Followers

Monday, April 4, 2011

PENGUMUMAN; Keputusan Giveaway Petals Patch Kali Ke-2

Okay....Giveaway Petals Patch Kali Ke-2 yang dianjurkan baru-baru ini adalah bersempena bertambahnya usia tuan tanah kedaung iaitu hamba pacal yang hina ini. Peserta dikehendaki untuk meneka manik yang diisi di dalam gelas kaca yang comel tu. Pemenang adalah berdasarkan tekaan yang terhampir. Ada hadiah bonus sekiranya turut berjaya meneka tarikh lahir saya juga. Tetapi nampak gayanya semuanya gagal meneka dengan tepat dan jitu. Hehehehehehe..... Oleh yang demikian, meh selidik sikit pasal tuan yang empunya diri ini.



1) Sedikit Latar Belakang

Nama; biarlah rahsia (siapa yang tahu, pasti tahu uniknya nama saya...). Dikenali sebagai Fieda, Fit, Fir, Ieda dan... Q... errrr... Dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Pulau Mutiara. Tarikh Lahir saya adalah..... 29 Mac 1979. Ye....saya lahir pada tahun 79, beerti saya dah 32 tahun ini, waaaaa...nape korang semua tulis 83, 85, 82, 87 pun ada tau... tak baik...terasa macam perli saya je....hukhukhukhuk....

2) Hobi dan sikit-sikit kegemaran

Bila sebut bab-bab kegemaran ni kan....macam-macamlah gemarnya. Hobi dah tentulah satu hal. Hobi saya banyak..... melancong, menyenikan diri, menonton, membaca dan juga membuat taik mata. Kegemaran pula, apa yang nak digemar??? makanan; segala yang berkuah saya gemar, makan roti canai pun mesti banjir tau. Okay kalau bab berpakaian dan berfesyen; saya pakai apa yang saya suka. Tapi saya memang suka pakaian yang melibatkan lace, pin tuck, segala ropol dan macam-macam la. Sebagai kesimpulannya saya suka pakaian yang berperincian dan adakalanya saya suka dalam pakaian yang bersifat classic. Warna pula saya lebih suka kepada hitam dan putih, mungkin pink dan merah (ini terkenan dengan si Tuan Puteri Bertuah). Apa lagi yang gemarnya??? Macam-macam dan takkan mampu senarai kat sini.

3) Perangai pelik

Bila saya marah saya akan membebel. Tapi jika saya marah sangat-sangat saya akan diam. Bila gementar, samada saya akan diam seribu bahasa atau pun saya akan bercakap tanpa henti. Hmmm... pelik ke? Macam normal je kan?????

4) Cita-cita

Dulu masa kecil-kecil, bila cikgu tanya cita-cita dah tentulah jawabnya doktor gitu. Apa sangat lah dimengerti masa itu. Kemudiannya dah bijak sedikit, saya tukar kepada Pramugari (kenapa??? Sebab saya suka berkebaya dan baju Pramugari MAS adalah kebaya bercorak batik!!!) dan juga Pereka Fesyen (rupanya dari dulu saya suka fesyen...hehehehehe). Tapi bila tamat sekolah menengah saya terpaksa pilih kursus batu-bata yang menyebabkan sekarang saya terpaksa bekerja bersama lelaki-lelaki dan adakalanya dibawah mentari terik dan perlu memakai Safety Shoes bukan High Hill!!!

Cita-cita saya di satu hari nanti saya akan mempunyai karier yang lebih mesra diri, mesra keluarga dan ada masa untuk saya mengenakan High Hill dengan skirt gypsy saya....:). Saya suka lihat diri saya dalam wajah lebih FEMININ.

5) Tempat impian yang ingin saya pergi

Hahahahaha.... Saya teringin sekali nak pergi.... Mekah la... Tapi saya harap saya dapat pergi bersama En. Suami. Sekarang tak ada, jadi saya tunggu lagi. Selain daripada itu, saya juga teringin nak pergi New Zealand. Puan pani; sahabat saya disana tu selalu menayangkan panorama yang indah-indah membuatkan hati saya gundah gulana dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki kesana. Harap-harap dapatlah jua saya pergi.

Selain daripada itu, saya teringin juga hendak ke Switzerland. Sebabnya saya dengar khabar negara ini bersih sekali. Teringin nak hirup udara segar dan bersih di sana nanti. Hmm...... Macam jauh je rasa nak pergi kan...hukhukhuk. Tapi yang paling dekat yang teringin nak pergi sekarang, pada detik ini adalah...... Pulau Redang..... Tengok dalam rancangan 3 hari 2 malam baru-baru ni. Wahhh...bestnya snorkeling.

Okay, cukuplah kot 5 perkara buat masa ini tentang tuan tanah kedaung. 5 perkara yang anda boleh tahu tentang saya...... Yang merapu dan merepek tapi benar belaka.

Dan sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.... maka diumumkan pemenang bagi Giveaway Petals Patch Kali Ke-2 ini adalah:

hanis

dengan jawapan; 170 biji tetapi tarikh lahir pula 20 Mac 1987!!!! (dik perli akak erk....tak baik tau....)

dan hadiahnya adalah;

jeng..jeng...jeng.....kan akak kata salah satu item yang ada di galeri Petals Patch. Hmm..... Yang kuning tu ye...bukan yang hijau tu....:)

*jawapan yang sebenar-benarnya adalah 242 biji manik ye.....:). Maka silalah adik memberikan butiran diri sendiri ye...:)

7 comments:

  1. alorhhh.. x menang... huhu.. pape pun CONGRATULATION to hanis \(^_^)/

    ReplyDelete
  2. anis:cuba lagi lain kali ye....:)

    ReplyDelete
  3. aa... xder rezeki... tp siyes tgok muka x mcam 32 pon... i guess 198? pon sbb ur daughter dah 5years... hehe.. nway congrats tu winner...
    n also.. wish u happy belated birthday.... smoga sntiasa d bwah lindunganNya....

    ReplyDelete
  4. kehkehkeh....saya dah tua tau...32...hukhukhuk. Tak berjaya tak pe. Insyaallah, lain kali cuba lagi...

    ReplyDelete
  5. pn pani yg kat new zealand tu tnya--pn fieda yg dh 32 years old tp still awet muda tu bila nak bkunjung ke NZ?hehehhe

    ReplyDelete
  6. ...kehkehkehkeh.....insyaallah, tak tahun ni, tahun depan le peginya....doa la org murah rejeki...leh simpan duit bebanyak....:)...cepatlah gi sana...

    ReplyDelete