Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Apa pun tak sempat

 Apa pun tak sempat..... tetapi bab si Jari Halus melawa pasti saya takkan lepaskan...Terkadang tu masih juga sempat saya menyiapkan dua tiga hiasan kepala untuk si Jari Halus melawa... dan apa yang pastinya, semua pink!! Tak percaya, tengok ni...:)



Entah kenapa, bila dapat je 'baby girl' apa saja yang dibeli atau dibuat, pasti ada juga warna pink tu. Selalunya di usia begini, si anak tu tak pandai memilih, tetapi si ibu yang ter-over dengan warna kan??

**Saya sekarang mula meragui erti berkongsi; perlu berkongsi segala atau hanya perlu separuh-separuh atau tak payah kongsi langsung!! Apa yang pasti, kongsi atau tidak, saya dah mula menyampah!!

Friday, February 1, 2013

Jom Tengok Drama:Hanya Padamu

Ehem2.....Assalam semua.... 

Saya kembali menulis setelah sekian lama. Bukan kembali nampak gayanya, tetapi hanya curi2 menulis...... Bukan kerana saya sudah jemu atau bosan menulis, bukan juga kerana saya dah kekeringan idea untuk berkarya samada menulis atau membuat kerastangan...akan tetapi kehidupan saya buat masa ini masih belum stabil sepenuhnya. Masih terkial-kial rasanya cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga kembali. Tetapi itu bukanlah tajuk utama coret2 ringkas saya pada hari ini, akan tetapi saya sekadar ingin berkongsi cerita.

Setiap hujung minggu, saya selalu nantikan drama Hanya Padamu. Siapa suka drama ni???? Sebenarnya malas nak mengikuti kisah drama bersiri ni.... Macam ketagih tau, tetapi saya benar2 merasa terpanggil untuk menonton drama ini. Entah la kenapa.... Dengar khabarnya drama ini ada dalam 13 siri macam tu... Makanya tidaklah lama sangat, almaklumlah drama ni hanya sekali seminggu je. Drama ni macam ada unsur2 suspen sikit, misteri sikit... Pelakonnya pula hasil gabungan Beto, Nazeera dengan Zahiril. Meh la menonton bersama drama ni nanti ye.....:)

*Sebenarnyakan....bila tengok pelakon tu kan..... betul2 buatkan saya teringat dengan seseorang....(",)

Saturday, July 7, 2012

Jom tengok wayang: ICE AGE 4

Salam Ahad ya semua....

Minggu ni tiada aktiviti yang best...Biasa-biasa sahaja. Tetapi rasanya minggu depan macam nak bawa Tuan Puteri Bertuah menonton wayang. Cerita apa erk??? Cerita; ICE AGE 4:CONTINENTAL DRIFT...



Rasa macam best tak cerita tu? Tapi jika tak silap, Movie ni akan mula bersiaran di pawagam pada 12 Julai nanti.... Kemudian ada sesetengah panggung akan ada dalam bentuk 3D pulak tu. Tak pe, minggu depan, kita pergi tengok, JOM!

Thursday, May 31, 2012

Jom tengok wayang;Piranha 3DD la konon....

Assalam... 
Hari ini hari Jumaat. Semalam saya dan En. Suami sengaja bersantai minda di panggung wayang. Hajat hati nak menonton cerita 'Snow white & Huntsman'. Tetapi apakan daya, hajat tak sampai.... panggung penuh, tinggal seat yang hadapan dan tepi. Maka saya merelakanlah diri menonton movie yang lain.

 Macam best je kan movie Snow white ni...:)

Cerita selanjutnya yang menjadi pilihan En. Suami, 'Piranha 3DD'. Memang dari rumah lagi asyik di sebut-sebut movie ini. Maka dengan rela hatinya saya mengikut sahaja.....
Macam best je la ceritanya mula-mula. Tambah pula dengan 3D kononnya.... Nampaklah air dan buih-buih bagaikan di depan mata. Sampai di pertengahan cerita, mulalah dalam kepala; 'mengarut dah cerita ni...'. Sampai di penghujungnya, sah-sah mengarut punya cerita!!!

