Followers

Saturday, April 30, 2011

...jalan2 di hari cuti...

....Selamat Hari Pekerja....

Cewahhhhh...awal bersiaran kali ni....setelah lama membiarkan blog ini bersawang. Okay, sempena hari cuti yang agak panjang ini, saya mengambil kesempatan untuk bercuti bersama bonda dan Tuan Puteri Bertuah. Dan teka la manakah kami??? Nah, tengok gambar kat bawah di bawah dan tekalah....:)


~mesti dah boleh agak kan???? hehehehehehe..... okay, nak tido....esok nak jalan jauh lagi....

Sunday, April 24, 2011

Menu hari Ahad....hehehehehe

Daging ayam, adalah antara daging yang menjadi menu pilihan masyarakat Malaysia dalam hidangan sehari-hari. Baik dalam bentuk lauk-pauk atau pun sebagai hidangan utama. Antara bahagian ayam yang memang enak dimakan dah tentulah bahagia seperti paha, kepak atau pun bahagian atas paha yang mana semua isinya licin dan berminyak bukan. Bagi orang-orang yang tengah menyahut cabaran jantung sihat bersama Quaker ni, dah tentulah bahagian tersebut dilihat dengan biji mata yang terkelip-kelip sahaja.... sambil telan airliur pula tu....

Okaylah....orang-orang macam kami ni, yang layak makannya hanyalah bahagian dada ayam gitu...(boleh bayangkan rasa dada ayam yang isinya banyak tu????). Jadinya, saya pun dah macam naik jemu lah sikit. Maka hari ini nak kelainan sikit la....saya kisarkan saya dada ayam tu dan saya jadikannya 'chicken ball'.


Dah siap jadi cam ni...dah pening pula nak buat apa....


Last sekali, jadilah sup cam ni....sayur lebih gitu....hehehehehehe.... Apa lagi yang mampu.... Kalau salut dengan serbuk roti...pastu goreng....wahhhhh lazatnya..... (tapi takkan nak goreng???? Tak de maknanya....)

Saturday, April 23, 2011

Bila si Puteri Bertuah dah pandai mengayuh.....

Salam Ahad......

Letih je rasa 2,3 hari ni. Sakit peyut, meragam-ragam pun ada. Entahlah kenapa...hukhukhukhuk

Tetapi, kalau dengan Tuan Puteri Bertuah tu, dia bukan kira kita sakit perut ke sakit hati ke, yang penting dia nak keluar jejalan katanya. Makanya, petang semalam saya bawakan dia ke dekat Queensbay Mall (dekat ye.....). Kenapa beria benar???? Sebabnya inilah:


Tuan Puteri Bertuah dah pandai kayuh basikal sendiri tanpa sokongan kami atau pun tayar tambahan yang kiri, kanan tu.....


Lagi satu.....Ayahanda belikan basikal baru untuk dia setelah basikal lama tu palang pemegang dah pun mencecah kepala lutut (panjang beno dah kaki kamu tu hah....)


Kami melawa sekejap bergambar biar pun tak berapa lawa...hahahahhahahahaha


Ayahanda dan Bonda ber-dating sebentar sambil tengok cucu main basikal.....


Dan...... saya sempat singgah tengok kasut 'Hush Puppies' masa pegi toilet. Alahai.... berkenan. Tapi semua yang berkenan RM239-259...... Hukhukhukhukhuk...payday lambat lagi nih.... (berangan dulu la.....).

~pandai tu tak pandai sangat la....semalam nyaris langgar pokok kelapa pun ada, jatuh terkial-kial sebab sambil bawa basikal tu tetiba gatal ketiak (sibuk garu ketiak sampai jatuh la...), nak langgar orang pun ada..... Adehhhhh... sementara nak pandai, kenalah pastikan kawasan dia bermain bebas dari sebarang struktur.... (kalau ada tiang???? kena ubah ke???? kehkehkehkeh)

Sunday, April 17, 2011

Mudahnya lelaki berbohong, kesiannya perempuan kena tipu...

....okay...saya bersiaran lagi di pagi buta dengan kepala yang sedikit berdegung.....

