Followers

Saturday, April 2, 2011

Penutupan Rasmi Giveaway Kali Ke-2 Petals Patch

Salam sejahtera ya semua.....


Dengan rasminya, siang tadi saya telah menutup Giveaway Kali Ke-2 anjuran Petals Patch sempena pertambahan usia tuan tanah kedaung iaitu hamba pacal yang hina ini...heheheehehe...


Cuba tengok betul-betul gambar ini...........:



Apa kebenda nih??????????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hahahahaha...inilah adalah penyebab mengapa saya terlambat mengisytiharkan penutupan rasmi Giveaway Kali Ke-2 anjuran Petals Patch. Gambar tu sesaja saya ambik sewaktu saya balik jalan kaki tau, pada jam 10.40malam (lebih kurang la...), sambil kiri kanan pegang barang-barang penting. Nape la pegi jalan kaki????? Sebab En. Wira merajuk sakan la......

Agaknya kan, En. Wira merajuk sebab adik baru dia dah nak sampai. Tapi En. Wira tak sedar, kasih sayang saya kat dia takkan pernah kurang, malah saya akan sentiasa dengan dia walau nanti Cik Zaza dah ada. En. Wira merajuk sampai terus tak nak jalan, bukan setakat tak nak jalan dah, sampai tak boleh start terus...hukhukhuk..... Nasib baiklah malam semalam ada wira penyelamat yang datang menyelamatkan dan tolong tolakkan En. Wira ke tepi jalan.

Maka dengan itu, saya memohon kemaafan sekiranya saya terlambat menutup Giveaway yang telah dianjurkan. Letih betul berjalan kaki, kemudiannya Cik PC pun meragam juga. Untuk makluman sekarang saya bersiaran dari Cik Lappy je....:)

Apa-apa pun, saya akan membuat lawatan ke beberapa blog yang masih belum saya terjah lagi dan keputusan rasminya akan saya umumkan dalam sehari dua inilah. Doakan kesejahteraan saya ya, agar sihat sokmo dan dan dapat membuat lawatan dengan jayanya. Barulah keputusan segera akan dapat diumumkan. Saya betul rindu dekat Cik PC. Tadi dia dah masuk wad, harap esok sihatlah. Tapi En. Wira masuk ICU. Lambat sikit recover, mungkin minggu depan baru dia dijangka pulih. Adoiii....patah kaki, patah lagi hati ini.... maklumlah, poketnya bocorlah jawabnya....

*****Kepada En. Wira, biar pun dengan hadirnya Cik Zaza, kasih saya kat En. Wira tak pernah pudar. Harapan saya, agar En. Wira akan segera sembuh dan jangan meragam lagi ya. Barulah kita akan selalu bersama-sama. Miss u soooooooo much...ghegheghegheghe

Align Center

2 comments:

  1. zaza tu apa wei? alza or avanza?
    pani..

    ReplyDelete
  2. ...kehkehkeh....biarlah rahsia.....hahahahahaha

    ReplyDelete