Followers

Friday, December 13, 2013

Cuti Sekolah, mana nak pergi????

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.....

Isk2, sekian kalinya bersawang-sawanglah laman ini. Biasalah, jika dah terkena penyakit buatan orang ni, apa yang kita suka pun jadi tak suka, hobi pun letak tepi. Akan tetapi, tanggungjawab yang hakiki tetap perlu diteruskan jua.....

Topik kali ini, cuti sekolah itu datang lagiii... Ye, dah lama pun cutinya. Seperti biasalah bila sahaja cuti sekolah, si Puteri Bertuah akan kerap bertanya:

'mama bila nak cuti??'

'cuti ni kena duduk rumah saja ka??'

Iulah soalan yang tak berapa nak larat nak layankannn.... Tambahan pula disaat melayan mabuk+si jari halus yang kian lasak tu.... Tetapi, sebagai ibunya, perlulah jua memenuhi tuntutannya walaupun dengan seribu kekangan. Seawal cuti sekolah hari tu dah pun warm-up dengan menjengah ke Kuala Perlis. Sebenarnya nak memenuhi jemputan kenduri, makanya mengambil kesempatan untuk berehat semalam di Kuala Perlis. Kata orang sambil menyelam, sambil minum air. Bila kerap sangat si Tuan Puteri Bertuah tu bertanya, saya kenalah mula membuat tinjauan lokasi mana agaknya bersesuaian. Lokasi yang dipilih mungkinlah....



Apa tu??? Hehehe...tanah tinggi ke maksudnya? Tak adalah.... Buat masa sekarang, tidaklah mampu ke tanah tinggi lagi. Ke arah penjimatan maksima, almaklumlah, tak lama lagi nak sambut orang baru. Banyak belanja yang diperlukan. Kita cuba cari yang agak menjimatkan, tetapi boleh menggembirakan hati 2 permata hati tu...Insyaallah. Berbalik kepada gambar tadi.... Itu sebenarnya gambar sejenis hidupan yang ada di Bukit Larut, Taiping....  Lokasi kepada percutian kali ini mungkin yang berhampiran dengannya, barangkali.....:)

Kami bercuti di Bukit Larut kira-kira beberapa bulan yang lalu. Sewaktu kandungan tu masih diperingkat awal dan belum ada pengesahan yang nyata. Sekadar memenuhi ajakan seorang sepupu yang sanggup sponsor bayaran penginapan. Selain daripada itu,sepanjang hayat saya, masih belum merasa Bukit Larut tuuu..



Memang si Jari Halus sangat enjoy, ruang luas, suasana sejuk dan selesa. Tersengih-sengih sahaja bila bergambar. Ni gambar jalan-jalan pagi kami dengan suasana hutan belantara. Masyaallah, tersangat jauhnya terasa....



Bergambar, sebahagian daripada peserta lawatan kali ini, pergi ramai-ramai, sponsor tong-tong..... Sorang sikit, taklah terasa sangat kosnya tuuu...



Hari terakhir sebelum balik berlatar belakangkan homestay yang disewa. Kalau tak silap saya namanya Tempenis dan terletak kira-kira 1143m dari aras laut. Rumahnya selesa dan lengkap, sesuai untuk 4 keluarga, tetapi..... memang terpencil. Antara yang teratas dan tiada jiran terdekat....huhuhuhu


*rasanya inilah kali pertama dan terakhir saya bercuti di Bukit Larut. Pengangkutannya masih seperti di Zaman British, jalannya pun sama. Lokasi tempat penginapan yang jauh-jauh antara satu sama lain. Dan...yang paling menakutkan.... hanya kami sahaja, maksudnya orang-orang yang menyewa sahaja yang akan tinggal di atas ni bila malam hari.... Tiada klinik atau pun pegawai untuk kita minta bantuan.... Gila...kalau sakit tengah malam, nak turun jalan kaki???!!!!

**bila kita fikirkan percutian semasa cuti sekolah, apa yang penting???? anak-anak gembira. Makanya sedang cuba mencari yang memenuhi kriteria untuk anak-anak. Mak bapak boleh toleransi sikit looorrrr, ye En. Suami kannn????

Tuesday, October 22, 2013

Hamper Sempena Deepavali


Hmmmm.... Alhamdulillah dengan izinnya, maka siap jugalah hamper Deepavali saya......;)

Thursday, October 17, 2013

Berkongsi cerita: Kisah Perunding Hartanah Dan Saya

Salam bersiaran dari BB yang tenat dengan lampu kelip-kelip bewarna hijau ni.....hukhukhuk. Akan tetapi saya tetap nak bersiaran. Bukan apa, semalam saya berperang SMS dengan seorang perunding hartanah yang kononnya dilantik oleh saya untuk memudahkan urusan pembelian sebiji rumah di atas langit (maksudnya rumah tingkat-tingkat la...)

Sebagai salah seorang penduduk di negeri Pulau Mutiara ini yang masih menyewa, makanya saya pun berkeinginan untuk berumahtangga sendiri. Betul, rumah bonda kan ada, buat apa la susah-susah menyewa?? Akan tetapi, sebagai pasangan yang sudah berkahwin, tentunya berkeinginan hendak mempunyai kediaman sendiri, privacy untuk menghias dengan citarasa sendiri, betul tak? Lagi pun rumah sewa sekarang sudah 5 atau 6 tahun saya sewa. Sebelum ini menyewa bersama rakan-rakan, saya ambil 1 bilik untuk jadi bilik singgah jika saya terlalu penat untuk pulang ke rumah bonda, atau pun ketika saya ada assignment penting yang perlu saya siapkan sewaktu saya sedang menuntut di USM dulu. Setiap bulan, saya perlu membayar RM400++ untuk kadar sewa, sewaktu sewa beramai-ramai tidaklah terasa sangat. Tetapi bila sudah sewa berdua sahaja bersama En. Suami, maka saya pun berkira-kira, ruginya..... Jika bayar untuk rumah sendirikan lebih baik...... Maka, bermula detik itu, saya mula mencongak-congak mencari rumah untuk dibeli.

