Followers

Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Soping bila dah gaji......:)

Kaki ni, masih lagi sengal-sengal. Kepenatan mengejar Tuan Puteri di Queensbay semalam pun belum habis lagi. Akan tetapi bila memandangkan dapur yang kian surut segala stok, maka menggagahkan juga diri untuk bershopping. Satu troli penuh la juga menggangkut stok untuk dua minggu ni. Barang Tuan Puteri tu saja dah separuh, susu nasib baik dah shopping awal-awal lagi. Jika tidak, lagi penuh la jawabnya.....:)


Okay...ini kami, sebelum pergi.... Tudung polka-dot yang baru dibeli dan dirasmikan dengan jayanya. Masa beli tudung ni, saya tak terfikir pula nak kenakan dengan baju ni. Baju ni pula sebenarnya saya beli pada tahun 2006, jika tak silaplah. Beli dan simpan sahaja dalam almari dan kemudiannya dah jadi sarung nangka, maka saya simpan sahaja. Kemudiannya, baru-baru ini terfikir untuk keluarkan dan pakai. Hari ini kira hari perasmiannya.... Sesuai pula dengan tudung tu.... Saya beli tudung tu dari sini Radiusite. Jika berkenan, boleh klik kat link tu ye....:) .... http://www.radiusite.com/


Hehehehe...kena duduk dalam troli je la, kalau tak, boleh hilang kawalan rasanya dengan gelagat dia....


Syoknya dia main snap2... Haishh....



Masa balik, singgah makan di Leomag, waffle dan aiskrim.



Balik je rumah, terus saya kerjakan mee sedap ni..... Teringin nak makan tu dah lama.... Mengalahkan orang mengidam anak sulung...hehehehehehe.... sedap kan????

Saturday, July 2, 2011

...jalan, jalan....makan, makan......:)

Salam Ahad....:)

Sejuknya pagi ini bila hujan turun mencurah-curah sebaik sahaja mata celik pukul 6 pagi tadi. Malas sahaja mata ini untuk dibuka tetapi mengenangkan banyak agenda perlu langsung pada hari ini, bangun awal adalah keperluan!

Tidur semalam pun lena jugalah selepas kepenatan mengejar Tuan Puteri di sana-sini sekitar Queensbay Mall. Sebaik sahaja pulang dari kenduri, kami 3 bercucu terus sahaja pusing-pusing sekitar Bayan Baru untuk melangsaikan hutang-piutang, kemudiannya barulah sama-sama ke Queensbay pula. Kononnya hendak melihat-lihat sahaja. Sebaik sahaja sampai, tuan Puteri merungut lapar....layan sahaja la keinginan hati dia mahu makan KFC tu......:)


Nampak sangat la si Tuan Puteri ni makin comot, rambut tu ntah apa-apa sahaja jadinya...:)


Dah kenyang, mula la meragam berjalan sana-sini, berdiri atas kerusi, nak lompat-lompat macam di rumah....hmm...*sigh*

Kemudiannya, jalan-jalan ke JUSCO. Hasrat hati memang nak sambar juga 1, 2 benda. Tetapi bagai dikatalahkan...penat sangat rasanya. Mengejar Tuan Puteri tu ke sana-sini, dengan mata nak mencari barang lagi....:(. Nasib jugalah dapat apa yang dicari......Beg dan sandal....


Tapi kan....nama pun pergi dengan Puteri yang sangat bertuah ni, memang la payah. Siap paksa lagi saya beli bag warna merah tu, sandal tu pun kalau boleh warna merah juga. Terpaksalah saya pakat dengan si Promoter tu untuk tukar di kaunter nanti. Haisshhhh...sandal merah???? Aduss....... Tak sanggup la mama nak guna hari-hari sayang....:)


Hikhikhik, ini kasut untuk dinner. Bukan baru dibeli semalam, tetapi minggu lepas.....:)


Balik rumah, hari pun dah petang. Bila malam tiba, perut pun mula menyanyi lagu keroncong. Saya dan bonda mula termenung, apalah menu untuk malam ini. Maklumlah, siang tadi dah berlazat dengan menu nasi hujan panas+ayam masak merah+gulai daging+acar timun. Malam ini takkanlah nasi lagi????

