Followers

Showing posts with label pouch. Show all posts
Showing posts with label pouch. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Midnight roses-simple hp pouch

Bunga mawar kembang pagi ke malam? Bunga-bunga dah tentulah kembang waktu pagi. Tapikan..... bunga ni kan...kembang je memalam.....:)


Sebenarnya order dari customer je lorrr.... satu lagi HP pouch yang serba simple..... guna fabrik printted cotton bercorak bunga mawar dengan berlatang belakangkan warna hitam.... kira macam malam la gitu...;)


Gunakan riben comel bercorak bunga-bunga dengan warna pastel dan saya hiaskan dengan butang bulat dari tempurung kelapa ni......:)

(tapi boleh si Puteri Bertuah tu kata; 'tak cantik la mama, butang dia macam FISHERMAN FRIEND la....')

Tapi....yang ini mawar betul2 punya....yang kembang mekar waktu pagi tadi.....dalam hujan2 gitu....... wangi lagi tau.... Harap ada lah yang sudi terima...... Saya bagi untuk dia ni....:)


Sunday, August 14, 2011

Kisah hari ini........:)

...kaki agak lenguh-lenguh....

Almaklumlah, demam masih jua belum kebah, hidung masih jua meleleh tak kira masa... Tapi, tadi dah pergi shopping di pasaraya...hehehehehe

Nak tahu satu cerita?? Cewahhh...macam nak bergossip je caranya.... Hokay, ini bukan kisah saya jumpa dengan Apex berjalan berpimpinan tangan dengan wanita pun.... Cerita tentang seorang manusia yang ntah siapa2 di mesin ATM CIMB, Kompleks Bukit Jambul!!!.Saya ni tadi selepas Zohor pergilah ke tempat yang saya sebutkan tadi untuk mengeluarkan saki-baki duit untuk bershopping (al-maklumlah juga, gaji belum lagi...). Hairan hati saya, kenapalah di mesin ATM CIMB ni panjang beno barisannya, sedangkan di ATM Maybank atau yang lain-lain paling tinggi pun 3 org. Maka saya pun busybody lah skit jeling2 tengok ke sebelah, sebab kebetulannya, mesin ATM CIMB dan Maybank hanya terletak bersebelahan. Rupanya ini ceritanya; ada seorang minah yang pada pengamatan saya bukan tempatan dan berkemungkinan adalah Myanmar sedang mengeluarkan duit. Tiba2:

dia: Tolong, tolong.... (sambil dia menggamit si lelaki Bangladesh dibelakangnya)

lelaki: Kenapa?


dia: Tak boleh... (sambil tunjuk2 jari kat screen)

lelaki: Berapa mau keluar (kemudiannya si perempuan tadi tunjuk lima dengan tangan, kira 500 kot dan lelaki menekan2 button kat situ)

lelaki: Tak boleh.... (dia kemudiannya membatalkan transaksi dan membuat lagi sekali dan lagi sekali dan lagi sekali... dan selepas bosan menunggu, lelaki Bangladesh tersebut menolongnya lagi sekali, tetapi kali ini dia buat pemeriksaan baki dulu....)

lelaki: Mana boleh....duit ada 400, tak boleh keluar 500....

Korang boleh rasa tak betapa bengangnya org yang beratur panjang di belakang tu bila dengan kenyataan tersebut???... Tapi, yang sangat pahitnya lagi.... dia masih mencuba 2,3 kali lagi selepas itu.... Samada dia baru pertama kali menggunakan mesin ATM atau dia rasa duit dalam akaun dia ada lebih lagi dari apa yang dia jangka.... Hadooiiii.......

Okay...lupakan gosip tadi. Pengajarannya, sila ukur baju dibadan sendiri, jika duit ada 10 sen jangan dok gatal2 nak keluarkan 20 sen.. hehehehe. Tadinya juga saya gunting-gunting fabrik lagi untuk buatkan satu lagi simple pouch. Hmmm.... HPnya macam blackberry tu, tapi jenama NOKIA. Apa modelnya saya tak pasti.... Main taram je....tak tahu la muat ke tak....


Tuan yang empunya kata mahukan warna pink dan putih.... Boleh yang ini???? Fabrik linen tau dikk.... akak suka sangat linen nih..... (tapi kena guna juga, klu tak, stok tak abis...tak de alasan nak beli baru....hehehehehehe)


Bahagian belakangnya saya hiaskan dengan coconut shell button.... Haishh...memang simple sangat... dah tuannya kata tak nak serabut2...


