Followers

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Mari kongsi:Cincau itu lengkong

Salam Aidilfitri semua rakan-rakan yang beragama Islam ya.... Pada yang bukan beragama Islam salam beristirehat... (semua akan ambil kesempatan untuk bercuti panjang pada masa ini...). Hmmmm.... Macam dah lambat je nak ucap... Apa-apa pun nak ucap jugalah.....ghegheghe


Okay, hari ini saya hendak berkongsi cerita, rasa dan rahsia.... Hah! Rahsia, apa tu???? Cer cite, cer cite. Siapa di sini suka makan cincau, atau lengkong, atau grass jelly atau agar-agar hitam? Ramai yang suka, tetapi kurang arif tentang pembuatannya.... betul tak???? Jika tuan, tuan dan puan, puan nak tahu.... Cincau diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang bernama 'Mesona Chinesis' iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga 'mint'. menjalar dan mempunyai daun yang berbulu. Untuk pemprosesan cincau siap enak yang ramailah orang membeli dipasar sana, cincau tersebut diperbuat daripada cincau kering yang perlu dibasuh, direbus dengan campuran air kapur atau abu qi. Cincau hitam ini kaya dengan kalsium, rendah kalori dan tinggi serat,  amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet.


Sebagaimana yang kita tahu, cincau amat sesuai meredakan panas dalam, demam dapat menurunkan tekanan darah tinggi malah bermanafaat untuk mencegah penyakit jantung atau stroke. Apa-apa pun kebaikannya, kita memang suka memilih cincau sebagai minuman atau makanan penyejuk badan. Cuma soalnya seringkali kita mengabaikan asal-usul cincau. Biasanya bahan-bahan yang dicampur untuk penghasilan cincau adalah air kapur/air abu/abu qi/natrium bikarbonat dan juga tepung jagung/tepung ubi/tepung gandum. Yang berbeza hanyalah teknik pembuatan dan nisbah campuran. Pembutannya agak renyah untuk kita yang bekerjaya, daun cincau yang kering perlu direndam semalaman, perlu direbus, ditapis dan direbus kembali dengan campuran tepung. Adakalanya hasilnya kurang memuaskan seperti terlalu lembik. Kerana itulah kita lebih mudah untuk membeli sahaja di pasar. Tetapi kita sebagai orang Islam, pasti lebih suka memilih yang suci dan bersihkan. Sedaya upaya kita mahu yang bersih.

Atas faktor kebersihanlah saya selalunya lebih rela memasak cincau sendiri walaupun renyah. Bukan apa sekurang-kurangnya saya yakin dgn tahap kebersihannya. Sambil menyelam sambil minimum air, saya ambil stok lebih dan jual pula pada kawan-kawan. Masa saya mula-mula jual dulu, ramai yang merungut kenapa liat!? Okay, jika sebenar-benar hasilnya yang asli memang teksturnya kenyal, liat dan sukar diparut. Yang kebanyakan dijual dipasar-pasar tu, yang rapuh dan kaya dengan rasa pahit-pahit tu cuba tuan dan puan bayangkan apa benda yang ditambah untuk mendapat tekstur sedemikian. Jadi kita tak perlu nak tertanya-tanya lagi cincau tu buat macammana, nak pelik-pelik lagi dah. Kita pun boleh buat sendiri sekarang ni,mudah dan cepat (nnt saya kongsi cara memasak cincau pula).

Tepuklah dada, tanyalah selera.... Kita boleh memilih apa yang lebih baikkan.....;)


















Sunday, April 7, 2013

Jom masak: Pizza segera

Assalam...dan salam sejahtera....

Selalu jika di hari minggu apa agaknya aktiviti ya? Aktiviti saya sekeluarga adakalanya adalah memasak. Bukan apa, kadang-kadang terasa perlu juga untuk membiasakan si Puteri Bertuah dengan dapur. Tetapi selalunya menu saya memang yang ringkas-ringkas sahaja. Jom kita kongsi resipi!

Kali ini saya dengan Puteri Bertuah memasak Pizza Segera. 15 minit sahaja siap boleh dimakan. Bahan-bahannya:

i) Roti pita
ii) Sos spageti kimball
iii) Isi ayam yang telah dimasak bersama bawang, tomato (sekiranya mahu lebih rasa pedas boleh diletakkan serbuk cili dan lada)
iv) Sayur-sayuran seperti lada bengala, cendawan (ikut kegemaran)
v) Keju (mozarella yang paling sesuai tetapi saya hanya gunakan keju chesedale rendah lemak je...)


