Followers

Friday, January 14, 2011

JANDA:Topik tak pernah mati.....

Pagi tadi entry sejuk je ye....sebab pasal Waterfall....dingin je tgk air kena kat batu, memercik kena kat muka.....kira nyaman sekali ye......Tengah hari yang panas ni, sekali gus saya pun panas je.... Sepanas matahari di tengah hari terpacak ni!!!!

Pernah dengar perkataan JANDA?? Dah tentulah pernah kan.....tapi sok, sek, sok, sek bab golongan yang bergelar JANDA ni yang tak best langsung. Saya ni selalu dengar, macam-macam yang dengar dan yang paling tak tahan ialah bila orang yang dinamakan melayu ni menilai seorang JANDA. Adakalanya saya memanglah agak terkilan dengan perspektif orang melayu kita yang beragama Islam mengenai JANDA. JANDA ni seolah-olahnya pembawa masalah, hidup hanya untuk susahkan orang. Tidaklah orang-orang ini sedar yang JANDA tu adalah perempuan yang berhati dan perasaan. Pernah ke ada orang yang pada hari dia berkahwin berharap agar satu hari dalam hidupnya itu dia akan diceraikan??? Tentulah tak ada. Kalau tidak, buat apa kahwin. Perceraian yang berlaku itu tentulah ada sebab musababnya. Mungkin langkah tu tak lagi seiringan atau pun masalah lain yang kita tak tahu. Adakalanya masalah tersebut disebabkan si suami yang menyebabkan si isteri ini dengan paksa relanya bergelar JANDA. Itu jika menjadi janda kerana bercerai hidup, bagaimana pula nasibnya perempuan yang bercerai mati? Samalah juga pandangan dan tanggapan orang terhadap dirinya. JANDA tu JANDA jualah kan......

Samada sedar atau tidak, tak mudah menjadi JANDA ni. Cuba sesekali renung jauh ke depan, letakkan diri sendiri di tempat JANDA yang juga selalunya tergolong sebagai ibu tunggal ni. Berhempas pulas nak besarkan anak, mencari rezeki, siang bekerja, malam dirumah dengan anak, ada yang bekerja lebih masa hendak mencari rezeki yang lebih. Sekurang-kurangnya yang masih bersuami tu, rasalah bersyukur sebentar kerana anda bukan JANDA. Jika ada saja di kampung atau di pejabat yang memegang status JANDA saja, anda mesti dah tak senang duduk. Mula fikir yang bukan-bukan, mula nak jadi bukan-bukan dan yang paling aniaya, ada sesetengah tu putus sahabat kerana sahabatnya menJANDA. Takut sangat ye?? Hebat sangat ke JANDA sampai semua suami orang mesti terpikat dengan JANDA? Cuba sesekali yakin dengan diri, suami anda, sekiranya bukan dengan JANDA, jika sudah sampai seru beralih arah, maka beralih jua adanya. Tak kiralah dengan JANDA ke atau anak dara sekali pun kalau parah lagi isteri orang pun boleh juga.

Yang si lelaki pula, pantang sahaja nampak si JANDA, mula lah nak meminta. Seolah-olah macam bila dah JANDA ini, semuanya asal boleh saja. Seolah-olah bila dah JANDA, kemaruk sangatlah. Itu belum termasuk kes lelaki yang berkawan dengan JANDA yang berada. Tujuannya hanya satu, nak tumpang senang. Bila dah miskin hina, tinggallah si JANDA tu berputih mata. Kesian lagi dekat JANDA kan....hmm....

Bila si Teruna nak berkahwin dengan JANDA misalnya, macam-macam cerita pun ada. Pandangan orang serong pula jadinya. Serong tu pula dah tentu kepada si JANDA tu juga. Kononnya ada ilmu guna-guna la, kononnya nak ambil kesempatan la, kononnya kurang kesedaran diri la, macam-macam kononnya la. Selalunya orang kampung le yang macam ini, yang di bandar tu tak pula macam ini fikirnya. Asalkan diaorang bahagia sudah la. Artis-artis kita pun ramai sahaja yang berkahwin JANDA. Siap berbeza usia lagi. Siapa yang kisah? Ramai bukan? Tapi ada diaorang kisah? Tak lah juga bukan.... Yang nak kahwinnya mereka, susah senang mereka yang empunya diri sahaja yang akan lalui dan maha mengetahui. Sekiranya mereka yakin akan bahagia, kenapa perlu orang lain nak menghalangnya. Nabi kita pun berkahwin dengan JANDA, bukan seorang isterinya JANDA...malah banyak bukan, sebabnya dia membela nasib kaum wanita yang kehilangan suami akibat peperangan. Sudah menjadi harus, seorang lelaki membela nasib kaum wanita, melindungi bukannya menyakiti atau mengambil kesempatan.