Siang tadi saya tidur dan tidur dan tidur....Rasa tak sihat sahaja badan ni. Kepala pun pening-pening lalat je. Mengalahkan orang mabuk 2 bulan mengandung kata bonda. Tapi tak mengandunglah dalam kes saya. Kalau mengandung memang tahap hairan bin ajaib ni......:). Jadinya malamnya saya berjaga dan berjaga dengan jayanya.

Tadi siangnya sempat jugalah chat dengan seorang kawan, seperti biasalah macam biro pengaduan awam jugalah sesekali saya ini. Tetapi tidak mengapa, orang mencurah kita menadah. Selagi mampu menampung....:)

Cerita-ceritinya begini, dia merasa tertipu dengan en. suaminya. Bila en. suaminya beria sahaja kata jangan baik dengan budak itu, dengan si polan ini, dengan si polan itu, si A ini tak baik, si B ini jahat, maka dia pun hampir-hampirlah masam muka dengan jiran tetangga. Sekali dia terbaik jugalah dengan si B, sekali rahsia pun bocor. Rupanya, en. suami buat begitu takut rahsia skandal cinta sepejabatnya terbongkar. Alahai.... Mengamuk sakanlah pn. isteri lepas tu. Saya??? Mendengar boleh le....nak menyampuk hal rumahtangga orang tak mampulah. Harap-harap kisah rumah tangga mereka dapatlah selesai dengan baik dan bijak laksananya ya.....

Berbalik ke cerita en. suami tu. Pandai ye dia.... Nak cover line kata orang tu... Kehkehkehkehkeh.... Pernah tak anda kat luar tu merasa macam tipah tertipu je ngan ayat-ayat en. lelaki???? Contohnya macam ni lah...:

'Eh, lepas ni awak balik terus tau, jangan singgah mana-mana tau. Ingat, balik terus. Kesian anak dok tunggu awak balik.' (cewahhhh....ayat penuh dengan titikberatkan di situ tapi apa pengamatan yang sebenar;ko jangan nak galak2 pegi memana, soping bagai, kang terserempak plak aku nak pi dating ngan awek lain)

atau pun:

'Awak saya kuar ni, nak gi seberang nak jumpa ngan member masa sekolah dulu la nama Erin, jangan risau, dia tunang orang la' (Ecececewahhhh....sejuk je dengar tunang orang erk. Boleh rasa lega? Sebenarnya kapal terbang kat udara lagikan boleh di 'high-jack'. Ni kan pula tunang orang kan? Tapi hakikat kisah yang sebenarnyakan;Saya nak keluar ni dengan awek saya nama Erni*entah nama betul entah bukan nama betul)

Sebenarnyakan, senang je orang lelaki nak berbohong. Ntah apa-apa je kekadang tu, tak logik pun kadang-kadang tu. Dan kesiannya orang perempuan yang kena tipu tu. Sebab tulah sebagai orang perempuan, janganlah mudah sangat nak percaya kat lelaki ni, hatta pun suami sendiri. 95% kepercayaan untuk en. suami, tetapi simpan jugalah 5% tu untuk diri sendiri. Kesian kat diri tu tau. Tapikan jangan lah serang membabi-buta, buat pemerhatian, analisis dan kumpulkan bukti. Adakalanya memanglah, bila en. suami tetiba ambil berat tentang diri kita tu maknanya dia betul-betul ambil berat. Tetapi tidak mustahil juga ada udang di sebalik mee. Contohnya dia melarang kita pergi ke sesuatu kawasan atau bertegur-sapa dengan seseorang, atau mungkin dia melarang kita keluar pada waktu-waktu tertentu atau memastikan kita sibuk atau tiada di rumah pada waktu-waktu tertentu, tak pun beria menyuruh kita membuat sesuatu. Hmmm.... adakalanya kenalah juga kita mengubah rutin yang en. suami/en. kekasih tentukan. Alasannya 'surprise'......... Jangan kita yang surprise udah le....


~adakalanya apa yang dikata bukan yang sebenar maksud bicara, hai...payah betul meneroka jiwa seorang pria dizaman penuh pancaroba.

Saturday, April 16, 2011

Budak bertuah ni nak pergi HONG KONG

Sesungguhnya, adik-adik ni memang bertuah kan...... Betul tak???? Sesiapa saja kat dunia ni bukan sahaja di Malaysia akan merasa sedemikian. Adakalanya adik-adik ini cukup mencabar kewibawaan, kesabaran dan macam-macam lagilah.