Caranya amatlah mudah:
 
i)Sapukan sos spageti tadi di atas kepingan roti pita. Sapu elok-elok, jangan comot. Kemudian taburkan isi ayam yang telah dimasak enak tadi. Pastikan isi ayam tersebut telah sempurna berperisa kerana tiada lagi sebarang garam atau lada akan diletakkan.

 
ii) Taburkan sayuran dan juga keju di atas lapisan tadi. Siap untuk dibakar didalam ketuhar. Saya telah siap panaskan ketuhar dan bakar selama 10 minit sahaja.
 
 
 
Taraa.....dah pun siap. Potong dan boleh dihidangkan. Boleh jadi makan malam atau pun snek ringan untuk minuman petang.
 
 
Hmmm.... Tak susah sebenarnya untuk kita menyiapkan juadah dalam waktu yang singkat. Tapi kena pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia. Selalunya hujung minggu, saya telah mula menyiapkan perancangan menu untuk 5 hari berikutnya. Al-maklumlah....sekarang hari-hari dapur dirumah berasap. Pagi-pagi dengan bubur nasi untuk si Jari Halus. Petang pun sama, bubur atau puree untuk si Jari Halus dan makan malam ringkas untuk saya dan En. Suami. Sejujurnya saya harus mengakui, masakan barat menjadi pilihan saya kerana cara penyediaan yang lebih ringkas dan bahan yang juga tidak cerewet (hmmm...pada pandangan saya lah....).

**maaflah jika ada yang merasakan saya menyombongkan diri. Tidak mahu bercampur gaul lagi. Bukan begitu, dengan masa yang terhad, saya cuba menyusun hidup saya sekeluarga. Saya cuba memberi yang terbaik. Maka, adakalanya saya perlu mencicirkan sesuatu yang tidak mampu lagi saya kendong agar saya mampu menggendong apa yang saya ingin dalam hidup dengan lebih sempurna.... Kita takkan mampu memuaskan hati semua orang. Maka belajarlah untuk meletakkan diri sendiri dalam kasut orang lain, bukan sekadar renung-renung di celah kain sahaja!

Friday, September 30, 2011

Polka-dot!!

Salam Sabtu ye......

Ingat lagi tak pasal 'apam polka-dot' yang saya bagi tahu dalam entry sebelum ini??? Hmmm... Memang terasa menarik lagi tertarik tau.... Tadinya saja je menjamu mata di internet sekejap sambil berehat-rehat selepas dari pagi lagi memunggah barang-barang dalam bilik. Hmm... terasa sungguh manis je apam ni.... Adoiii...siapa pandai buat erk? Mula lah nak mencari pembekal bertauliah ni......


*tengok, very the sweet je warna dia kan......

Jika ada pembekal apam comel ni di sekitar Pulau Mutiara ni, sila-sila lah hubungi saya erk......:)

Haishh.... bukan takat fabrik je berkenan yang polka-dot, makanan pun dah mula nak jangkit polka-dot juga?????

Tuesday, August 9, 2011

Menu sahur....:)

Memasak, ikut resipi or ikut jari???


Saya, sebagai bujang belia di rumah sewa ni, haruslah dengan rela mengikut jari atau sedap tangan atau apa saja yang ada dalam peti....:)


Okay, mari saya perkenalkan menu sahur pada hari ini...... Fettucini in cream with peas:


Tak nampak lazat pun? Lazat la jugak untuk org yang macam saya ni...... super simple tetapi lazat. Sebenarnyakan, setiap kali nak buka puasa atau nak sahur, kepala otak ni mulalah memikir apa yang hendak dimasak. Sebenarnya di sekitar Penang ni bersepah bazar ramadhannya, tetapi sejak awal hari itu, baru 2kali rasanya saya jejak kaki ke bazar ramadhan.