Dalamnya warna pink juga...tetapi guna printed cotton biasa...:)


*hmm....kalau tak muat??? Simpan lah masuk koleksi.......hehehehehe.....


Happy polka pouch

Status:..masih demam....

Tapi, tangan masih godek-godek bersama Cik Nina. Bukan apa, dalam kepala tu fikir macam-macam nak kena buat. Adoiiii.....

Apa yang saya buat tadi? Hmm.... ada yang order pouch untuk bawa facial cotton masa travel. Hmm.... so, pagi tadi saya mengerjakan templatenya la....


Terhasil la, 'happy polka pouch'. Satu bertali, satu lagi menggunakan flex. Roses yang bewarna hijau saya gunakan fabrik printed cotton sepenuhnya, Love pula saya gunakan gabungan printed cotton dan juga linen....:)



Bahan-bahan mentahnya...:)


Nantinya macam inilah..... Boleh la muat facial cotton tu untuk stok seminggu......:)

*Guna untuk isi duit syiling pergi bazar ramadhan pun sesuai tau....hehehehehe....

Monday, July 25, 2011

Entry terkejut:Camera pouch(tak de nama)

Salam.....

Dah lama saya tak buat entry. Sebabnya, banyak agenda yang cuba dipenuhi sebelum tibanya Ramadhan. Selain daripada itu, dalam hati pun ada macam-macam. Tak berapa enjoy bila nak menulis....hmmm...entahla....

Anyway, saya masih tak lupakan kerastangan saya. Masih dan masih dan masih menghasilkan kerastangan yang sememangnya keras. Contohnya yang macam nilah.....:


Camera Pouch untuk kawan saya ni. Hikhikhikhik...cameranya tak ada, saya main agak-agak dan ambil gambar tu gunalah camera cap ayam saya sebagai model....hikhikhik


Nampak keras je kan....hikhikhik...tak pe lah....nanti saya lembutkanlah.... Bonda pun dah mula sound dah ni, 'hoiiiii...mulalah jahit baju anak, raya dah dekat.....'. Wah...sebulan ni sempat ke tak ni, banak benda nak berkerastangan:

1) Baju nuriel (2 helai)
2) Tudung meja
3) Apron set untuk Aida
4) Ada lagi.... cepat, check order...:)

Hai...dalam-dalam tu, ada pulak orang tu nak suruh jahit langsir untuk umah dia. Dah nak beristeri, sila suruh bakal isteri la jahit..... Boleh pula suruh kita yang tak best ni jahit kan....huhuhuhu...tak nak jahit!

Thursday, July 21, 2011

HP Pouch yang simple

Sekarang saya jarang-jarang mempamerkan hasil kerastangan saya kan? Hmmm.... Sebabnya, saya rasakan hasil kerastangan saya kebelakangan ini agak keras. Tetapi saya masih juga gigih menjahit kerana saya tidak mahu jari-jemari saya turut keras atau Cik Nina merajuk pula.

Okay, dengan itu, saya mempamerkan salah satu hasil kerastangan saya yang memang keras pun iaitu HP Pouch. Simple sungguh dengan fabrik 'printed cotton' yang comel berlatarbelakangkan hitam dan bercorak 'Pots & Flower' ini.


Bahagian dalamnya saya gunakan fabrik 'printed cotton' juga dengan corak belang-belang merah putih dan untuk tali pula saya gunakan 'printed cotton' juga dari corak yang lain tetapi warna yang sama dengan fbrik bahagian dalam. Saya hiaskan hujung tali tersebut dengan butang bentuk bunga bewarna pink.


See....keras sungguhkan hasil kerastangan saya kebelakangan ni...huhuhuhu....tapi si penggunanya suka.... Dia LIKE, katanya...hehehehehe

Sunday, May 22, 2011

Polka Blue Hp Pouch untuk sepupuku......:)

Seharian di rumah sahaja, memang berehat sakanlah dari segala aktiviti. Nak kemana pun tak dapat sebab aktiviti mengorek longkang aktif di depan rumah, bonda dok sibuk-sibuk jadi 'Engineer' tak bergaji. Maklumlah, dia risau jengkaut tu kaut sekali dengan pokok-pokok yang berderet depan rumah ni. Jadinya saya pun menghabiskan masa dengan rehat, menonton TV dan ber-FB dengan jayanya.

