Followers

Saturday, April 16, 2011

Budak bertuah ni nak pergi HONG KONG

Sesungguhnya, adik-adik ni memang bertuah kan...... Betul tak???? Sesiapa saja kat dunia ni bukan sahaja di Malaysia akan merasa sedemikian. Adakalanya adik-adik ini cukup mencabar kewibawaan, kesabaran dan macam-macam lagilah.

Bila masa le pulak saya ni ada adik-beradik???? Ya betul, sesungguhnya saya anak tunggal dalam keluarga. Tak ada adik, abang mahu pun kakak. Tetapi saya ada 3 orang adik ipar lelaki yang hero-hero belaka seadanya ya..... Walaupun Rizal dah tak ada, tetapi hubungan tu masih lagi diteruskan. Harapnya berkekalan, berpanjanganlah meskipun saya dah berkeluarga lain nanti pun (jika ada lah...). Jika tidak... begini lah jua akak mu ini.....

Alkisahnya tadi selepas maghrib Mak Hawa (Sharifah Salwa@ibumertuaku) menelefon. Mengkhabarkan bahawa si Azrol Rizwan yang bertuah tu nak ke Hong Kong 28 April 2011 ni!!!! Untuk 3 Tahun!!!!! Boleh dia tak bagi tahu akak dia ni. Tak apalah..... Memanglah akak tahu akak ni tak sempat nak hantar pergi airport bagai, tapi akak takkan kirimkan beli jade atau apa pun. Tadinya, agaknya lepas mak bebelkan kat dia baru la menyapa kat FB bagi tau kata nak pergi Hong Kong. Dapat kerja dengan company apa ntah namanya. Tetapi berkaitan dengan outdoor activity ni lah... Gaji tu dengar macam juling juga la biji mata ni, tapi jika nak dibandingkan taraf hidup sana adik beradik gaji kat sini juga la kot gamaknya.



Hah...ini dia...Puteri Bertuah ngan si mamat tu....dia panggil 'Pak Cik Gemuk'. Sebab dulu dalam reramai adik-beradik Rizal, Wan ni lah yang agak berisi. Sekarang tak tau la pulak, lama beno dah tak tengok..... Si Puteri Bertuah pula masa ni mata pun tak larat nak buka dah....dah penat sangat tunggu Tok Timah tiba dari menunaikan haji....:)

Nah hambek....saya tempek gambar si Azrol Rizwan yang jelas lagi clear ni. Saya curi dari FB dia...hahahahahahaha...... Memang perasan hansomekan mamat ni??? Tak pe la.... adik beradik diaorg memang cam tu... Rizal pun dulu selalu perasan hansome, siap perasan bagus lagi...sebab tu saya terpikat...kehkehkehkeh.....

~tengah berangan, 3 tahun mamat ni kat Hong Kong, kot2 la dapat merasa jejak kaki kat sana plak...Uishhhh...banyak tempat betui nak pi, Oklan la....Bombay la....Hong Kong la.... Haji??? Hah!!! Boleh buat2 lupa pula.....!!!!! (sentap...)

6 comments:

  1. best.....memang best....dia la yang best...kita tgk je la...:(

    ReplyDelete
  2. haaahhh..haji tu utamakan dulu!! aissshhh ko nih..

    pani

    ReplyDelete
  3. ...aku sedo tu pani....sedo...hukhukhukhuk...(dalam nada insoffff)

    ReplyDelete
  4. takpa pasni ada la rezeki kita tu....kalau pegi jangan lupa ole2 ya...eh...hahaha

    ReplyDelete
  5. ...insyaallah...doa bagi murah rezeki...sampai le kaki tu...:)

    ReplyDelete