Followers

Showing posts with label Bag. Show all posts
Showing posts with label Bag. Show all posts

Monday, June 13, 2011

....Kenangan untuk orang seberang

Selalunya, jika hari kenduri, saya memang tak menang nak kepung si Puteri Bertuah. Tapi kali ini, saya serba senang. Sebabnya, kami telah menerima kunjungan daripada delegasi Indonesia...kehkehkehkeh...saudara dari Indonesia..... Salah seorangnya adalah kanak-kanak perempuan yang baru berusia 3 tahun. Kira dalam masa 10minit sudah jadi sahabat gitu..... Senang kerja saya, berdua saja kemana pun....:). Tak adalah saya risau Si Puteri nak berkepit aje....Boleh buat kerja dengan jayanya.

Mula-mula sampai je, dua-dua org dah mula rapat. Tak gaduh pula tu. Sorang cakap ayam...sorang cakap itik. Tak faham sangat tapi ya, ya kan saja. Nasib baiklah juga si Puteri Bertuah rajin melayan sinetron. Faham la juga bahasa si kecil tu.....

Soalan dia pada saya:

dia: Mama, kenapa orang Malaysia panggil tok, kenapa orang Indonesia panggil kakek....

saya: Ermmm... Lain tempat, lain bahasanya. Macam setengah org tak panggil tok juga, tapi panggil opah. Ada macam2 lagi la....

(hehehehe...sebenarnya saya pun tak tahu nak jawab macam mana.....)

Lalu, saya buatkan bag ini sebagai kenang-kenangan dari Malaysia. Agaknya boleh le kot dia pakai...sebab orangnya kecil dan rendah saja...:).

Nak tahu ino lebih lanjut pasal bag ni boleh jengah di galeri saya ya....:)


Inilah dua orang budak nakal tu. Ini kira sepupu si Puteri Bertuahlah. Namanya jika tidak silap; Aribin Aura Lia Adam..... Aribin tu memang nama dia, Aura Lia tu maksudnya aura yang terlahir, Adam tu nama Atok dia.... Nama glamour; Binbee gitu....:)

Manis dan lembut je orangnya. Puteri pun turut jadi lembut sekali, Bila nak buat apa-apa je yang agak tak betul sangat nanti dia akan kata kat Puteri; 'Ngak bisa.....', terus Puteri tak jadi buat...:)

Okay.... sekarang, harusnya saya undur diri. Esok harus ke bandara ngantarin delegasinya pulang..... Daaa.....:)

Sunday, March 6, 2011

Little Red Riding Hood - Bottle Holder

Saya tahu, dah lama saya tak up-date pasal aktiviti jahit menjahit ni kan....:)

Saya tak pernah lupakan Cik Nina, kami masih bekerjasama biar pun jarang-jarang. Maklumlah, saya ada komitmen kerja yang begitu tinggi sekarang. Lagi pun jiwa tak berapa aman, mood tak berapa stabil..... Dalam hati selalu banjir, jadi saya tak berapa ada mood nak menulis tentang kraf atau hasil tangan saya.

Tetapi hari ini, saya gagahkan diri untuk up-load salah satu hasil kerastangan saya yang dah pun lama siap. Saya namakannya Little Red Riding Hood The Series - Bottle Holder. Hehehehehe...panjang bona erk? Boleh le.....


Memang merah menyala-nyala le kali ni. Saya buatkan untuk adik Farisya dan juga Fazreena. Nama betul, panjang sungguh Nur Ezrin Fazreena dan Nur Ezrin Farisya. Jadi kita letak yang pendek je lah...:)


Gabungan fabrik bunga-bunga dan juga kotak-kotak


Okay, Little Red Riding Hood kita nak pergi petik bunga ya....:)

Daaa.....

Pengumuman: Kentot dah tak ada...hukhukhuk...(sedey...). Kesian dia...:(

Saturday, December 25, 2010

Bekas Botol Air Qisdina


Bekas air untuk Adik Mujahidah Qisdina. Pada dasarnya, saya tak pernah pun jumpa adik Qisdina ni, tempahan hanya dibuat melalui sepupu saya. Jadi saya berharap sangatlah adik Qisdina akan bertambah comel ye bila bawa bekas air ini pergi sekolah nanti ya......:)

Kombinasikan printed cotton bercorak strawberry yang comel berwarna biru dan pink yang bercorak polka-dot dengan riben.