Eh, ingat lagi tak tak saya pernah buat entry pasal sepupu saya minta dibuatkan HP pouch untuk dia??? (tak ingat sila rujuk sini). Lepas tu kan tak jadi....hahahahahahha... Terkecil la pula. Maklumlah masa tu jiwa kacau bangat. Sekarang dah okay ke???? Okay lah, walau tak okay pun saya akan okaykan juga. Benda dah lepas dan berlalu. Sakit tu masih terasa tetapi kita kena ke depan kan??? Baru-baru ni bonda pulang ke kampung, sekali sepupu saya membuat penuntutan. Erk!!! Ingatkan dia tak nak lagi dah. Rupanya masih mahu...hehehehehehe. Maka hari ini saya buatkan ya.....


Saya gunakan fabrik linen bercorak polka dot warna biru. Saya suka fabrik ni sebenarnya. Walau pun nampak macam kusam, tapi entah la, saya suka. Untuk Tengok lebih lanjut mengenai pouch ni, sila la jengah ke galeri.

~ Ermmm....ada lagi tak sesiapa yang masih saya terlupa nak siapkan order sewaktu saya lupa daratan akibat patah hati hari tu???? Jika ada boleh buat penuntutan kat saya ye.... Dan insyaallah saya akan buatkan juga untuk dia, khas dan special lagi. Gheghegheghe....

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

...tu la pasal cenggini jadinya....:)

Sunday, March 13, 2011

Doroyan dah berbunge.....:)

Hey kome, doroyan dah bebunge.....:)

Masih saya ingat muka Os masa nyanyikan lagu tu. Memang menghiburkanlah. Tadinya sengajalah saya menjenguk ke belakang rumah, wah....lebat sungguh kali ini. Ye lah, kebetulan tahun ini dia berbunga masa musim hujan renyai-renyai. Tahun lepas, masa baru nak berbunga tu musim kemarau sangat, kemudian masa dia kembang, hujan lebat sangat lah pula. Hasilnya lekatlah 15 biji, kongsi dengan En. Tupai lagi, dapatlah kot jiran tetangga merasa sebiji dua.


Selalunya, jika lekat banyak pun, kami sekeluarga akan sedekahkan sahaja kepada jiran tetangga, sahabat handai. Maka, tak lah rasa kecewa bila tak jadi, cumanya kesian juga bila kawan-kawan bertanya ada stok buah durian tak??? Jawapannya; Tiada... Doakan tahun ini menjadi ya.... Boleh kongsi makan ramai-ramai.


Sebut pasal bunga durian ni teringat dekat Rizal lagi. Al-kisahnya masa tu kami baru je pindah balik dari Shah Alam. Okay...Rizal memang penggemar durian. Jadi bila sahaja pokok durian yang best ada belakang rumah dah tentulah si Rizal ni dengan bangganya menanti ia berbuah. Satu petang yang hening;


Rizal: Mama, cuba mama tengok pokok durian tu. Nape batang dia tumbuh kulat????

Bonda: Mana kulatnya??? (sambil tertenang-tenanglah bonda ku yang agak-agak rabun matanya)


Rizal: Tu, cuba tengok kat dahan dia tu....ada kulat putih-putih...(sambil jari menunjuk ke arah salah satu dahan..)


Bonda: La...hang Rizal....tak kenai bunga durian ka???!!!!!


kehkehkehkehkeh.....


Begitulah perbualan antara menantu dengan mak mertua pada petang itu. Memang kelakar. Dia penggemar durian, tapi bunga durian pun tak kenal. Sebabnya, pokok durian tak ditanam di bandar Ipoh ye.... Dia tengok buah durian yang siap dijual. Kampung opah pun banyak pokok kelapa je.....hehehehhee


Sebelum kembang, bunga durian berwarna kehijauan. Kira masa berputik gitulah. Kemudiannya dia kembang bewarna putih gading gitu....baunya harum je.....kiranya semerbaklah kalau lalu kot jalan tu. Tapi tahun ini juga nak di jadikan cerita, di pokok yang sama bukan lagi bunga durian sahaja yang berkembang maju... tetapi juga sebiji sarang tebuan juga. Jika di panggil En. Bomba, mau terbakar satu pokok dikerjakan. Makanya ayahanda mengambil pendekatan untuk melastik beberapa biji kerang ke dalam sarang tebuan tu. Dengan doa dan harapan, En. tebuan dan kroninya akan segera berpindah kerana rumah mereka dah busuk dek kerang yang dah mati tu....


