Followers

Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Doorgift:Gulung-gulung tuala je....:)

Hari ni rabu??!!

Cadangnya nak buat majlis hari jadi untuk si Puteri Bertuah dan aqiqah si Jari Halus hujung minggu ini. Maka di atas keterbatasan masa, saya hanya sempat gulung-gulungkan tuala ini sahaja buat 'doorgift' untuk majlis tahlil nanti.... Tuala tu pun hanya sempat bonda beli di kedai berhampiran kerana kesuntukan masa untuk kami mengada-ada barang yang lain... Maklumlah, semuanya di saat akhir, sebut sahaja kata nak buat majlis, bonda terus tempah katering... terus je jadi...:)

Tempoh berpantang belum lagi tamat, bonda memanglah larang nak keluar-keluar tengok pemandangan ni, apatah lagi jika nak membeli-belah. Makanya, majlis kali ini penuh sederhana dan menggunapakai apa sahaja yang ada, apa sahaja yang sempat dibeli....

Tuala biasa sahaja.....

Lepas gulung-gulung jadilah comel macam ni.......:)


Tapikan.... Majlis Tahlil tu selalunya disertai oleh Pak Cik-Pak Cik, Abang-abang.... stok yang ada semuanya warna merah jambu, kuning dan hijau sahaja. Maka, nantinya tuan-tuan harap redhalah juga menerima tuala warna merah jambu nanti ye.... (tak pe, kalau tak suka nanti boleh bagi kat isteri erk....)

Friday, December 16, 2011

Akhirnya siap....:)

Salam......

Tadinya berdikit-dikit buat doorgift ditemani anak saudara saya... Sekali sahabat-sahabat pun sampai.... Dengan kerjasama mereka, doorgift berjaya disiapkan malam ini juga....gheghegheghe




Jadinya esok, saya boleh tumpukan pada persiapan yang lain pula....hehehehehehe.... Apa yang penting? Kerjasama.....;)

Saturday, December 3, 2011

Cerita-ceriti 'door gift'...

14 days to go.....


Erk? 14 ye.... Kepala terus pusing-pusing. Pening....

Mana tak pening, hari Jumaat tu hampir kena serangan jantung bila cip kat pejabat cakap;'Fit, I tak boleh nak pertimbangkan cuti U'. Sampai hati boss tau tak nak bagi saya cuti kawen.... Masa tu rasa nak nangis. Nak guling-guling. Nak gigit telinga boss pun ada.... Hukhukhuk.... Bukan lama pun boss, tak sampai 2 minggu (tapi 2 kali la cuti yang tak sampai 2 minggu tu, kira klu tambah-tambah dah macam 3 minggu la.......hahahahahaha). Biasalah kan....hujung tahun, semua orang nak cuti termasuklah boss, jadi boss pun pening bila anak buah yang 2-2 orang tu sekali nak kawen...... Nasib baiklah ada juga orang yang sanggup ambil tanggungjawab 'back-up' sewaktu ketiadaan kami!! Sungguh seronok sebab akhirnya cuti dah lulus..... gheghegheghe... (senyum sampai ke telinga rupanya....)

Yang lagi pening bila 'door gift' tak siap-siap lagi. Ada 100++ lagi.... Makanya, cuti 3 hari ke, 2 hari ke.... mengadap itu je.... Rumah pun bersepah je.....

Okay...saya sedang gigih. Ini sewaktu minggu lepas yang cuti 3 hari..... 2 hari mengadap, siap 200 unit....:)

Sambil buat 'door gift' saya lari-lari beli barang untuk 'door gift' juga. Actually, yang sedang gigih saya buat tu (fork n spoon bouquet) akan diberi kepada semua tetamu. Untuk tetamu istimewa (yang jauh ke, sedara-mara ke, rombongan lelaki ke...) saya ada sediakan 'door gift' tambahan yang diletakkan di dalam 'paper bag'. Dalam paper bag tu bahan makanan je la. Antara makanan yang saya suka nak masukkan adalah jeruk.

'Hampa mai Penang, cek bagi la hampa ghasa jeruk Penang...'

Akan tetapi, saya tidak membeli jeruk biasa yang di jual di pasar Balik Pulau ke, di Chowrasta tu ke. Sebaliknya saya beli, JERUK MADU PAK ALI. Sekadar inginkan kelainan, bukan mengada-ngada. Sebab, saya dimaklumkan Jeruk Madu Pak Ali ni di buat oleh orang Islam, tidak menggunakan gula sakarin (ibu gula) dan tidak memeritkan tekak bila di makan. Hmm... Ibu gula tu memang la telah diketahui boleh meninggalkan kesan terhadap usus jika digunakan berlebihan.


Jadi saya pun mencubanya. Sewaktu 'food testing' tu saya mendapati:

i) Kadar kerapuhan buah tu kurang jika dibandingkan dengan buah jeruk biasa tu;
ii) Manisnya lain sebab saya dimaklumkan resipi Pak Ali adalah gula pasir dan madu;
iii) Tak perit tekak tu memang betul, selalu jika makan jeruk yang biasa tu masuk 4x ngap, mula terbatuk kecil;
iv) Harganya lebih mahal. Jika jeruk ceri yang seperti saya beli tu di pasar hanya RM10.00 (belum runding harga) untuk 1kg. Jeruk Pak Ali pula RM12.00/kg. Mahalkan? Tapi saya fahamla, kaedah pembuatan dan kos bahan tak sama, jadi bagaimana nak bandingkan harga.

Yang lain-lain tu saya main order sana sini je....

*Dalam kalut tu, masih ada hati nak pergi menonton cerita ombak rindu lagi! Haishhh....teruk betul kan?

