Followers

Tuesday, March 29, 2011

....Girl's Activities

I really enjoy my day.... with all girl's activities....

Hehehehehe... Hari Ahad yang lalu, saya pergi memanjakan diri bersama Cik Unie Jehan di Blaze Nail Beauty & Academy. Seronok juga bila kadangkala kita memanjakan diri sendiri. Sebenarnya dah lama saya tak pergi memanjakan diri. Ye lah, asyik sibuk dengan kerja, sibuk dengan dia, sibuk dengan keluarga hinggakan adakalanya diri sendiri pun terabai. So, bila ada masalah sikit, mudahlah rasa stress. Makanya sekarang saya cuba menghilangkan rasa stress yang ada, memanjakan diri dan juga menikmati hari-hari dalam hidup dengan benda yang lebih beerti. Contohnya beginilahkan, berspa, menatarias kuku, menyertai kelas kecantikan, menyertai program-program amal atau pun beriadah atau pun juga melancong. Hey! Tanpa kamu aku hidup juga (.....mungkin aku kembali hidup dalam erti kata sebenarnya)


Bestnya bila dimanjakan orang. Walau pun berbayar, berbaloi juga...hehehehehe....


Here she is..... Miss Unie Jehan.... Kawan dari masa study sampai la dah kerja. Dari bujang sampai bersuami sampai single baliklah.....


Dan....ini tuan tanah kedaung...yeahhh....sedang ditatarias kukunya....gheghegheghe...

Hahahaha...ini paling best...sempena hari lahir ini, saya hadiahkan diri sendiri sepasang kasut baru 'Hush Puppies' dan sebuah beg tangan yang besar gedabak. Hah! Nak letak baby sorang pun boleh dalam tu tau....

Okay... Beginilah aktiviti orang perempuankan.... Dengan nafsu yang 9 tu, mana boleh tahan tengok SALE. Mau juling biji mata, tangan pun gatal je....adoiii....

Monday, March 28, 2011

Secebis kisah tentang aku dan dia



sometimes you must let go of the life you had planned in order to make room for the life ahead of you....*the compass

Ada perkara yang harus kita biarkan pergi dalam hidup ini. Mungkin adakalanya kita sendiri tidak mengerti mengapa kita harus merelakan, tetapi segeralah bersyukur, kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Sewaktu saya mula-mula menerima dia (saya namakan sebagai Tuan Kesatria), saya telah melepaskan beberapa perkara terbaik dalam hidup yang saya miliki. Saya melepaskan pergi orang (saya namakan sebagai En. Tupai2) yang pernah saya sayang selama bertahun-tahun dengan doa dan harapan Tuan Kesatria akan sayang saya selamanya., akan jaga saya dan puteri sebaik-baiknya. Sungguh saya menangis sewaktu saya katakan pada En. Tupai2 yang hati saya telah diketuk oleh Tuan Kesatria. Sebenarnya saya menangis kerana saya keliru, saya takut saya membuat pilihan yang salah, tapi saya harus memberikan diri peluang. Saya melepaskan satu peluang untuk saya dapatkan peluang yang lain yang bagi saya mungkin itulah yang terbaik untuk saya. Saya juga lepaskan peluang untuk mengembangkan kerjaya, kerana bagi Tuan Kesatria tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Bukan jauh-jauh. Jika saya pergi, makanya peluang untuk saya dan Tuan Kesatria berjauh-jauhan itu memang ada, jadi saya lepaskan jua. Ada juga 2, 3 perkara lain yang saya lepaskan pergi. Dan sememangnya detik itu hati saya sedih, tetapi demi membina hidup bersama Tuan Kesatria, saya lepaskan.

Lihatlah, selepas apa yang saya lepaskan dalam hidup demi untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan, adakah berbaloi dengan balasan yang saya dapat??? Tidak bukan, hanya sakit hati, kecewa dan derita yang Tuan Kesatria hadiahkan. Itu timbal balik yang Tuan Kesatria berikan pada saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa maki-hamun, tanpa sepak-terajang atau pun tanpa ...... (hanya dia yang tahu perjanjian antara kami sebelum ini). Saya menerima segalanya dengan sematang yang mampu. Biarlah dia tak matang, biarlah dia tak tetap, biarlah dia begitu sampai hati, biarlah dia bahagia dengan dunia dan cara hidupnya. Ye lah... mungkin cara kami berfikir tak sama. Sebelum ini pun memang berbeza, cuma harapan saya, perbezaan itu akan cukup buat kami saling melengkapi.