Saya hiaskan sikit tali tu dengan fabrik pink yang terang bercorak polka-dot.

Saturday, November 20, 2010

'Little Rose' Handbag untuk ibunda...

Hari ahad yang panas!! Biar pun langit di atas ada pokok-pokok hujan yang gelap merimbun, tetapi hangatnya hari ini terasa sangat.

Okay, hari ini saya bangun awal, selepas solat subuh sahaja, saya sudah memulakan kerja-kerja membuat pattern untuk produk baru saya. Maklumlah saya baru sahaja membeli beberapa jenis 'bead' yang baru. Ada yang berkilau dan ada yang comel, semuanya akan saya gunakan nanti dalam projek-projek saya yang akan datang sebagai sebahagian kemasan dan perincian.

Selain daripada untuk menghasilkan pattern yang baru untuk produk saya, saya sebenarnya sedang melangsaikan hutang saya pada ibunda. Bukan apa, sebenarnya saya sebagai seorang 'fabric crafter' yang seringkali menghasilkan bag-bag comel atau anggun untuk orang lain (...perasannya kamu ini....), maka sudah tentunya agak tercalar kewibawaanku bilamana ibunda saya ini terkial-kial membelek sesuatu di gerai jualan barangan Thailand pada minggu yang lalu. Dialognya begini:

ibunda: Eh, cantik tak bag ni?? (saya sewaktu itu, sedang membelek-belek kasut...)

saya: Cantik....(mendatar sahja bunyinya...)


ibunda: 25 ringgit, tak boleh kurang dah. Tapi tangkai dia dia pendek la pulak. La ni tak larat la nak pegang-pegang beg...(saya pandang je muka ibunda...)

saya: Ni, nak bag lagu mana?


ibunda: Kalau boleh biaq la tangkai dia ni panjang sikit. Boleh la nak selepang.


saya: (dengan muka agak-agak brutal kerana tercabar kewibawaannya...) Dah, letak balik. Nak beli bag. Pastu macam tu lah, macam ni lah.... Ni, tukang buat bag dok dalam rumah tak mau suruh buat. Lepas tu dok komplen macam tu macam ni.....


Okay2...bukan saya nak menghalang ibunda saya dari menggunakan produk orang lain atau jenama lain. Tetapi adakalanya sewaktu membeli-belah, ada sahaja yang tidak kena dengan citarasanya. Banyak poket sangatlah, pattern orang mudalah, talinya pendeklah dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, saya juga membelek hasil jahitan bag tersebut kurang memuaskan. Takut nanti jika dibeli, walaupun hanya RM25.00 kemudian baru digunakan 2,3 kali sudah mula bermasalah. Disamping itu, saya terasa jugalah, dan seharusnya saya kena mengakui, adakalanya saya mengabaikan keperluan rumah tangga dan mengutamakan pelanggan pula. Kesian ibunda saya, terkial-kial tengok orang lain dapat bag baru. Hehehehe....


Jadinya pagi tadi sewaktu saya membuat pattern dan seterusnya menggunting fabrik, ibunda datang:


ibunda: Hang buat apa pulak tu???


saya: Beg la..... (tapi kemudiannya saya diam, dia pun mesti terfikir yang beg tu untuk orang lainlah tu....)


Saya selesai menjahit sepenuhnya tepat jam 12.00. Kemudiannya, saya berikan pada ibunda. Seperti biasa masih banyak la aduan yang dibuatnya, tetapi, tepat jam 12.30 sewaktu kami sekeluarga hendak ke rumah kenduri, beg tu dah pun dibahunya.


saya: Mama! Belum basuh lagi la. Gambaq pun tak ambik lagi tau.

ibunda: Sat lagi balik ambik la gambaq.

Sabar je lah kan....hehehehe.