Tuesday, November 15, 2011

Doorgift untuk hari besar

Hmm....dah lama saya tak bersiaran dengan emosi yang stabilkan.....:(

Okay, saya cuba meneutralkan semua rasa sebaik mungkin dan meneruskan kerja-kerja sebaik mungkin. Saya cuba sedaya-upaya tidak menambahkan kedut dimuka ni.... atau uban di kepala. Kerja-kerja di pejabat bertambah. Ye lah...saya telah cuba merancang sebaik mungkin tetapi apakan daya di saat-saat akhir berlaku peralihan kuasa yang bagi saya seolah-olah rampasan kuasa tanpa rela. Tapi itu hakikat alam pekerjaan, kenalah terima.

Berbalik kepada kerja-kerja..... Hmmm... hari besar tu akan tiba. 33 hari saja lagi.... jika di tolak dengan tarikh hari kejadian, dah tentu 32 hari je.... hukhukhukhuk.... Dan rumah masih bersepah, bekas hantaran masih dalam beg plastik tak berusik, segala baju, perfume dan kasut masih lagi dalam beg kertas parkson. Baju pengantin masih di kedai, aksesori masih belum sewa, HB masih dalam pembikinan, doorgift masih bercambah di sana-sini..... Kek hantaran masih dalam otak belum diterjemahkan kepada pembuat kek, bilik pengantin pun masih seperti sarang tikus akibat bila balik keletihan dan hanya mampu bersidai depan TV merehatkan minda dan kaki. Sekejap-sekejap saya curi-curi buat doorgift. Masih ingat lagi entry saya tentang doorgift yang saya cadangkan? Cuba klik sini untuk refresh ingatan...:)

Dengan budget yang terhad, kita buatlah doorgift yang termampu. Yang penting pemberian saya ikhlas dan saya buat sendiri dengan tangan dan tulang empat kerat ni. Mungkin pemberian saya ini pelik dari orang lain, tak biasa dibuat orang tetapi pemberian saya punya makna tersendiri. Saya beri sepasang sudu dan garfu sebagai lambang pasangan. Makan dengan sudu tentu lebih selesa bila ada garfukan...:). Saya lapikkan dengan 'doilies' dan hiaskan dengan riben. Harap-harap tetamu yang datang akan terima jua dengan hati yang ikhlas.... Pas tu balik boleh guna dalam kehidupan mereka sehari-hari sebab sudu dan garfu tu tak reput dan tak karat.... Harap kasih sayang antara kami berdua jua begitulah hendaknya.....

Memperkenalkan 'Fork n Spoon Bouquet' saya......:)


Masih jauh lagi perjalanan saya yang baru bermula. Baru sesuku pun belum sampai rasanya. Dan saya terus berusaha.

*Dan saya terus membuatnya seorang diri kerana ada orang yang mungkir janji.... Memang saya kecil hati dan merajuk dan berharap dipujuk..tapi entahlah...dia tak pujuk pun...:(

Wednesday, October 5, 2011

MY Bouquet of fork n spoon...

Biasanya bila sahaja berkisar cerita tentang majlis perkahwinan dah tentulah 'doorgift' adalah antara perkara yang terlintas difikiran bukan? Seperti biasalah, apa-apa perkara pun mestilah mendapat kelulusan bonda juga. Sebab saya tak mahu nanti bonda masam muka pula. Kata bonda:

'haishhh... tak payah bagi bunga teloq la. Dah la bunga mahai, lepas makan org buang. Dah tu teloq tu banyak kerja, nak kena basuh dulu, pastu baru rebuih....' - saya akur

'tak mau, tak mau sapu tangan. Orang dok besa bagi dah.....' - saya akur

'tak payah dok bagi pelik-pelik, bagi yang orang dok boleh guna lepas tu.'-saya akur

Dan kemudiannya saya pun pening.....hahahahahaha

Saya pergi ke kedai yang besar umpama gudang ni.... kemudian lagi pening tengok barang-barangnya.....


Bakul untuk hantaran. Memang akan di beli, tapi bukan pada hari kejadian.



Munge-munge..... wahhhh.... terasa bagai di taman bunga.....



Sudu, ye....sudu.... Orang boleh guna lepas tu kan???? Tapi sudu ni kecil je.... Budget RM2 untuk 1 unit. Tak mo, tak mo..... (jika saya nak tambahkan 'personal touch' lagi...dah tentu kosnya akan up jadi RM3, tak cukup la budget saya yang seciput ni!!!!)



Sudu besar! Okay, tapi saya tak suka 'presentation'nya. Simple sangat dan susah pula saya nak tambahkan 'personal touch'. Haisshhh...



Taraaa...akhirnya perkenalkan; my bouquet of fork n spoon. Ini dah tentu saya suka.... Hahahahaha, sebab saya punya 'personal touch' secara total.....hahahahahaha

Bonda pun dah proceed, jadi lepas ni jenuh mencari pembekal sudu dan garfu le pulak.......:)

*ada orang kata saya ni cerewet, detail sangat! Hmmm... saya nak beri kepada orang apa yang saya rasa saya suka. Saya juga nak pakai baju apa yang saya rasa saya suka. Saya nak makan apa yang saya rasa saya suka.... jadi tak salahkan bila saya detailkan setiap perkara???
**kadangkala rasa sedih sangat, orang buat persiapan setahun awal. Boleh pergi survey barang sana-sini. Dapat pada harga murah. Tapi saya tak sempat, nak bercuti pun tak dapat. Maka saya relakanlah diri keluarkan belanja lebih dan benda apa saya yang dapat...hehehehhe