Kali ini pun saya menangis. Kerananya saya manusia yang punya rasa. Walau mungkin pada zahirnya orang lihat saya sebagai manusia yang gembira, ceria atau riang-ria, tetapi saya juga manusia biasa yang berdarah bila terluka dan darah saya merah juga seperti dia, dia dan dia..... Hati saya selalu kata, sampainya hati dia.... Tapi saya juga percaya; apa yang kita bagi pada orang, itu yang kita dapat balik. Tuan Kesatria pun ada adik perempuan, ada kakak, mungkin dalam hidupnya nanti akan ada anak perempuan, mungkin juga cucu, cicit perempuan. Bila rasa ini rasa dia, bila orang lain buat yang sama pada ahli keluarganya macam dia buat pada saya, saya yakin Tuan Kesatria akan ingatkan kata-kata saya; bila rasa ini rasa awak, awak akan faham apa yang saya rasa.

Cerita saya ini hanya sebutir dari segurun yang ada kat luar sana bukan? Siapalah kita untuk menjangkau masa depan, menafsir apa yang belum terjadi. Kerana itu dalam Islam, kita harus percaya kepada qada dan qadar. Kita berusaha, tetapi jika Allah tak mengkehendaki perkara itu terjadi, percayalah hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

'Life has to move on....'

Saya teruskan hidup. Saya memaafkan diri kerana menyayanginya dan melukakan hati sendiri. Itu perkara pertama yang harus saya buat di hari yang bahagia untuk memastikan hidup saya ini dapat saya teruskan tanpa rasa bersalah. Tetapi ketika detik ini....saya masih belum mampu memaafkan Tuan Kesatria. Kerana ingatan Puteri masih jua pada dia, kasih Puteri jua masih pada dia...sampainya hati dia...

Aku nampak...
Tanda cinta merona merah pada dirimu...

Mungkin itu saja yang kamu mahu...

Buatlah...semahu hatimu..


~salam, slmt ari lahir.smga awak brjya dlm khdpn n bhgia brsma2 org trsyg.maaf x blh nak mraikn dgn awk. (tak apa, saya lebih dari tahu.....dan saya tak minta apa2 pun dari awak, cukuplah jika awak boleh biarkan saya teruskan hidup saya seadanya tanpa sebarang gangguan dari awak!!!!!)

Saturday, March 26, 2011

Hari aktif sedunia...:)

Selamat hari Ahad....

Hari ini mendung saja.... Semalam pun sama, hujan lebat lagi. Semalam, hari aktif sedunia. Dari pagi sampai malam baru jumpa bilik air balik (mandi). Ye lah, pagi-pagi dah siap nak pergi Mesyuarat Persatuan (biarlah rahsia...), siap dilantik menjadi AJK pula tu. Sebenarnya, saya baru join saja. Tak tahu pun apa-apa, sekali bila kena lantik tu macam blur-blur sikit lah.

Masa pagi-pagi tu ada pula orang kantoi dengan saya. Tu lah, saya dah kata, jangan bohong, jangan jadi munafik. Tapi nak juga buat drama swasta, kisah palsu dan sebagainya. Sekali, kantoi di situ....hahahahahaha. Lepas tu terus senyap, ye lah... mesti terasa malukan, sebelum kejadian cakap lain. Masa kejadian, totally lain. Tak pe lah....biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Apa yang kita buat kat orang, itulah yang kita akan dapat balik nanti. Hari ini kita tipu orang, kita buat main-main masa depan orang, kita rasa diri kita hebat sangat sebab kita lebih sempurna dari orang yang kita tipu dan aniaya tu. Tapi kita tak tahu, bila Allah nak tarik balik sempurnanya kita tu. Jangan sampai satu hari nanti, buku bertemu ruas. Itu saja..... dah selalu tayar moto dok pusing, sekali tak sekali mesti kena juga tahi hanjing.... betul tak???? (apa punya perumpamaan daaa....)