Buka peti sejuk, saya menggunapakai apa sahaja yang bersisa di ruangan tu. Hasilnya..... Salad Telor (lazat tau.....ada kobis, carrot, capsicum dan tomato+bawang besar dengan telur rebus dari rumah kenduri yang di gaul bersama 'olive oil dressing' yang sangat simple dan diperah dengan lemon+sedikit sos thousand island sekadar hiasan!!). Sambil-sambil memotong sayuran untuk salad, saya panggangkan ayam dalam ketuhar.....wahhhhhh...so, yummy!



See...menu yang simple bangat, tapi habis licin bonda makan tau...... Salad tu dia kata sedap sebab ada rasa manis2 dan masam2 sikit.....

Tuan puteri bertuah pula kata: 'mama ni, macam chef la!'. Hikhikhikhik....

Kembang setaman saya semalam bila tuan puteri pun makan juga salad dengan ayam panggang tu...:)



~hmm...entah la....mana datang pula yang ini....masih terkejut dan tiada kata2....*sigh....

Sunday, May 15, 2011

Jalan-jalan dengan puteri bertuah....

Hari ini adalah hari bersama keluarga. Maklumlah semalam, sehari suntuk saya kerja tau. Dari pukul 10 pagi sampailah 7 malam. Ntah hapa-hapa je kerjanya. Masalah tak juga selesai dan bakal berlanjutan lagi seminggu agaknya. Alahai....terus pening lalat rasanya semalam.

Sebaik sahaja sampai rumah semalam, si Puteri Bertuah ajak pula makan di luar. Makanya, sebaik sahaja sampai ke rumah, saya pun jatuh pengsan, sampailah pagi tadi...... Tetapi hari ini adalah hari bersama si Tuan Puteri dan keluarga. Kira melayan dia je lah kerjanya. Aktiviti kami:


Saya bawa makan ke Puncak Mutiara lagi..... Tengok, kongsi ABC dengan atok.... besar, jenuh makan....


Yang ini adalah mengejutkan.... Order Ikan Stim Asam. Ingat saiz macam yang dekat kedai biasa-biasa tu, sekali datang, mak aiii.... besarnya.......


Sampai tersandar le saya nak mengabiskan.... Walau pun nasi hanya sejemput saya ambil tetapi... saya tetap tersandar...kuikuikui....


Bawa si Puteri Bertuah ke kedai ikan.....


Baru-baru ni, kolam bonda di sabotaj, habis semua ikan mati.... Menangis bonda hari tu..... Jadinya, tadi bonda mengangkut ikan sampai tak hingat nak balik.... Adesss......

Balik rumah, saya pun letih...lepas tu pengsan.... :)...untuk sekian kalinya...hehehehehehehe

Tuesday, May 3, 2011

Menu diet-prawn salad...kuikuikui

Hmm....cuti-cuti Malaysia ye.... Kira diet pun cuti jugalah ye..... Maklumlah, bila dah ke tempat orang tu takkan nak mengada-ngada pulakan.. Itu tak nak, ini tak nak...itu tak mahu...ini tak mahu... Lagi pun, ikut je jadual orang. Makan pukul 9 malam, 9 malam le kita pun makan. Dah tak de istilah makan sebelum pukul 7 malam ke apa ke. Dah tu pula tu tengok apa benda yang saya makan masa pukul 9 malam tu????? Hukhukhukhukhuk.... sedih betul saya masa makan tu. Tapi saya nak makan jugalah sebab orang tu kata menu ni sedap.....

See..... Asam Pedas Pari Claypot Set. Set tu ngan nasi tau.... saya makan nasi??? Pada pukul 9 malam.... adoiiii.....