Resipi rutin di rumah sewa; ayam kicap, sayur campur, ayam masak blackpepper, sup sayur, sup suun, udang masak sos, roti telor dengan kacang panggang..... Wahhh... Nama macam gah je, sebenarnya tak ada satu pun ikut resipi sebaliknya semuanya ikut sedap jari dan apa yang ada dalam peti. Jika dalam peti ada buah tomato, buat tomato tulah yang masuk dalam udang masak sos, atau ayam kicap tu....hehehehe. Sekarang tengah blur. Dah tak tahu nak masak apa, nak makan apa pun blur je...... sebab tu resipi pagi ini adalah PASTA!

*bila dah boring2 balik la makan kat rumah bonda yang berjenis sikit masakannya.... Menu kedai atau bazar ramadhan dah tak termasuk dalam senarai kerana tak berapa mampu diterima tekak..... sungguh sedey...:(

Sunday, July 10, 2011

Masak-memasak di hari Ahad

Hari yang panas sungguh, relanya saya melepak sepanjang hari di dalam rumah sahaja. Tetapi hari ini berusaha menjadi orang dapur yang berjaya juga...:). Pagi-pagi lagi saya dah masuk dapur menyediakan sarapanlah kononnya. Menu pagi, nasi goreng terkejut dengan sayur kailan goreng bersama cendawan shitake. Nyum2..... Sebenarnya, dah hampir 2 minggu saya agak kurang menitik beratkan soal diet ni.... Makanya sekarang kembali ber-diet-lah. Walaupun saya dah mula makan nasi, tetapi kuantitinya masih saya kawal dan saya kena lebihkan sayur-sayur dan buah.


Tengaharinya pula, saya masak ayam masam manis (lauk paling malas, goreng ayam, tumis bawang putih, tuang cili sos, masukkan air sikit, kacau, garam, gula, kemudian letak tomato yang dipotong, letakkan ayam yang digoreng tadi, letak bawang besar yang dihiris bulat dan kacau.....dah siap...). Hahahahaha.....

Tapi, seperti biasalah, masih juga ada sayur. Untuk sayur, saya buatkan sup sayur bersama cendawan enoki. Wahhh...peminat cendawan tau saya ni....hikhikhikhik. Saya ni kalau memasak, sayur memanglah pelik-pelik. Jenuh la bonda jadi tukang rasa. Okay, cendawan enoki ni juga dikenali sebagai cendawan straw. Bentuknya macam gambar kat bawah ni....:)


Cendawan ni sesuai je untuk dimasak secara goreng-goreng, rebus-rebus, malah campur ala-ala kerabu pun okay. Hari ini saya buat masak sup sayur je. Warna dan rupa, memanglah tak menarik langsung, tetapi rasanya sedap jugalah. Rasanya macammmmm....hmmm...macam... Dah tentulah macam cendawan, takkan rasanya macam durian, ye tak?


So, sambil lepak-lepak lepas makan tengahari, sempatlah juga mentelaah suratkhabar sebentar. Tiba-tiba mata tertarik dengan satu artikel; Ah! Wanita cantik hanya tambah stress. Menarik ni. Isi kandungan artikel lebih kurang begini:

Walau hanya 5 minit berduaan dengan wanita cantik sudah cukup untuk meningkatkat cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki. Keadaan ini sebenarnya boleh berlaku bila lelaki mula merasa wanita cantik tadi berada di luar jangkauannya.

Sebenarnya, maksud si penulis artikel ni, jika lelaki berasa perempuan yang disisinya terlalu cantik sehingga merasakan sukar untuk memiliki wanita itu, stres akan mula timbul. Sebab itulah jika lelaki yang memiliki isteri yang cantik kononnya akhirnya akan meninggalkan wanita tersebut kerana merasa terlalu stres..... Hahahahahaha...Boleh terima????? Saya tak setuju!Tak de kena-mengena langsung tau..... Ini hanyalah alasan! Sebenarnya memang sikap lelaki, tak pernah merasa puas dengan apa yang ada, atau kadang-kadang mahu sekadar mencuba, kemudian, terjebak.


*walau apa alasannya, wanita suka berhias, apatah lagi untuk suaminya yang tersayang.... Tetapi sang suami tu adakalanya lebih suka memandang yang bukan isteri berhias, sebaliknya isteri sendiri, biarlah ala kadar sahaja. Kenapa ya? Sebab, lelaki ni memang sukar amat difahami!

Saturday, July 2, 2011

...jalan, jalan....makan, makan......:)

Salam Ahad....:)

Sejuknya pagi ini bila hujan turun mencurah-curah sebaik sahaja mata celik pukul 6 pagi tadi. Malas sahaja mata ini untuk dibuka tetapi mengenangkan banyak agenda perlu langsung pada hari ini, bangun awal adalah keperluan!