Secara kesimpulannya, ceritanya tak berbaloi dengan harga tiket yang perlu dibayar. Agak sayang bagi saya kita membayar satu harga yang tinggi hanya untuk melihat cerita yang agak santai dan merapu. Apa yang dipersembahkan kepada kita adalah tentang kebebasan anak muda, gurauan berbentuk 'sex' dan malah ketika puncak cerita iaitu di mana saat ikan piranha menyerang pun, aksi yang diberi penekanan adalah aksi wanita dengan 'buah dada' yang besar sedang berlari menyelamatkan diri. Hmm...kan 3D, amboiii....bukan main jelas lagilah....:(

Ceritanya ada moral yang tersendiri, iaitu jangan cari jalan mudah untuk kaya dan orang yang suka menipu akan mendapat balasan. Akan tetapi penggarapan jalan ceritanya haruslah lebih realistik, lancar dan lebih menekankan moral yang sepatutnya. 

**hmm...keterbatasan dalam menulis kerana melayan tangan yang bengkak akibat di'ketik' lebah... Seumur usia, inilah pertama kali merasa. Sakit sungguh ya rupanya....T_T

Sunday, December 4, 2011

Cerita Ombak Rindu.....:)


Siapa kat sini dah pergi tengok cerita OMBAK RINDU??? Sila angkat keyboard....:)

Hmm... dalam banyak-banyak kerja, dalam pening-pening kepala, dalam keletihan rasa macam tak boleh buka mata, masih juga semangat pergi tengok wayang. Bakal En. Awak telah dipaksa rela untuk datang dari jauh-jauh semata-mata kerana perlu melayan kerenah bakal isteri yang jiwang sangat.

Terus-terang saya katakan, cerita ni benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang wanita. Kisahnya berkenaan seorang gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya, di beli oleh seorang lelaki untuk dijadikan perempuan simpanan. Gadis kampung tu Izzah lakonan Maya Karin. Lelaki tu hero pujaan malaya sekarang ni lah Aaron Aziz, dalam cerita ni dikenali sebagai Hariz. Izzah telah merayu agar Hariz mengahwininya agar mereka dapat bergaul dengan cara yang halal. Dan mereka pun berkahwin. Biasalah, rasa cinta pasti akan wujud lepas tu bila Izzah tu nampak sempurna dan membahagiakan. Tapi, kemudiannya Hariz perlu berkahwin mengikut kehendak keluarga pula. Calon isterinya adalah Mila lakonan Lisa Surihani. bagaimana akhirnya Hariz harus jua berkahwin dengan Mila sedangkan dalam hatinya sayang dan cintakan Izzah. Bagaimana emosi Izzah bila dia mula menyedari kasih yang wujud pada Hariz terlalu dalam. Bagaimana deritanya Izzah bila dipaksa berpisah, difitnah dan segala rahsia mula terbongkar selepas itu. Haisshh... stop dulu.... tak payah ceritalah...:)

Jika dilihatkan dari segi pemegang watak tu, rasanya Maya Karin kurang sesuai sebagai watak gadis kampung yang naif. Walaubagaimana pun, masih juga dia berjaya hidupkan watak tu dengan baik. Pendokong watak sokongan yang lain seperti Azizah Mahzan pun dilihat berjaya dan sesuai la sangat.....:)

Sebenarnyakan.. ramai yang kata cerita ini tidak digarap sebaik di dalam novel. Ya, mungkin betul. Cerita melayu selalunya terikat dengan durasi masa yang singkat. Oleh itu, banyak plot yang tertinggal atau kelihatan tergantung atau pun penjelasan yang samar. Tetapi bagi saya untuk cerita ni, plotnya masih tersusun dan pengarah banyak bermain dengan emosi dan sejujurnya sebagai wanita, hati saya memang tercuit, mudah pula mengalirkan airmata. Sebab cerita ini masih baru di panggung, saya pun tak mahu cerita-ceriti pasal cerita tu lagi. Biarlah orang-orang yang berminat memenuhi panggung je nanti. Tapi kan.... jika hendak menonton cerita ni, saya nasihatkan pergilah bersama rakan-rakan wanita. Barulah boleh bersup-sap dengan jayanya. Jika pergi dengan lelaki tu (samada En. Tunang atau En. Suami) pastikan individu tersebut punya jiwa romantis. Agar anda tidak diketawakan oleh mereka-mereka bila anda mula melelehkan airmata.

Serius, benda yang perlu di bawa sewaktu tengok cerita ni:

i) Teman yang amat memahami;
ii) Tisu yang sekotak.