Bila dah makan, hmmm.... sedap tu sedaplah.... nasi tak habis juga...tapi separuh juga la.... Telur masin dia tak berapa masin sangat, ada sayur kubis ngan sambal belacan lagi.... Ringkas... tapi sesuai jugalah dengan tekak ni....:)

Makanya bila balik je rumah dah tak mo lagi dah, kembali la kepada menu-menu diet kami... 2 hidangan sayur, 1 lauk.... kalau boleh tak ada nasi ye..... Macam ini:


2 sayur 1 lauk....


Ini namanya tak tahu.... Saya hentam saja.... Sayur seperti bunga kobis, lada benggala dan lobak merah tu celur je... udang goreng tanpa minyak...kemudian gaul dengan dressing(campuran minyak zaiton+garam+gula skit+basil). Letak dalam bekas... letak le sikit thousand island tu buat rasa-rasa sedap.... kui2... makanlah kami dua beranak.... Dah puas makan sedap masa cuti-cuti.... makanya sekarang makan le menu simple-simple le pulak... hehehehehe... Tapi sedap juga... Betul.... Cuba la buat... Saya panggil ni 'Prawn Salad'-cewahhh...

Sunday, April 24, 2011

Menu hari Ahad....hehehehehe

Daging ayam, adalah antara daging yang menjadi menu pilihan masyarakat Malaysia dalam hidangan sehari-hari. Baik dalam bentuk lauk-pauk atau pun sebagai hidangan utama. Antara bahagian ayam yang memang enak dimakan dah tentulah bahagia seperti paha, kepak atau pun bahagian atas paha yang mana semua isinya licin dan berminyak bukan. Bagi orang-orang yang tengah menyahut cabaran jantung sihat bersama Quaker ni, dah tentulah bahagian tersebut dilihat dengan biji mata yang terkelip-kelip sahaja.... sambil telan airliur pula tu....

Okaylah....orang-orang macam kami ni, yang layak makannya hanyalah bahagian dada ayam gitu...(boleh bayangkan rasa dada ayam yang isinya banyak tu????). Jadinya, saya pun dah macam naik jemu lah sikit. Maka hari ini nak kelainan sikit la....saya kisarkan saya dada ayam tu dan saya jadikannya 'chicken ball'.


Dah siap jadi cam ni...dah pening pula nak buat apa....


Last sekali, jadilah sup cam ni....sayur lebih gitu....hehehehehehe.... Apa lagi yang mampu.... Kalau salut dengan serbuk roti...pastu goreng....wahhhhh lazatnya..... (tapi takkan nak goreng???? Tak de maknanya....)

Saturday, April 9, 2011

Minum Petang Di TESCO

Salam....

Tengah hari semalam, terasa garing sangat. Si Puteri Bertuah sibuk-sibuk ajak keluar. Tak sempat tunggu petang atau hari redup sikit. Makanya saya bawalah pergi jalan-jalan tapi naik keretalah....:)

Pusing-punya pusing, tak tahu nak pergi mana. Hendak ke shopping complex memang kesilapan yang besar la sebab nanti macam-macam yang mahunya. Akhirnya saya bawa dia ke TESCO sahaja. Beli 1, 2 barang yang perlu (sebab malam sebelumnya dah bershopping barang rumah). kemudiannya kami layan makan LEOMAG di situ. Dah la nak makan waffle, nak aiskrim lagi, milo ais lagi.... Habis plak tu makan...hmmm.....


Selalu Si Puteri Bertuah tak makan pun waffle, tapi kali ni berselera benar pula. Agaknya sebab di makan panas-panas kot....:)


Tunjuk sahaja, sebenarnya dia makan habis 3 ketul@1 1/2 set la.... Strawberry+butter dan juga Chocolate.... setapppp....


Baliknya terus dia terlena dalam kereta. Jenuh meriba tau sebab jauh pula perjalanan kali ini...hukhukhukhuk......

Saturday, March 26, 2011

Hari aktif sedunia...:)

Selamat hari Ahad....

Hari ini mendung saja.... Semalam pun sama, hujan lebat lagi. Semalam, hari aktif sedunia. Dari pagi sampai malam baru jumpa bilik air balik (mandi). Ye lah, pagi-pagi dah siap nak pergi Mesyuarat Persatuan (biarlah rahsia...), siap dilantik menjadi AJK pula tu. Sebenarnya, saya baru join saja. Tak tahu pun apa-apa, sekali bila kena lantik tu macam blur-blur sikit lah.