Tidur semalam pun lena jugalah selepas kepenatan mengejar Tuan Puteri di sana-sini sekitar Queensbay Mall. Sebaik sahaja pulang dari kenduri, kami 3 bercucu terus sahaja pusing-pusing sekitar Bayan Baru untuk melangsaikan hutang-piutang, kemudiannya barulah sama-sama ke Queensbay pula. Kononnya hendak melihat-lihat sahaja. Sebaik sahaja sampai, tuan Puteri merungut lapar....layan sahaja la keinginan hati dia mahu makan KFC tu......:)


Nampak sangat la si Tuan Puteri ni makin comot, rambut tu ntah apa-apa sahaja jadinya...:)


Dah kenyang, mula la meragam berjalan sana-sini, berdiri atas kerusi, nak lompat-lompat macam di rumah....hmm...*sigh*

Kemudiannya, jalan-jalan ke JUSCO. Hasrat hati memang nak sambar juga 1, 2 benda. Tetapi bagai dikatalahkan...penat sangat rasanya. Mengejar Tuan Puteri tu ke sana-sini, dengan mata nak mencari barang lagi....:(. Nasib jugalah dapat apa yang dicari......Beg dan sandal....


Tapi kan....nama pun pergi dengan Puteri yang sangat bertuah ni, memang la payah. Siap paksa lagi saya beli bag warna merah tu, sandal tu pun kalau boleh warna merah juga. Terpaksalah saya pakat dengan si Promoter tu untuk tukar di kaunter nanti. Haisshhhh...sandal merah???? Aduss....... Tak sanggup la mama nak guna hari-hari sayang....:)


Hikhikhik, ini kasut untuk dinner. Bukan baru dibeli semalam, tetapi minggu lepas.....:)


Balik rumah, hari pun dah petang. Bila malam tiba, perut pun mula menyanyi lagu keroncong. Saya dan bonda mula termenung, apalah menu untuk malam ini. Maklumlah, siang tadi dah berlazat dengan menu nasi hujan panas+ayam masak merah+gulai daging+acar timun. Malam ini takkanlah nasi lagi????

Buka peti sejuk, saya menggunapakai apa sahaja yang bersisa di ruangan tu. Hasilnya..... Salad Telor (lazat tau.....ada kobis, carrot, capsicum dan tomato+bawang besar dengan telur rebus dari rumah kenduri yang di gaul bersama 'olive oil dressing' yang sangat simple dan diperah dengan lemon+sedikit sos thousand island sekadar hiasan!!). Sambil-sambil memotong sayuran untuk salad, saya panggangkan ayam dalam ketuhar.....wahhhhhh...so, yummy!



See...menu yang simple bangat, tapi habis licin bonda makan tau...... Salad tu dia kata sedap sebab ada rasa manis2 dan masam2 sikit.....

Tuan puteri bertuah pula kata: 'mama ni, macam chef la!'. Hikhikhikhik....

Kembang setaman saya semalam bila tuan puteri pun makan juga salad dengan ayam panggang tu...:)



~hmm...entah la....mana datang pula yang ini....masih terkejut dan tiada kata2....*sigh....

Sunday, June 5, 2011

Perjuanganku belum selesai......

...Saya berehat sebentar, setelah seharian menggentel kelopak mawar yang kuncup tu.......

Hehehehehe..... Jenuh tau..... Hari ini sehari-suntuk saya di rumah, keluar sebentar bersama Tuan Puteri Bertuah, beli stok riben untuk mengerjakan hantaran. Sambil tu dalam kepala tengah berangan-angan apa yang dibuat nanti. Rasa macam berkenan je nak buat macam tukan, maka bergulung-gulung la riben di beli. Sebenarnya, tadi riben kat kedai pun banyak yang dah habis stok. Korang ni kalau kawen pun tinggalkanlah sikit riben untuk saya....:(

Okay, Bila dah ada stok tu, saya mulakan aktiviti menggentel. Hasilnya seperti inilah:


Telekung yang digubah menjadi bentuk topi dan di letakkan dalam raga....


Close-up sikit...:)


Hantaran kasut.....


