Followers

Showing posts with label wedding gift. Show all posts
Showing posts with label wedding gift. Show all posts

Friday, July 18, 2014

TQ Tag

Salam semua....

Sesekali menjengah ke blog, saya akan tersenyum sendirian. Untuk tahun 2014, baru satu post yang saya buat. Itu pun untuk bulan Julai.... Hmmmm...lamanya bercutikan. Apa boleh buat komplikasi mengandung tempohari benar2 membataskan segala....

Seorang teman pernah mengharapkan agar saya terus berkarya di Petals Patch. Ya....saya takkan pernah berhenti berkarya. Buktinya? Pasti akan saya buat apa yg terdaya walau hanya sekadar mengambil tempahan untuk TQ Tag.... ;)

**malah jika terlalu ingin berkarya tetapi tidak punya masa, hidangan keluarga pun bisa jadi karyanya....:)

Monday, July 1, 2013

Telekung Ekslusif untuk Hari Raya


Salam semua.....

Saya sibuk! Tapi saya masih bersemangat untuk berniaga! Hahahaha...alhamdulillah, jualan agak memberangsangkan. Sebenarnya kesibukan saya melayan kedua orang tua, kedua puteri dan En. Suami yang sedang keuzuran, agak membataskan pergerakan saya. Akan tetapi, saya tidak dapat menafikan, perniagaan bidan terjun saya kali ini agak menghiburkan hati saya yang agak kegundahan kebelakangan ini....:)

Produk terkini dalam tangan adalah, telekung dari Vietnam. Ukurannya besar dan kainnya sememangnya berkualiti tinggi. Sehinggakan, stok yang saya ambil belum pun sempat di snap gambarnya, terus di-snap orang. Hanya ada 2 stok dalam tangan sahaja yang saya sempat curik-curik ambil gambarnya. 



Yang ini contoh telekung dengan bunga sulam dan bunga tempek 12 kuntum.Cantik dan ringkas sahaja sulamannya. Harga jualan cuma RM55.00



Yang ini pula contoh telekung dengan sulaman dan bunga tempek 50 kuntum serta kerawang tebuk. Cantik dan eksklusif  serta sesuai untuk diberi sebagai hadiah atau pun hantaran. Harga jualan hanyalah RM85.00

Sayang, tak semua telekung saya sempat ambil gambar. Ambil stok hari Jumaat, hari Sabtu pamer, alih-alih tinggal dua. Itu pun orang dah booking... Stok akan tiba lagi Jumaat ini, makanya jika ada yang berminat, boleh maklum kepada saya. Harga murah-murah..... Betul ke murah??? Jika orang Penang, boleh sahaja berkunjung ke Bazar di Chowrasta, tengok harga jualan untuk telekung Vietnam dengan bunga tempek 12 tu berapa harganya.....:)

**business, business juga. Drama layan juga... Hehehe...esok episod akhir drama bersiri Teduhan Kasih, jangan lupa tonton tau.... 

Thursday, June 27, 2013

Butang baju melayu berkotak baldu.....:)

 Salam semua..... 

Sekarang sudah hampir penghujung bulan Jun. Kedatangan Ramadhan itu kian hampir. Kebanyakan daripada kita yang sudah bekeluarga pastinya sudah mula mencongak-congak perbelanjaan untuk menyambut Syawal biarpun belum menunaikan ibadah puasa...:)

Jika orang lain sibuk memilih kain baju untuk dipakai suami dan anak-anak, kuih raya dan segala aneka kudapan untuk menghias meja tetamu, saya pula sibuk mengira stok, membuat inventori dan mencongak untung rugi.... Haishhh.... habis tu, bila lah nak beli segala kelengkapan??? Tak mengapa, kami sekeluarga ala kadar sahaja. Sekadar apa yang ada.... Stok terkini yang baru tiba tadi dah tentunya....:


Hehehe.....butang baju melayu jeee...... 

Cantik sangat tau butang baju melayu ni... Masa saya nak tag harga tadi, terjuling-juling mata saya. Setiap pek datang bersekali dengan kotak baldu. Saya jual murah-murah saja, sekotak RM20.00. Sesiapa yang berminat boleh bagitahu saya erk...:). Set ini, jika nak digunakan sebagai hantaran perkahwinan pun cantik. 


Stok yang mula melambak dirumah....

Haishhh...tak cukup tudung, saya ambil kerongsang. Sekarang ambil butang baju melayu pula, esok akan tiba set telekung pula..... Lama-lama En. Suami saya pun pening tengok isterinya kesana-sini. Hahahaha.... 

**sedap je dengar En. Suami mengeroh ketika ini...terasa seperti nak mengeroh sekali je....hukhukhuk

Saturday, December 11, 2010

At last!!!! I got it...hehehehe....:)

Hmmm....I got it!!!! At last.....hahahaha. Apa bendalah yang dapat tu????? Toing3......