Balik dari mesyuarat, saya meronggeng pula. Shopping dan tengok wayang. Cerita apa???? Hikayat Merong Mahawangsa ler.... Okaylah, walau pun ada sikit-sikit aksi yang tak berapa logik, tetapi usaha anak watan kita menghasilkan filem yang bermutu seharusnya dipuji. Tak adalah balik-balik cerita cinta, frust menonggeng dengan cinta. Tapi sebut bab cinta-cinta ni, dalam cerita tu kita boleh nampak sesuatu tak? Jatuh bangunnya seorang lelaki adalah kerana wanita disisinya. Cewaahhhhh... Kau jangan pandang enteng bab ni ye..... Merong ada Embok. Yang cinta dan sayangkan dia. Pergi berjuang diiringi doa dan airmata. Insyaallah berjaya. Yang si Kamawas tu plak boleh kalah sebab apa? Sebab hilang kebal, kenapa boleh hilang? Sebab perempuan la juga. Dah tak tahan nafsu tengok si Puteri Cina tu yang sengaja menggoda untuk mencuri kalung yang ada tangkal kebal tu. Tak tahu dia kena tipu kan...

'empangan kalau dah dibuka, mana boleh ditahan airnya'

Hahahahaha.... Tak faham saya mula-mula. Bila dah tengok baru faham. Cehhh!!!... Ngeri tengoklah muka si Kamawas tu. Siap ketar-ketar lagi...erk!!!!

Dah habis tengok, berkejarlah pula balik ke rumah bonda. Bukan apa, dah janji nak keluar makan. Sempena hari jadi ayahanda. Hujan lebat pun redah juga, jalan sesak pun lalu juga. Kemudiannya sampai rumah dah dekat maghrib. Lepas solat terus keluar je. Tak de mandi-mandi (mana sempat....). Tapi wangi le...sebab sembur minyak wangi...hehehehehe




Tuan empunya hari jadi pada hari semalam.



Tak sabar-sabar anak dara tu nak makan...



Kari kepala ikan ye.... di Pen Mutiara. Alhamdulillah, sedap.....:)

Balik malam tu, baru la jumpa bilik air. Mandi-mandi terus sambung kerja di PC pula. sampai pukul 2 baru tido... adoiii... Memang hari aktif sedunia... Tapi apa-apa pun, saya gembira dengan hidup saya. Hidup saya, saya yang tentukan... (dan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini....).

Mari tolong saya cari istana hinggap...boleh???

Sekarang pagi, hujan renyai-renyai kat luar. Tuan Puteri Bertuah masih dibuai mimpi sebab semalam tidur lewat dan lagi pun suasana dingin macam ni memang terlajaklah jawabnya.

Okay, saya bekerja dan bekerja sehingga mengabaikan beberapa terapi diri menyebabkan saya terasa diri saya tua sebelum waktunya. Selain daripada itu, beberapa peristiwa akhir-akhir ini membuatkan mood saya sikit terjejas. Makanya sekarang saya sedang memikirkan terapi diri yang sudah lama saya tak buat iaitu, bercuti. Ye, saya selalu pergi cuti-cuti bersama keluarga. Kali ini, saya hendak bercuti sendirian. Hehehehehe.... Bukan nak membelakangkan keluarga, cuma nak sedikit masa untuk diri. Nanti, hujung tahun giliran bersama keluarga pula, insyaallah...

Apa nak buat ye...??? Saya nak travel dengan keretapi ekspress rakyat....hehehehe... Dah lama betul tak naik keretapi. Last saya naik masa bawa family ke KL, bertahun-tahun yang lalu. Dulu masa saya belajar, keretapi ni dah jadi pengangkutan tetap pergi balik Pulau Pinang-Kuala Lumpur. Jadinya saya teringin sangat nak pergi dengan keretapi kali ini.