Perasan tak saya letakkan bunga riben dikeliling raga ni.... Berkenan sangat ngan design ni.... Bila dah buat, hahahahaha, baru tau...hazab tau...... Jenuh ku gentel....


Set Wangian....


Hahahaha...inilah budak yang rajin nak menolong tu..... Sungguh dia tolong kan????



Lauk tengah hari yang sempat disiapkan sambil menggentel....hehehehehehe.... Sayur Campur dan Ayam masak kicap dengan kucai.....

Ada lagi 2 set hantaran tak siap lagi..... Esok la sambung.... Tak larat menggentel dah ni...hukhukhukhuk. Perjuanganku belum selesai rupanya....

Saturday, May 21, 2011

Memasak di pagi Ahad...:)

Salam Ahad....

Bersiaran di pagi hari dengan bunyi bising jentolak depan rumah. Adoiii.... maka payah la nak keluar masuk ruamh sebab memang hari ini kerja-kerja pengorekan longkang tu betul-betul depan rumah. Nasib baiklah pagi-pagi lagi dah siap ke pasar dan beli barang-barang untuk makan tengah hari.

Hari ini pagi-pagi lagi dah kena bangun sebab bonda bising suruh buat sarapan. Ye lah, asyik quaker oat je bonda makan, mesti dia pun jemu. Maka menu hari ini adalah:


Apa itu????? Ayam Bercendawan di dalam Tortila hehehehehhe.... Resipinya boleh dibuat ala-ala kebab ritu, cumanya kali ni letak dalam tortila gandum pula (hari itu letak dalam roti pita kan???). Tortila tu saya bakar dulu atas kuali leper... Tapi yang ini tak berapalah sangat dietnya sebab saya ada letak sedikit sos 'thousand island'.

Okay, yang bawah ni pula gambar dua-tiga hari sudah. Bawa bekal perhi kerja tau sekarang. Hehehehehehe... Menunya, sayur campur dengan wantan. Wantan tu rebus dulu dalam sup kemudian baru masukkan dalam sayur campur goreng tu. JIka nak bawa kuah-kuah ke tempah kerja ni kan payah le pula. Kang tertumpah. Yang satu set lagi tu saya gorengkan saja sebab boleh bagi orang lain makan. Gigih tau, pukul 5.30 pagi bangun mengerjakan wantan ni.... Gembira bonda pagi tu ada sarapan untuk dia...:)


p/s: Terdengar khabar tentang tanah runtuh di Hulu Langat dan mangsa yang tertimbus adalah daripada rumah anak yatim Batu 14. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.....

Tuesday, May 17, 2011

Kebab untuk sarapan....:)

Selamat hari wesak...kepada pembaca yang menyambutnya. Kepada yang tak menyambut pun, tumpang gembira di hari cuti lah kan. Okay.... ini satu lagi menu diet saya. Semenjak dua menjak ni, rajinlah pula saya ke dapur. Bukan kerana saya nak mengasah bakat terendam atau apa... tetapi sebenarnyakan, niat di hati tu nak menurunkan berat badan. Makanya, pemakanan harus dijaga gitu... Bila nak dijaga, macam-macamlah yang lazat di kedai tu saya hanya dapat lihat saja. Contohnya nak sarapan pagi. Apa pilihan yang saya ada setiap hari di kantin tempat kerja???

'akak, roti bakar kosong, telur separuh masak sebiji'.

Itu saja tau... Larat pula nak menelan itu je hari-hari? Jika di kedai yang berhadapan dengan pejabat tu pula, dah biasa dan cukup faham dengan menu saya. Bihun sup, tetapi bihunnya sikit sahaja. Lebihkan bahan yang lain. Di kedai lain pun sama juga, makan tengah hari, nasinya bukan separuh, tetapi suku. Tetapi di usia yang seperti saya ni, memanglah sukar nak turun dengan jayanya. Tetapi alhamdulillah, sekarang nampaklah juga hasil penyusutannya.

Okay, bila cerita bab sarapan pagi yang dah boring tu, saya pun buatlah kebab ni. Tukar selera sikit.


Bahan-bahannya: Roti pita (beli yang gandumlah, jangan pula yang bercheese segala bagai tu...), dan untuk intinya; isi ayam, lada benggala, cendawan butang, lobak merah, bawang besar.