Menjijakkan kaki ke syarikat pemaju perumahan JKP misalnya, rumah yang dijual di Pulau Mutiara ini sahaja paling tidaknya 200k. Itu pun rumah bertingkat-tingkat ke langit yang terletak di Bayan Lepas. Nun jauh..... sayup hati En. Suami nak pergi kerja, sayup jua hati saya nak pergi kerja. Selepas difikir-fikir, kami memutuskan, kita beli sahaja rumah atas orang, rumah dah sediada, dapat tengok keadaan macam mana, nasib baik dapat masuk terus. Maka bermulalah saya menjenguk ke beberapa agensi hartanah di Pulau Mutiara ini. Ada yang menawarkan rumah di lokasi yang amat tidak sesuai tetapi harga amatlah cantik, ada pula harga sehingga mencecah 200k hanya untuk rumah bertingkat yang pada asalnya hanya 70k sahaja. Ada juga rumah yang ditawarkan di kawasan yang saya berkenan, En. Suami terfikir-fikir, minggu depan dah setuju rupanya dah ada pembeli. Haisshhhh...susah, susah....

Kebetulan pada suatu hari saya mengikut seorang kawan yang juga sedang dalam proses untuk membeli rumah. Samalah macam saya. Dan ketika itu, saya mula mengenali Puan Anncilia Wong dari Chin Housing ini yang bertindak sebagai perunding hartanah. Ketika itu, Puan Ann pun menawarkan saya untuk tengok-tengok sebuah rumah di Mutiara Idaman, Jelutong. Pada 18.12.2012 saya suami isteri pun menjengah ke rumah tersebut. Itulah yang pertama, itulah yang terakhir. Rumah tersebut terletak di tingkat 5 menghadap ke arah Jambatan Pulau Pinang, masih berpenghuni, telah diubahsuai sepenuhnya termasuk kabinet dapur, lantai dan mempunyai sebuah parking lot yang terletak di tingkat 3. Makanya, saya pun bersetuju, tanpa menunggu lebih lama (ambil iktibar dari pengalaman lepas) saya yang tak berapa nak berkerak ni pun membayar sejumlah wang untuk deposit. Ketika itu barulah saya mengetahui kos untuk melantik Puan Ann sebagai perunding ini adalah sebayak RM3k!! Banyak kau... harga rumah dah RM153k, belum termasuk kos peguam (Puan Ann anggarkan paling tinggi pun 7k) dan penilai lagi. Harapan yang diberi, rumah tersebut akan menjadi milik kami sebelum Aidilfitri menjelang. Seronok tak? Nak raya kat rumah baru kan??? Sebab tu lah rela kau bayar RM3k (gaji sebulan aku pun tak dapat banyak ni.....).

Setelah itu, diserahkanlah salinan slip gaji En. Suami untuk disemak samada loan lulus atau tidak. Alhamdulillah lulus. Tidak lama kemudian pihak bank pun membuat panggilan untuk ke bank bagi mengambil surat tawaran. Pergilah kami suami isteri. Kemudiannya, Puan Ann menelefon:

Puan Ann: Puan, nanti  u pi dekat ofc lawyer pi sain dokumen. lepas tu jangan lupa bayar Ann ya. Ann tak pi sana sekali, ofc lama maa...tak best mau pi.

Saya: Ok la. Jumpa u nanti.
(dalam hati saya berdetik, dah kau tak suka office lama, kenapa perlu recommend dekat saya)

Makanya kami suami isteri pun pergilah ke Pulau Tikus di mana terletaknya pejabat lawyer tu dengan sendirinya. Setelah selesai urusan membayar baki 10% dan sedikit cengkeram dekat lawyer kami pun pergilah berjumpa dengan Puan Ann untuk membayar sebahagian duit iaitu sebanyak 2k kauuu... Bukan sikit saya bayar, 2k, gaji sebulan tuuuu... Peristiwa itu berlaku di sekitar awal Januari 2013. Ketika itu saya baru mendapat tahu bahawa untuk melaksanakan urusan jual beli rumah tersebut perlu mendapat consent daripada kerajaan Pulau Pinang. Tetapi kata si kerani Lawyer dan juga Puan Ann, benda itu tidak lama sangat sebab mereka ada 'kaki' di dalam. Boleh tolong bagi cepat. Saya yang tak tahu apa-apa ini pun seronok je la.... Dan tungguuu.....

Berbulan-bulan berlalu, si kerani lawyer sepi, si Puan Ann pun sepi. Aik....tipah tertipu ke ni bang??? Maka di telefonlah kepada Puan Ann:

Saya: Macam mana ni Ann? Apa status?

Puan Ann: Aiyaa.... Mazni tarak call u ka? I dah suruh dia call u bagi tau. I tak boleh terangkan dekat u, dia lagi faham pasal kes ni.
(aku pun terkedu, aku lantik kau jadi perunding aku, kau boleh kata tak tau? habis tu aku bayar buat apa??? Kau dah telefon Mazni tanya, update la dekat aku ni!!!)

Telefonlah saya ke pejabat lawyer dan diterangkanlah permasalahannya. Berbulan-bulan berlalu, saya masih ingat, hanya saya yang kerap menelefon bertanyakan status. Puan Ann hanya menefon saya sebanyak 1 kali sahaja untuk update status. Yang lain tu hanya sekadar untuk bagitahu yang dia ada bagitau penilai untuk call saya. Sampailah bulan Ramadhan, sampailah Aidilfitri. Apa pun tarak! Berapa bulan dah tu? Hampir 8 bulan!

Selepas Aidilfitri makanya si Mazni pun menefon, katanya consent dah dapat. Boleh pergi keluarkan EPF untuk langsaikan hutang 10% (duit tak dak, pinjam orang la...berbulan-bulan kau, marah orang) dan juga untuk bayar lawyer. Kebetulan tangan En. Suami patah, sukar nak bergerak ke sana, saya pula agak sibuk. Maka saya pun minta tolonglah pada Puan Ann untuk tolong dapatkan dokumen tersebut dan hantar pada saya. Akan tetapi jawapan Puan Ann hanyalah 'Ya' tanpa titik. Cakap ya, tetapi dokumen tak sampai juga dan kami pun pergi ambil semuanya sendiri dan uruskan sendiri.