Bila masa le pulak saya ni ada adik-beradik???? Ya betul, sesungguhnya saya anak tunggal dalam keluarga. Tak ada adik, abang mahu pun kakak. Tetapi saya ada 3 orang adik ipar lelaki yang hero-hero belaka seadanya ya..... Walaupun Rizal dah tak ada, tetapi hubungan tu masih lagi diteruskan. Harapnya berkekalan, berpanjanganlah meskipun saya dah berkeluarga lain nanti pun (jika ada lah...). Jika tidak... begini lah jua akak mu ini.....

Alkisahnya tadi selepas maghrib Mak Hawa (Sharifah Salwa@ibumertuaku) menelefon. Mengkhabarkan bahawa si Azrol Rizwan yang bertuah tu nak ke Hong Kong 28 April 2011 ni!!!! Untuk 3 Tahun!!!!! Boleh dia tak bagi tahu akak dia ni. Tak apalah..... Memanglah akak tahu akak ni tak sempat nak hantar pergi airport bagai, tapi akak takkan kirimkan beli jade atau apa pun. Tadinya, agaknya lepas mak bebelkan kat dia baru la menyapa kat FB bagi tau kata nak pergi Hong Kong. Dapat kerja dengan company apa ntah namanya. Tetapi berkaitan dengan outdoor activity ni lah... Gaji tu dengar macam juling juga la biji mata ni, tapi jika nak dibandingkan taraf hidup sana adik beradik gaji kat sini juga la kot gamaknya.



Hah...ini dia...Puteri Bertuah ngan si mamat tu....dia panggil 'Pak Cik Gemuk'. Sebab dulu dalam reramai adik-beradik Rizal, Wan ni lah yang agak berisi. Sekarang tak tau la pulak, lama beno dah tak tengok..... Si Puteri Bertuah pula masa ni mata pun tak larat nak buka dah....dah penat sangat tunggu Tok Timah tiba dari menunaikan haji....:)

Nah hambek....saya tempek gambar si Azrol Rizwan yang jelas lagi clear ni. Saya curi dari FB dia...hahahahahahaha...... Memang perasan hansomekan mamat ni??? Tak pe la.... adik beradik diaorg memang cam tu... Rizal pun dulu selalu perasan hansome, siap perasan bagus lagi...sebab tu saya terpikat...kehkehkehkeh.....

~tengah berangan, 3 tahun mamat ni kat Hong Kong, kot2 la dapat merasa jejak kaki kat sana plak...Uishhhh...banyak tempat betui nak pi, Oklan la....Bombay la....Hong Kong la.... Haji??? Hah!!! Boleh buat2 lupa pula.....!!!!! (sentap...)

Friday, April 15, 2011

Cabaran Jantung Sihat Bersama Quaker

Salam Sabtu ya.......

Memula topik pada hari ini adalah sesuatu yang lebih ringan tanpa perlu pemikiran yang kritis untuk difahami secara keseluruhannya. Okay, begini cerita-ceritinya, agaknya apa tindakan anda bila sahaja mengetahui tahap kolestrol anda dah mencapai tahap 7 kemudian perlahan-lahan menghampiri tahap 8, ke 7 semula, 8 lagi...... waaahhhhh....di usia anda hanya 32 tahun. Oh! Tidak..... Mimpi ngeri bukan?????

Begitulah yang ku alami ketika ini. Sebenarnya kenaikan paras kolestrol dalam darah tu memang telah diketahui sejak setahun yang lalu lagi tetapi tahap kesedaran tu wujud cumanya tidak berapa sedar. Tetapi, kali ini nekad untuk menyahut cabaran pada diri sendiri. Mesti kena turunkan...... Hukhukhukhuk.... bukan untuk org lain, tetapi untuk diri sendiri juga. Sudah la tiada sesiapa nak jaga kita, kitalah kena sayang diri bukan. Makanya, saya sahut cabaran jantung sihat bersama Quaker.


Hahahahaha.... Bershopping sakan saya dengan bonda, beli barang-barang untuk cabaran kali ini, bukan sahaja Quaker Oat, segala Low Fat Milk, biskut dan jajan pun yang berunsurkan rendah kolestrol tinggi kalori gitu.