Sebenarnya tiada apa yang penting. Cumanya seronok sebab dah dapat balik momentum bagi kerja-kerja kerastangan saya ini. Walau pun tidak begitu puas hati dengan hasilnya tetapi saya suka jugalah...:)

Entah kenapa la akhir-akhir ini mood saya jadi 'down' sahaja. Begitu banyak beban kerja di pejabat, ditambah pula keterpaksaan melayani kerenah pihak-pihak yang memang tak berkuasa langsung saya nak melayan walau pun kena layan juga dan adalah peristiwa mengong yang telah melanda jiwa baru-baru ini. Tetapi, alhamdulillah, I'm moving forward. Tak mau benda-benda tidak penting mengganggu-gugat cita-cita dan impian saya......cewahhh......hidup, adalah sebagaimana yang anda tentukan.....


A holder and coaster set of 4. Guna kombinasi printed cotton bercorak barang-barang dapur dan polka-dot yang bewarna merah hati.....


Esok layan yang ini pula ye.......isk3, nape mata ni asyik polka dot, kombinasikan dengan checkered. Sesuai tak????? toing3.......:)


Thursday, November 25, 2010

Couple Pillow saya akan bertukar tangan.....

'Place mat and coaster boxed set' saya tidak jadi diambil oleh seseorang sebaliknya dia berminat pula dengan 'couple pillow-The Patch Block' sebagai hadiah di hari perkahwinan kawannya. Ada permintaan tambahan iaitu penambahan butang di bahagian belakang dan sedikit tanda ingatan di 'couple pillow' tu. Makanya tadi sambil menonton, saya pun menyiapkanlah tempahan ini sebab esok tuan yang empunya dah nak ambil ya......:)


'Friendship 4ever:zura'. Maaf ya, kena handstich saja sebab pillow ni readymade item.

Taraaa... Siap untuk dibawa dan beerti 'couple pillow' saya ini akan bertukar tanganlah nanti, siap sedia sahaja di dalam bag ini. Paperbag ni saya bagi percuma sempena promosi sehingga 1 Jan 2010. Harap-harapnya yang menerima gift ini nanti suka dan gembira.

Wedding set gift saya pun dah tinggal 1 item sahaja lagi. Tak sempat nak tambah stok....hmmm....Harap hari Sabtu dan Ahad ni sempatlah saya tambahkan stok apa yang patut...huhuhu. Itu hanya harapan...rasa macam tak dapat je, sebab kena kerja.....waaa...sedih rasa hati. Tadinya saya baru terbaca di beberapa blog kisah pasal curi-curi tempek gambar hasil kerja tangan orang dan juga kisah belian online yang tidak jujur. Sedih jugalah, sebagai seorang crafter yang bergiat di laman maya ini, sedikit sebanyak dah tentu akan terasa dengan senario ini. Saya ingat lagi, jika nak elakkan kan orang mencuri gambar di blog kita, letakkan watermark (yang saya sendiri pun agak jahil bab ini) atau pun ada code html yang tertentu. Saya pernah baca di satu blog tu, tajuknya klu tak salah: 'Jangan curi gambar saya!!', lebih kurang begitulah. Nanti saya kena cari balik ni, bukan apa, buat persediaan di masa hadapan...hehehehe.

Akhir kata, craft anda, penat anda, orang lain, jangan ambil!!!! Pada kes tipah tertipu semasa membeli secara online tu pula, memangnya kita berisiko kerana jarak pemisah antara kita, cubalah cari pembekal atau penjual yang di rekemenkan oleh kawan-kawan yang pernah membeli sahaja. Lebih selamat begini....:). Harap semua peniaga/pembekal di laman maya akan lebih telus dalam urusan perniagaan...barulah maju dan jaya, INSYAALLAH...:)

Wednesday, November 24, 2010

Saya bungkus...:)

Malam ini tiada apa pun yang saya kerjakan sebenarnya. Saya hanya sempat mengemas ruang kerja saya sedikit dan disamping itu, saya membuat pembungkusan untuk 'Sweet Roses' saya. Siap bungkus, saya letakkan asing di dalam kotak kecil. Bukan apa, nanti jika nak guna, saya boleh terus kilik kotak tu saja....:). Maklumat lanjut mengenai 'sweet roses' ini boleh klik sini ya...Sekali tengok, macam bungkus candy pun ada ni...:)


Tadi siang pun ada yang bertanyakan mengenai 'wedding gift' set iaitu 'place mat and coaster boxed set'. Makanya tadi saya pun memperkemaskan ikatan reben sebelum esoknya saya bawa ke pejabat. Untuk sepanjang bulan November dan Disember ini, kotak yang disertakan adalah percuma. Maka ramailah pula yang membeli. Saya tak sempat nak tambah stok. Harap hujung minggu ini saya bolehlah buat kerja-kerja penambahan stok...:)


Makanya, sekarang nak zzZZZZ...:)

Friday, November 19, 2010

Buttercream and strawberry for her day....:)

How should I describe today? It's gloomy. Hmm...should I just stay at home?

But, today is my best friend wedding. Attendance is a must (as her told me early this morning...). After waiting for so long, at last she decided to get married and end-up her single status. Therefore, last night I've complete another set of place mat and coasters for her. As a gift from me to add a sweetness in her new days coming. Again, I'm using the pink and brown medallion printed cotton combined with polka-dot in cream. The cream and pink, hopefully it can be as sweet as butter-cream and strawberry for her day.