Kemudiannya sewaktu hendak bayar duit lawyer, dimintalah jasa baik Puan Ann untuk dapatkan maklumat tersebut dan terangkan pada saya supaya saya boleh sediakan wang yang mencukupi. Almaklumlah, En. Suami dah pun kembali bekerja dan tidak sempat nak ke sana sini. Tidak jua di dapatkan maklumat itu, malahan angka yang diberikan langsung tidak tepat!! Sebelum ini anggaran beliau adalah 7k, lawyer maklumkan 8k++ tetapi si Puan Ann maklumkan lagi berapa puluh ringgit dah nak jadi 9k. Mau pengsan la hamba ini. Apa kerja la perunding saya ni??? Bayar mahal-mahal, apa pun tarak buat. Sekadar mula-mula deal dengan bank, bagi info dekat lawyer, then yang lain-lain lawyer je uruskan. Baik gue lantik lawyer je kalau macam tu. BENGANG!!

Bila nak bayar baki RM1k lagi tu, saya pun cakaplah saya tak puas hati dengan service dia, saya minta dia kurang harga. Tau apa dia cakap????

"ini bukan beli barang, ini service charge, ok, tq"

Kuang hasam tak??? Memang la kuang hasam. Sudahlah service tak mentara mana. Segelas air pun dia tak pernah belanja tau. Lepas tu siap mengadu dekat kawan yang beli rumah sekali tu...yang dah siap boleh duduk rumah tu. Mengadu saja tak apalah, ni dah tahap nak mengata dah ni.... Memanglah saya lagi bengang. Macam mana saya tahu?? Sebab Puan Ann yang bijak pandai tu, silap hantar SMS umpatan dia tu dekat saya... hahahaha. Sakit hati.

Sekarang ni lawyer bagitahu, pemilik rumah minta untuk keluar selepas perayaan Deepavali. Selepas tu barulah boleh dibuat proses yang seterusnya sebelum kunci diserah kepada kami. Alahai, gedebuk-gedebak kiranya setahunlah baru nak nampak bayang rumah. Duit simpan pun perlu digunakan untuk kegunaan lain, orang yang nak ganti menyewa di rumah ini pun dah dapat rumah lain, makanya saya banyak kerugian di dalam urusan dengan Puan Ann yang langsung tak boleh diharap ini. Almaklumlah, kita hanya bayar 3k, iaitu kira-kira 2% daripada harga rumah. Tetapi setahu saya, agen hartanah hanya boleh ambil fee dari sebelah pihak saja. Tetapi di dalam kes saya ini, dah tentulah dia makan dari dua-dua belah pihak. Lepas tu 2% pula tu. Kira untuk rumah ini sudah dapat 4%, belum termasuk komisen untuk lawyer, bank dan segala bagai. Alahai.... Setengah orang hanya ambil 1% sahaja. Bukan persatusannya yang menjadi masalah, akan tetapi nilai khidmat yang diberikan untuk RM3k:

- deal dengan pemilik rumah untuk tengok rumah;
- deal untuk kurangkan harga (harga asal RM155k);
- ambil duit booking dan bayar pada pemilik;
- contact bank dan bagi maklumat (tapi urusan bank yang lain kami kena buat sendiri ye....);
- contact lawyer suruh ambil kes kami (tetapi segala urusan dengan lawyer yang lain-lain tu kami buat sendiri);
- follow-up dengan lawyer (tak tahu la pulak berapa kali sepanjang 8 bulan tu sebab dia update saya cuma 1 kali je);
- telefon penilai suruh contact saya

Dah? tu jela yang dia buatpun. Kira RM3k tu untuk bayar dia punya bil telefon dengan air liur dia je la. Sepatutnya dia dilantik untuk memudahkan urusan. Saya tak perlu pening-pening call pejabat lawyer tanya status. Paling tidak pun sebulan sekali, update la saya. Bila proses dokumen lambat, kena rajin pi follow-up. Rajin kejar pegawai yang berkenaan, tentu dia akan selesaikan lebih cepat. Tak perlulah ambil masa sampai berbulan-bulan untuk dapat consent. Ini:

"tak ada benda nak update, sebab tu I tak ada call U.."
"itu consent belum dapat, Mazni tak bagi I pi kejar officer tu. I nak buat macam mana"

Boleh terima? Baikkan service dia?

Moral of the Story: Bukan nak berkeluh kisah kat sini, bukan pula sekadar nak buka pekung di dada tentang ketidaknasibbaiknya saya. Tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman tentang perunding hartanah ni. Sebelum beli rumah, kita survey-survey la betul-betul. Saya pun dah puas survey, tetapi mungkin nasib tak menyebelahi saya. Saya belajar dari kesilapan ini.

**paling sedih bila mertua, ipar duai nak datang rumah. Rumah macam tongkang karam.Bila dah beranak ni biasa la, stroller la, walker la, gedik2 la, buaian la, stok pampers la, baju la. Tu belum campur hadiahkahwin la, semua melimpah ruah atas lantai. Nak beli almari kemas, dok berharap rumah dapat cepat, baru nak beli barang-barang. Rupanya dari anak baru lepas pantang, sampai si jari halus dah boleh berlari-lari peguin, masih le lagi menyewa di rumah yang serupa rumah bujang ni... hukhukhuk...

Wednesday, October 16, 2013

Cerita tentang Faedah Hilang Upaya Sementara PERKESO.

Salam.....

Bersawang dah blog kesayangan saya ini kan.... Dah lama benar tidak bersiaran. Bukan tak ada cerita, sebenarnya terlalu banyak cerita, tetapi keadaan diri amatlah tidak mengizinkan. Kenapa tidak mengizinkan? Ya....saya mengandung lagi...hehehehe, jadi saya lebihkan masa berehat dan melayan pening lalat diri sendiri dulu...:). Apa rasanya bila mengandung lagi setelah melalui pengalaman yang sememangnya tidak begitu manis sewaktu kandungan lalu yang belum setahun tuu...??? Nantilah saya kongsikan di sini. Sekarang kita kongsi kisah lain.

