Followers

Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Dress untuk nuriel - Tutorial Kaedah Guna Semula :)

Baju anda terlalu berlambak dalam almari kerana baju yang menjadi semakin mengecil atau anda yang semakin membesar? Atau anda memang sudah bosan dengan baju tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak memakainya lagi atau mungkin anda terlalu mempunyai banyak RM sehingga anda tidak dapat menghentikan tabiat membeli dan membeli lagi dan almari anda pun menjadi penuh???

Kenapalah saya bertanya soalan yang ala-ala cepu emas tu kan? Okay....pagi ini hujan turun dengan lebatnya. Alangkah bahagianya kalau saya dapat tidur semula selepas subuh tu kan....tapi saya tak boleh. Jadi saya keluarkan satu baju kemeja warna merah yang saya beli tidak lama dahulu ketika badan tu ala-ala kecil sikit la dari sekarang. Baju itu sebenarnya masih muat untuk saya pakai di badan tapi tak muat pula dekat bahagian bawahnya. Okay? Tak perlu penjelasan lanjut barangkali....harap orang yang senasib dengan saya dapat memahami... kan....:). Baju ini jenama Body Glove, tak lah mahal sangat sewaktu beli tapi sayang sebab materialnya masih elok lagi. So, saya ada idea....hehehehe

Setelah beberapa jam saya menggunting, menggodek, maka terhasillah dress untuk tuan puteri. Hahahahaha....comel tak? Cakaplah comel....walaupun tak comel.....hahahaha... Okay, hasil kerja kurang memuaskan kerana agak comot. Tapi saya suka jugalah sebab tgk tuan puteri pun suka bila memakainya. Terus tak nak buka pula tu. Jimat pun jimat, baju lama boleh jadi baju baru. Lagipun budak-budak cepat membesar. Sayang juga kalau beli baju banyak-banyak kemudian simpan sahaja tak boleh dipakai. Adakalanya, sedikit pengubahsuaian, membolehkan pakaian lama kelihatan menarik dan masih boleh digunakan.

Proses mencuba. Nanti saya snap lagi gambar yang lain.

Inilah bajunya...cepat-cepat selongkar almari anda dan kita cuba buat. Tak salah mencubakan....:). Macam mana caranya? Ini cara saya:


1) Dengan mudahnya cari baju yang anak anda muat letakkan di atas baju anda tadi dan mulakan kerja-kerja menanda.

2) Tandakan dengan kapur macam inilah. Better tandakan besar sedikit dari baju tadi.

3) Guntingkan ikut tanda tersebut
4) Guntingkan pula tangannya

5) Sebab jahit bajukan....kenalah jahit tepi....

6) Terlebih dahulu sebelum proses mencantumkan, boleh jahit bias tape di bahagian bawah tangan, dan leher baju. Kemudian, cantumkan badan, dan cantumkan tangan.

7) Akhir sekali, cantumkan tangan dan badan yang telah dicantumkan dan boleh dihiaskan jika anda mahu...siap.......

Mudah.....murah....jimat....cepat siap......mari cuba, selongkar almari anda sekarang juga....

*Okay, sebab tadi Nuriel enggan tanggalkan baju setelah mencuba dan kami sekeluarga memang hendak bershopping di Tesco, maka beginilah aksi budak yang tak comel ni bergaya dengan dress baru siap dan tak basuh lagi....hehehee...


Jom la....cepat la.....


Hmmm....macam senyum tapi tak senyum...(sebabnya tak nak tunjuk gigi)



Besarnya bawang, boleh makan tak???? RM 12.50/kg

Bekas air? Untuk Izzah....


Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Sempena Hari Cuti Di Pulau Pinang.....

Semalam saya terima jemputan dari Cik Rinie untuk hadir ke satu majlis makan-makan katanya sempena perniagaan sulong yang bakal beroperasi. Setelah disiasat, rupanya majlis ini merangkumi harijadinya sekali. Hmmm......tak ada apa nak bawa sebagai buah tangan sebab bagitau pun saat-saat akhirkan.... Tapi sebab dah rasa macam tak best saja jika hadir tanpa apa-apa buah tangan, maka saya pun kipnap la 'simply roses - hair clip' yang sememangnya ada dalam simpanan saya untuk saya jadikan buah tangan. Harap 'birthday girl' tu sukalah kan....ghegheghe.

Hmmm...balik ke bab puteri saya yang sorang ni...macam biasalah kan....setelah nampak je baju baru tergantung terus nak rasmi. Jenuh juga la memujuk baru setuju yang petang nanti baru boleh pakai. Jadi petang itu dengan rasminya nuriel pun dengan jayanya mencuba 'dress' barunya....hehehehe.....bukan main lagi dia....


Adalah sempat snap sikit-sikit gambar dalam keterbatasan waktu tu.....

Nuriel sebelum pergi...dengan chomeynya mencuba dress baru....ghegheghe (saya rasa dia comey la....)


Hehehehe.....nuriel pun kipnap saya punya 'simply roses' tu satu.....hmmm....tapi tak pe....mmg ada niat nak buatkan satu untuk dia....


Okay....yang ini buah tangan kecil saya untuk Cik Rinie....(hahaha...sapa suh bagitau last minitkan.....kecik je la.....kalau bagitau awal2 sempat la belikan mesin jahit ke apa ke untuk jadi hadiah-betul sangat le tu...)