Pattern beg saya yang terkini. Handbag dengan tali yang boleh dilaraskan. Boleh digunakan sebagai handbag dan boleh juga dijadikan slingbag. Maklumat tambahan mengenai beg ini akan saya masukkan di galeri nanti. Saya gunakan warna 'dark brown' sebagai fabrik luar agar bonda tak katakan saya buatkan bag orang muda untuk dia pula. Dan saya hiaskan dengan rose yang comel.


Berzip dibahagian belakangnya. Senanglah nanti ibunda nak letak barangan berharga atau yang takut tercicir nanti.


Dalamnya saya gunakan fabrik bewarna terang bercorak bunga-bunga dan lengkapkan dengan satu poket kecil. Saya gunakan magnet button ye...Jika beriben-riben, payah pula ibunda nak membukanya nanti. Tengoklah, dah siap terisi dah dengan beg duit dan tisu ibunda.


Hiaskan dengan 'bead little rose' bewarna pastel agar sesuai dengan warna 'dark brown' serta sesuailah dengan citarasa ibunda saya.


Sebahagian 'bead' berbentuk roses yang comel yang saya baru beli sebagai stok. Jatuh cinta pada yang bewarna unggu tu pada mulanya, kemudian rambang pula mata nak memilih lagi. Banyak, ini hanya sebahagian. Kemudiannya terfikir, apa nak buat erk banyak macam ni. Ada ke orang nak kongsi 'bead' yang comel ni???????


Monday, November 8, 2010

Reversible bag-The Pink Roses

Telah puas tadi saya membebel tentang pelbagai jenis bag. Sekarang ini saya paparkan hasil saya yang terkini. Hmmm... ada dua jenis dan corak ya..... Sebenarnya hanya satu bag, tetapi ini hasil saya yang terbaru iaitu 'reversible bag'. Boleh digunakan kedua-dua belah ikut citarasa dan kemahuan anda.

Mahu lihat maklumat lengkap mengenai bag ini? Sila-sila jenguk ke galeri saya ya.


Samada bercorak bunga ros yang comel ini.....atau

Warna polos dengan satu poket kecil dengan riben lace yang comel......

Satu bag dengan 2 coRak dan warna. Sekurang-kurangnya, anda ada pilihan lain jika jemu bukan? Jimat pun jimat..... beli 1 dapat 2......:)

Bag PVC , Bag Fabrik?????

Malam ini, cewahhh....malam??? dah pagi sebenarnya, pukul 3.18 pagi.... hehehehe.. Ilham baru tiba. Sebenarnya, dari tadi lagi saya nak bercerita mengenai mengapa saya suka bag daripada fabrik. Ada pelanggan yang saya jumpa, merungut sebenarnya, kenapa saya tidak menggunakan PVC sebagai produk. Malah ada ahli keluarga saya juga yang memandang hasil bag fabrik ini bukan sesuatu yang unik dan diterima ramai. Orang lebih suka memilih yang lasak, iaitu bag PVC. Jika lebih mewah sikit kulit le kan.....


Saya ada banyak koleksi bag yang sebahagian besarnya telah pun masuk tong sampah, saya sedekahkan pada saudara-mara atau pun digunakan oleh tuan puteri di pondok mainan. Sebahagiannya masih tersimpan biar pun tak boleh digunakan lagi. Saya ada paparkan disini beberapa contoh bag dalam simpanan ya....meh kita lihat:


Ini bag BONIA ya.....saya sayang bag ini sebab ini bag, En. Rizal yang belikan. Simpan lagi walau dah rosak. Kulit luarnya berkedut dan mengelupas tau....macam mana nak guna...huhuhu

Ini bag yang saya beli dari VINCCI. Saya suka menggunakannya sebab kira nampak macam muda remaja la skit....hahahahaha....masa ini saya beli, saya tak kenal lagi jarum dan benang. Tapi kombinasi fabrik ini saya suka. Ada sikit kerosakan pada magnet buttonnya tetapi masih boleh digunapakai. Lusuh tu dah tentu ya....

Ini pula bag percuma sewaktu membeli perfume Esstee Lauder. Percuma tau. Design dia saya suka..kemana-mana saya bawa masa dulu. Sekarang sedikit lusuh, tetapi bila basuh, okay balik la. Fabrik juga, cuma tali PVC.