Sesiapa pernah melalui pengalaman kemalangan sewaktu bekerja? Sebagai pekerja yang dilindungi oleh PERKESO (yang sememangnya wajib untuk setiap pekerja), bila sahaja berlaku kemalangan makanya PERKESO akan bertindak lebih kurang macam insuran kita la.... Tapi sebab kita mencarum tu taklah setinggi mana, maka pampasannya tidaklah sehebat insuran-insuran persendirian kita yang lain, tetapi bolehlah untuk menampung serba-sedikit belanja hidup yang terganggu akibat kemalangan tu. Pertama kita kongsi tentang Faedah Hilang Upaya Sementara:


Pembayaran Faedah
• Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan; dan
• Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dan dibayar gaji dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:

• Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari); dan
• Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan bagi tempoh 6 bulan sebelum kemalangan).


Cara Tuntutan
Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
• Borang 21 (Laporan Kemalangan);
• Borang 10 (Borang Tuntutan);
• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal;
• Salinan Kad Pengenalan;
• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan; dan
• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman).

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:
• Laporan Polis; dan
• Peta lakar tempat kejadian.

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-
• Borang PKS(P)68 (sekiranya pekerja masih bekerja);
• Borang PKS(P)69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja);
• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada); dan
• Borang 10 (jika ada cuti sakit).

*Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berhampiran.

Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam, walau bagaimanapun laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan tertakluk kepada pertimbangan Pertubuhan.

*copy dari laman Perkeso

Al-kisah, En. Suami telah kemalangan sewaktu bekerja baru-baru ini. Maka bermulalah pahit jerih saya sebagai si isteri. Bukan senang tau, En. Suami patah tangan kanan, bersimen dari jari sampai lengan atas. Kereta saya yang pandu, anak saya yang pangku, rumahtangga saya yang urus, kerja pejabat dah tentulah saya yang kena siapkan, hal anak yang kecil dan mula pandai meragam tu semua saya yang tanggung. Sehinggakan ada suatu masa saya keletihan dan ada pula saudara yang melawat, maka saya menebalkan muka tidak menjamu walau secawan kopi pun. Ye la, dah datang hampir kelewatan malam, dah mula nak kelelapan mata, toto pun telah dibentangkan, maka buat-buat tak tahu je lah masa tu. Sure diaorang kutuk saya serapat-rapatnya. Memang saya terasa, tetapi keletihan saya mereka tidak merasa, lantaklah....

Setelah hampir dua bulan berlalu, maka tibalah surat daripada Perkeso siap dengan cek atas nama En. Suami. Adalah 4 angka jumlahnya. Cek atas nama En. Suami, dah tentunya di fikiran kita Faedah Hilang Upaya Sementara itu adalah milik kita yang sejati. Maka diakaunkan cek itu, digunakanlah sedikit oleh En. Suami untuk menyeronokkan si isteri yang dah susah payah sewaktu beliau uzur tempoh hari. Tempoh bercuti sakit akhirnya tamat dan bekerjalah semula En. Suami. Setelah beberapa lama bekerja semula, dapatlah panggilan daripada bahagian akaun syarikat:

kerani akaun: Farid, U sudah dapat ke claim SOCSO?
En. Suami: Sudah....
kerani akaun: Berapa banyak?
En. Suami: Satu ribu lebih saja.
kerani akaun: Nanti U bank-in company punya akaun balik, mintaakaun nombor sama Kak Mas.

En. Suami pun terpinga-pinga, Puan Isteri mula menyinga la. Kenapa kena bagi kepada syarikat pula????? Maka di telefonnya PERKESO minta penjelasan. Jika kita baca artikel yang saya copy dari laman PERKESO tadi agak confusekan?:

• Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dan dibayar gaji dalam tempoh cuti sakit tersebut.

En. Suami tidak bekerja sepanjang tempoh cuti sakit, tetapi kenapa kena pulangkan duit kepada syarikat pula? Tempat saya bekerja tidak pula begitu, Sudahlah dapat Faedah Hilang Upaya Sementara, tuntut pula Faedah Hilang Upaya Kekal pula tu, tiada masalah. Penjelasan PERKESO:

Sekiranya pekerja telah dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh bercuti sakit, maka pihak PERKESO tidak mempunyai kuasa untuk majikan menuntut kembali duit faedah tersebut. PERKESO memberi faedah tersebut sebagai bantuan kepada pekerja yang telah dilindungi seandainya pekerja telah hilang punca pendapatan sepanjang tempoh tersebut. Walaubagaimana pun, ada sesetengah majikan yang tidak menuntut faedah tersebut daripada pekerja walaupun telah membayar gaji sepanjang tempoh bercuti sakit. Kira macam majikan bagi ehsan kepada pekerja la....

Hahahaha... Macam tu rupanya. Jadi, sebagai pencarum PERKESO, tiadalah apa-apa kelebihan kepada kita? Sudahlah kemalangan sewaktu bekerja, dapat faedah pula, majikan tuntut semula. Apa kelebihan kita yang kemalangan kecil-kecilan tak sampai hilang jari, kaki atau tangan ni???!!! Maka dengan itu, pegawai tersebut telah menasihatkan En. Suami untuk membuat tuntutan bagi Faedah Hilang Upaya Kekal kerana tangan patah. Maka sekarang dalam proses untuk membuat tuntutan la. 

Kemudiannya saya terfikir-fikir, haishhh...kenapalah kedekut sangatlah syarikat En. Suami tu nooo....  Sudah la pekerja kemalangan sebab buat kerja mereka, bukan nak diberi ehsan pun. Syarikat saya bekerja ini tidaklah sekedekut mereka-mereka itu.... Alhamdulillah... 

Moral of the Story: Malu bertanya sesat jalan, dah tanya2, rupanya dah lama sesat. Maka, kita patahlah balik nooo.... hahahahaha

Wednesday, August 14, 2013

Tanggungjawab jaga mak dan ayah~secubit dari seribu kisah.

Di Syawal yang mulia ini, saya sekadar berkongsi cerita tentang tanggungjawab...... Saya copy daripada:

http://izzyizzudin-bercerita.blogspot.com/2011/03/tanggungjawab-anak-lelaki-kepada-ibu.html

Meh kita kongsi....

