....okay...saya bersiaran lagi di pagi buta dengan kepala yang sedikit berdegung.....
Siang tadi saya tidur dan tidur dan tidur....Rasa tak sihat sahaja badan ni. Kepala pun pening-pening lalat je. Mengalahkan orang mabuk 2 bulan mengandung kata bonda. Tapi tak mengandunglah dalam kes saya. Kalau mengandung memang tahap hairan bin ajaib ni......:). Jadinya malamnya saya berjaga dan berjaga dengan jayanya.
Tadi siangnya sempat jugalah chat dengan seorang kawan, seperti biasalah macam biro pengaduan awam jugalah sesekali saya ini. Tetapi tidak mengapa, orang mencurah kita menadah. Selagi mampu menampung....:)
Cerita-ceritinya begini, dia merasa tertipu dengan en. suaminya. Bila en. suaminya beria sahaja kata jangan baik dengan budak itu, dengan si polan ini, dengan si polan itu, si A ini tak baik, si B ini jahat, maka dia pun hampir-hampirlah masam muka dengan jiran tetangga. Sekali dia terbaik jugalah dengan si B, sekali rahsia pun bocor. Rupanya, en. suami buat begitu takut rahsia skandal cinta sepejabatnya terbongkar. Alahai.... Mengamuk sakanlah pn. isteri lepas tu. Saya??? Mendengar boleh le....nak menyampuk hal rumahtangga orang tak mampulah. Harap-harap kisah rumah tangga mereka dapatlah selesai dengan baik dan bijak laksananya ya.....
Berbalik ke cerita en. suami tu. Pandai ye dia.... Nak cover line kata orang tu... Kehkehkehkehkeh.... Pernah tak anda kat luar tu merasa macam tipah tertipu je ngan ayat-ayat en. lelaki???? Contohnya macam ni lah...:
'Eh, lepas ni awak balik terus tau, jangan singgah mana-mana tau. Ingat, balik terus. Kesian anak dok tunggu awak balik.' (cewahhhh....ayat penuh dengan titikberatkan di situ tapi apa pengamatan yang sebenar;ko jangan nak galak2 pegi memana, soping bagai, kang terserempak plak aku nak pi dating ngan awek lain)
atau pun:
'Awak saya kuar ni, nak gi seberang nak jumpa ngan member masa sekolah dulu la nama Erin, jangan risau, dia tunang orang la' (Ecececewahhhh....sejuk je dengar tunang orang erk. Boleh rasa lega? Sebenarnya kapal terbang kat udara lagikan boleh di 'high-jack'. Ni kan pula tunang orang kan? Tapi hakikat kisah yang sebenarnyakan;Saya nak keluar ni dengan awek saya nama Erni*entah nama betul entah bukan nama betul)
Sebenarnyakan, senang je orang lelaki nak berbohong. Ntah apa-apa je kekadang tu, tak logik pun kadang-kadang tu. Dan kesiannya orang perempuan yang kena tipu tu. Sebab tulah sebagai orang perempuan, janganlah mudah sangat nak percaya kat lelaki ni, hatta pun suami sendiri. 95% kepercayaan untuk en. suami, tetapi simpan jugalah 5% tu untuk diri sendiri. Kesian kat diri tu tau. Tapikan jangan lah serang membabi-buta, buat pemerhatian, analisis dan kumpulkan bukti. Adakalanya memanglah, bila en. suami tetiba ambil berat tentang diri kita tu maknanya dia betul-betul ambil berat. Tetapi tidak mustahil juga ada udang di sebalik mee. Contohnya dia melarang kita pergi ke sesuatu kawasan atau bertegur-sapa dengan seseorang, atau mungkin dia melarang kita keluar pada waktu-waktu tertentu atau memastikan kita sibuk atau tiada di rumah pada waktu-waktu tertentu, tak pun beria menyuruh kita membuat sesuatu. Hmmm.... adakalanya kenalah juga kita mengubah rutin yang en. suami/en. kekasih tentukan. Alasannya 'surprise'......... Jangan kita yang surprise udah le....

~adakalanya apa yang dikata bukan yang sebenar maksud bicara, hai...payah betul meneroka jiwa seorang pria dizaman penuh pancaroba.
mmg kena simpan sikit kesangsian terhadap suami,jgn percaya 100%
ReplyDeleteagak berat di situ...
ReplyDeleteNew Entry: SHOPHOUSES + STADIUM + PREDUENTIAL = PENING
Ct:..kata org tak baik ada kesangsian dalam rumah tangga kan, tapi tanpa kesangsian, bila terjadi musibah, ralat sangat rasakan???
ReplyDeletezahidah:...apa yang beratnya???