Masa pagi-pagi tu ada pula orang kantoi dengan saya. Tu lah, saya dah kata, jangan bohong, jangan jadi munafik. Tapi nak juga buat drama swasta, kisah palsu dan sebagainya. Sekali, kantoi di situ....hahahahahaha. Lepas tu terus senyap, ye lah... mesti terasa malukan, sebelum kejadian cakap lain. Masa kejadian, totally lain. Tak pe lah....biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Apa yang kita buat kat orang, itulah yang kita akan dapat balik nanti. Hari ini kita tipu orang, kita buat main-main masa depan orang, kita rasa diri kita hebat sangat sebab kita lebih sempurna dari orang yang kita tipu dan aniaya tu. Tapi kita tak tahu, bila Allah nak tarik balik sempurnanya kita tu. Jangan sampai satu hari nanti, buku bertemu ruas. Itu saja..... dah selalu tayar moto dok pusing, sekali tak sekali mesti kena juga tahi hanjing.... betul tak???? (apa punya perumpamaan daaa....)

Balik dari mesyuarat, saya meronggeng pula. Shopping dan tengok wayang. Cerita apa???? Hikayat Merong Mahawangsa ler.... Okaylah, walau pun ada sikit-sikit aksi yang tak berapa logik, tetapi usaha anak watan kita menghasilkan filem yang bermutu seharusnya dipuji. Tak adalah balik-balik cerita cinta, frust menonggeng dengan cinta. Tapi sebut bab cinta-cinta ni, dalam cerita tu kita boleh nampak sesuatu tak? Jatuh bangunnya seorang lelaki adalah kerana wanita disisinya. Cewaahhhhh... Kau jangan pandang enteng bab ni ye..... Merong ada Embok. Yang cinta dan sayangkan dia. Pergi berjuang diiringi doa dan airmata. Insyaallah berjaya. Yang si Kamawas tu plak boleh kalah sebab apa? Sebab hilang kebal, kenapa boleh hilang? Sebab perempuan la juga. Dah tak tahan nafsu tengok si Puteri Cina tu yang sengaja menggoda untuk mencuri kalung yang ada tangkal kebal tu. Tak tahu dia kena tipu kan...

'empangan kalau dah dibuka, mana boleh ditahan airnya'

Hahahahaha.... Tak faham saya mula-mula. Bila dah tengok baru faham. Cehhh!!!... Ngeri tengoklah muka si Kamawas tu. Siap ketar-ketar lagi...erk!!!!

Dah habis tengok, berkejarlah pula balik ke rumah bonda. Bukan apa, dah janji nak keluar makan. Sempena hari jadi ayahanda. Hujan lebat pun redah juga, jalan sesak pun lalu juga. Kemudiannya sampai rumah dah dekat maghrib. Lepas solat terus keluar je. Tak de mandi-mandi (mana sempat....). Tapi wangi le...sebab sembur minyak wangi...hehehehehe




Tuan empunya hari jadi pada hari semalam.



Tak sabar-sabar anak dara tu nak makan...



Kari kepala ikan ye.... di Pen Mutiara. Alhamdulillah, sedap.....:)

Balik malam tu, baru la jumpa bilik air. Mandi-mandi terus sambung kerja di PC pula. sampai pukul 2 baru tido... adoiii... Memang hari aktif sedunia... Tapi apa-apa pun, saya gembira dengan hidup saya. Hidup saya, saya yang tentukan... (dan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini....).

Mari tolong saya cari istana hinggap...boleh???

Sekarang pagi, hujan renyai-renyai kat luar. Tuan Puteri Bertuah masih dibuai mimpi sebab semalam tidur lewat dan lagi pun suasana dingin macam ni memang terlajaklah jawabnya.