**********

Sahabat yang dimuliakan,

Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : 

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Sahabat yang dimuliakan,

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri) wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. 

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.

Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Sahabat yang dihormati,

Dalam Islam lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik sedang suaminya membiarkan sahaja tidak menasihatinya maka dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami. 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat 
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:

1. sembahyang lima waktu,

2. puasa di bulan Ramadhan,

3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah dan berdakwah dijalan Allah untuk mendapat redha Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat,

Keruntuhan rumahtangga dan penceraian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam. Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsu dihadapan dan meninggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka. Penceraian boleh berlaku hanya berpunca daripada perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah bila ada iman dan pemikiran yang resional.

Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.

Dan juga kalaulah si isteri fahan bahawa betapa besarnya dosa derhaka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah. Perlu diingat perasaan marah, keluarkan suara yang tinggi dihadapan suami, mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkit mengungkit perkara lama adalah dari dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan memang suka perpecahan dikalangan keluarga Islam kerana dengan perpecahan ini banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.

Kedua ibu bapa samaada di pihak suami atau isteri perlulah menjadi penasihat dan pendamai yang baik bukannya menjadi batu api untuk merosakkan rumah tangga yang telah dibina. Ibu bapa yang menjadi pemusnah rumah tangga bahagia anak mereka sendiri adalah mereka-mereka yang melakukan dosa besar dan menempah tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Sebagai orang tua perlu bersikap positif dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak jika berlaku perselisihan. Yang penting damaikanlah kerana sifat membantu dan memulihkan suasana tegang adalah sifat ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.


**********

Sebenarnya kisah ini tertanam di fikiran saya semenjak belum Ramadhan lagi. Sebenarnya betapa bertuahnya orang yang mempunyai adik beradik yang ramai. Memanglah bila anak-anak telah menjadi dewasa, anak-anak akan mula mempunyai tanggungjawab sendiri dan adakalanya mengabaikan tanggungjawab kepada ibu dan bapa. Adakalanya, bukan niat hendak abaikan tetapi terpaksa akibat kekangan hidup contohnya. Seperti yang saya lihat, ada anak-anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu-bapa untuk mencari rezeki, bergaji kecil dan mempunyai tanggungjawab yang banyak. Adakah si anak mampu untuk menjengah ibu bapa yang jauh selalu? tak kan? Tetapi sebagai ibu bapa, selalunya akan memahami kepayahan anak-anaknya. Akan selalu bertolak ansur dan mendoakan yang terbaik, betul tak? 

Saya selalu suarakan kepada bonda:

saya: betapa bertuahnya orang yang ada anak ramaikan mama.... boleh gilir2 balik kampung jenguk mak ayah. Tak dak la sesetengah orang tua tu terabaikan? kesian kat mama, anak sorang, terkedek2... busuk pun yang ni, masam pun yang ni....

bonda:...alhamdulillah ada anak. Kadang2, anak ramai pun belum tentu boleh jaga mak bapak tau... Mak boleh bela anak 10, tapi anak belum tentu boleh bela mak seorang.

saya: erk??

bonda: aku esok kalau dah tua2, hantaq pi rumah warga emas. Hampa nak kena kerja, kalau tak kerja sapa nak bagi hampa makan. 

saya: (terdiam.....)

Begitulah fikiran bonda selalunya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu menyusahkan anak menantu. Akan tetapi, sebagai anak, tentu-tentulah saya cuba buat yang terbaik untuk berbakti kepada ibu-bapa saya. Ye la...walaupun adakalanya saya suka main perang-perang dengan ayahanda dan bonda, tetapi jauh dilubuk hati, saya sayangkan mereka. Mulut je jahat, tapi dalam hati wangi tau....(kahkahkah....puji diri). Tapi kan, saya terfikir-fikir juga:

1) salah ke kita hantar orang tua kita ke rumah warga emas? sekiranya kita bekerja dan ibu kita keseorangan di rumah? bahaya tak? Bahayala...baik kita tempatkan orang tua kita ke rumah warga emas... bukan tujuan membuang mereka, sebaliknya untuk memastikan mereka dijaga dengan lebih baik, diberi perhatian sepenuh masadan dapat bergaul dengan kawan-kawan seusia. Bukan bergaul dengan anak-anak kita, kena tolong masakkan untuk anak kita lagi, siap basuh kain baju lampin lagi.... 

2) salah ke kalau anak-anak yang ramai berpakat-pakat untuk gilir-gilir pulang menjengah ibu bapa di kampung? Daripada pulang segerombolan setiap kali dan sunyi pula untuk sekian lamanya. 

3) bila mertua dalam kesusahan, adalah menjadi kewajipan suami kita tolong jagakan? agak-agak ibu bapa dia kisah tak? mestilah kisahkan? tetapi sebagai ibu dan bapa selalunya mereka memahami... 

4) tanggungjawab menjaga ibu-bapa tu tanggungjawab anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan. Bertuahkan kalau orang tu ada ramai anak lelaki, dapat berkongsi tanggungjawab, jaga mak ayah sorang sikit... sekali lagi saya kesian dekat bonda dan ayahanda saya, dah la anak seorang sahaja, perempuan pula tu!!!! 

**panjang sangat pula cerita pasal tanggungjawab anak ni, lain kali je lah saya sambung! 
***bila ibu bapa, tentu-tentulah tanggungjawab saya sebagai anak, tetapi jika bapa saudara yang setentu-tentunya mempunyai anak, adakah masih tanggungjawab saya menjaganya?????? Haishh... 































Tuesday, August 6, 2013

Secoret Rasa Tentang Cikgu Arbaiyah....kesian dia tau....