Sekarang saya tengah survey penginapan sepanjang masa di sana. Ada la dua hotel ni yang saya rasa okay untuk di jadikan istana hinggap buat sementara waktu:

http://www.swissinnkualalumpur.com/packages05.html
http://www.citinmj.com/reserve.php

Hmm..... tapikan, saya agak tertarik dengan Citin Masjid Jamek tu. Sebab bilik dia agak cantik dengan warna pink. Hehehehehe... kemudian siap ada Free Wi-Fi kat bilik. Ada yang sekali breakfast ada yang tiada. So, meh la tolong saya cari istana hinggap ni. Saya nak pergi ni. Tarikh cadangan; hujung minggu ini....:)

*tadi suarakan dekat bonda nak pergi bercuti. Sekali bonda sound; duit asal nak berkerak je nak pi cuti sana-sini. Cuba la simpan duit sikit....hehehehehe.... Alahai bonda, anakandamu ini, biar pape asal merata...hehehehehehe

ada 19 orang....:)

Sekarang sudah jam 1.33 pagi!!!! Saya baru sahaja selesai melawat peserta-peserta Giveaway anjuran Petals Patch buat kali ke-2 ni. Setakat ini ada 19 orang peserta dengan pelbagai jawapan. Terima kasih semuanya sebab menyertai dan dengan bestnya meneka jumlah manik dan juga tarikh lahir saya. Nanti saya buat ulasan lanjut berhubung dengan jawapan-jawapan peserta semua. Sekarang ni tak boleh ulas lagi sebab belum tarikh tutup, mungkin akan ada penyertaan lagi lepas ini.

Tarikh tutup adalah pada 1 April 2011

Jadi, jika ada sesiapa yang masih ingin menyertai giveaway ini, adalah amat dialu-alukan. Sila jenguk sini untuk maklumat lanjut ya....:)

Wednesday, March 23, 2011

sesaja cerita lagi...:)

Uiks....sekarang dah pukul 12.56 tengah malam.... (tak reti tido ke apa ni?????)

Sebenarnya, tadinya dah terlelap. Sekarang dah tak lelap la pulak, makanya buat la coret-coret kat sini. Okay...malam ni nak cerita sikit kisah kuasa pelukan. Sebenarnya semua sedia maklum, betapa berkuasanya pelukan tu dalam sesuatu perhubungan. Pelukan dari seorang ibu kepada seorang anak, atau dari seorang suami kepada seorang isteri atau pun sebaliknya. Pelukan tu sebenarnya dapat membebaskan hormon yang berupaya memberikan ketenangan, mengurangkan kesakitan mahupun keresahan.

Macam yang saya pernah baca, jika tidak silap mengikut kajian pakar dari Jerman, sekiranya seorang suami memeluk isterinya selama 10 saat setiap pagi, maka akan panjang umurnya 5 tahun. Tapi itu kajian pakar, kuasa tuhan siapa yang dapat tentukan bukan???? Begitu juga jika pelukan antara ibu dan anak. Bila dipeluk ibu, bayi selalunya akan merasa selamat dan tenang. Malahan usapan dari ibu selalunya akan dapat menyembuhkan rasa sakit malah menghilangkan rasa stress anak-anak (kanak-kanak pun kadang-kadang stress juga tau...).

Pagi Ahad yang lalu, saya baru balik ke rumah bonda. Beerti dah 2 hari saya tak jumpa dengan Puteri Bertuah. Sepatutnya hari Sabtu lagi saya dah balik rumah bonda, tapi saya tak mahu bonda dan puteri tengok mata saya yang macam bengkak tu kan.... Lagi pun saya pun perlukan masa dan ruang untuk kembali 'cool down' dan tenangkan diri kembali. Pagi-pagi lagi saya dah sampai rumah dan puteri masih dibuai mimpi. Saya susup masuk dalam kelambu. Saya peluk dia, cium rambut masam-masam dia tu dan saya bisikkan; 'maafkan mama ya sayang...'. Sekali dia berpaling; 'kenapa mama?????'. Adehhhh...kantoi mamanya di situ. Tadi kan tido, macam mana boleh dia dengar pula ni??? 3 kali dia tanya, kenapa?? Kenapa??? Kenapa mama minta maaf? Saya senyum saja tak menjawab. Sebenarnya saya rasa bersalah sangat, saya dah ada puteri, cukuplah sebagai penawar hati. Kenapa perlu lagi mencari penawar hati yang lain, yang akhirnya hanya melukakan lagi...
Dan puteri tertidur semula, sambil peluk saya..... Sungguh, saya kembali tenang masa tu...