Sempena hari cuti, saya turun ke dapur, masak pun yang simple-simple bangat. Sebab jika sedap, makan banyak pula kan. Kemudiannya lebih kepada sayur, sayuran, salad..... yang paling sedih makan dengan quaker oat youuuuu.......


Ini saya potong-potong sayur, nak prepare something sebab nak makan lain sikit daripada selalu....:)


Nak buat ini hah.... kerabu suhun..... suhun sikit je...sayur yang banyak, kacang parang, cendawan jeli hitam, capsicum, tomato...


Kalau harap bonda....yang ini sajalah dia suruh anakandanya ini makan tau....hukhukhukhuk.... Labu air Tumis Air..... (tadi nak rasa lazat skit, saya makan la perlahan-lahan sambil cicah kicap....sedey betul...)

Sunday, April 10, 2011

Roshey's Giveaway - Teka gambar masa muda

Pstt...psttt...pstttt...ada orang buat giveaway la.....nak join boleh????

Hehehehehe....dia tak bagi join pun saya nak join juga sebab katanya crafter akan sukakan hadiahnya. Jadi saya mesti suka kalau menang la. Sebabnya saya ni tak berapa bertuah lagi la bab-bab giveaway ni. Kali ni, just another try... hopefully lucky la kali ni ye....:)

Katanya, jika nak join, mudah je syarat-syaratnya...begini ye...:):

1. Be my follower.
(dah...dah jadi....kehkehkeh dan akan

tinggalkn jejak)
2. Put an entry about this GA in your blog
(Hah! ni tgh buat le ni...)
3. Identify me from the pic... correctly..
( hmmmm yang mana ya?????)
(*clue... female... short hair... fair & lovely.. hahaha!!!)

Belek punya belek....sampai naik rabunlah mata ini tau... Gambar dulu-dulu ni...lepas tu besar pula tu kan....(jika guna kanta pembesarlah)...... Bedasarkan clue yang diberi....saya meneka.......:

Barisan paling hadapan No.3 dari kiri yang dok sebelah Cikgu tu...

Erkk...???? Rasa-rasa betul ke???? Ye la, kata Fair n Lovely...mesti dulu dia gelap-gelap skit.... Pastu sekarang dah putih comel gitu.... Siap masuk majalah.... Kalau salah jangan marah ye....

Anyway, Epi Bestday untuk Puan penganjur... Harapannya panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu ye..... Apa-apa pun, kenangan masa lalu tu terasa indah bila kita kenang semula kan? Terutamanya zaman remaja begini... Masa baru-baru menginjak alam remaja...semua nak explore...

p/s: Saya dulu pun gelap sungguh.... sekarang org jumpa kata saya dah cerah..... Sebab cerah tu yang paling tak boleh terima.... Sebab dulu saya kurus, sekarang kembang gebu....hukhukhukhuk. Sebab tu cerah...:(

My 1st Machine Free Motion....:)

....Salam Ahad...oppss....lupa pula, ini dah pagi Isnin. Semalam letih sangat laaa.... Maklumlahkan, kelas seharian tau. Dari pukul 10.00 pagi hinggalah pukul 6.00 petang. Kemudiannya nak balik cepat-cepat sebab si Puteri Bertuah dah nangis-nangis kat rumah nak ajak keluar makan. Kalut pula dengan hal-hal lain yang menyebabkan perjalanan tergendala sebentar. Sebab itulah entry ini agak lambat, pagi Isnin baru dapat dipublishkan...hehehehehe


Okay, secara jujurnya dah lama jugalah saya dalam dunia fabric crafting, tapi bab machine free motion ni memang saya tak pandai. Sebab tak pernah mencuba secara lebih berilmiah. Sekadar suka-suka dirumah sahaja. Kali ini, berguru pula dengan guru yang betul supaya teknik saya tu baru betul-betul.... Kesian guru ni tau, tabah betul dia mengajar saya....hahahahahaha... Sebabnya, sepanjang hari tu, semua tak jadi....:p


Me and him....the sifuuuu... Mr. Kelvin

Now....presenting my 1st Machine Free Motion ..... Kehkehkeh.....dalam banyak-banyak design, cuma scallops, corners, flammes dan stipple sahaja yang macam jadi....yang lain-lain tu hampeh je..... Anyway, practice make perfect betul tak??? Kena latih lagi ni....:)



Bawa si Tuan Puteri Bertuah yang sudah di pendekkan rambutnya makan, hah! Nasi pun mau, roti canai pun mau.....adoiiii.....