Status terkini: Kaki bonda telah lunyai dikerjakan nyamuk sewaktu menolong menyuluh dimalam buta. Kerang hampir sekilo dah surut. Piung pi, piung mai....sebijik pun tak masuk dalam sarang tebuan....hahahahaha. Hari Selasa malam, En. Kesatria Baja Hitam akan datang untuk tolong melastik. Hehehehe...terima kasih ya atas kesudian anda untuk membantu. Nanti saya belanja.....:)

Tadinya pula, sepupu saya datang bertandang ke rumah. Kemudiannya minta saya siapkan satu beg untuk HPnya yang dilengkapi dengan tali panjang. Alahai....saya ni kan tengah tak berapa stabil, memang malas nak menjahit, sebab dah tahu tak berapa nak menjadi. Tapi sebab dia nak juga, saya gagahkan diri tadi gunting-gunting, jahit-jahit.... siaplah....



Tapinya.......waaaaa.... terkecik la pulok.....hukhukhukhuk...Kan dah cakap, lagi tak stabil jangan dok gatal2 nak gunting-gunting.....:(

Hmmm.... I'm thinking of something......:)

Saturday, January 22, 2011

Posting di petang Ahad yang panas.....:)

Hey!...It's Sunday...

Macamlah orang lain tak tahu kan....:). Bukan apa, saja je nak nampak seronok. Sebab esok dah tak seronok lagi. Esok dah kerja. Kena pergi kerja, kena buat kerja, macam-macam hal kerja dan ntah apa-apa lagilah pasal kerja.

Hari ini panas sangat. Seronok betul bila kita menjemur kain di ampaian masa ini kan. Terasa macam garing je. Pastu bau dia.....hmmm..... Adakalanya bau-bauan ni boleh datangkan mood untuk kita. Antara bau-bauan yang saya suka adalah seperti bau rumput atau tanah selepas hujan, bau jalan tar lepas hujan tu pun best juga.... atau pun bau kain yang baru diangkat dari ampaian sewaktu panas garing macam ni, atau pun bau kek yang baru dibakar garing dikeluarkan dari ketuhar, wahhh...sangat mengiurkan, membuatkan saya teringin nak menikmati teh lemon ketika itu. Cesss....balik-balik pasal makanan jugakan??? Manalah tak kecik...:)

Semalam saya terbaca di FB seorang rakan blogger; Zila Kassim. Dia ada tulis di blog beliau dan di FB pun dia ada tulis juga tentang cerita dia dikutuk bagai nak rak oleh seorang rakan blogger yang lain. Saya ni bukan nak turut campur dalam cerita beliau ni, akan tetapi sebagai seorang blogger yang masih muda lagi dalam dunia blog ni turut merasa tak berapa senanglah dengan tindakan hamba allah tu. Ye lah, blog kita, jadi kita punya sukalah nak tulis apa kan? Tapi, dalam hidup ni biarlah beretika sikit. Tapi terpulanglah kepada pendirian masing-masing.