Tetiba terus terasa kena begini:




Nape nak nangis-nangis kan??? Tapi nangis juga la dalam hati sebab sakit hati. Sungguh, dia telah menyakitkan hati..... Dia memang pakarlah.... spesis manusia dari planet manalah dia ni yang kejam cam gini ghupenye....hukhukhuk

Dan sekarang saya dah ngantuk balik....daaaa...got to go jugalah sekarang....:p

Mari sertai Giveaway Petals Patch Kali Ke-2

Salam ya...

Okay dah beberapa hari tak meng-update blog ni. Seperti biasalah, kesibukan dan kegagalan men-internetkan diri ye....:)

Giveaway anjuran Petals Patch masih lagi berlangsung dan akan tamat rasanya tidak lama lagi. Simple sangat syarat-syaratnya. Hmmm.... Jika ada yang berminat boleh jenguk sini.

Okay, saya baru saja menjenguk blog dan dah approvekan comment serta jejak yang di tinggalkan oleh pihak yang berminat menyertai. Terima kasih ya...

Hmm... sekadar mengulangi syarat-syarat tu ye:

1) Mesti ada blog;
2) Meneka berapa biji manik yang terkandung dalam gelas kaca yang ada dalam gambar bersama entry itu;
3) Buat entry tentang giveaway petals patch kali ke-2 tu di blog anda;
4) Meneka tarikh lahir saya;
5) Tinggalkan jejak anda di ruangan comment.

Pemenang akan dinilai berdasarkan tekaan manik yang tepat atau yang terhampir. Jika ada lebih dari satu, maka cabutan secara undian akan dibuat ye. Untuk yang berjaya meneka tarikh lahir saya secara tepat, anda layak mendapat markah bonus je la. Bukan ketentuan anda pasti menang ye.... Yang penting adalah berapa biji manik dalam gelas kaca. Untuk yang berjaya meneka manik dan tarikh lahir dengan tepat, Hadiah menarik menanti anda. sekiranya sekadar dapat meneka manik tetapi tarikh lahir gagal, anda masih berjaya menjadi pemenang. Akan tetapi sekiranya anda berjaya meneka tarikh lahir dengan tepat tapi gagal meneka manik, dah tentu tak berjaya ye....:)

Tarikh akhir adalah pada 1 April 2011. Jadi marilah bersama-sama memeriahkan Giveaway Petals Patch untuk kali ke-2 ini.

Hadiahnya tak seberapa, tetapi ikhlas dari tuan tanah kedaung yang bertambah usianya pada bulan MAC ini....hehehehehe.....


Sunday, March 20, 2011

Kiriman merentas lautan...Terima kasih ya Puan Pani

Hokey....ni kira last entry untuk malam ini. Entry ke-7 untuk hari ini, adoii..pecah rekod. Berhari-hari dah saya tak balik ke rumah bonda tau. Last balik adalah hari Khamis ritu bersama En. Kesatria Baja Hitam untuk membantu ayahanda melastik kerang ke sarang tebuan. Makanya, setibanya di rumah tadi, adalah selonggok surat di atas meja untuk saya. Selepas di belek-belek, eh, ada yang lain dan menarik di situ. Merentasi lautan datangnya, daripada teman seperjuangan sewaktu belajar dulu yang kini berada di New Zealand. Hehehehehe...ingat juga ko kat sahabat mu yang tengah agak-agak tak stabil jiwa ni ye...:)


...:)


Isk, isk, isk.... Puan Pani nih sedang menayang keindahan alam New Zealand kat saya ni. Ni yang tak boleh jadi ni.....waaaa....nak pegi juga...tak kira....... Sekarang juga start simpan duit......hukhukhukhuk

*nape banyak beno entry hari ini??? Adakah kepeningan kepala telah melanda, mode yang tak stabil atau pun jiwa kacau yang membuahkan idea? Entah lorrr....yang pasti mata mula juling-juling sebab mengantuk...hehehehehe

Giveaway Ke-2 Petals Patch


Dan..setelah berbintang-bintang sampai berpinar-pinar mata, makanya saya ni dengan baik hatinya inginlah nak menganjurkan Giveaway Buat kali yang Ke-2 sepanjang penglibatan saya dalam dunia blog ni. Sempena apa erk??? Dah tentulah sempena umur tuan tanah kedaung yang telah meningkat ni. Syarat-syaratnya simple sangat:

1) Anda mestilah mempunyai blog;
2) Silalah teka berapa biji manik yang ada dalam gelas kaca itu.....(hahahahaha...ingat sesaja je saya tempek gambar tak glamor cam tu kat situ...);
3) Silalah buat entry pasal Giveaway Ke-2 Petals Patch di blog anda dan tinggalkan sekali linknya di ruangan comment supaya saya dapat buat lawatan rasmi ye...;
4) Anda juga dikehendaki meneka tarikh lahir saya yang sebenar-benarnya;(date/Mac/year);
5) Setelah itu, sila tinggalkan link anda di ruangan comment ya... Sertakan sekali dengan alamat email anda.

Silalah join ye..... Hadiahnya adalah something yang ada di Petals Patch Gallery. Silalah menjenguk. Saya akan pilih pemenang berdasarkan tekaan yang tepat atau terhampir. Sesiapa yang berjaya meneka tarikh lahir secara tepat adalah satu bonus dalam pemilihan pemenang nanti.

Tarikh tutupnya adalah: 1 April 2011.

Syaratnya mudah je kan? Tak perlu jadi follower saya pun. Terbuka kepada semua yang ada blog. Tak semestinya hanya peminat kraf sahaja sebab hadiahnya adalah dah tentu yang sedia diguna terus....:)

Haishhh..berbintang-bintang

Lagi entry pasal zodiak-zodiak gitu.... Kali ini pasal wanita API!!! Hehehehe...kononnya wanita yang lahir berbintang Aries ini terkategori dalam unsur api. Saya lahir bulan Mac dan berbintang Aries si kambing gurun, makanya unsur saya ni api lah. Review daripada internet jap pasal wanita yang berunsurkan api ni, meh kita baca:

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


Hehehehe... yang memula tu lagi dah tak tahan bangat tu. Dilahirkan sebagai pemimpin?? Setahu saya, setakat ini masih kurang sifat kepimpinan tu, atau pun saya sendiri tidak menggilap, tak pastilah pula. Dah tu...meh tengok sini plak....:

Aries - Domba Jantan
(21 Maret – 19 April)
Agresif, Energik, Impulsif, Berjiwa Pemimpin, Tidak Sabaran, Egois, Cepat Emosi
Aries adalah simbol sebuah permulaan baru. Orang Aries menjadi pemimpin zodiak-zodiak lainnya, agresif dan penuh kreativitas yang memungkinkan mereka untuk berinisiatif dalam mengadakan perubahan. Selayaknya domba jantan, mereka selalu bertindak cepat tanpa berpikir panjang terlebih dahulu. Mereka lebih senang mencari penghargaan daripada kekayaan dan biasanya lebih suka berbicara terus terang daripada berbasa-basi untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. Kebanyakan dari mereka sukses berkat sikap mereka yang pantang menyerah. Aries merupakan orang yang penuh energi, pandai beradaptasi dan cepat belajar. Mereka memiliki banyak ide-ide cemerlang dan berambisis tinggi. Keras kepala, antusisas dan penuh orientasi. Bila mereka ingin sesuatu, tidak ada yang dapat menghalanginya. Mereka siap mengambil tindakan tanpa memikirkan resiko yang dapat mencelakakan diri mereka sendiri. Aries bukan seorang pengikut yang baik. Mereka memiliki semua kemampuan yang dibutuhkan untuk menjadi pemimpin yang baik, namun sikapnya yang suka memerintah membuat orang menjauhi dirinya.

Asmara para Aries: Hal ini terlihat jelas apabila para Aries sedang jatuh cinta. Mereka akan mengejar apa yang mereka inginkan sampai dapat. Apabila ini terjadi pada kalian, berhati-hatilah. Aries tidak pernah mau menerima jawaban tidak. Sayangnya, jika kamu tidak bisa mengikuti jalan hidupnya, mereka akan meninggalkanmu dan berpindah ke lain hati.