Baliknya tuan tanah kedaung telah letih seletih-letihnya dan tido tanpa sedarkan diri lagi....kehkehkehkeh.... Sekarang baru nak bangun....:)



Saturday, April 9, 2011

Cik Nina pula merajuk?????

Okay... saya dah siap nak bawa Cik Nina jejalan.

Pagi-pagi tadi saya menggodek-godek Cik Nina. Bersihkan, siap minyakkan. Kemudiannya nak cuba, try, test la. Maklumlahkan dah sebulan tak beroperasi akibat kesibukan yang ntah apa-apa ini. Sekali......... bunyi screeetttttttt....tapi jarum tak gerak2 pun..... waaaaa.... Cuak, cuak, cuak.... Ni kalau rosak ni mau bonda bising setahun ni. Jenuh la check segala kabel, onn dan off balik la..... Tak boleh juga..... Dah memang ingat nak nangis. Di tambah pula runsing dengan hal-hal lain lagikan..... Mula la nak naik hangin.... tapi sabar juga.... Hantar kedai la jawabnya kalau rosak... Terus terfikir RM, RM, RM....hai...apalah nasib bulan ni.....

Tapi tak putus asa..... buat pemerhatian yang lebih teliti....sekali, hah!!! Ini rupanya punca masalah.... ter-onn bobbin winder ghupanya... patut la screttttttttt je bunyi.... jarum tak gerak pun. Rupanya yang benda tu je dok putar-putar dengan lajunya...kehkehkehkeh....

Alhamdulillah..... Nasib baik tak rosak..... Pas ni saya akan sayang Cik Nina, takkan tinggal lelama dah... Cik Nina jangan merajuk erk...:)


Cik Nina berbaju merah menyala....

Bawa, jangan tak bawa...hehehehehehe.....siap sedia untuk pergi kelas....:)

Minum Petang Di TESCO

Salam....

Tengah hari semalam, terasa garing sangat. Si Puteri Bertuah sibuk-sibuk ajak keluar. Tak sempat tunggu petang atau hari redup sikit. Makanya saya bawalah pergi jalan-jalan tapi naik keretalah....:)

Pusing-punya pusing, tak tahu nak pergi mana. Hendak ke shopping complex memang kesilapan yang besar la sebab nanti macam-macam yang mahunya. Akhirnya saya bawa dia ke TESCO sahaja. Beli 1, 2 barang yang perlu (sebab malam sebelumnya dah bershopping barang rumah). kemudiannya kami layan makan LEOMAG di situ. Dah la nak makan waffle, nak aiskrim lagi, milo ais lagi.... Habis plak tu makan...hmmm.....


Selalu Si Puteri Bertuah tak makan pun waffle, tapi kali ni berselera benar pula. Agaknya sebab di makan panas-panas kot....:)


Tunjuk sahaja, sebenarnya dia makan habis 3 ketul@1 1/2 set la.... Strawberry+butter dan juga Chocolate.... setapppp....


Baliknya terus dia terlena dalam kereta. Jenuh meriba tau sebab jauh pula perjalanan kali ini...hukhukhukhuk......

Thursday, April 7, 2011

Botol Carlsberg

Ini ada satu kisah benar berkisar tentang perbualan antara seorang anak, ayah, ibu dan cucunya.......

Satu petang yang santai, si anak iaitu saya telah berbual-bual dengan si cucunya iaitu Nuriel sambil menonton rancangan masak-masak di ASTRO 703, AFC. Tidak dapat dikenalpasti tajuk rancangan tersebut tetapi yang pastinya Chef Omputih. Sampai satu saat tu chef tersebut telah mencampurkan wine dalam masakan beliau, maka beginilah bunyi perbualan tersebut;

Nuriel: Mama, apa yang dia boh tu????

saya: Wine tu dik....

Nuriel: Wine tu apa? pasai pa kena bubuh wine tu????

saya: Wine tu sejenis arak le dik.....kita orang Islam tak boleh makan. Ntah la dik, nak bagi sedap kot...:)

Nuriel: Pasai pa kita tak boleh makan???

saya: Sebab arak tu akan memabukkan, Allah haramkan kita minum....

