Followers

Monday, September 6, 2010

Table Runner-ku

Salam ya....:)....

Di Bulan Ramadhan ni memanglah saya kena akui, jarang betul up-dated blog. Walaupun aktiviti menjahit bersama Cik Nina tetap saya teruskan seperti biasa, tetapi nak mengambil gambar dan meng-up-load kat sini, memang terasa kemalasannya.

Okay, baru-baru ini, saya ada potongkan kain, berkeping-keping, pelbagai warna dan corak. Tujuan asalnya untuk buatkan table runner bagi meja kopi ibunda yang akan digunakan dipagi raya (ini niat asal tau...). Kemudiannya, saya pun menempahlah batting dari Pondokcraft sebab stok yang ada tu memang dah tinggal sikit dan kecil sahaja saiznya (saya nikan malas nak menyambung-menyambung nih..:).... Alkisahnya pada satu hari tu, sebaik sahaja saya balik kerja, sekali tengok coffe table ibunda dah tak ada!!!! Misteri....... rupa-rupanya, bondaku yang tercinta ini telah pun menghadiahkan cucu kesayangannya coffe table ni untuk si cucu yang bertuah letak barang-barang dan buku sekolahnya.....????. Boleh pula Tok Timah ni melepaskan perabot jati yang beria-ia suruh En. Suaminya membeli pada satu masa dahulu...inilah namanya penangan cucu ni...:)

Oleh itu, pelari meja (atau table runner) ini tidak lagi berfungsi di meja kopi, sebaliknya di meja makan....hahahaha...nak panggil dia sebagai apa erk?....apo2 jo lah......janji ado....



Coz I'm a petals patcher.....abisss semua jenis petals tu ku patched kat sini....


Comot je.....tapi katalah comey....hukhukhukhuk

Boleh pula si cucu bertuah tu nak ambik buat selimut dia....isk3.....tak kena betul nih....semuanya dia nak....hukhukhuk

Okay....dah nak raya lagi dua, tiga hari......hah...sesuatu akan kemari......tunggu.......:)

2 comments:

  1. cute lah wehh ..... nanti amik la gambar penuh ... nak tegok

    :-)

    ReplyDelete
  2. hehehehe.....nanti org ambik naaa......2,3 hari ni tak dan.....di jalan raya+sangkut dalam kesesakan kenderaan je kerjanya....termasuk hampir2 berasap di atas jambatan pulau pinang...:)

    ReplyDelete