Followers

Friday, April 15, 2011

Cabaran Jantung Sihat Bersama Quaker

Salam Sabtu ya.......

Memula topik pada hari ini adalah sesuatu yang lebih ringan tanpa perlu pemikiran yang kritis untuk difahami secara keseluruhannya. Okay, begini cerita-ceritinya, agaknya apa tindakan anda bila sahaja mengetahui tahap kolestrol anda dah mencapai tahap 7 kemudian perlahan-lahan menghampiri tahap 8, ke 7 semula, 8 lagi...... waaahhhhh....di usia anda hanya 32 tahun. Oh! Tidak..... Mimpi ngeri bukan?????

Begitulah yang ku alami ketika ini. Sebenarnya kenaikan paras kolestrol dalam darah tu memang telah diketahui sejak setahun yang lalu lagi tetapi tahap kesedaran tu wujud cumanya tidak berapa sedar. Tetapi, kali ini nekad untuk menyahut cabaran pada diri sendiri. Mesti kena turunkan...... Hukhukhukhuk.... bukan untuk org lain, tetapi untuk diri sendiri juga. Sudah la tiada sesiapa nak jaga kita, kitalah kena sayang diri bukan. Makanya, saya sahut cabaran jantung sihat bersama Quaker.


Hahahahaha.... Bershopping sakan saya dengan bonda, beli barang-barang untuk cabaran kali ini, bukan sahaja Quaker Oat, segala Low Fat Milk, biskut dan jajan pun yang berunsurkan rendah kolestrol tinggi kalori gitu.

Sempena hari cuti, saya turun ke dapur, masak pun yang simple-simple bangat. Sebab jika sedap, makan banyak pula kan. Kemudiannya lebih kepada sayur, sayuran, salad..... yang paling sedih makan dengan quaker oat youuuuu.......


Ini saya potong-potong sayur, nak prepare something sebab nak makan lain sikit daripada selalu....:)


Nak buat ini hah.... kerabu suhun..... suhun sikit je...sayur yang banyak, kacang parang, cendawan jeli hitam, capsicum, tomato...


Kalau harap bonda....yang ini sajalah dia suruh anakandanya ini makan tau....hukhukhukhuk.... Labu air Tumis Air..... (tadi nak rasa lazat skit, saya makan la perlahan-lahan sambil cicah kicap....sedey betul...)

No comments:

Post a Comment