Followers

Monday, September 19, 2011

Hidup ini terlalu seni (sekadar corat-coret)

Hidup ini terlalu seni untuk kita mengerti dan tafsir seluruh isinya.....

Apakah erti bahagia? Bahagia itu adalah apabila rasa yang ada itu membahagiakan. Adakalanya menuju hari bahagia buat seluruh urat-saraf yang berselirat ini bergetar. Sungguh, semakin hampir dengan hari bahagia itu, semakin hebat dugaan yang datang menerpa, pelbagai cerita, pelbagai duka, pelbagai masalahnya hinggakan adakalanya saya melepaskan keluhan sendiri. Masalah saya pelbagai tapi yang satu ni memang masalah iaitu; MASA lah! Memang masalah bukan? Kerana jam yang berdetik itu takkan mampu dihentikan, serasanya seolah-olah mahu saya bergantung di jarum saat yang berkisar mengelilingi muka jam agar jam itu lambat bertukar minit dan jamnya..... Lagi satu cerita yang tidak logik bersambalkan angan tak sudah. Itu juga sebahagian daripada alasan untuk saya mengelak mengemaskinikan blog yang tak seberapa ini. Jadi Harap maklum....=)

Entahlah, secara jujurnya sekarang ini saya sendiri masih terasa *wink,wink*; pening lalat serta tidak pasti. Sepanjang tahun 2011 bergelar blogger tidak berapa tetap di dunia maya, pelbagai pengalaman hidup yang saya kongsikan. Ada juga cebisan-cebisan perasaan yang saya hamburkan disini, sekadar untuk menenangkan gelodak dalam hati tatkala bergelora. Pernah sekejap beberapa detik sebelum ini saya merasakan diri ini begitu kerdil, hina dan tiada berharga bila kasih sayang yang saya berikan mula dipersoalkan, bahagia yang cuba saya bina cuba diruntuhkan hanya berlandaskan alasan yang tak masuk dek akal. Akan tetapi kemudiannya saya menyedari bahawa rasa itu sebenarnya lebih kepada rasa tertipu, dikhianati dan ketika itu hati saya amat parah. Tetapi, dengan secara tiba-tiba pula sekarang saya hanya menghitung detik untuk hari bahagia...INSYAALLAH... Dan apakah pula perasaannya? Adakah bahagia yang bertandang? Secara jujurnya sekali lagi, saya *blur*.... hahahahaha. Terkenang satu hari sewaktu mesyuarat di pejabat:

.....perbincangan mengenai Jamuan Aidilfitri. Secara diam-diam boss berbisik...

cip:u dah nak kawen fid?....are u sure???
saya:...hmm...yes I'm sure...
cip: I don't believe it....OMG (sebut; O-M-G)
saya: I don't believe it too..what to do.... (dengan muka merah padam sebab dah kena usik dengan ahli mesyuarat yang lain)

....sungguh, saya sendiri masih tidak mengerti apa sebenarnya terjadi.

Berita gembira ini masih ramai yang belum tahu. Bila ada yang tahu:

*keluarga mengangkat tangan kesyukuran...akhirnya atau baguslah bunyinya;
*sahabat taulan senyum simpul.....siapa? siapa? siapa? itu saja soalnya;
*jiran tetangga terpinga-pinga....hah!Bila? Bila?;
tapi.... yang seorang tu...
*........(diam tanpa kata, hanya pintu, kerusi, meja sahaja bersuara, berdetum dan berdetam..)
.

Itulah sebab mengapa saya menyatakan hidup ini terlalu seni untuk dimengerti.

Pernah di satu ketika kau sibuk mengatur bahagia,
Aku sibuk menyeka airmata,
Hingga menakung penuh dalam dada..
Hari ini,
Aku cuba menyanyikan lagu bahagia..
Kau sibuk membanting meja...
Meluat atau tidak suka...kenapa?


Menangis saya pada hari itu, hari -hari sehingga hari ini masih juga menangis. Marahkah dia bila saya cuba untuk bahagia? Bencikah dia bila saya cuba bangun dan bertatih membina hidup sendiri? Tapi mengapa harus marah dan benci pada saya? Sedangkan saya ini adalah insan yang telah dia buang dalam hidup dia. Yang telah dia singkirkan untuk sesuatu yang amat istimewa pada telahan saya. Sekali lagi saya mengakui betapa sukarnya menafsir seni hidup ini.....

Tapi tadi bila kami membicarakan soal susutnilai, saya betul-betul terkesima:

........
dia:..macam awaklah, dah susutnilai....
saya: eh! Sorry skit susutnilai, tambahnilai lagi adalah...
dia: nape pula?
saya: ni, beli satu dapat dua tau.... bertuah org tu.... (dalam nada masih bergurau...dan merujuk kepada bakal En. Awak)
dia: dia tak tau...gheba yang nak mai.... (perlahan je suaranya, tetapi cukup untuk saya dengar..)


*sungguh saya terkesima, bila dia mengatur bicara sebegitu. Selama ini rupanya Tuan Puteri Bertuah dianggapnya satu beban bagi dirinya. Berlumba-lumba orang diluar sana hendak tumpang tuan Si Puteri Bertuah yang yatim tu. Tapi bagi dia, Si Puteri Bertuah hanyalah beban dalam hidupnya. Maka sebab itulah dia rela mengkhianati saya hidup-hidup untuk seseorang yang tiada 'gheba' sehebat Tuan Puteri Bertuah saya tu kan.... Tapi, mampukah dia menjangka apa pula 'gheba' pujangga hati dia bakal beri nanti? Hidup ini penuh dengan seni yang sukar dimengerti... Satu hari dia akan lebih memahami.... Bila mana Allah menduga, siapalah kita nak mempersoalkannya...dan mampukah kita menerka apa pula dugaannya.... Entahlah....

#gheba=beban/masalah


Sekarang ini hatiku,
Terasa bagaikan sakura mula memutik,
Selepas tamat musim dingin,
Merekah kudupnya...
Biarlah aku merasa nikmatnya,
Selagi musim sayang itu masih ada...
Aku mohon,
Berhentilah menyakiti....

No comments:

Post a Comment