Nuriel: Tapi Atok minum arak. Adik nampak dalam kereta kerja Atok ada botol arak, arak tu dah tinggal sikit ja.... (Glupp.... Telan air liur kejap saya, betulka ini????)


Malamnya, saya dan Tok Timah buat soal selidik la jawabnya. Begini pula perbualannya;

Tok Timah: Nuriel kata atok minum arak, betui ka???

Tok Usop: Mana ada, apa hampa dok merepek ni????

Tok Timah: Dia kata dia nampak botol arak dalam kereta.

Tok Usop: Hah...yang tu Thinner. Nak guna cuci whiteboard. Boh dalam botoi kicap lama tu, pandai ja dia kata botoi arak....

Maka cerita itu tutup disitu dengan penjelasan yang lebih lebar dan tak panjang dari Tuan yang Dianggap Bersalah. Keesokan harinya, saya menumpang kereta pejabat tersebut untuk ke satu tempat yang lain, maklumlah En. Wira masih di ICU ketika itu. Sebaik sahaja masuk dalam kereta tercetuslah perbualan begini:

Tok Usop: Hah, tengok la, tu la botoi arak yang Nuriel kata tu. Botoi kicap dia kata botoi arak....

saya: Yang ni ka???? Hmmm.... Tu la atok, tgk cucu lagi cekap mata dia. Ni memang botoi arak....botol CARLSBERG!!! Tengok!!!!

Tok Usop: Hah! Ya ka????


Inilah botolnya. Betul kan??? Botol CARLSBERG....


Yang telah diubahsuai penggunaan dan dilabelkan sebagai Turpentine.

Moral kisah ini: Betapa tajamnya daya ingatan seorang kanak-kanak itu, sekali imbas tengok sahaja ingatan tu melekap dalam kepalanya. Dan bila diluahkan, itulah yang sebenarnya apa yang dia nampak. Kanak-kanak tidak menipu... Betulkan??? Botol arak...cuma dia tak tahu botol arak itu telah diubahsuai penggunaannya. Kehekhkehkehkeh....

Sekian...cerita pun tamat....:)

Monday, April 4, 2011

PENGUMUMAN; Keputusan Giveaway Petals Patch Kali Ke-2

Okay....Giveaway Petals Patch Kali Ke-2 yang dianjurkan baru-baru ini adalah bersempena bertambahnya usia tuan tanah kedaung iaitu hamba pacal yang hina ini. Peserta dikehendaki untuk meneka manik yang diisi di dalam gelas kaca yang comel tu. Pemenang adalah berdasarkan tekaan yang terhampir. Ada hadiah bonus sekiranya turut berjaya meneka tarikh lahir saya juga. Tetapi nampak gayanya semuanya gagal meneka dengan tepat dan jitu. Hehehehehehe..... Oleh yang demikian, meh selidik sikit pasal tuan yang empunya diri ini.



1) Sedikit Latar Belakang

Nama; biarlah rahsia (siapa yang tahu, pasti tahu uniknya nama saya...). Dikenali sebagai Fieda, Fit, Fir, Ieda dan... Q... errrr... Dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Pulau Mutiara. Tarikh Lahir saya adalah..... 29 Mac 1979. Ye....saya lahir pada tahun 79, beerti saya dah 32 tahun ini, waaaaa...nape korang semua tulis 83, 85, 82, 87 pun ada tau... tak baik...terasa macam perli saya je....hukhukhukhuk....

2) Hobi dan sikit-sikit kegemaran

Bila sebut bab-bab kegemaran ni kan....macam-macamlah gemarnya. Hobi dah tentulah satu hal. Hobi saya banyak..... melancong, menyenikan diri, menonton, membaca dan juga membuat taik mata. Kegemaran pula, apa yang nak digemar??? makanan; segala yang berkuah saya gemar, makan roti canai pun mesti banjir tau. Okay kalau bab berpakaian dan berfesyen; saya pakai apa yang saya suka. Tapi saya memang suka pakaian yang melibatkan lace, pin tuck, segala ropol dan macam-macam la. Sebagai kesimpulannya saya suka pakaian yang berperincian dan adakalanya saya suka dalam pakaian yang bersifat classic. Warna pula saya lebih suka kepada hitam dan putih, mungkin pink dan merah (ini terkenan dengan si Tuan Puteri Bertuah). Apa lagi yang gemarnya??? Macam-macam dan takkan mampu senarai kat sini.