.....di hari terakhir Ramadhan tahun ini, orang lain dah sibuk-sibuk balik kampung, mengemas rumah...saya masih terkial-kial menyiapkan bekalan untuk si jari halus memandangkan saya masih lagi bekerja.... Beg baju pun belum kemas lagi...hukhukhuk

Tak mengapalah, di pagi-pagi ini saya sekadar menyampuk cerita yang dah basi tentang Cikgu Arbaiyah. Betul dia cuai... hmmm...sebagai orang ramai dan manusia biasa, itulah yang terlintas di fikiran. Waktu itu, saya hanya memandang komen-komen di FB mengutuk Cikgu A serapat-rapatnya. Tetapi, bila saya membaca keseluruhan ceritanya, walau pun tak secara terperinci, saya tarik balik detik hati saya yang mula-mula tadi. Sebaliknya saya mula rasa simpati. Salah satunya komen yang saya baca di FB iaitu luahan hati seorang guru yang lain:

Arini status kat wall byk yg marah kat ibu kpd aisyah..ada yg kata bodo la bangang la,xguna jd cgu la...haiya...cgu gak yg kena.to be honest,tak semua cgu mcmtu tau...apapun profession dia,jgn dikait dgn yg lain...tak caya tanya cgu @@@@@@, %%%%%######...cgu ******setia tau!xdaknya nak main cintan cintun kt blkg...hehehe...semoga cgu arbaiyah mengambil pengajaran atas apa yg berlaku.utamakan anak!

Apa yang membuatkan saya simpati pada Cikgu A ni?:

1) Profession dia sebagai guru menjadikan dia kelihatan lebih bersalah, padahal guru juga seorang insan biasa yang adakalanya buat silap, di tipu, tertipu malah mungkin menipu. Guru sepatutnya lebih bijak la, almaklumlah nak mendidik anak bangsa, tetapi guru juga manusia biasa... 

2) Status Lady J dengan anak seorang ini akan sering membuatkan Cikgu A akan sering jadi mangsa keadaan. Orang lelaki yang agak keparat memang suka-suka je nak ambik kesempatan. 

3) Tapi saya memang rasa kesian betul tau.... ye betul.. orang lelaki tu adalah orang lelaki yang dikenali di FB, akan tetapi lelaki tu adalah rakyat tempatan, malahan semua maklumat telah diberi kepada Cikgu A ini, malah telah berjanji setia segala bagai...dah tentu, tentulah Cikgu A yang tidak mahu lagi memegang status Lady J akan menerima (kita pun tak tahulah sejauh mana si jantan itu bersungguh nak tackle Cikgu A ini kan....). Saya faham sangat la tabiat orang lelaki yang nak tackle-tackle Lady J, sebab saya juga pernah memegang status yang sama. Orang yang tidak pernah merasa pegang title tu dan masih mempunyai suami akan senang-senang sahaja meng-cap Lady J dengan pelbagai tohmahan. Dalam kes Cikgu A ini, dah tentu la cuai, gatal pun ye juga kan....baru kenal dua, tiga bulan dah bagi anak segala....hmmm...

4) Dah tentulah saya simpati dengan diri Cikgu A, kenapalah mudah sangat percaya dekat orang. Ye lah...betul, kita dah kenal dia, si polan anak si polan, kerja dekat mana, apa-apa pun macam mana. Akan tetapi, sewaktu saya dulu, memperkenalkan anak kepada teman lelaki adalah perkara yang terakhir saya akan lakukan. Jika si polan terasa ingin mengenali anak saya, makanya saya akan membawa mereka berjumpa. Tetapi saya akan sentiasa bersama. Tidak sewenang-wenangnya, saya nak menyerahkan anak saya kepada seorang lelaki yang mungkin baru dua, tiga bulan kenal. Dalam hal ini, bonda saya amat memainkan peranannya. Memang sejak memegang title Lady J dulu, bonda banyak mengatur hidup saya dan Tuan Puteri Bertuah. Memang rimas, akan tetapi sikapnya yang over protected itu banyak menyelamatkan saya dan kehidupan saya. Itu kes saya, tapi dalam kes Cikgu A ni, saya kurang pasti la pula... 

5) Haishh... dah tentulah saya simpati pada Cikgu A dan geram pada pada Jantan Keparat tu.... Ye la Cikgu A tu janda kan... cikgu pula tu..... banyak duitnya tu.....hahahaha. Nak tipu duit, tipu la..... Barulah Cikgu A boleh ambil pengajaran supaya lebih berhati-hati dengan lelaki. Akakn tetapi yang kau pergi culik budak yang takberdosa itu kenapa????!! Jika bonda saya, mahu dicepuk-cepuk kepala jantan tu dengan selipar.... Menipu duit yang jumlahnya bukan sedikit... Kemudian kau bawa lari pula anak dia, apa motif? apa?? apa?? Tertanya-tanya betul saya... kenapa? hmmm...

Apa-apa pun, adik Wan Aisyah dah pun selamat ditemui semula. Terima kasihla kepada ibu jantan itu yang memulangkan adik Wan Aisyah. Lagi terima kasih kepada si Jantan Keparat yang masih ada juga rasa simpati dan masih mempunyai naluri manusiawi dalam dirinya.... Kepada Cikgu A, ambillah ini jadi pengajaran, bukan semua manusia baik, biar kita selalu merasa curiga sampai orang lelaki menyampah nak dekat, daripada mudah sangat percaya sampai lelaki spesis begitu suka sangat nak rapat.Apa-apa pun, fikir jauh-jauh demi anak.... kita ni berapa hari sangat nak hidup, anak tu jauh lagi perjalanannya. Kalau tersilap pilih, kesian anak kita.... (sedih...betul-betul sedih...sob, sob, sob...) 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang beragama Islam dan selamat bercuti panjang kepada yang turut dapat menikmati kemeriah Aidilfitri ini....:).  

**tak sedap hati betul dengar tembak-menembak sana sini, semeriah mercun dam, dam, dum pula. Tadi pula mendengar khabar senior En. Suami kena samun di depan rumah pengasuh anaknya di Shah Alam. Dileher diletakkan parang, di samun beg duit, HP dan sebagainya, malah kereta pun dilarikan.... alahai.... macam2 jenayah sekarang. Macam tak selamat je berada di luar rumah, malah dalam rumah pun tak selamat....hukhukhuk

Sunday, July 14, 2013

Dugaan Ramadan....:)

....salam semua....untuk sahabat yang beragama Islam, mungkin belum terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat menjalani ibadah berpuasa. 

