Followers

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Segmen Bersama Puanbee.com

Hokey....baru lepas balik jejalan bersama Puteri Bertuah tu. Lokasinya adalah GIANT. Pergi beli barang dialah...segala susu, milo, vitagen, calsium dan macam-macam roti. Baliknya, on pc lagi then blogwalking di sana-sini. Singgah sekejap ke blog CT n Honey, rasa tertarik pula dengan satu entry tu. Terus terminat nak join juga.

Apa yang nak di join tu??? Nak join; Segmen bersama Puanbee.com. Agaknya jika Puan Bee tu review saya punya blog ni, apalah yang dia nak komen ye? Mungkin dia akan komen:

'Blog anda terlalu serabut dengan widget yang tak penting...'
'Blog anda ni peninglah, macam-macam sangat topiknya..'
atau...
'Blog anda ni macam dah lari tajuk je...'

Okaylah... Tak kisah le apa-apa pun. Apa-apa komen pun saya terima nanti, asalkan ia membina. Tapi sebelum itu kan, izinkanlah saya cerita-ceriti sedikit tentang blog saya yang masih setahun jagung ini kan..... Sebenarnya tujuan asal saya buat blog ini adalah untuk mengisi masa lapang saya di zaman pengangguran tidak lama dahulu. Selain daripada itu adalah bertuuan untuk berkongsi minat saya terhadap kraf, kisah hidup dan juga minat saya dalam bidang tulis-menulis. Sebab itu saya namakan blog ini sebagai You and Me become Us (unmebecomeus). You itu boleh didefinisikan sebagai pembaca, atau juga merujuk kepada si Puteri Bertuah atau pun sesiapa sahaja yang berkaitan dengan entry saya. Me dah tentulah saya. So, bila dah ada You and Me, jadilah kita. Cerita tentang kita, kita kongsilah gitu. Okay??? Hehehehehe.....

12032011861 Segmen Bersama Puanbee.com  : Review Blog


Meh le join gak segmen nih... Harap nanti Puan Bee sudi-sudilah jenguk blog saya yang tak seberapa ini dan komenlah apa yang sepatutnya. Hehehehehehe....;)

Tuesday, March 1, 2011

Vote la saya...:)...no 37 erk...:)

.....kata nak biar bersawang seminggu....??? Hehehehe....

Alkisahnya hari ini saya terpaksa kembali ke rumah bonda, sebabnya mengambil dan menghantar sepupu saya yang baru tiba dari Langkawi..... Orang dah memang gian nak ber-FB dan ber-blog-ing ni mana boleh lepaskan peluang. Dah sampai rumah, selepas membelek2 si puteri bertuah, ke PC lah tempatnya.

Okay, ada ingat tak entry saya pasal Contest Ayun Ayunar tu??? Tak ingat? Meh la rujuk sini.

Gambar yang dipertaruhkan adalah gambar nih:


Saya tau, dahi saya yang luas tu memang la luas bila mengenakan fesyen tudung ni.... Tapi at least orang akan kata cerdik minah ni...sebab tu dahi dia luas...ghegheghegeh.... Dan saya juga tau saya comot..... dan sytle saya memang selebet.... tapi vote jugalah untuk saya....kehkehekhekeh

Vote dari anda sekelian amatlah dihargai...hehehehe. Sekiranya nak vote saya, marilah menjengah ke blog adik Ayun di sini. Klik lah ke no. 37. Jom3...klik untuk saya erk.... ikhlas dari hati lorrrrr...:)

Friday, February 25, 2011

My Style Contest by Ayun Ayunar


Salam...

Tengah hari ni agak panas-panas manja gitu (kejap-kejap panas, kejap-kejap redup). Pandai-pandai la mengeluarkan istilah sendiri kan...:)

Sebab panas-panas manjalah, saya pun berblog-ing dan telah terpengaruh untuk turut serta dalam contest yang di anjurkan oleh adik Ayun Ayunar nih. Tak kiralah sekiranya fesyen saya ni memang selebet atau terlalu simple, nak join jugak. Kehkehkehkeh.......

Syarat-syaratnya:

1) Pilih Satu(1) Sahaja Gambar Yang anda rasa paling tepat Bagi menggambarkan Slogan Contest iaitu
"MY STYLE", ceritakan serba sedikit tentang "STYLE" anda itu..

Pilih satu ye dik...??? Okay, ini akak pilih ni. MY STYLE dah sememangnya yang 'super simplicity'. Baik tudung apa pun. Kira kalau jenis selendang begini, pin, belit-belit pin je la jawabnya. Untuk gambar ini, akak nak pergi kenduri dik.... Baju warna pink (shocking pink gitu...), jadi tudungnya agak kelabu hasap skit corak polka-dot (memang dah suka yang ber-dot-dot aje...). Untuk inner dalam guna yang plain in white. Menggunakan 3 butir pin saja (2 kecik, 1 besar). Cara pakai yang mudah, pin, belit, pin lagi then kemaskan dengan pin yang besar skit. Dah siap....tengok......:


Simple je, nak sarut helmet kat kepala pun senang, tak payah la nak sangkut-sangkut. Kehkehkeh..... tu yang dinamakan 'super simplicity'.

Kos fesyen tudung nih:

RM8 - selendang
RM5 - inner
RM10- brooch

Murah je kan....:)

p/s: tolong jangan kira jerawat atau tahi lalat kat muka saya pulak ye....;p


2) Masukkan Banner Contest dan linkkan kepada entry contest ini :)

Dah masukkan banner contest. Jika semua nak sertai contest ni boleh klik kat sini ye....:). Marilah ramai-ramai sertai. Sure pening adik kita ni nak mengadili nanti. Manalah tahu kot-kot terus dia bagi semua menang....:)

3) Masukkan Link Contest Entry atau link Gambar untuk contest ini dalam Linking di bawah ye.

Dah masukkan ye dik.....

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2011. Jom join cepat....:)

Hadiah untuk contest ini akan di taja oleh:

Inner & Shawls - Ayunar www.ayunar.biz

Pakaian - ChazFashion by Chaz Boutique chazfashion.blogspot.com

*1 free Makeover n Mini Photoshoot From Ayun Ayunar untuk dimenangi tu....hmmm...:)


*********Pastu ada undi-undi plak. Hukhukhukhuk...undilah saya......walau saya comot...:p