'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!'

**bila diri kita wanita, pernah pula lalui perit rasa seperti watak dalam cerita, sure airmata tu lagi mudah meleleh. Tapi, bakal En. Awak, siap boleh tido lagi! Sungguh tak romantik kan? Cheh! Tapi okaylah juga, dengan rela dia melayan segala kerenah saya hari ini termasuk over-over banjir dalam panggung...gheghegheghe

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie (Dah Tengok????)

Salam Sabtu.....

Wahh...bersiaran di pagi Sabtu yang dingin sebab hujan turun renyai-renyai. Okay, tak ada cerita apa yang best pun, cuma nak kongsi sikit ni mengenai movie yang sedang hangat di pasaran. Siapa dah pergi menonton NUR KASIH???? Saya yang angkat tangan, sebab saya dah pergi. Barisan pelakon yang sama seperti dalam drama bersiri dulu tu, cuma ada watak-watak baru seperti anak-anak Aidil dan juga watak ketika Nur, Adam dan Aidil dah tua serta lain-lain watak pendokong yang lain.

Bila orang katakan yang bila pergi menonton kena bawa tisu, saya kena akui di awal cerita memang plot ceritanya banyak yang menyentuh perasaan. Tentang kehilangan, kesunyian jiwa tu dapat kita selami terutamanya untuk manusia macam saya yang memang sensitif lagi sentap apatah lagi pernah berada dalam situasi yang sama. Kehilangan orang yang kita cintai. Masa ada flashback tu, dialog antara anak dan ayah (antara Aidil dan anaknya) tu memang betul-betul menyentuh hati. Tapi bila sampai dipertengahan cerita tu, saya mula lihat jalan ceritanya semakin mendatar. Terlalu banyak kebetulan dan logikanya tak dapat saya cari disitu. Betullah bila kita ni orang yang beriman, Allah akan sentiasa bantu, akan ada jalan penyelesaiannya, hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang akan terjadi untuk setiap hambanya, maka hambanya hanya perlu berusaha. Cuma cara ia disampaikan tidak terkesan bagi saya. Sebenarnya apa yang saya nampak adalah plot drama yang panjang di pendekkan ke dalam bentuk movie berdurasi 1 jam 34 minit. Jadi, banyak yang masih tergantung, terlalu banyak flashback yang menjadikan jalan cerita tidak lancar dan berkecamuk dan yang paling penting penamat cerita yang tidak lancar. Apa pun bagi saya movie arahan Khabir Bhatia ini cantik! Menampilkan barisan pelakon yang mantap dan berlatarbelakangkan panorama indah bumi Malaysia, Jordan dan Arab Saudi. Subhanallah...memang cantik. Cumanya saya masih katakan plot penceritaannya tergantung kerana terperangkap dalam tempoh yang terlalu pendek. Mungkin pengarah sendiri tidak mahu penonton berada terlalu lama di dalam panggung menonton movie ni....

Apa-apa pun, Lagu Tema untuk movie ni memang saya suka...haishhh...kalau jiwang tu jiwang jugalah....:)

~ Hmmmm....Datuk Rahim Razali sebagai Aidil di zaman tuanya tu macam tak sesuai. Suara latar pun menggunakan suara Datuk Rahim Razali juga, agaknya suara Datuk macam sesuai untuk cerita berunsur epik atau pun sebenarnya saya masih terkesan dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi sesungguh, banyak pengajaran yang boleh diambil dari jalan cerita ini...unsur keagamaan, kekeluargaan dan segala yang positif ada tetapi itulah plot kisah yang panjang sepanjang hayat tu terlalu dipendekkan sehingga tergantung sebahagiannya, penonton kenalah pandai buat kesimpulan sendiri atau penelitian sendiri.



Lirik Bertemu Cinta – Mila (Ost Nur Kasih)

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya


Saturday, May 7, 2011

...Meh dengar cerita hari SABTU semalam...:)

Salam Ahad ya semua.....Selamat Hari Ibu untuk pembaca-pembaca yang bergelar ibu, termasuklah diri saya sendiri...ghegheghegheghe....