Domba jantan??? Hapa tu??? Ngak ngerti sih... Pastu tengok sini plak...:

Aries
Dengan bentuk muka yang panjang dan langsing , bibir tipis , tulang pipi yan tinggi serta alis yang agak melengkung keatas , sosok gadis Aries akan memberikan kamu banyak pertanyaan atas karakter yang dimiliki mereka. Walaupun begitu, mereka memiliki suatu kelebihan dibandingkan dengan gadis berzodiak lainnya : kemampuan menyelesaikan permasalahan dengan baik.

Karakter Positif : Gadis Aries ini kerap kali mampu mendorong dirinya untuk mencapai tujuan hidupnya yang harus indah sesuai dengan keinginannya . Jadi mereka telah menyiapkan segala sesuatunya dengan baik terutama untuk masa depan mereka . Mereka juga selalu memperjuangkan imajinasi yang indah karena kegagalan bukanlah suatu hasil yang diinginkannya. Selain itu gadis Aries juga mempunyai sifat artistik , realistik dan romantik.

Para gadis Aries juga sangat berhati-hati dalam memilih pasangannya karena mereka tidak percaya dengan cinta instan atau cinta konvensional. Mereka lebih percaya dengan cinta yang haruslah berakhir dengan pernikahan karena mereka membutuhkan sense of security ( rasa keamanan ) yang tinggi dari suatu hubungan. Ia tidak akan menunjukkan ambisi dirinya tapi gadis Aries akan berusaha memperoleh tempat yang terbaik walaupun seringkali cukup bangga pula dengan prestasi yang diraihnya pada saat ini.


Gadis Aries suka bekerja keras dan akan banyak bergerak dibidang amal atau pelayanan. Jadi jika kamu tidak dapat memberikan perhatian dan rasa sayang yang besar maka kamu tidak akan dapat tempat di hatinya. Mereka dapat menyibukkan dirinya dengan banyak kegiatan sehingga kadangkala mereka lupa akan orang-orang disekitarnya.

Karakter Negatif : pada dasarnya gadis Aries adalah gadis yang sombong. Mereka akan berusaha kelihatan "cool" dan tampak percaya diri walaupun kenyataanya tidak. Selain itu walaupun mereka adalah tipe orang-orang yang mempunyai emosi campur aduk tapi apabila mereka sedang bete ataupun kesal pada kamu , kamu dapat melihatnya dengan jelas dan mereka akan tetap bete sampai tempo waktu yang cukup lama..

Wanita Aries adalah tipe orang yang keras kepala tapi mereka masih ingin mendengar orang lain. Apabila mereka memilih kamu sebagai pasangannya , maka mereka akan menuntut kamu untuk dapat berbangga atas dirinya dan pencapaiannya. Mereka juga memiliki cara tersendiri untuk memenangkan perhatian kamu walaupun terkadang tidak dapat kamu terima dengan akal sehat.


Hmmppfff...sombong plak??? Tapi agaknya ye...egois...hmmm...tak okay, tapi pastikan nampak cool dan okay...hehehehehe.

Pastu terbaca juga pasal ni:

1. Lelaki Aquarius
Kebaikan
Pencantuman minda yang menarik akan berlaku dengan jejaka Aquarius. Semangatnya begitu kuat dan bebas, mempunyai hati yang agak budiman, semangat positif dalam hidup. Sifat kelakar yang memang tak dapat diduga dan perwatakan individu yang agak terpuji. Kehidupan bersama lelaki Aquarius tidak pernah menjadi bosan atau statik. Bersama si dia, anda akan terus maju degan impian dan harapan anda berdua ke fasa seterusnya dalam hidup tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

2. Keburukan
Anda akan jarang berjumpa dengannya, mereka perlukan ruang dan kebebasan seperti seorang manusia perlukan udara untuk bernafas. Orang sebegini susah perhubungan dan kadangkala sikapnya macam tunggul kayu membuatkan anda pening. Komennya yang tak pernah berselingdung dan straight to the point pun kadangkala amat menyakitkan hati bila didengari.


Pastu ni lagi:

Aquarius oh AquariuS

  • Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat

  • Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Bukanlah nak percaya pun segala ramalan-ramalan ni semua. Tapi adakalanya macam kena-kena je kan....

*ini semua yang saya baca dari web-web dan blog orang. Saje je tempek semula kat sini...:)