Cara masak: Roti pita tu silalah bakar dalam oven atau pun atau kuali pun boleh. Bakar je tanpa minyak (kan sihat tu....kuikuikuikui). Sediakan kuali, masukkan sikit minyak zaiton. Masukkan ayam, sedikit kicap soya, cili sos, black pepper sos, kacau goreng kemudiannya masukkan cendawan.... Biarkan mereneh seketika. Kemudiannya baru masukkan lobak merah, kemudian lada benggala dan akhir sekali bawang. Taburkan garam dan sedikit gula dan siap. Taraaa...

Kemudiannya, silalah masukkan inti tu dalam roti pita tu, letakkan cili sos tambahan. Jika orang tak berdiet tu boleh je letakkan mayonis bagi lagi sedap. Jika nak sedap lagikan, gunalah daging burger tu hah.... memang lazat (tapi saya tak boleh, dah tak diet namanya tu...ini pun ayamnya seciput, sayurnya lebih yaa.....)


Siap untuk bawa bekal semalam. Saya dua, bonda dua..... Andai suka??? Silalah cuba. Saya masak simple-simple je. Jika sedap dan lazat sangat, memang tak jadi diet tu....hehehehehehehe. Rasanya taklah lazat sangat pun, tetapi boleh la ditelan selain dari quaker oat tu jee...hukhukhukhuk

Saturday, May 7, 2011

...Meh dengar cerita hari SABTU semalam...:)

Salam Ahad ya semua.....Selamat Hari Ibu untuk pembaca-pembaca yang bergelar ibu, termasuklah diri saya sendiri...ghegheghegheghe....

Hmm....dah lama rasanya tak menulis. Sibuk bekerjalah katakan. Tapi tak lah sibuk macam Perdana Menteri yang kena pergi sampai ke stesyen radio bagai tu. Berhari-hari dirumah sewa, makanya bila balik ke rumah bonda tu banyaklah kerjaannya pula. Sambil-sambil mengerjakan apa yang patut sempatlah saya buat ayam 'grill' yang paling simple dalam abad ini...kehkehkehkeh....


Bahan-bahannya:

Ayam (dah tentulahkan...), minyak zaiton, kicap soya, black paper sauce, garam n gula, sedikit basil, halia+bawang besar+bawang putih (dipotong dadu, tapi halia tu jangan dadu le pulak...), sayur-sayuran (saya letak carrot, ubi kentang dan bunga kobis...).

Cara-caranya:

Masukkan dalam bekas, letakkan ayam...gaulkan semua.....yeahhh....senang je kan... pastu letak dalam bekas yang bersesuaian dan bakarlah di dalam oven pada selama lebih kurang 30minit. Taraaa....dah pun siap....

Dah siap tu, boleh la pindahkan letak dalam bekas lawa-lawa.... Hiaskan apa yang patutlah (saya malas nak hias sebab dah tak sempat), boleh dicicah dengan sos cili, sos lada hitam atau pun boleh buat sos lain... Apa yang sesuailah....:)


Guna minyak zaiton, dibakar je cam ni.... Boleh le orang yang diet ni nak makan....

Lepas makan tengah hari tu, saya pun siap-siap dengan kadar segera sebab ada dating dengan kawan di QBay. Nak tengok wayang kan.... Asalnya nak tengok cerita Thor, tapi dah penuh tinggal seat depan sekali je. Last sekali decide tengoklah cerita 'Red Riding Hood' ni. Kiranya tak lah terasa hampa bila tengok cerita ni. Berbaloilah juga dengan penat lelah beratur panjang, kemudiannya biasalah hari Sabtukan....


Okay...ceritanya lebih kurang gini le.... Pasal percintaan antara si Valerie dengan Peter si pemotong kayu dan mereka ni tinggal di kampung yang terpencil. Di kampung ni sering di serang oleh serigala jadian, jadinya setiap kali bulan mengambang, penduduk kampung akan mengorbankan ternakan terbaik mereka. Kira macam perjanjian gitu. Tetapi kali ni, serigala jadian tu dah mengorbankan manusia pula iaitu kakak Valerie ni lah. Bila dah jadi peristiwa tu, mulalah serigala jadian tu diburu. Masa itulah datangnya si Pemburu Serigala Jadian iaitu Father Solomon. Kononnya hendak membantu tetapi makin mewujudkan suasana yang runcing di situ. Cewahh....

