Followers

Monday, March 28, 2011

Secebis kisah tentang aku dan dia



sometimes you must let go of the life you had planned in order to make room for the life ahead of you....*the compass

Ada perkara yang harus kita biarkan pergi dalam hidup ini. Mungkin adakalanya kita sendiri tidak mengerti mengapa kita harus merelakan, tetapi segeralah bersyukur, kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Sewaktu saya mula-mula menerima dia (saya namakan sebagai Tuan Kesatria), saya telah melepaskan beberapa perkara terbaik dalam hidup yang saya miliki. Saya melepaskan pergi orang (saya namakan sebagai En. Tupai2) yang pernah saya sayang selama bertahun-tahun dengan doa dan harapan Tuan Kesatria akan sayang saya selamanya., akan jaga saya dan puteri sebaik-baiknya. Sungguh saya menangis sewaktu saya katakan pada En. Tupai2 yang hati saya telah diketuk oleh Tuan Kesatria. Sebenarnya saya menangis kerana saya keliru, saya takut saya membuat pilihan yang salah, tapi saya harus memberikan diri peluang. Saya melepaskan satu peluang untuk saya dapatkan peluang yang lain yang bagi saya mungkin itulah yang terbaik untuk saya. Saya juga lepaskan peluang untuk mengembangkan kerjaya, kerana bagi Tuan Kesatria tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Bukan jauh-jauh. Jika saya pergi, makanya peluang untuk saya dan Tuan Kesatria berjauh-jauhan itu memang ada, jadi saya lepaskan jua. Ada juga 2, 3 perkara lain yang saya lepaskan pergi. Dan sememangnya detik itu hati saya sedih, tetapi demi membina hidup bersama Tuan Kesatria, saya lepaskan.

Lihatlah, selepas apa yang saya lepaskan dalam hidup demi untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan, adakah berbaloi dengan balasan yang saya dapat??? Tidak bukan, hanya sakit hati, kecewa dan derita yang Tuan Kesatria hadiahkan. Itu timbal balik yang Tuan Kesatria berikan pada saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa maki-hamun, tanpa sepak-terajang atau pun tanpa ...... (hanya dia yang tahu perjanjian antara kami sebelum ini). Saya menerima segalanya dengan sematang yang mampu. Biarlah dia tak matang, biarlah dia tak tetap, biarlah dia begitu sampai hati, biarlah dia bahagia dengan dunia dan cara hidupnya. Ye lah... mungkin cara kami berfikir tak sama. Sebelum ini pun memang berbeza, cuma harapan saya, perbezaan itu akan cukup buat kami saling melengkapi.

Kali ini pun saya menangis. Kerananya saya manusia yang punya rasa. Walau mungkin pada zahirnya orang lihat saya sebagai manusia yang gembira, ceria atau riang-ria, tetapi saya juga manusia biasa yang berdarah bila terluka dan darah saya merah juga seperti dia, dia dan dia..... Hati saya selalu kata, sampainya hati dia.... Tapi saya juga percaya; apa yang kita bagi pada orang, itu yang kita dapat balik. Tuan Kesatria pun ada adik perempuan, ada kakak, mungkin dalam hidupnya nanti akan ada anak perempuan, mungkin juga cucu, cicit perempuan. Bila rasa ini rasa dia, bila orang lain buat yang sama pada ahli keluarganya macam dia buat pada saya, saya yakin Tuan Kesatria akan ingatkan kata-kata saya; bila rasa ini rasa awak, awak akan faham apa yang saya rasa.

Cerita saya ini hanya sebutir dari segurun yang ada kat luar sana bukan? Siapalah kita untuk menjangkau masa depan, menafsir apa yang belum terjadi. Kerana itu dalam Islam, kita harus percaya kepada qada dan qadar. Kita berusaha, tetapi jika Allah tak mengkehendaki perkara itu terjadi, percayalah hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

'Life has to move on....'

Saya teruskan hidup. Saya memaafkan diri kerana menyayanginya dan melukakan hati sendiri. Itu perkara pertama yang harus saya buat di hari yang bahagia untuk memastikan hidup saya ini dapat saya teruskan tanpa rasa bersalah. Tetapi ketika detik ini....saya masih belum mampu memaafkan Tuan Kesatria. Kerana ingatan Puteri masih jua pada dia, kasih Puteri jua masih pada dia...sampainya hati dia...

Aku nampak...
Tanda cinta merona merah pada dirimu...

Mungkin itu saja yang kamu mahu...

Buatlah...semahu hatimu..


~salam, slmt ari lahir.smga awak brjya dlm khdpn n bhgia brsma2 org trsyg.maaf x blh nak mraikn dgn awk. (tak apa, saya lebih dari tahu.....dan saya tak minta apa2 pun dari awak, cukuplah jika awak boleh biarkan saya teruskan hidup saya seadanya tanpa sebarang gangguan dari awak!!!!!)

4 comments:

  1. apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan dan redhalah dengan qada dan qadar...semoga suatu hari akan bertemu bahagia yang hakiki....amin...



    New Entry: Pemandu Wanita: Berhemah VS Berbahaya

    ReplyDelete
  2. meminjam kata-kata seorg teman~~
    "Allah beri apa yang kita mampu, bukan apa yang kita mahu.."
    Percayalah pada qada' dan Qadar Fieda..nescaya ada bahagia yg menanti nanti di hujung perjalanan..

    Lots of Love
    Pani

    ReplyDelete
  3. ..terima kasih...insyaallah pani....:)

    ReplyDelete