Ada lelaki yang hari ini, sekadar mahu bersuka-suka sahaja dengan si JANDA. Bila tiba seru nak beristeri, anak dara pilihan hati. Ada macam satu kes artis hari tu juga tu.....Ye la, si JANDA tu adakalanya tak lah bergetah macam anak dara. Kalau yang dah beranak 4, 5 mau mengelebeh sana-sini. Tapi yang pentingnya tahu jaga diri, tahu jaga rumah tangga, tahu bawa diri..... Yang fizikal tu boleh dibaiki, ada juga banyak JANDA-JANDA yang lebih sempurna fizikalnya dari anak dara. Dan yang paling kelakar saya baca 'statement' seorang blogger ni.

pernah dengar kan orang kata ‘kurang kurang kahwin dengan janda, memang dah tau dia tu janda. tapi kahwin dengan anak dara, confirmkah dia itu dara?’ wuwuwwuuuu..

Nak baca lebih lanjut, sila la terjah sini.


Betulkan? Kadang-kadang saya memang betul-betul terkilan hati dengan sikap orang kita terhadap wanita yang bergelar JANDA. Bukankah golongan seperti itu adalah golongan yang perlu dibela, dilindungi dan dikasihani. Bukan suka-suka mereka meminta simpati, adakalanya mereka memang perlu dimengerti. Hidup seorang diri, mencari nafkah, membesarkan anak, susah-payah, sakit pening siapa yang kisah. Bila keluar bekerja siapa pula hendak tengokkan anak, jika tak bekerja siapa pula nak menyuapkan makan-minum sehari-hari. Janganlah memandang golongan JANDA ini murah sangat, semuanya boleh saja. Asal JANDA saja, menggatallah kepakarannya. Tak patut betul la..... Tengok, sampai ke Kopi pun orang letak nama kopi JANDA. 'Bukan nak menggoda cuma nak berniaga'???.
Haishhh.....tak faham betullah saya. Hebat sangat ke perkataan JANDA tu??? Atau hina sangatkah menjadi JANDA???? Fikir-fikirkanlah balik.....

isteri: Jangan hanya tahu berkata, tapi tak mengerti apa yang dikata. Bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak merasa. Merasalah bersyukur sementara anda masih ada waktu.

suami: Jika niat hendak membela, tak salah tapi jika niat sekadar bersuka, fikirlah sejauhnya. Tak mustahil jika satu hari nanti apa yang kita buat dekat orang tu akan berbalik semula pada kita, jika bukan anak, cucu, cicit, piut, piat.....hahhhh....fikirkan lah....

ibu bapa atau kawasan yang sewaktu dengannya: Janda ni manusia juga, perempuan begitu jua. Yang bezanya dia dah berkahwin sahaja. Tapi masih manusia bukan???? Ada hati dan perasaan bukan.....??? Seharusnya diberi peluang bahagia bukan???Seharusnya mendapat layanan yang sama bukan???? Seharusnya hidup seperti biasa bukan???? Seharusnya mampu berdunia seperti sediakala bukan??????

JANDA: Wajarkah digeruni atau dikasihani?
JANDA: Sejauhmana disayangi atau perlukah dibenci?
JANDA: Mestikah hanya menyusahkan atau adakalanya lebih memudahkan?

Hah!! Fikir-fikirkanlah.....

4 comments:

  1. alhamdulillah.. suka sgt baca post ni.. kdg2 perempuan sendiri pun menghina yg bergelar janda tp diorg tak tau masa depan masing2, kan.. apa2 pun nauzubillah hrp perkahwinan kita semua sampai ke akhir hayat.. cuma pembelaan utk sesama wanita mmg amat perlu.. thanks for the good posting sis...

    ReplyDelete
  2. ..terima kasih...
    sekadar luahan rasa yang saya ingin sangat berkongsi dengan orang lain diluar sana....:)...harap kata2 saya tak terlebih sudah...

    ReplyDelete
  3. salam..
    sebab tu skrang orang tak panggil janda dah kan, dah diganti dengan ibu tunggal..sebab bila sebut janda mentaliti tak berubah tepa[ fikir negatif..dia tak terfikir kalau mak sendiri baru tak cakap apa

    ReplyDelete
  4. ...:)...
    ibu tunggal diganti hanya dibuku, di media, tapi dikalangan masyarakat masih lagi mudah menyebut JANDA, semudah nak mengata JANDA juga....itulah yang dikatakan bila langit timpa kepala, mahu tak mahu junjung juga....lagi tak timpa, lagi tulah tak rasa....lagi tulah sedapnya berkata2....:(

    ReplyDelete