Hah.....ni la Cik Rinie kita yang dah mula mencomotkan dirinya melayan tetamu yang ramai.....suka dia.....(ceria sekarang ni...)


Nuriel dah jumpa kawan baru, namanya Alia.....:)


Hmmm...ramai juga lah tetamu walau katanya jemput 20 orang je(macam lebih je...)....Aisyah, Rini dan Kak Gee memberi senyuman ceria dikejauhan...ghegheghe

Okay....Seronok jugalah hari ini sebab dapat jumpa balik dengan 2, 3 orang kawan yang dah lama tak jumpa sebab dibatasi kesibukan kerjayakan. Kepada Rini....akak doakan kejayaanmu dan semoga segala urusan memulakan perniagaan ini berjalan dengan lancarnya...:)

Hmm....sebenarnya banyak yang belum lengkap kat kedai Cik Rinie kita ni. Stok baju belum masuk lagi. Tudung pun belum siap-siap digantung. Tapi mesin-mesin semua dah sedia. Yang kelakarnya....'papan tanda' pun tak pasang lagi....tapi buat juga kenduri ni....rupanya sebab birthday dia....."Happy Bestday" la adik akak yang sorang ni....:)

Tuesday, July 6, 2010

Dress yang lazat????


Tadaaa....dah pun siap......nuriel pun belum cuba lagi.....(malam ni puteri saya beradu awal..). So, nanti gantung je kat situ, kita tengok esok pagi macam mana......rasanya benda pertama dia akan cuba adalah baju ni....tak banyak perubahan....just tambahkan butang saja....besar dan terbeliak butangnya......apa pun saya suka sangat bila warna pink digabungkan dengan brown dan putih.....apa yang saya nampak? Coklat yang lazat....hmmm....Jadi sebagai kesimpulannya, baju ini lazat? (macam tak sesuai je.....manis mungkin ya...hehehe)

Monday, July 5, 2010

Dress untuk Nuriel

'Malam ni terasa bosan je sebentar. Adakah kerana hari Isnin yang membuatkan aku bosan sehingga malam menjelang. Atau kerana handphone-ku tidak lagi berfungsi dengan stabil yang lebih menjurus kepada keperluan RM, RM, RM. Atau pun, aku sebenarnya terasa hati dengan satu kata-kata yang cukup membuatkan aku terasa jauh.'

Layan je la bosan saya ni.....maka saya pun layan juga Cik Nina saya walaupun terasa macam tak best je malam ni. Saya jahitkan baju untuk Nuriel. Tak siap lagi, butang pun tak dipasang lagi apatah lagi aksesori yang lain lagi....Baju ni klu dipakai Nuriel memang merendam je nampaknya....tapi tak apalah, mudah nanti klu si kecik saya ni nak bergaya dengan tudung....atau hanya bertocang atau bersanggul tahi ayam sahaja.......:)

Cadang nak letakkan butang putih.....hiaskan dengan sedikit reben kat bahagian depan tu.....bagi nampak macam gegirl lagilah.....(harapnya......tapi rasa macam kembang sangat la pula....terlebih kain ke apa...)

Sebab malam ini saya terasa bosan, saya nak selitkan sikit pic lucu yang sempat saya snap 2 hari sudah sewaktu dalam kereta. Samada dia tuan punya kereta sengaja atau terlupa, saya sendiri tak pasti. Layan.........zassssssssss

Apo tu???? hehehe...pampers siap dipakai bertenggek kat bonet kereta sewaktu hari hujan renyai di tengah2 kesesakan jalanraya...gehgheghe....;p

Saturday, June 19, 2010

Shopping not on the salary day???

Shopping not on the salary day? WAaaaaaaa Kena buat juga.....Sebab 24 sampai 28 ni akan pergi bercuti.....Jadi segala pembelian kenalah dibuat lebih awal. So, tadi bawalah Nuriel (budak yang ngamuk tu.....) pegi TESCO.....Tgk skirt yang baru buat tadi pun siap dirasmi olehnya....ghegheghe....labuh sikit....Layan je la pic nakal dia ni...:




Hmmm...last sekali terduduk keletihan....hehehe

Skirt Nuriel

Di hari sabtu yang indah ini.....saya pun menyiapkan sehelai skirt untuk Nuriel. Hmm......taklah berapa kemas sebenarnya. Buat dalam keadaan yang berebut dan tensi dengan amukan Nuriel mengajak pergi ke TESCO.....sedangkan kerja sekolah tak siap2 lagi.......Hmmm....tapi Alhamdulillah.... jadilah juga.....:)......


Simple sangat skirt Nuriel jadi letak la lace sikit bagi nampak macam gegirl kan.....:)

Sunday, February 7, 2010

Baju baru Nuriel....



Saja snap pic nuriel masa dia try baju nih. Baru je siap. Masa beli kain ni nampak macam cantik je sebab bunga dia timbul dek kerana warna tanah yang hitam tu. Tapi masa nak jahit terasa siksa pula......GELAP!!! Kalau tersilap, nak tetas semula tu payahnya.....naik rabun la mata ni apa kata pun. Anyway, Nuriel suka....:)