Hah....ini bag saya yang terkini di beli. Alahai mahal juga adanya. Rasanya dalam RM300++ kot. Jenama Hilly. Besar dan saya suka masa awalnya. Kemudian, guna tak sampai setahun, lihatlah, tengok betul-betul di penjuru tu. Kulit luarnya dah mengelupas dan bertampung-tampung. Kecewa betul saya lepas tu.


Ni lagi satu. Bag VINCCI. Saya beli dalam lingkungan harga RM 90 ke atas kot. Tak ingat dah lama. Saya mmg suka guna bag ini. Sebabnya saiznya menepati keperluan saya, warna yang menarik (putih dan unggu). Aksesori pun saya suka, 'hangging love'. Tetapi tak sampai 5 bulan guna, PVC nya dah mula menggelembung dan terkopak, menjadi debu berterbangan. Lihatlah sekarang, huduh tak rupanya?????????

Ini antara bag yang paling saya geram. Boleh la pula putus ditengah jalan. Bag fabrik tapi talinya PVC. Adoiii la......

Last sekali, ini bag yang saya mula2 buat untuk diri sendiri. My big-big bag.... Sekarang, saya dah guna untuk mengangkut kerja rumah dari pejabat ke rumah setiap hari dengan kapasiti berat 2-3 kilo setiap hari. Sudah hampir setahun usianya, atau mungkin dah setahun kot. Tetapi alhamdulillah handlenya masih utuh disitu. Malah pernah lebih berat lagi pun. Cuma sekarang ini dah terlalu comot lah kan.....

Okay...balik kepada motif utama saya. Pernah la ada orang tu kata:

'Kenapa tak buat plastik (ini merujuk kepada PVC lah). Senang nak jaga. Tak masuk ayaq....'

'Bag kain ni, selalu sangat lekat habuk. Sapa nak guna....'

Dan bermacam lagi ayat yang tak berapa best di dengar. Lain orang lain citarasanya. Kenapa saya suka bag fabrik? Sebab ia tahan lasak, tahan lama dan sesetengahnya unik. Dulu sebelum saya kenal jarum dan benang, saya selalulah juga menjamu mata melihat bag fabrik yang comel-comel, berangan nak memiliki satu, sekali tengok harga, mak aihhhhh.....mahalnya..... Jadi saya pendamkan saja. Belajar pelan-pelan buat sendiri, kemudian ada kawan-kawan yang suka mula menempah dan sehinggalah sekarang mempunyai koleksi sendiri cuma belum berkembang maju.....hehehehe.

Cubalah anda semua buat analisis berdasarkan contoh bag dan masalahnya. Semua yang berbentuk PVC sudah rosak dan tak boleh guna lagi ya. Tetapi yang fabrik, masih boleh guna biarpun dah lusuh. Oleh itu, saya tetap dengan pendirian saya, saya adalah 'fabric crafter', jadi saya sukakan bag fabrik saya. Tetapi saya tidaklah menolak penggunaan bag PVC, kulit malah plastik bag tetapi bag fabrik tetap pilihan utama sya. Apatah lagi sya boleh menghasilkan bag sendiri, tentulah saya suka dengan hasil tangan sendiri bukan? Tak sama dengan yang dijual dipasaran. Saya mencipta perbezaan untuk setiap karya. Jadi, sesetengah orang yang tidak berapa setuju dengan penghasilan bag fabrik saya, silalah fahami dan hormati pendirian saya. Kita berbeza citarasa, memang tak serupa, janganlah paksa saya untk buat sesuatu yang saya tak boleh buat dan tak mahu buat. Lagi pula paksa saya jangan buat.....Hmmmm.....setiap barangan ada baik dan buruknya. Manalah ada benda yang sempurnakan.....:). Tetapi pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan citarasa masing-masing. Anda pilih, anda dapat, anda guna.