Hmm....dah lama rasanya tak menulis. Sibuk bekerjalah katakan. Tapi tak lah sibuk macam Perdana Menteri yang kena pergi sampai ke stesyen radio bagai tu. Berhari-hari dirumah sewa, makanya bila balik ke rumah bonda tu banyaklah kerjaannya pula. Sambil-sambil mengerjakan apa yang patut sempatlah saya buat ayam 'grill' yang paling simple dalam abad ini...kehkehkehkeh....


Bahan-bahannya:

Ayam (dah tentulahkan...), minyak zaiton, kicap soya, black paper sauce, garam n gula, sedikit basil, halia+bawang besar+bawang putih (dipotong dadu, tapi halia tu jangan dadu le pulak...), sayur-sayuran (saya letak carrot, ubi kentang dan bunga kobis...).

Cara-caranya:

Masukkan dalam bekas, letakkan ayam...gaulkan semua.....yeahhh....senang je kan... pastu letak dalam bekas yang bersesuaian dan bakarlah di dalam oven pada selama lebih kurang 30minit. Taraaa....dah pun siap....

Dah siap tu, boleh la pindahkan letak dalam bekas lawa-lawa.... Hiaskan apa yang patutlah (saya malas nak hias sebab dah tak sempat), boleh dicicah dengan sos cili, sos lada hitam atau pun boleh buat sos lain... Apa yang sesuailah....:)


Guna minyak zaiton, dibakar je cam ni.... Boleh le orang yang diet ni nak makan....

Lepas makan tengah hari tu, saya pun siap-siap dengan kadar segera sebab ada dating dengan kawan di QBay. Nak tengok wayang kan.... Asalnya nak tengok cerita Thor, tapi dah penuh tinggal seat depan sekali je. Last sekali decide tengoklah cerita 'Red Riding Hood' ni. Kiranya tak lah terasa hampa bila tengok cerita ni. Berbaloilah juga dengan penat lelah beratur panjang, kemudiannya biasalah hari Sabtukan....


Okay...ceritanya lebih kurang gini le.... Pasal percintaan antara si Valerie dengan Peter si pemotong kayu dan mereka ni tinggal di kampung yang terpencil. Di kampung ni sering di serang oleh serigala jadian, jadinya setiap kali bulan mengambang, penduduk kampung akan mengorbankan ternakan terbaik mereka. Kira macam perjanjian gitu. Tetapi kali ni, serigala jadian tu dah mengorbankan manusia pula iaitu kakak Valerie ni lah. Bila dah jadi peristiwa tu, mulalah serigala jadian tu diburu. Masa itulah datangnya si Pemburu Serigala Jadian iaitu Father Solomon. Kononnya hendak membantu tetapi makin mewujudkan suasana yang runcing di situ. Cewahh....

Sebenarnya, cerita ni agak slow jugalah, tapi kemas jalan ceritanya. Tersusun rapi kata orang. Masa mula-mula tengok tu saya dah teka-teka siapa sebenarnya serigala jadian. Kejap-kejap tengok, nampak macam neneknya. Memang bukti-bukti banyak menjurus ke arah neneknya. Tetapi mungkin juga PETER, si kekasihnya. Mungkin juga lepas tu si HENRY, orang yang si Valerie terpaksa bertunang tu. Rupa-rupanya, memang tak disangka.... Hmmm... tu baru suspend betul. Hehehehehehehe....

Tapi saya suka jalan cerita, cara cerita tu diolah dan yang pasti dalam cerita tu pemandangannya memang cantiklah... Kira sesuailah dengan cerita dongeng cam tu.... Tapi lain orang lain taste kan.... Mungkin bagi sesetengah orang cerita ini agak berat pastu slow. Tapi yang agak kelakar kira yang last part tu lah.... boleh pula ye si Serigala Jadian jadi jinak erk???? Ye la, sebab serigala jadian tu asalnya manusia... so, nalurinya masih manusia... bila manusiawinya dapat mengimbangi kebinatangannya, maka jinaklah dia...baiklah dia....:)

Masa balik tu kan.... barulah saya perasan.... Aduhai..... Road tax keta dah arwah rupanya... hukhukhukhuk. Maka segeralah saya pulang tanpa berjalan-jalan ke sana-sini. Dah tu guna jalan yang paling kurang kemungkinan ada sekatan pula tu.


Tengok betul-betul; 4 Mei 2011 ye... semalam dah 7 Mei 2011. Nasib baik tak de sekatan, jika tidak mau menyengih saya kat situ..... alahaaiii....