Sebenarnya, cerita ni agak slow jugalah, tapi kemas jalan ceritanya. Tersusun rapi kata orang. Masa mula-mula tengok tu saya dah teka-teka siapa sebenarnya serigala jadian. Kejap-kejap tengok, nampak macam neneknya. Memang bukti-bukti banyak menjurus ke arah neneknya. Tetapi mungkin juga PETER, si kekasihnya. Mungkin juga lepas tu si HENRY, orang yang si Valerie terpaksa bertunang tu. Rupa-rupanya, memang tak disangka.... Hmmm... tu baru suspend betul. Hehehehehehehe....

Tapi saya suka jalan cerita, cara cerita tu diolah dan yang pasti dalam cerita tu pemandangannya memang cantiklah... Kira sesuailah dengan cerita dongeng cam tu.... Tapi lain orang lain taste kan.... Mungkin bagi sesetengah orang cerita ini agak berat pastu slow. Tapi yang agak kelakar kira yang last part tu lah.... boleh pula ye si Serigala Jadian jadi jinak erk???? Ye la, sebab serigala jadian tu asalnya manusia... so, nalurinya masih manusia... bila manusiawinya dapat mengimbangi kebinatangannya, maka jinaklah dia...baiklah dia....:)

Masa balik tu kan.... barulah saya perasan.... Aduhai..... Road tax keta dah arwah rupanya... hukhukhukhuk. Maka segeralah saya pulang tanpa berjalan-jalan ke sana-sini. Dah tu guna jalan yang paling kurang kemungkinan ada sekatan pula tu.


Tengok betul-betul; 4 Mei 2011 ye... semalam dah 7 Mei 2011. Nasib baik tak de sekatan, jika tidak mau menyengih saya kat situ..... alahaaiii....

Saturday, October 16, 2010

Out of Topic: Mama Nuriel memasak???

Okay, dah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Bukan sengaja hendak diamkan diri tetapi mungkin kesibukan saya membataskan tugas-tugas mengemaskini. Memandangkan saya telah diberi portfolio yang baru di pejabat, mungkin saya ada sedikit lebihan masa untuk diri sendiri.

Hari ini pun agak 'out-of-topic'. Saya nak berkongsi sedikit resipi yang mudah. Sesekali saya turun ke dapur, masak untuk diri sendiri.....apa yang saya masak? Kerabu Su'un. Nak resipinya? Jom lihat ini:

Bahan-bahannya:

Su'un
Daging ayam
Tomato
Daun Ketumbar
Serai
Bawang besar
Limau/lemon
Sedikit minyak
Garam dan sedikit gula


Cara-caranya:

1) Celur su'un hingga lembut dan toskan. Letak tepi.
2) Potong tomato ikut kesesuaian (boleh didadukan jika mahu), daun ketumbar juga dipotong kasar, serai dipotong nipis-nipis, bawang besar dipotong nipis. Masukkan semua bahan termasuk su'un dalam satu mangkuk yang besar untuk memudahkan proses menggaul nanti.
3) Daging ayam dipotong nipis atau dadu, letakkan garam dan sedikit gula gaul rata.
4) Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam tadi sehingga masak dan kemudian tuangkan semuanya dalam mangkuk besar tadi.
5) Perah limau/lemon, masukkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
6) Hidangkan



Hmm...berapa sukatan untuk bahan-bahan? Itu memang saya lomah betui... Saya memasak ikut berat tangan. Tak ada sebarang resipi atau sukatan yang khusus. Dan perasan atau tidak, saya tak sebut tentang sebarang serbuk perisa? Kami sekeluarga memang tak menggemari serbuk perisa. Jika ada yang berminat, boleh letakkan ikut sukatan sendiri ya. Jika ingin pedas, potong cili padi nipis-nipis dan gaulkan sekali. Hmm...lazat sebab ada rasa masam-masam dan pedas sekali. Sesekali saya akan padankan resipi ini dengan ikan talang masin yang saya potong nipis-nipis dan gorengkan garing seperti ayam tadi dan digaul bersama su'un dan lain-lain bahan. Pun lazat juga. Orang nak berdiet, boleh cuba resipi ini, kurangkan sedikit minyak sewaktu menggoreng atau tukarkan kepada minyak zaitun yang lebih sihat.

Okay, selamat mencuba. Mudah dan sihat.