3) Perangai pelik

Bila saya marah saya akan membebel. Tapi jika saya marah sangat-sangat saya akan diam. Bila gementar, samada saya akan diam seribu bahasa atau pun saya akan bercakap tanpa henti. Hmmm... pelik ke? Macam normal je kan?????

4) Cita-cita

Dulu masa kecil-kecil, bila cikgu tanya cita-cita dah tentulah jawabnya doktor gitu. Apa sangat lah dimengerti masa itu. Kemudiannya dah bijak sedikit, saya tukar kepada Pramugari (kenapa??? Sebab saya suka berkebaya dan baju Pramugari MAS adalah kebaya bercorak batik!!!) dan juga Pereka Fesyen (rupanya dari dulu saya suka fesyen...hehehehehe). Tapi bila tamat sekolah menengah saya terpaksa pilih kursus batu-bata yang menyebabkan sekarang saya terpaksa bekerja bersama lelaki-lelaki dan adakalanya dibawah mentari terik dan perlu memakai Safety Shoes bukan High Hill!!!

Cita-cita saya di satu hari nanti saya akan mempunyai karier yang lebih mesra diri, mesra keluarga dan ada masa untuk saya mengenakan High Hill dengan skirt gypsy saya....:). Saya suka lihat diri saya dalam wajah lebih FEMININ.

5) Tempat impian yang ingin saya pergi

Hahahahaha.... Saya teringin sekali nak pergi.... Mekah la... Tapi saya harap saya dapat pergi bersama En. Suami. Sekarang tak ada, jadi saya tunggu lagi. Selain daripada itu, saya juga teringin nak pergi New Zealand. Puan pani; sahabat saya disana tu selalu menayangkan panorama yang indah-indah membuatkan hati saya gundah gulana dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki kesana. Harap-harap dapatlah jua saya pergi.

Selain daripada itu, saya teringin juga hendak ke Switzerland. Sebabnya saya dengar khabar negara ini bersih sekali. Teringin nak hirup udara segar dan bersih di sana nanti. Hmm...... Macam jauh je rasa nak pergi kan...hukhukhuk. Tapi yang paling dekat yang teringin nak pergi sekarang, pada detik ini adalah...... Pulau Redang..... Tengok dalam rancangan 3 hari 2 malam baru-baru ni. Wahhh...bestnya snorkeling.

Okay, cukuplah kot 5 perkara buat masa ini tentang tuan tanah kedaung. 5 perkara yang anda boleh tahu tentang saya...... Yang merapu dan merepek tapi benar belaka.

Dan sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.... maka diumumkan pemenang bagi Giveaway Petals Patch Kali Ke-2 ini adalah:

hanis

dengan jawapan; 170 biji tetapi tarikh lahir pula 20 Mac 1987!!!! (dik perli akak erk....tak baik tau....)

dan hadiahnya adalah;

jeng..jeng...jeng.....kan akak kata salah satu item yang ada di galeri Petals Patch. Hmm..... Yang kuning tu ye...bukan yang hijau tu....:)

*jawapan yang sebenar-benarnya adalah 242 biji manik ye.....:). Maka silalah adik memberikan butiran diri sendiri ye...:)

Sunday, April 3, 2011

Puteri Bertuah Bersukan

Salam...

Kembali bersiaran setelah melangut je semalam. Bukan tak ingin bersiaran tetapi tak dapat nak menjayakan siaran dengan sepenuhnya memandangkan Cik PC tak sihat masuk wad. Ni baru je pergi ambil dan saya mengambil kesempatan waktu rehat tengah hari untuk aktiviti meng-up-date ini. Nanti jap lagi nak buat tugas-tugas rasmi pula.

Hari Sabtu hari itu, dengan penuh ketidakrajinannya saya telah menghadiri Hari Sukan PASTI. Maklumlah nak memberi semangat kepada Tuan Puteri Bertuah. Acara yang dimasuki adalah Berjalan Dengan Tempurung@Kasut Kelembai dan juga Lari berganti-ganti. Semanagatnya si Tuan Puteri sampaikan dalam hujan pun beria-ia juga nak pergi.


Sedang bersedia tunggu giliran....

Okay....berjaya sampai ke garisan.....