Kadang-kadang bila kita buat posting, bukan main lagi seronok sampai kita tak ingat kita menyentuh sensitiviti orang lain. Atau pun kita mungkin akan memberi kesan terhadap blog orang lain pula. Melalui blog kita dapat mengekspoitasikan satu kaedah bersosial serta memanipulasi peluang yang ada, serta menjalinkan hubungan sosial dengan cara yang lebih sihat. Adakalanya bila kita menggunakan posting orang lain sebagai rujukan, mungkin lebih baik kita letakkan link kepada entry yang asal. Tujuannya supaya kita lebih menghormati kepada penulis asal atau pun kita akan lebih memudahkan orang jika ingin merujuk semula kepada entry yang asal. Tapi untuk blog yang mengutuk Cik Zila Kassim kita tu tak perlulah rasanya saya letakkan link kat sini. Sebabnya saya tak setuju dengan cara dia memberi komen dan ulasan terhadap rakan blogger yang lain. Bukan apa, adakalanya tak perlulah nak letak nama, nak merendah-rendahkan orang atau sebagainya. Jika kita tak setuju, mungkin kita boleh menegur dengan cara yang lebih berhemah. Tengok dalam TV, mana ada orang letak iklan, belilah sabun Mandibersih keluaran Busasegar (contoh le....) kerana ia lebih murah jika dibandingkan dengan Sabun FAB buku. Mesti kena saman tau....... Dia mesti letak sabun X atau XYZ atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Tetapi, setakat yang saya tahu, sepanjang saya berurusan dengan Zila Kassim, tak pernah lah bermasalah. Harga mahal tu biasalah, benda kita tak dapat buat sendirikan atau pun yang nak dibandingkan dengan yang dibeli sendiri oleh diri sendiri.....Zila pun mestilah kena ambil sedikit keuntungan untuk barangan yang dia dah dahulukan pembeliannya. Itu baru dinamakan perniagaan. Di harap sangatlah Zila dapat bersabar dan tak perlulah rasanya melayan kerenah orang yang macam ni kan. Bila dah tahu salah, tetapi masih nak bermegah kesalahan tu, maka kita biarkan sahajalah. Dia masih baru, dan belum faham sepenuhnya adat dalam dunia blogger yang kecik ni. Bukan ramai sangat pun blogger yang terlibat dalam dunia kraft ni, maka seharusnya kita hendaklah saling menyokong. Barulah dunia kraft ni makin berkembang dan maju (pendapat saya je lah....orang lain, saya tak tahulah....)


Okay...dihari yang panas terik ini, saya siapkan satu lagi pouch. Kali ini 'double zipped'. Kira ada 2 ruangan yang berbeza. Bahagian dalamnya ada satu lagi poket berzip. Nak tahu lebih lanjut, silalah jenguk ke galeri saya ye....:). Saya pun ada lagi tempahan yang perlu disiapkan....harap-harap saya juga tabah dalam menyiapkan tempahan. Bukan apa, kalau mood tak okay, sure hasilnya hampeh.......jadi bila berkarya ni jiwa kena tenang dan seronok....tak boleh stress......Harap Allah bagi saya kekuatan untuk apa saja yang sedang saya kerjakan ini ya....:)

Sunday, January 9, 2011

Make-up & lunch pouch

Hmm.....hari minggu ini sahajalah saya berkesempatan hendak meng-update blog yang semakin bersawang ini. Ini pun saya sibuk up-date pada pukul 2 pagi ya...... Mata ala2 mengantuk tetapi sebab hati ni sayang nak tinggalkan blog ini bersawang lama-lama.

Okay....hari ini saya menyiapkan hiasan pada 'make-up pouch' saya yang sememangnya dah lama saya siapkan itu. Dan juga saya siapkan satu lagi 'lunch pouch'. 'Lunch Pouch'???? Apa tu??? Saya namakan lunch pouch sebab orang boleh isi handphone dan duit sikit-sikit dalam pouch ni untuk keluar pi lunch terutamanya orang yang tak suka bawa handbag masa lunch....:)



Inilah 'lunch pouch' saya yang berwarna pink terang ini. Maklumat lanjut mengenai pouch ini silalah jenguk ke galeri saya ye....:)


Siap berbaris ya......warna yang terang seperti zaman kanak-kanak yang riang. Saya suka sangat fabrik ini. Tapi memang kena habiskan juga sebab nak beli yang baru...kan3.....:). Lanjut mengenai pouch ni pun kena ke galeri saya juga ya....


Waaaa....ini yang paling sedey tau.......jarum ku patah.....nasib baik tak kena jari tau. Kalau tidak memang sah la MC esok..... Tapi tak MC la pun sebab tak kena kan.....hukhukhukhuk


Tutorial - Little Rose

Masih ingat lagi tak 'Little Rose Handbag' yang saya buatkan untuk bonda? Hmm....klu tak ingat boleh la rujuk sini ya....:)

Okay....hari ini saya nak kongsi cara-cara saya buat little rose yang tertempek macam di bag bonda tu ye....Simple sangat dan rasanya semua orang boleh buat. Bahan-bahannya pun sikit je:

*Fabrik (yang telah dipotong menjadi bentuk bulat-kali ini saya gunakan fabrik dari jenis linen, fabrik cotton pun boleh guna)

*Bunga rose

*Sedikit manik

*Benang dan jarum le.....:)

Simple je kan? Hmmm.....fabrik yang dipotong bulat tu silalah ikut sesedap rasa. Jika anda nakkan bunga yang besar, boleh buat bulat yang bersaiz besar dan jika hendak berlapis-lapis pun boleh juga. Untuk Tutorial kali ini, saya gunakan yang simple sahaja, 5 Kelopak, tetapi kalau kena gaya buatnya jadi macam berkelopak-kelopaklah. Sebab itu fabrik yang sesuai adalah cotton dan linen. Cara-cara nak membuatnya pula:


Ini bahan-bahannya ya.....:)


Sila lipat dua


Kemudian lipat lagi 2 (kira lipat empat laaa......)


Dah lipat dapat la bentuk ala2 segitiga macam ini dan jahitkan bucunya ya....


Lipat semuanya dan jahit....


Kemudian sila cantumkan kelopak-kelopak tersebut...


Jahitkan pada bag atau baju atau apa2 yang anda suka. Kemudiannya jahitkan manik rose dan manik-manik lain jika mahu.


Taddaaa.....dah siap pun....Simple je kan????

Ini contoh-contoh lain yang dah saya siapkan sebelum ini. Hmm....macam-macam warna ada. Sekarang saya memang suka memborong rose ni....nak buat apa banyak-banyak pun saya tak tahu...tapi dah berkenan, saya beli je la...hehehehehe...:)

Selain dari hiasan di bag atau baju, sesuai juga untuk diletakkan sebagai hiasan sepit rambut ke, cekak rambut ke....atau pun dijadikan brooch ke.....hmm...sesuai je la.....

Selamat mencuba ya...;)

Saturday, December 18, 2010

Polka Pink Pouch

Sukanya saya tengok warna pink ni....tak ada apa yang menarik pun dengan pouch ini....cuma warnanya memang terang dan corak fabriknya polka dan di gabungkan dengan checkered....:)


Sesekali saya tgk macam simple sangatlah pula designnyakan? Hmmm.....


Double zipped...luar dan dalam ada satu lagi poket dengan zip....:)


Perinciannya....hmmm....simple sungguh rasanya....:)

Saturday, November 6, 2010

THE SIMPLE HP POUCH - How to?

Selamat tengah malam. Waktu saya membuat entry ini, jam telah menunjukkan waktu 1.55 pagi. Tetapi tak mengapa mungkin waktu inilah saya rasa agak mudah dan idea mula datang. Okay, masih ingat lagi dengan HP pouch saya yang ringkas tu? Jika dah lupa, silalah rujuk sini dan sini. Tadinya saya buatkan satu lagi, untuk bondaku juga.


Ringkas sajakan HP pouch saya tu? Disebabkan ringkas dan mudah saja nak buatnya, maka saya nak berkongsi cara membuatnya. Barang-barang yang diperlukan pun tidaklah banyak iaitu:

1) 2 corak printed cotton (jika nak menggunakan fabrik yang sama untuk luar dan dalam, boleh guna satu corak saja. Fabrik seperti cotton linen pun sesuai)

2) Interfacing

3) Ribbon (Sekiranya hendak menggunakan Bias Tape pun boleh juga)

4) Butang

Alahai..... sikit je kan barang yang nak guna? Dah tu tak bagi ukuran plak tu. Begini, untuk HP pouch jenis ini, amatlah digalakkan untuk HP yang 'slim and sleek'. Ukuran pouch adalah mengikut HP anda dan biarlah betul-betul 'fit' dengan HP tersebut. Kenapa ya? Sebabnya, pouch ini tidak saya buatkan sebarang cover, dibutangkan atau segala yang seangkatan dengannya. Jika tidak 'fit' alamatnya mudah la pula terkeluar nanti.


Mula-mula, silalah ambil ukuran HP anda. Ini saya menggunakan ukuran HP Tok Timah yang lama. Telefon ini agak tebal dan saya ada lebihkan sikit ukuran sewaktu menggunting. Saya menggalakkanlah sangat untuk anda membuat template, bukan membuat ukuran terus ke atas fabrik. Kan sayang fabrik lawa tu nanti jika tersalah ambil ukuran.


