itu tak termasuk terjerembab dekat shopping kompleks oleh saya lagi tu. Tapi saya diamkan diri sajalah. Tak nak kusutkan masalah orang. Banyaklah sebenarnya kisah isteri dan suami yang saya dengar dan lihat. Masalah-masalah lain dalam rumah tangga, saya tak mahu bincangkan sekarang, cuma topik yang saya nak perkatakan disini hanyalah, kenapa ya suami kita menggatal di luar yakni, dibelakang kita atau lebih mudah difahami bila kita tak de depan mata diaorang????????

Sebenarnya saya terpanggil dengan satu entry di http://anisthebumblebee.blogspot.com tajuknye "Suami gatal...salah saper??". Entry ni dah lama dah, tapi baru je dapat kesempatan nak baca. Menarik, pedas dan lucu pun ada. Tapi adalah beberapa perkara yang saya tak setuju sangat, cuma saya cuba untuk pandang dari sudut yang positiflah. Antaranya yang menarik hati saya adalah:

Menurut buku "The 7 stages of Marriage" by Sari Harrar & Rita DeMaria,Ph.D.(buku ni adalah hadiah dari mak aku sempena birthday aku tahun lepas.aku xbape pasti motif beliau.adekah dia nk suruh aku berjaga2 terhadap kes ni??) ada 7 peringkat dalam perkahwinan:

1)Passion Stage
Saat2 romantik dan honeymoon.Time ni suma cam best jee.Mmg xpandang yg lain dah.

2)Realization Stage
Stage yg dah kenal diri masing2.Oo,rupanya ko ni kaki mengigau,oo..ko ni kuat kentut.aa,contohnye gitu laa..

3)Rebellion Stage
Bergaduh sesama sendiri,nk idup cam dulu balik.Nk bebas2.nk main futsal ikut suke hati.Nk pegi shopping dgn kengkawan je.Nk tu,nak ni.bosan la idup dgn ko!

4)Cooperation Stage
Time ni tanggungjawab makin berat.ada anak,perbelanjaan bertambah,keja pun berlambak2 kt opis.

5)Reunion Stage
Ni kira pasangan yg dah settle down bab anak2,bab keje suma.kira skang ni tgh rilex2,nk bersatu balik dgn pasangan.

6)Explosion Stage
Tahap paling down dlm hidup.Sakit,kena buang keje,bergaduh tunggang langgang.

7)Completion Stage
Ni tahap pakcik makcik,atuk nenek.Dah rilex sume,main dgn cucu.lepak2 makan angin hasil duit pencen.tahap ni hanya akan berjaya dicapai jika masalah2 rumahtangga dpt ditangani dgn cara yg baik.Kalau tak,mgkin kita akan dengar pasangan2 tua yg bercerai berai.

Hmmm...hidup rumah tangga memang banyak peringkatnya. Dari masa bercinta sehingga berumah tangga, dari anak tak ada sehingga bertambah dua dan tiga, dari bermotor sehingga berkereta, dari tiada sampai berada-ada, dari kecil sehingga besar adanya. Gatal lelaki pun sebenarnya berperingkat juga. Percaya tak lelaki sememangnya akan menggatal di usia menghampiri 20 tahun (kira lepas sekolah la..), waktu ni kalau tak dibendung maka akan terjadilah kes-kes kahwin muda. Lepastu kalau di perhatikan menjelang usianya 40 tahun selalunya start umur 36 tu dah mula lah...... Pastu sekali lagi bila 50+++ la.... Ini analisis yang saya buat berdasarkan pengalaman hidup, kisah manusia disekeliling saya dan juga berdasarkan bacaan-bacaan. Saya pun sebenarnya tidak mengerti dengan tahap kegatalan lelaki sebenarnya. Adakalanya lelaki-lelaki ini adalah suami yang paling penyayang di rumah tetapi bila di luar lain pula tingkahnya. Adapula yang dirumah isteri sampai tak mampu panggung kepala, garangnya bukan main tetapi diluar boleh pula bermadah seloka dan berlawak jenaka. Ada pula yang diluar bukan main galaknya, balik rumah diam dan patuh.