Okay, saya bekerja dan bekerja sehingga mengabaikan beberapa terapi diri menyebabkan saya terasa diri saya tua sebelum waktunya. Selain daripada itu, beberapa peristiwa akhir-akhir ini membuatkan mood saya sikit terjejas. Makanya sekarang saya sedang memikirkan terapi diri yang sudah lama saya tak buat iaitu, bercuti. Ye, saya selalu pergi cuti-cuti bersama keluarga. Kali ini, saya hendak bercuti sendirian. Hehehehehe.... Bukan nak membelakangkan keluarga, cuma nak sedikit masa untuk diri. Nanti, hujung tahun giliran bersama keluarga pula, insyaallah...

Apa nak buat ye...??? Saya nak travel dengan keretapi ekspress rakyat....hehehehe... Dah lama betul tak naik keretapi. Last saya naik masa bawa family ke KL, bertahun-tahun yang lalu. Dulu masa saya belajar, keretapi ni dah jadi pengangkutan tetap pergi balik Pulau Pinang-Kuala Lumpur. Jadinya saya teringin sangat nak pergi dengan keretapi kali ini.

Sekarang saya tengah survey penginapan sepanjang masa di sana. Ada la dua hotel ni yang saya rasa okay untuk di jadikan istana hinggap buat sementara waktu:

http://www.swissinnkualalumpur.com/packages05.html
http://www.citinmj.com/reserve.php

Hmm..... tapikan, saya agak tertarik dengan Citin Masjid Jamek tu. Sebab bilik dia agak cantik dengan warna pink. Hehehehehe... kemudian siap ada Free Wi-Fi kat bilik. Ada yang sekali breakfast ada yang tiada. So, meh la tolong saya cari istana hinggap ni. Saya nak pergi ni. Tarikh cadangan; hujung minggu ini....:)

*tadi suarakan dekat bonda nak pergi bercuti. Sekali bonda sound; duit asal nak berkerak je nak pi cuti sana-sini. Cuba la simpan duit sikit....hehehehehe.... Alahai bonda, anakandamu ini, biar pape asal merata...hehehehehehe

Sunday, March 6, 2011

Apa buat semalam???

Sekarang ini dah pun pukul 3.20pagi. Saya dah tidur tadi tapi bangun semula, seterika baju, kemas barang (maklumlah nak balik umah sewa) dan sekarang up-date blog. Ye lah...sekali lagi akan bersawang untuk beberapa hari. Mungkin juga tak lama, saya akan menjenguk juga sekejap. Kesian biarkan blog ni bersawang lama-lama.

Okay, apa buat semalam???? Semalam saya banyak habiskan masa di rumah melayan si Puteri Bertuah. Biasalah, dah tinggal beberapa hari mulalah nak bermanja-manja. Nak gaduh-gaduh pun ada, nak merajuk-merajuk pun ada. Pagi-pagi tu dia taklah kawan sangat dengan saya, maklumlah bila rumah mula dipenuhi oleh sepupunya yang datang singgah sebentar. Tapi bila dah tengah hari, rumah dah kosong, dengan siap lagi dia nak berkawan dan bergaduhkan......:)

Petangnya saya sengaja bawakan dia ke Queensbay Mall. Panas betul hari semalam. Rupanya malamnya nak hujan.... Okay, masa nak masuk parking tu, penuh, padat, sendat. Kira lebih kurang dekat 40minit dok beratur nak masuk parking. Adoiii...sepatutnya jika parking dah penuh, jangan benarkan orang masuk dari awal-awal. Bila dah masuk dalam terowong tu, mana boleh patah balik....waaaaaa....... Tapi rupanya tak penuh pun, masih ada ruang kosong tapi disebabkan sikap jual ikan sesetengah manusia tu yang menimbulkan suasana sesak tadi. Parking untuk bayar tiket parking sesuka hati, bawa macam siput semata-mata nak tengok atau cari parking yang memang dah out of stock di tingkat yang rendah, ada pula yang sanggup tunggu bertenggek sampai orang keluar parking, sampai orang pula kena beratur tunggu dia yang menunggu. Tolonglah.....sesampai saja saya ke tingkat 6...nahhhh...kata orang tu, belanar......maksudnya, banyaklah tu......:)

Bawa si Puteri Bertuah tengok-tengok buku disamping saya membeli beberapa keperluan diri yang penting. Kemudiannya si Puteri merenggek kelaparan... tadi dah makan, tapi lapar lagi. Nak makan Kenny Roger's pula tu. Hah....melayanlah beberapa mimik muka dari si Puteri Bertuah ni....:)



Kategori kerek...