Kemudiannya, barulah tekapkan template tadi ke atas fabrik dan lukis ikut template tadi. Selepas itu, sila guntingkan mengikut bentuk tadi dengan meninggalkan sekurang-kurangnya ...5mm di sekeliling dan 10mm untuk bahagian atas. Gunting 2 keping.


Kemudian lagi, sila tekapkan fabrik pertama tadi di atas fabrik kedua untuk mendapatkan ukuran yang sama. Potong ya......2 keping juga.


Begitu juga dengan interfacing. Sama betul-betul ya.


Selepas itu, silalah menyeterikakan interfacing tersebut kepada fabrik untuk bahagian luar. boleh juga jika interfacing diletakkan pada fabrik luar dan dalam, tetapi sila gunakan interfacing yang lebih nipis bagi mengelakkan kesukaran membuat mengalihkan fabrik tu nanti.


Cantumkan kedua-dua fabrik luar dan dalam, bahagian yang salah di luar dan betul di dalam. Pin kan.


Jahitkan bahagian atas (10mm). Dan ulang langkah yang sama untuk set yang satu lagi.


Kemudian seterika bahagian tersebut dan lipatkan ke bahagian yang betul seperti gambar seterusnya.


Potonglah riben ikut saiz HP anda. Beginilah rupanya, riben tu kena 2 kali ganda dari ketinggian HP anda. Seperti yang anda nampak, kena ada 2 set gini ye......


Letakkan di tengah-tengah fabrik (set untuk hadapan) dan jahitkan ribbon tersebut.


Kemudian letakkan kedua-dua set tersebut dengan bahagian dalam di luar dan bahagian luar di dalam. Silalah lihat gambar tu hah...dan jahitkan sekeliling kecualai bahagian atas yang merupakan bukaan untuk pouch.




Sudah jahit? Bolehla kalihkan.


Opsss....tadinya terlupa nak bagi tahu, untuk set bahagian belakang pouch, sila tandakan bukaan untuk ribbon dan buatkan lubangnya sebelum proses mencantum tadi. Boleh menggunakan kaedah lubang butang gitu atau pun jahitkan insang pari di sekeliling lubang itu untuk menambahkan nilai estetikanya. Selepas proses mencantum tadi, silalah keluarkan ribbon menerusi bukaan yang telah dibuat tersebut.


Kemudiannya, silalah jahitkan butang sebagai hiasan. Bukan sahaja hiasa, tetapi butang ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ribbon tersebut terkeluar dari bukaan tersebut dan memudahkan penggunaan pouch tersebut nanti.


Dan siaplah........Mudah bukan? Sekejap saja boleh siap. Sekiranya mahu, bolehla menjahit applique atau sulaman atau sebagainya. Tetapi bagi saya, pemilihan fabrik yang comel sudah memadai untuk HP pouch serba ringkas begini.

Okay, harap dapatlah memahami penerangan saya yang serba ringkas dibantu dengan gambar yang sempat saya snap. Cuba ya nanti.....

Hmm.... Saya ada buatkan SALE di galeri saya. Sila-silalah menjenguk sini nanti ya.....:). Adalagi item yang akan saya up-date dalam masa terdekat. Hmmm.... malam ini tak sempat.

Wednesday, November 3, 2010

New HP Pouch?????

Tak adilkan Tok Timah je ada baju HP yang baru? Ayat yang penuh kedengkian. Okay, tadi sambil-sambil menonton CSI sempat jugalah tangan ni menggunting-gunting, menyeterika dan menjahit.


Taddaaa......hasilnya, satu lagi pouch HP yang serba ringkas. Kali ini saya menggunakan fabrik cotton linen yang ada gambar 'rabbit' yang comel. Bahagian dalamnya, printed cotton dengan corak bunga ros kecil-kecil. Pouch ini belum sempat basuh lagi dah saya sarungkan. Sebab tu, kalau perasan, masih ada line bewarna kebiru-biruan di atas pouch tu. Tak apalahkan, nanti hilanglah...... Yang penting, saya pun dah ada pouch HP yang baru, walau pun HPnya tetap yang lama.


Khamis sudah datang........hmm.....mata pun dah ngantuk.....kena tido, esok kena jumpa Zila.....daaaa.....