Saturday, October 16, 2010

Pada 16hb Oktober 2010

16hb semalam adalah Birthday Tok Timah iaitu bonda kepada diriku dan nenda kepada Nuriel. Disebabkan ayahanda yang bekerja jua pada tarikh tersebut dan bonda pun malu-malu kucing nak 'celebrate birthday' atas alasan dah tua, maka kami anak-beranak pun hanya pergi makan-makan semalam. Makan malam ditaja oleh ayahanda sepenuhnya.....(waa....syiok...).

Makan biasa-biasa je la. Tak ada apa yang istimewa sangat. Tak adalah kek dan segala bagai macam Nuriel hari itu. Dan suprise pun tak ada sebab dah bagi sekali masa birthday Nuriel iaitu basikal berkuasa super.

Disamping itu, saya pun sempat juga buat pembungkusan untuk Bekas Botol Air yang sama tapi tak berapa nak serupa ni. Satu lagi 'gift' di bulan Oktober ini bagi saya berkongsi sedikit kegembiraan bersama keluarga dan kawan-kawan. Semuanya ada empat, menggunakan fabrik yang sama dan saiz yang sama. Yang berbeza cuma applique nama tu saja dan butang yang saya gunakan untuk menghiaskan applique yang saya buat. 4 sebab yang ini saya nak berikan sebagai 'gift' kepada sepupu Nuriel, Amiera, Hana, Huda dan Hanis. Boleh buat bawa pegi sekolah ya lepas ini....:)



Dah siap sempat snap pic ini ja..... Pagi ini nak snap dah tak ada, bonda dah simpan dalam beg daaaa....


Sekitar makan-makan semalam


Alhamdulillah...kenyang.....

Tuesday, October 5, 2010

And The "Winners" is..........

Announcement, announcement....here the winners........hehehehe

Okay, just finish my blogwalking tour, 4 hour without rest...:). The total participation: 33

1st Giveaway - Little Bunny Mini Tote Bag goes to: http://suzie284.blogspot.com/2010/10/1st-giveaway-by-petals-patch.html

2nd Giveaway - Heavy Green Flex Pouch goes to: http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2010/10/1st-giveaway-by-petals-patch.html



That 2 winners picked by Nuriel, our birthday girl. After few hour of blogwalking, read and considering everything, the most important thing is........creativity. This 2 entry has been shortlisted by me:

1) http://alinalancontest.blogspot.com/2010/10/1st-giveaway-by-petals-patch.html

2) http://neaflerida.blogspot.com/2010/10/1st-giveaway-by-petals-patch.html

And till now....I can't make any decision..... the surprised giveaway is:

A tote bag.....which I named it as, 'Dear My Friend-tote bag'. The detail of it, will be uploaded to My Gallery tomorrow. Basically, it's very simple tote bag using combination of 2 kind of printed cotton linen for the exterior.


So.......the winner is...................http://alinalancontest.blogspot.com/2010/10/1st-giveaway-by-petals-patch.html

But, Nil please don't be upset. I'll give you a gift too...which I've picked from my little gallery. Have a look here for the gift. What you have to do, just leave a comment, which one you want to be yours....:). Okay?

All the winners please email me the full detail of you to my email address. So, I can arrange for the the next action. Hehehehe...

Hopefully, everybody enjoy with this giveaway....and next entry will be all about Nuriel's Birthday.....:)

Saturday, October 2, 2010

Mama's Little Girl Bottle Holder

Happy Sunday everybody. Hope for a bless and very good weekend.





Do you work for anything today? I'm working on this bottle holder which I'm named it as, 'Mama's Little Girl Bottle Holder'. Bottle holder, bottle bag? hmm....what so ever....just named it. Sewing it is quite easy, you can have a look on the tutorial here.

This 'Mama's Little Girl' the series is specially made and not for sale. Actually, this is a gift to both of my little girl. One for Nuriel and another one is for Nuriel's cousin, Izzah. Both of them going to celebrate their birthday soon. Nuriel's on 5th and Izzah by 4th October. So, I've make the bottle holder using the printed cotton fabric combined with cotton linen. Finished with buttoned yo-yo flower using checkered and polka-dot cotton linen and their name too.



Really hope, Izzah going to like it. But I'm really sure the handle is to long for her and need to be sling by all the time until she getting a little bit taller.