Kategori bosan



Kategori gembira/lazat kot...:p


Kategori manja-manja ngan tok


Dan...kategori ngantuk bangat sihhhh....terus ZZzzzzZZZzzzz dalam kereta masa on the way balik...hehehehehe

Sunday, February 27, 2011

Lunch di Puncak Mutiara Cafe-edisi bersama keluarga

Ingat tak posting saya semalam tentang makan-makan di Puncak Mutiara Cafe?? Ye lah, kita dah merasa sedap lazatnya, maka teringinlah juga nak membawa ayahanda, bonda dan juga anakanda ke sana. Makanya tadi saya yang agak-agak buta jalan ni menggagahkan diri juga ke Kg. Pelet untuk menikmati makan tengah hari disitu. Khabarnya kalau malam lagi meriah ya...tapi untuk saya yang agak buta jalan ni, biarlah saya lunch saja di sana. Kang, ke lain pula jadinya saya sebab tak berapa nak cam jalan.

Gerak dari rumah bonda dalam lingkungan 11pagi tadi, perjalanannya lebih kurang 38km dan sampailah kami pada jam lebih kurang 12 tengah hari tadi. Tak ramai sangat pelanggan sewaktu baru-baru tiba tu, tetapi bila saja dah pukul 1tengah hari...ramai pula yang menjengah ke situ. Disebabkan hari ini tidak terikat dengan sebarang agenda lain, dapatlah juga bawa si tuan puteri bertuah tu pusing-pusing tengok arnab, burung unta, ikan...malah kambing pun dia nak tengok.....


Seronok tengok arnab. Tengah panas terik pun tak apa....


Si puteri bertuah....


'us'....dah tentulah si puteri bertuah dan tuan tanah kedaung....ghegheghe


bab nih memang tak dapat nak dielakkan, siap main pondok-pondok, main kejar-kejar, kira anak tangga, apa saja lah dimainnya....


ini lunch saya....cendawan goreng dia memang lazat....silalah cuba......rangup dan tak rasa minyak-minyak pun. Ko tak makan nasi ke Fieda???? Tak... sebab semalam dah makan nasi....hehehehe....


Apalah banyak benar yang di order tu??? Sup ayam kampung (sedap...), arnab masak merah, telur dadar dan ayam kampung goreng kunyit.


Sempat posing sebelum balik....


Dah kenyang...moh le kite balik....gheghegehgeh.....


Jauh perjalanan kami tau...mendaki bukit, merentas jambatan sehingga masuk ke jalan kampung untuk makan tengahhari.....Alhamdulillah kenyang... Komen bonda:

'Lain kali kita mai malam plak, nak makan yang lain pula'.

Hmmm...kira okay le tu. Tok Timah tu, bukan semua kedai dia nak pergi tau.....memilih jugalah orangnya...:)

Friday, February 25, 2011

Lunch di Puncak Mutiara Cafe....:)

...payday!!!!

hehehehe...semalam la...so, pergilah makan-makan bersama teman sepejabat. Lima orang kami semuanya, kira muat-muat satu kereta jelah. Lokasi kali ini, Puncak Mutiara Cafe. Jauhnya perjalanan...beria betul kami pergi sebab sebelum ni hanya dengar khabar-khabar sahaja. Tapi rasa berbaloi jugalah perjalanan yang jauh ni. Makanannya pun kenalah dengan citarasa tekak ni. Suasana pun okay, lengkap dengan semua kemudahan, surau pun ada, nak lawat ladang kambing, ladang arnab, ladang segala ladang pun boleh. Tapi tak sempatlah nak jejalan kat situ sebabnya waktu dah suntuk. Marilah melayan gambar-gambar kami sewaktu di sana, ini je yang sempat...huhuhuhu:


Ini bukan kami....ini saya....hehehehe...makan bersila ye..... kepada yang tak nak bersila, duduk pun ada, jangan risau.....boleh pilih....