Sesungguhnya berpuasa sebagai ibu yang menyusukan bayinya ini terlalulah banyak cabarannya. Segala makan minum harus dijaga. Emosi juga haruslah sentiasa positif. Sesungguhnya tidak mudah untuk dilaksanakan, akan tetapi saya mencuba sebaik mungkin. Kepada pengasuh saya suarakan, saya tidak lagi mampu membekalkan stok susu harian, sesungguhnya kering, sekeringnya. Tiada lagi daya bagi saya, tetapi masih belum berputus asa dan masih mencuba pelbagai khasiat alam ini untuk membolehkan stok itu mencukupi semula.... (hhmmm...sedih melihat stok sejuk beku semakin berkurangan...hukhukhuk).


Lihatlah sekarang, si jari halus tidak lagi halus. Tinggi merenjong kata orang Pulau Pinang....:)

Sekarang ini, pantang terdengar suara upi dan ipin saja dia sudah mencari-cari. Asalnya baru bangun tidur dan masih bermalas-malasan. Sekadar cuba menguji tahap kepekaan telinganya, maka dimainkanlah video Upin dan Ipin  dari youtube, episod 'gigi susu'. Terus dibangun dari tempat tidur, menuju ke netbook . Alahai..... Peka sungguh dia dengan suara Upin dan Ipin...

Sesungguhnya Ramadan yang mulia ini, seringkali kita diuji... Macam-macam, betul tak?? Nak gaduh-gaduh suami isteri pun masa inilah juga...hahahaha. Selain daripada masalah kesihatan yang telah melanda saya sendiri, ayahanda kemudiannya dan yang terkini En. Suami pula, terkini dan sensasi, masalah kesihatan En. Wira le pulak. Tak dapat nak uploadkan gambar dari dalam HP, entah kenapa le pulak.... akan tetapi si mamat peon telah mencium depan En.Wira dengan hebatnya. Akibatnya, bumper depan dan lampu depan pecah, fender pun kemek...huhuhuhu. Maka hati saya pun merasa kesedihan yang teramat sangat..... Tapi apa boleh buat, hamba ini insan terpilih yang diberi peluang melalui ujian demi ujian.... redha je la....hukhukhuk. Walau pun orang disekitar saya begitu tidak memahami apa keperitan yang saya lalui kini, tetapi saya berharap orang-orang tersebut akan menyedari bahawa kepayahan yang saya alami ini bukan sekadar gatal-gatal yang boleh dihilangkan dengan sekadar menyapu Mopiko!

*mode dalam hati: pedih, sebal dan blur....

**tak pernah excident sebelum ini, tak tahu proses dan caranya. Hanya memandang sahaja awang peon tu mengangkat motosikalnya dan berlalu sambil berkata; 'tak pa kak, nanti saya telefon kak...'

***saya bersyukur kerana tanpa saudara mara disekeliling yang membantu, saya masih ada kawan-kawan yang sudi menghulurkan tangan sewaktu saya susah.... 

Saturday, July 6, 2013

Luahan Rasa:Batu api sila jangan baca!!!

Hari ini mendung tapi panas.... Beerti langit itu kelam, tapi sepi tanpa bisikan angin. Hmmm....sesekali dah seperti wartawan membentangkan ramalan cuaca pula lagaknya....

Bonda saya selalu pesan, jika sayang seseorang, sayangi dia seadanya. Sebab nanti mungkin dia akan jadi orang yang paling kita benci. Itulah yang bonda akan ulang-ulang bila dia lihat saya rapat dengan sesiapa pun. Betullah tu.... bukan tak pernah terkena tetapi apa boleh buat, dah diri kita memang dilahirkan begitu. Bila baik dengan seseorang itu, kalau boleh apa yang dah masuk dalam perut pun sanggup luah bagi dekat dia. 

Dah dua kali saya terkena dalam hidup. Orang yang sama. Semalam memang saya rasa betul-betul 'down'! Saya menangis kerana saya sakit hati, apatah lagi bila orang yang sepatutnya menjadi tulang belakang saya tidak memahami apa yang saya rasa.Tapi hari ini saya lebih lega walaupun banyak parut yang melekat dalam hati. Saya sepatutnya jadi orang yang lebih pentingkan diri, belajar membodek untuk kebaikan diri. Biarlah saya jadi orang terbuang, apa yang saya boleh buat. Mungkin selama ini saya tak berusaha cukup keras. Sekarang saya tertanya-tanya dalam diri, perlukah saya terus berusaha atau seperi selalu lepaskan saja bila segalanya itu mula nampak kian terlucut dari genggaman saya....

Menjadi seorang manusia biasa memang tidak terlepas dari kesilapan, sebaiknya diperbetulkan. Apalah sangat hebatnya diri kita jika kita mengapi-apikan orang lain untuk membenci orang lain semata-mata kerana orang tersebut tidak memenuhi piawaian diri kita sendiri. Adakalanya kita perlu faham masalah orang sebelum kita hukum orang tu... Betul tak? Tak betul ke??? Sekarang saya benar-benar faham mengapa nasib dia sedemikian rupa, saya tak sanggup nak kata padan muka, walau itulah sepatutnya. Tetapi sehingga kini dia masih lagi alpa, selalu saja menjadi pisau yang menikam sesiapa sahaja yang tidak mengikut caranya....

**entahlah....aku tak memerlukan batu api untuk hangatkan sekeping hubungan yang terlalu rapuh ini.... Jika retak berderai, siapa punya angkara?? aku yang tidak cukup berusaha, atau kamu yang terlalu seronok menekan suasana?? 

***satu soalan masih berlegar dalam kepala:bila telah berkahwin, apakah masih wujud istilah menumpang, atau pun sepatutnya diistilahkan sebagai berkongsi??? 

Hatiku sudah begini rupanya.... Tiada erti lagi segala ubat di dunia!! (sumber gambar:internet)

Saya benci dia dan dia dan dia dan dia..... Tapi saya masih lagi bersyukur, saya masih waras dan disayangi bonda serta keluarga saya. Terima kasih mama!!!!!!!!!! 