Tuesday, September 28, 2010

I'm taking a break?!

Today mode: Tired and restless
So, tonight, I wish I could go to bed earlier.



My petals blooming at last. Actually, the petals has been ready for quite sometimes before I'm decided to patch it to this sling bag. The reddish fabric for the petals I bought from Pondok Craft together with the bright yellow sunny fabric. More info about this sling bag? Please refer here.

Okay, I think it's enough for today. Since last night, when my father told us, "tok dah tak ada", a lot of thing have to be done and I'm getting restless. But Alhamdulillah, everything just going so smooth and I taking a break. No sewing project for tonight!

Sunday, September 26, 2010

Nuriel....today.....

September is going to be end, October will be coming soon. The time passing by so fast, Nuriel is going to be 5 years old next month. Recently, I'm so busy with all new project at the office. I wish I could have more time to spend with her and my Nina of course. While waiting for little princess to wake-up this morning, I'm workout on my new sling bag, it's doesn't complete yet. I just put on the petals there and this is how i think it will look as.


I've promised to her, we will going for a simple and short picnic at Botanical Garden. So, she slept early last night to make sure she will wake-up early today. Actually, I'm having a site visit at Waterfall and I'm taking this opportunity to bring her along. She was very happy, enjoy herself there. Jogging around, share her food with monkeys and eat ice-cream! See....how happy she is:



'I'm ready mama......hehehehe.....I want to bring along this bottle with me.....'


Only junk food....Doesn't have enough time to prepare nasi lemak.


Running around. She called it as 'jogging'.


Walking....lalalalala


Take a break



Buy Ice-cream

Tired.....prepare to go home.....bye

Wednesday, September 22, 2010

I've complete my 'Bunny Bag'

Nothing much to share.....a moment ago, I've complete my latest design of 'Bunny Bag'. Actually, this is only a simple tote bag with the bunny pocket at the front of the bag. More info about this bag, please refer to my gallery. Can't wait for weekend. I wish I could have more fun this weekend with my princess.....might be going for picnic? Hmmm....but working with my Nina is a must....may be for more 'Bunny Bag' to coming....


Okay for your info, my Give away still going on....please have a visit here and join....:)

Sunday, September 19, 2010

Enjoy the cheerful of childhood


Today is Sunday....Not a working day even I have to and trying to make it as a day for my family. Hmmm.....just stay at home, shopping at wet market with mom, working with 'my Nina', cooking and facebooking and blogging too. Nothing much to updated, just a simple routine for a simple family like us. However, I'm really enjoy it because not often I could enjoy cooking for family lately. Me, not only enjoy cooking and spending more time with my princess but also enjoy the cheerful of my latest completed case. Why? Because I'm using the Circle in Square Fabric design by Keiko Goke that reminded me more about my childhood. Circle and square....and crayon.....:).

More info about this case? Please go to my gallery.....and my Giveaway is still far away from the closing date, please have a visit here too.

Tuesday, September 14, 2010

1st Giveaway by Petals Patch- OFFICIALLY CLOSED AT 12 NOON...:)

This Giveaway is OFFICIALLY CLOSED. All the winners going to be announce as soon as possible. Thank you for all the participant.


The happiness is still all around. Eid festive give me a reason for me to stay at home for a little longer. Something that I still can't believe until now, I've been a fabric crafter for almost a year!!....:), as same as my age as a blogger and this is my 101 entry.

Because sharing is caring, I would like to share my happiness with everybody interested by inviting every blogger to joint my giveaway. Beside I'm in the mode 'happy' due to Eid, Nuriel's Birthday also just around the corner. Therefore, the giveaway will start from today, 14th September till 5th October 2010.



How to join the GIVEAWAY:
1. Become a follower is not a must but you have to leave a comment to this entry
(If you are a follower, You still have to leave a comment and I will know that you are interested to join this giveaway. But if you wanna become my follower, it's almost welcome)

2. Write a blog post about this giveaway
(As the conclusion, you must be a blogger to join this giveaway, any blogger, not only crafter or quilter. Please leave the link along with your comment for me to have a visit. Why? Because, I'm going to give a surprise giveaway to the most creative blog post)

3. Leave your email address along your comment for me to contact you later
(This is a MUST. If not, you will become disqualified)


That's all you need to do. How easy isn't?

