Followers

Saturday, August 28, 2010

Aktiviti Di Hari Cuti....termasuklah menyertai 'Giveaway'

Hmmm.....bulan puasa ni kena diakuilah kurang produktiviti la..... Tapi apa-apa pun kerja-kerja tetap dijalankan macam biasa, cuma agak perlahan sahaja. Hari Jumaat semalam Pulau Pinang bercuti sempena hari Nuzul Al-Quran. Maka dengan itu, saya ada cuti 1 hari extra dari kebiasaan dan dengan bahagianya saya menolak ajakan rakan-rakan untuk membuat kerja lebih masa. Sebabnya, rasa-rasa badan ini memang memerlukan sedikit rehat dan di samping memandangkan kerja-kerja di rumah yang agak setambun tu. Order pun banyak yang belum langsai, maka ada baiknya saya habiskan masa dirumah sahaja.

Oleh itu, pagi-pagi lagi saya dah mengadap Cik Ninalah untuk bersama-sama menyiapkan Sling Bag yang telah di-order oleh Cik Umie. Untuk sling bag ini saya gunakan fabrik yang saya shopping dari MyBotang, dan telah tentunya tuan yang menjualnya bawa terbang jauh dari Japan. Sebenarnya saya suka dengan coraknya, tapi ye la, sayang macam mana pun takkanlah nak disimpan saja. Kenalah juga dijahit, diberi pada orang supaya saya boleh beli baru....kankankankan? Hehehehe......


Oleh kerana saya ada rehat yang cukup, maka saya pun menyertai giveaway yang dianjutkan oleh Kawaii Station. Sebenarnya dah lama Alissa suruh saya join nih, ye la sebab banyak stok yang saya shopping dari dia baru-baru ini. Cuma baru sekarang rasanya berkesempatan untuk menyertainya. Ada beberapa gift yang menarik, tapi yang paling menarik hati adalah fabrik dan fabrik label seperti yang anda nampak dalam gambar di atas inilah....huhuhuhu....Alissa....saya nak...:)...

Jika sesiapa berminat, silalah lawat ke Kawaii Station nih...sempat lagi sebab tarikh akhir 8 September.....:)...mata saya bling-bling je bila tengok stuff kat sini taw.....huhhuhuhu....

Okay....berbalik pada cerita saya....tengah harinya, saya bawa Nuriel dengan Tok Timah pergi shopping barang keperluan untuk hari raya nanti. Bukan apa, nanti tidaklah saya kalut-kalut nak pergi beli barang bila dah dekat-dekat sangat dengan hari raya. Cuti saya pun betul-betul bermula pada hari raya pertama tu saja, kenalah bershopping awal....:).....



Nuriel kena duduk dalam troli, kalau tidak, tak larat nak kejar dia nih....


Budak mata cepet!


Membelek Chesedale..:)


Bila dah malam, kami pun keletihan sebab siangnya bershopping sakan. Maka, kami sekeluarga berbuka puasa diluar sahaja hari ini dan kira untuk Ramadhan ini, inilah pertama kali buka puasa diluar.


Banyak jugalah Nuriel makan semalam.....


Ni sewaktu awal-awal (dia buka puasa dulu....nasi putih dengan ayam goreng..)

Ini hanya gambar tempelan.....kehkehkeh...Nuriel dan mama....(sama ke tak serupa???)...hahahaha



No comments:

Post a Comment