Friday, July 5, 2013

sekadar coretan rasa

...tiada erti kata
diam bisu itu lebih bermakna
andai kata-kata yang memaku segenap ruang rasa
...arah berbeza
langkah pun tak sama
apa perlu direngkuh asa
menggenggam harapan tak serupa
...katamu lurus
tapi kelingking tetap berkait

**segalanya bengkak!!

Monday, July 1, 2013

Telekung Ekslusif untuk Hari Raya


Salam semua.....

Saya sibuk! Tapi saya masih bersemangat untuk berniaga! Hahahaha...alhamdulillah, jualan agak memberangsangkan. Sebenarnya kesibukan saya melayan kedua orang tua, kedua puteri dan En. Suami yang sedang keuzuran, agak membataskan pergerakan saya. Akan tetapi, saya tidak dapat menafikan, perniagaan bidan terjun saya kali ini agak menghiburkan hati saya yang agak kegundahan kebelakangan ini....:)

Produk terkini dalam tangan adalah, telekung dari Vietnam. Ukurannya besar dan kainnya sememangnya berkualiti tinggi. Sehinggakan, stok yang saya ambil belum pun sempat di snap gambarnya, terus di-snap orang. Hanya ada 2 stok dalam tangan sahaja yang saya sempat curik-curik ambil gambarnya. 



Yang ini contoh telekung dengan bunga sulam dan bunga tempek 12 kuntum.Cantik dan ringkas sahaja sulamannya. Harga jualan cuma RM55.00



Yang ini pula contoh telekung dengan sulaman dan bunga tempek 50 kuntum serta kerawang tebuk. Cantik dan eksklusif  serta sesuai untuk diberi sebagai hadiah atau pun hantaran. Harga jualan hanyalah RM85.00

Sayang, tak semua telekung saya sempat ambil gambar. Ambil stok hari Jumaat, hari Sabtu pamer, alih-alih tinggal dua. Itu pun orang dah booking... Stok akan tiba lagi Jumaat ini, makanya jika ada yang berminat, boleh maklum kepada saya. Harga murah-murah..... Betul ke murah??? Jika orang Penang, boleh sahaja berkunjung ke Bazar di Chowrasta, tengok harga jualan untuk telekung Vietnam dengan bunga tempek 12 tu berapa harganya.....:)

**business, business juga. Drama layan juga... Hehehe...esok episod akhir drama bersiri Teduhan Kasih, jangan lupa tonton tau.... 

Thursday, June 27, 2013

Butang baju melayu berkotak baldu.....:)

 Salam semua..... 

Sekarang sudah hampir penghujung bulan Jun. Kedatangan Ramadhan itu kian hampir. Kebanyakan daripada kita yang sudah bekeluarga pastinya sudah mula mencongak-congak perbelanjaan untuk menyambut Syawal biarpun belum menunaikan ibadah puasa...:)

Jika orang lain sibuk memilih kain baju untuk dipakai suami dan anak-anak, kuih raya dan segala aneka kudapan untuk menghias meja tetamu, saya pula sibuk mengira stok, membuat inventori dan mencongak untung rugi.... Haishhh.... habis tu, bila lah nak beli segala kelengkapan??? Tak mengapa, kami sekeluarga ala kadar sahaja. Sekadar apa yang ada.... Stok terkini yang baru tiba tadi dah tentunya....:


Hehehe.....butang baju melayu jeee...... 

Cantik sangat tau butang baju melayu ni... Masa saya nak tag harga tadi, terjuling-juling mata saya. Setiap pek datang bersekali dengan kotak baldu. Saya jual murah-murah saja, sekotak RM20.00. Sesiapa yang berminat boleh bagitahu saya erk...:). Set ini, jika nak digunakan sebagai hantaran perkahwinan pun cantik. 


Stok yang mula melambak dirumah....

Haishhh...tak cukup tudung, saya ambil kerongsang. Sekarang ambil butang baju melayu pula, esok akan tiba set telekung pula..... Lama-lama En. Suami saya pun pening tengok isterinya kesana-sini. Hahahaha.... 

**sedap je dengar En. Suami mengeroh ketika ini...terasa seperti nak mengeroh sekali je....hukhukhuk

Tuesday, June 25, 2013

contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com



KAWAN-KAWAN, JOM JOIN CONTEST JOM!
Peraturan contest :
Bermula dari 12.6.2013 hingga 7.7.2013.

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.

4. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 

5. Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

6.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"

7. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).

8. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.

9. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-

"Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com"

10. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4. Toys storage(pooh,cars,princess)
5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler
7. Elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

***********************************************************

11. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

12. Anda harus masukkan gambar banner contest.

13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.

14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).
 
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
 
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4. Toys storage(pooh,cars,princess)
5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler
7. Elc purple with hanging toys


Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen di blog sweetlikekisses.blogspot.com.

17. Sama ada join melalui facebook atau blog, anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

18. Hanya akan ada 2 pemenang dan 8 orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.

19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.

19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.

20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

22. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.

23. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.

TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013.

Sebarkan...





Mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1 barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com/

Salam ye semua....Orang sertai contest, kita pun nak join juga....:)

Okay....makanya saya mempertaruhkan gambar si comel saya yang ini. Masa ini memang ceria sebab baru sudah makan sup cendawan...gheghegheghe

Nama anak: Fariha Farid
Nama ibu: Firdaus Yusof

Okeylah, ini hadiahnya pun sangat best...:) iaitu...:

1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4. Toys storage(pooh,cars,princess)
5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler
7. Elc purple with hanging toys

Rasanyalah...kalau dapat Toy Storage Princess pun best juga...Boleh simpan mainan Fariha yang makin bertambah tu kan???

Mari join contest ni! Tarikh tamat contest adalah 7 Julai 2013 tauuuu. Jangan ketinggalan tau!

**haishhh....Mama Fariha sekarang ni sedang cuba menjadi superwoman, orang berbisnes kita pun nak bisnes juga. Rumah sekarang penuh dengan stok tudung raya.... Sesiapa nak tudung 3 lapis boleh contact saya juga ye.... Murah2 je...:)