Followers

Thursday, September 29, 2011

Bila semua mahu dibuat sendiri.....:)

Saya terima kenyataan bahawa saya bukanlah seorang 'superwoman' atau 'supermak' serupa macam Nasha Aziz yang sedang ditayangkan di TV tu. Saya adalah saya, si Fieda yang humble (gheghegheghe...), simple but complicated! Hahahahaha.... Complicated kenapa???? Salah satunya, semua nak buat, semua nak jadi.....kehkehkehkeh

Saya ini seorang 'fabric crafter' disamping seorang pekerja tetap di syarikat swasta. Tetapi lihatlah diri saya, macam-macam teringin nak jadi. Tadinya saya mencuri beberapa keping kertas lukisan si Puteri Bertuah untuk saya lakarkan rekabentuk busana yang mahu saya kenakan di hari bahagia nanti. Entahlah, saya lebih selesa mengenakan busana sendiri barangkali daripada menyewa sahaja. Lagipun, saya mengharapkan sesuatu yang serba ringkas, maka busana itu nanti biarlah nampak ringkas dan lebih sesuai untuk saya dan yang pasti selepas itu masih jua milik saya sampai saya tak muat.....hahahahahahaha

*sila abaikan garapan keras jari-jemari saya ini ya..... Dah lama meninggalkan pensil dan pemadam! Rekabentuk dah siap, tukang jahit?? Aduhai....siapa nak jadi tukang jahit saya????
(tolong jangan cadangkan saya jadi 'tailor' ya......mahu terbelah 14 jasad ini nanti....)
Fabrik pun belum beli lagi.....mula rasa sedih sebab kena pergi beli sendiri bila bakal En. Awak jauh di sana......hukhukhuk


Selain daripada menjadi 'fashion designer' dengan gembiranya juga saya menjadi 'florist'. Masa kerat-kerat batang bunga ros ni tetiba terkenangkan musim-musim pengajian dulu dimana saya menjadi gadis dan bunga sewaktu pesta KONVO. Laris jualan tauke masa tu.... Dengan gaji hanya RM20/hari, saya mula bekerja di rumah sewa dari pukul 6 petang hingga 6 pagi kadang-kadang tu. Tetapi saya suka, bila tauke selalu beritahu hasil kerjatangan saya laris dan tauke kemudiannya membayar RM35/hari. Makcik kayo..... sebab dapat RM175.00 (...masa tu, jumlah tersebut tinggilah untuk status pelajar kan....)

*Pagi-pagi lagi saya dah mengadap bunga-bunga untuk digubah....


*...taraaa...dah siap, walaupun tak lawa.....ghegheghegeh

Tadinya sembang-sembang dengan bonda. Teringat keunikan dan kecomelan apom polka-dot yang mula menghiasi majlis-majlis sekarang ni. Boleh pula bonda mencadangkan agar saya buat sendiri sahaja. Adoiiyaaiii... terasa mahu pengsan. Tak sanggup nak buka bakeri pula di rumah...hukhukhuk..... Bukan apa, bimbang pula hati. Bila semua hendak dibuat sendiri, takut nanti apa pun tak jadi.....kankankankan?

*....tadi dah nangis-nangis kat bakal En. Awak. Sebabnya; dah tentulah tentang kisah semalam.... Kemudiannya terasa bersalah pula sebab membuatkan dia gundah-gulana jauh di sana. Tapi begitulah pancarobanya bila PJJ ni.... Hati tu sensitip je.... Bila rasa nak nangis, kemudian cari bahu tak ada kat sebelah.... mulalah dalam hati lagi sedih..... Bila sekali dia call je.... terus la banjir seluruh negeri....hahahahahaha....

No comments:

Post a Comment