Bila hati sedang melara dan tiada siapa pun sudi nak berkongsi cerita serta membawa ria, maka berusahalah untuk menceriakan hati sendiri....... (beginilah gayanya bila PJJ bukan.....bersediakah saya untuk keadaan yang seterusnya dan berikutnya?)
Mari nak berkongsi serba sedikit tentang W-preparation. Bila sebut sahaja; JADI! Tahun ni! Kepala pening-pening lalat. Pusing-pusing ligat. Bukan apa, senarai berjela kerja-kerja yang kena buat. Majlis sehari tetapi persiapan berbulan belum tentu sempat.
Salah satu yang saya pusing dan pening adalah jurugambar untuk majlis saya yang seciput dan comel. Hahahahahaha.... Saya tak adakan majlis besar-besar macam artis yang jemput seluruh Malaysia. Selayaknya hanya boleh dikatakan majlis yang agak tertutup dengan jemputan kepada jiran-jiran terdekat, rakan-rakan terdekat dan rapat serta teman sekerja yang tak berapa patut jika saya tak menjemput. Hingga detik ini, hitungan tu belum berakhir....
Walau pun majlis itu kecil tetapi saya mahukan sesuatu yang lebih sempurna berbanding dengan yang terdahulu (pengalaman banyak mengajar bukan.....). Bukan baju atau perhiasan yang mewah kemahuan hati.... cukuplah sekadar seorang jurugambar bertauliah yang mampu merakamkan detik manis yang saya lalui untuk sekali lagi ini....:)
Jika sesetengah orang segala persiapan, tempahan dan segalanya berbulan dibuat tetapi saya ni, hanya 2 bulan sahaja..... Tetapi tak mengapa, saya pelan-pelan cari...... hehehehe.... Dengan masa yang terhad, adakalanya saya mencuri-curi masa untuk membuat survey itu dan ini. Saya tertarik untuk menggunakan khidmat Photo Village Studio sebagai jurugambar nanti. Sebab utama tertarik dengan motonya; YOUR MOMENT, OUR EXCITEMENT. Yang penting saya suka cara jurugambarnya merakamkan detik-detik bersejarah tu..... Berialah menghantar e-mail dengan doa dan harapan tarikh bersejarah itu masih kosong tempahannya, tetapi.... dah penuh....hukhukhukhuk......
Kemudiannya saya cuba hubungi pula Jurugambar Kahwin.Com. Pun suka dengan hasil kerjanya. Tetapi, SMS saya tidak pula dibalas. Agaknya sibuk atau mungkin diluar daerah kot pada hemah saya. Maka saya tidak berani mengambil risiko untuk menunggu. Nanti habis semua ditempah orang.... guna Camera HP' lah jawabnya saya......
Teringat pula kepada saudara Saiful Adli yang menjadi jurugambar rasmi untuk 2 org rakan rapat saya. Nurwati dan Zaidah tahun lepas. Maka terus hubungi dia dan menempah.... yeayyy.... berjaya.....gheghegehegheghe.... Nak lihat hasil kerja dia? Meh jenguk sini; SA_Senifoto. Alhamdulillah......
Detik-detik tu adakalanya hanya sekilas pandang, maka saya memerlukan seseorang yang cukup sensitif dan peka dengan setiap detik itu. Sebab itulah jurugambar diperlukan, betul tak? Bukan dialah merangkap pengapit, dialah merangkap jurugambar.... Waktu nak apit, siapa pula nak snap-snap.....hikhikhikhik....
*...saya bukannya mengada-ngada atau beria nak 'outdoor photo shoot' tetapi saya lebih pentingkan photo shoot yang berlangsung sepanjang majlis. Adakalanya yang candid tu lebih manis untuk kita tatap, betul tak?

seronoknya moment tu klu diingat2 semula..saya pulak rasa excited
ReplyDelete...:)
ReplyDeletemoment payau2 masin pun seronok dikenang apatah lagi moment manis kan....:)