Agaknya senario lebihan wanita di akhir zaman ini sering mendorong lelaki untuk menggatal barangkali. Ye lah, pilihan banyak, jika isteri tak pandai bela baik ganti saja. Atau perempuan banyak, pilih je mana yang boleh dilanyak. Atau pun pilihan dah tak ada, mau tak mau mesti diaorang terima. Benak lelaki sukar diduga. Dugaan akhir zaman ni pun sukar diteka. Kadang-kadang saya sedih pada isteri-isteri yang hanya dirumah dan tak pernah kenal suaminya di luar rumah. Lagi sedih pula bila si suami tu buat perangai yang pihak ke-3 itu pula diserang-serangnya. Wahai isteri2, kenalilah suamimu....andaikata ada tak kena, siasat, jangan hanya tuduh melulu. Ya, diakhir zaman ni ramai wanita. Mungkin juga suami kita tu lelaki melayu terakhir atau yang terhangat dipasaran. Tetapi sekurang-kurangnya bertindaklah dengan cara yang bijak bila berhadapan dengan situasi begini. Jangan sampai suami pandang kita tak cerdik. Lelaki ni pula, kalau dia dah tahu isterinya tahu, ada kemungkinan dia:

1) Terus buat perangai dengan terang-terangan (hah, masa ni makan hatinya tuhan sahaja yang tahu.....)
2) Dia buat perangai tapi dengan lebih berhati-hati...(kita ingat dah settle rupanya jadi api dalam sekam...lagi bahaya...)

Suami selalunya akan menggatal di belakang si isteri apabila:

1) Hidupnya tak bahagia...(hairan juga bila kata tak bahagia tetapi anak tiap-tiap tahun anak bertambah)
2) Makan minum tak dijaga (ni sebabnya kadang-kadang suami main gila dengan orang gaji tak pun tukang masak kedai)
3) Kehidupan peribadi tak seperti yang diminta (dari segi batiniah selalunya)
4) Dicabar sahabat taulan (nak tunjukkan jantan, akhirnya terperangkap)
5) Dah memang tabiatnya suka mempermainkan wanita, bukan nak kahwin pun hanya nak bermesra (ini adalah antara lelaki yang mempunyai masalah kejiwaan)
6) Nak cuba pasaran (test market)

Actually banyak lagi sebab musabab lelaki menggatal di belakang isteri ni. Oleh itu, bila terjadinya sesuatu dalam rumahtangga, jangan hanya menyalahkan pihak ke-3, salahkanlah dulu suami tu dan muhasabah diri sendiri. Bagi lelaki pula, kahwin tu sebenarnya tanggungjawab, sehebat mana pun bahtera yang dilayari, tanpa kebijaksanaan nakhodanya boleh karam jadinya. Andai tertimbul keinginan si suami nak pasang lagi, pastikan ilmu didada tu cukup. Kerana Ilmu itu tunjang segalanya. Kalau tak, hancur dunia.

* Agaknya kenapalah saya menulis entry ni? Sebab, dah bermalam-malam si suami orang ni asyik SMS je. Sebenarnya dah bertahun-tahun pun. Ayatnya power-power belaka. Ngeri ada, menyampah dah tentulah. Kadang-kadang rasa simpati dekat isteri dia, macam-macam dikutuk tentang isterinya. Yang hanya mampu saya kata, "seburukmana pun isteri kita, ingatlah dia tetap ibu pada anak-anak kita. Jangan dihina, kalau salah kita tegurlah, kalau tak cantik kita elokkan". Lelaki, sukar dimengerti. Isteri, payah pula nak memahami. Sekarang, jaga saja kain sendiri. Apa jadi pun, selamatkanlah diri. Insyaallah...

2 comments:

  1. babe,kalau kacau anak dara takpa,ni kacau bini org.baca blog i.kisah laki mengaibkan bini dia.kesian tau.

    ReplyDelete
  2. Mommy Stephanie: dah baca entry tu. Memang hampeh la siapa yang empunya diri tu. Should be dia support wife dia la dari segi moral n financial...baru wife boley cantikkan...;)

    ReplyDelete