You can contact me anytime via my email for more info needed: fieda.yusof@yahoo.com

This giveaway ends on 5th October 2010 (12 o'clock- noon) on Nuriel's Birthday.


How about the give? Come have a look:


1st giveaway is my Little Bunny Mini Tote Bag. Please have a visit here to have detail look on this item. The winner will be select by the birthday girl.


2nd giveaway is my Heavy Green Flex Pouch. Please have a visit here to have detail look on this item. The winner will be select by the birthday girl.


The surprise giveaway. Due to the surprise, the give will only announce after the closing date. The winner will be select by myself base on the most creative blog post.




Saturday, August 28, 2010

Aktiviti Di Hari Cuti....termasuklah menyertai 'Giveaway'

Hmmm.....bulan puasa ni kena diakuilah kurang produktiviti la..... Tapi apa-apa pun kerja-kerja tetap dijalankan macam biasa, cuma agak perlahan sahaja. Hari Jumaat semalam Pulau Pinang bercuti sempena hari Nuzul Al-Quran. Maka dengan itu, saya ada cuti 1 hari extra dari kebiasaan dan dengan bahagianya saya menolak ajakan rakan-rakan untuk membuat kerja lebih masa. Sebabnya, rasa-rasa badan ini memang memerlukan sedikit rehat dan di samping memandangkan kerja-kerja di rumah yang agak setambun tu. Order pun banyak yang belum langsai, maka ada baiknya saya habiskan masa dirumah sahaja.

Oleh itu, pagi-pagi lagi saya dah mengadap Cik Ninalah untuk bersama-sama menyiapkan Sling Bag yang telah di-order oleh Cik Umie. Untuk sling bag ini saya gunakan fabrik yang saya shopping dari MyBotang, dan telah tentunya tuan yang menjualnya bawa terbang jauh dari Japan. Sebenarnya saya suka dengan coraknya, tapi ye la, sayang macam mana pun takkanlah nak disimpan saja. Kenalah juga dijahit, diberi pada orang supaya saya boleh beli baru....kankankankan? Hehehehe......


Oleh kerana saya ada rehat yang cukup, maka saya pun menyertai giveaway yang dianjutkan oleh Kawaii Station. Sebenarnya dah lama Alissa suruh saya join nih, ye la sebab banyak stok yang saya shopping dari dia baru-baru ini. Cuma baru sekarang rasanya berkesempatan untuk menyertainya. Ada beberapa gift yang menarik, tapi yang paling menarik hati adalah fabrik dan fabrik label seperti yang anda nampak dalam gambar di atas inilah....huhuhuhu....Alissa....saya nak...:)...

Jika sesiapa berminat, silalah lawat ke Kawaii Station nih...sempat lagi sebab tarikh akhir 8 September.....:)...mata saya bling-bling je bila tengok stuff kat sini taw.....huhhuhuhu....

Okay....berbalik pada cerita saya....tengah harinya, saya bawa Nuriel dengan Tok Timah pergi shopping barang keperluan untuk hari raya nanti. Bukan apa, nanti tidaklah saya kalut-kalut nak pergi beli barang bila dah dekat-dekat sangat dengan hari raya. Cuti saya pun betul-betul bermula pada hari raya pertama tu saja, kenalah bershopping awal....:).....



Nuriel kena duduk dalam troli, kalau tidak, tak larat nak kejar dia nih....


Budak mata cepet!


Membelek Chesedale..:)


Bila dah malam, kami pun keletihan sebab siangnya bershopping sakan. Maka, kami sekeluarga berbuka puasa diluar sahaja hari ini dan kira untuk Ramadhan ini, inilah pertama kali buka puasa diluar.


Banyak jugalah Nuriel makan semalam.....


Ni sewaktu awal-awal (dia buka puasa dulu....nasi putih dengan ayam goreng..)

Ini hanya gambar tempelan.....kehkehkeh...Nuriel dan mama....(sama ke tak serupa???)...hahahaha