Then, I've made my own greeting card. Only a simple design using combination of cream color fancy card, polka-dot ribbon in pink and a love shape from scrap magazine. Another simple thing for her....:)


The L.O.V.E is ticking on her wedding day. Wish it will last forever....:)

* Add


The bride and her comment through sms: 'Cantik gift hang....Kalau hang tak kerja pun tak pa, buat benda ni ja....'

Hmmm...:)

Wednesday, November 10, 2010

Morning Roses in the Garden

Hii... Nothing much to say this morning. New product still in the making. Anyway, wake-up early and have a morning walk around the house and found the roses at our small garden blooming. Smell sweet and fresh. Today is my dear friend's birthday. So, I'm dedicate this sweet blooming rose petals for him. Happy birthday....wish u all the best in your life...



Last but not least, SALE on wedding gift item is still available at Petals Patch Gallery. If interested to know further, please have a visit here.


Thank you....have a nice Thursday. Friday is coming......:)

Thursday, November 4, 2010

Next project....:)

Okay.... Projek yang akan saya siapkan esok adalah......Set 'Place Mat' yang sikit lagi akan siap. Kerja-kerja menjahit tidak diteruskan pada malam ini kerana saya pun telah mengantuk-mengantuk ayam..... hehehehe...


Fabrik ni saya beli dari Lovemealot, baru terima tadi....saya dah siap menggunting-gunting, tinggal nak iron dan jahit je....:)

Tadi pagi sempat juga saya jumpa Zila dan kipnap stok untuk buat handle ni. Jadi esok kerja saya adalah mengukur semula stok handle tersebut dan buat ukuran. Minggu depan kena bagi Zila balik....hehehehehe

Jadi, esok saya akan sambung menjahit......maka selarang saya perlu zasssssssss....dah ngantuk daaaa.....:)

Wednesday, November 3, 2010

The Patch Block-Couple Pillow

Hari ini hari Rabu, esok hari Khamis........Yeah!!! Khamis datang jua..... bersiap sedia untuk cuti panjang? Tak lah panjang sangat sebenarnya tetapi 3 hari tu macam-macam boleh saya buat. Sebenar-benarnya saya tak ada mood untuk sebarang kerja-kerja pejabat.

Okay, apa bonda la yang saya buat pula hari ini. Ini adalah 'wedding gift' yang telah pun saya siapkan dengan jayanya, yang akan saya mula up-load di Galeri Petals Patch nanti pada hujung minggu ini. Saya namakan sebagai 'The Patch Block-Couple Pillow'.



Saya gunakan printed cotton bercorak polka-dot serta bunga ros digabungkan dengan fabrik cotton bewarna coklat gelap. Saya hiaskan sedikit dengan riben comel dan 'label ribbon' bertulis: Selamat Pengantin Baru. Jadi, kesimpulannya, bantal comel ini hanyalah sesuai untuk dijadikan 'wedding gift' sahaja. Pada yang rasa-rasanya hendak mengetahui lebih lanjut mengenai bantal comel ini, hujung minggu ini silalah jenguk ke galeri saya.....:)


Ada 2 order belum siap......wahhh....ada banyak lagi yang perlu dibuat. Saya nak penuhkan galeri saya semula, stok yang lama akan mula dikurangkan lagi di dalam galeri termasuklah juga barangan contoh yang saya dah buat. So, macam mana? Nak kena buat lelongan awam ke? Hehehehe....

Sunday, October 31, 2010

Things to be up-dated soon.....

Okay...the weekend will be away in just few minutes. Nothing much can be done in a day time. Spending some time updating my blog, face-booking and blog-walking to do some online shopping and finished up some pending creation, soo many thing to be done since I'm coming back from KL.

Don't you remember the couple pillow I've made as a 'wedding give'? If not, please have a look here. Now, I'm started to produce more couple pillow for my gallery. Since the school holiday is just around the corner, many invitation to the wedding ceremony has reaching our postbox. If you are facing the problem on what you should bring along as a gift to the ceremony, please have a visit on my little gallery by end of this week. A lot of thing going to be up-dated. At a glance, here is some of the item will be up-dated:


The couple pillow- I named it as Midnight coz it really dark with a little red heart together with lace and tiny red button.


Place mat- The Green Day. It come in a set of four pieces. Can be used to add a custom touch to the kitchen.


As usual, little thing always make me happy. The parcel from Giffy has reach my door few days ago while i was in KL. It full of button and ribbon that I will use for my next project.


My Little Princess with her Mama's Little Girl Bottle Holder.


The princess with granny...at Grand Season entrance.


Till meet again. Happy 'Monday' everyone....:)

Monday, April 19, 2010

wedding gift-couple pillow



malas tulis bebanyak.....not in d' mode...

apa2 pun saya happy sangat sebab siapkan this wedding gift dan saya namakan set ini sebagai couple pillow......layan jew la.....zassss