Kehkehkeh...ini yang paling tak tahan.....dia nangis pasal kawan baiknya tak datang..... (alahai anak omak...)

Saturday, April 2, 2011

Senarai nama peserta Giveaway Kali Ke-2 Petals Patch

Bertemankan secawan kopi saya selamat melawat semua peserta Giveaway kali ini. Sebenarnya sebahagian besarnya telah pun saya lawat sebelum ini lagi dengan bantuan dari seorang rakan; Terima kasih ya, kerana membantu. Makanya sekarang saya tidaklah terburu-buru melawat.

Semuanya ada 23 orang peserta tetapi 1 peserta tu nampaknya telah memberikan saya link yang salah iaitu:

nanakimie

Jadinya harap maaf ya, saya tak dapat membuat lawatan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Oleh yang demikian, senarai peserta yang layak untuk dipertimbangkan adalah seperti berikut:


Okay.... boleh dikatakan semuanya gagal meneka dengan tepat. Tetapi pemenangnya adalah kepada peserta yang berjaya meneka sehampirnyalah. Walaubagaimana pun, untuk tarikh lahir saya tu nampaknya semua gagallah. Ada yang berjaya meneka hari yang tepat tetapi tahun yang salah. Tetapi yang pastinya, lebih 90% daripada peserta meneka tahun yang terlalu jauh dari tahun kelahiran saya yang sebenar.

Maklumat mengenai pemenangnya akan saya umumkan esok termasuklah jawapan yang sebenar-benarnya. Harap sabarlah menanti ya....:)

Opsss....sekali dengan hadiahnya....maka sabarlah menanti ya.....;)

Penutupan Rasmi Giveaway Kali Ke-2 Petals Patch

Salam sejahtera ya semua.....


Dengan rasminya, siang tadi saya telah menutup Giveaway Kali Ke-2 anjuran Petals Patch sempena pertambahan usia tuan tanah kedaung iaitu hamba pacal yang hina ini...heheheehehe...


Cuba tengok betul-betul gambar ini...........:



Apa kebenda nih??????????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hahahahaha...inilah adalah penyebab mengapa saya terlambat mengisytiharkan penutupan rasmi Giveaway Kali Ke-2 anjuran Petals Patch. Gambar tu sesaja saya ambik sewaktu saya balik jalan kaki tau, pada jam 10.40malam (lebih kurang la...), sambil kiri kanan pegang barang-barang penting. Nape la pegi jalan kaki????? Sebab En. Wira merajuk sakan la......

Agaknya kan, En. Wira merajuk sebab adik baru dia dah nak sampai. Tapi En. Wira tak sedar, kasih sayang saya kat dia takkan pernah kurang, malah saya akan sentiasa dengan dia walau nanti Cik Zaza dah ada. En. Wira merajuk sampai terus tak nak jalan, bukan setakat tak nak jalan dah, sampai tak boleh start terus...hukhukhuk..... Nasib baiklah malam semalam ada wira penyelamat yang datang menyelamatkan dan tolong tolakkan En. Wira ke tepi jalan.

Maka dengan itu, saya memohon kemaafan sekiranya saya terlambat menutup Giveaway yang telah dianjurkan. Letih betul berjalan kaki, kemudiannya Cik PC pun meragam juga. Untuk makluman sekarang saya bersiaran dari Cik Lappy je....:)

Apa-apa pun, saya akan membuat lawatan ke beberapa blog yang masih belum saya terjah lagi dan keputusan rasminya akan saya umumkan dalam sehari dua inilah. Doakan kesejahteraan saya ya, agar sihat sokmo dan dan dapat membuat lawatan dengan jayanya. Barulah keputusan segera akan dapat diumumkan. Saya betul rindu dekat Cik PC. Tadi dia dah masuk wad, harap esok sihatlah. Tapi En. Wira masuk ICU. Lambat sikit recover, mungkin minggu depan baru dia dijangka pulih. Adoiii....patah kaki, patah lagi hati ini.... maklumlah, poketnya bocorlah jawabnya....

*****Kepada En. Wira, biar pun dengan hadirnya Cik Zaza, kasih saya kat En. Wira tak pernah pudar. Harapan saya, agar En. Wira akan segera sembuh dan jangan meragam lagi ya. Barulah kita akan selalu bersama-sama. Miss u soooooooo much...ghegheghegheghe

Align Center