...kepala kelapa susu kambing...erk?? Betul ke nama minuman nih??? Lupa plak...tapi memang besar, jenuh nak minum. Rasanya? Kepala kelapa lorrr...tak de bau2 kambing pun...hehehehe


Jom makan....sempat lagi tuh....:)


Ini lunch saya semalam ye..... Kambing grill.... Okay, sedap. Tapi tengok dia punya lamb chop pun lazat....isk3...keliru betullah nak memilih makanan kat sini...hehehehe

Kongsi-kongsi makan akhirnya, semua rasa.....Nasi beriani, roti arab, lamb chop, kambing grill.....



Dah abis....nak balik dah.....

Eh! Dah sihat ke orang tu??? Tak sihat lagi.....hehehehe....tapi life must goes on kan??? Tak mengapa....saya masih dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi saya.... pada yang tak sayang tu tak pe... biarlah....hahahaha. Nanti satu hari nanti dia tahulah betapa ruginya dia tak sayang saya.... (kehkehkehkeh, ayat penyedap hati paling kerek....;p)

Sekian...:)

Sunday, February 20, 2011

Motif? Apa motif?

Salam tengah malam ya....

Tadinya saya menggodek-godek la HP saya. Lalu membuat pemindahan gambar-gambar yang memenuhi memori HP-ku. Nampaklah gambar-gambar yang ala-ala bahagia jiwa yang diambil minggu lepas. Hehehehe... tak bahagia mana pun jiwa masa tu sebab putus sudah gitu....... Putus? Siap boleh pergi jejalan bersama? Oh, tidak!!! Rasa macam tak betul je ayat tu kan..... tapi kenyataannya, begitulah.

Sebenarnya, saya sendiri agak keliru dengan status diri. Betul! Saya keliru. Bukan sahaja dengan status diri tetapi juga dengan sikap seorang lagi spesis lelaki yang ada dalam hidup saya sekarang ni. Tapi tak mengapalah.... we just let the river flow je lahkan....:'(


Kami jejalan ke Taiping.... Hehehehe.... From Taiping With Love gitu.... Selebet je masa ni tau....maklumlah jiwa ku pun seselebet ini jua....


Masa kat situ, adalah nampak coklat nih. Dulu masa kecik-kecik selalu makan ni. Balik sekolah je singgah beli. Tak ingat dah berapa sen, macam 15sen je kot. Sekarang? 50sen tau.... Menggamit memori silam betui la coklat nih....:)


Baliknya singgah pegi makan-makan di Kuala Sepetang..... Mee Udang Special. Tapi secara jujurnya, mee udang dia tak berapa terlekat di jiwa. Rasa udang yang belum masak je.... huhuhuhu. Kuah pun agak cair skit. Sebelum ni makan dekat Pulau Sayak, Kuala Muda memang layan betul. Harga pun lebih kurang sama, RM11 juga kot.


Okay, ini muka tak comel saya yang sengaja buat-buat comel. Hehehehe..... dan sipi-sipi matanya.... Hmmm...

~dikala entry ini ditulis, ada kejadian yang berlaku. Kejadiannya begini:

toink, toink..... bunyi sms daaaa...semuanya adalah sms ya dan berbunyi begini...:

dia:sya bru sampai je. nak mkn buger x

saya:...k, awak makanlah

dia:klu nak nak g hntq..:p

saya:...meh la hantaq

dia:btl ke nak? buger apa nak

saya: ...special, daging

dia: em betul ni?

saya:ya

dia:k sat g sy hntq

saya:k...kul brapa nak sampai?

dia:em bru oder 30 minit lg blh? sya dah oder tau...

saya:...erk?k, sya tgu

dia:awak tdq umah mama kn? Ok tunggu sy hntq tp bgur sejuk x pa kn.

saya:..ya

dia: ok, tggu tau

saya:k

dia:sy dah gerak ni

saya:k

Lebih kurang 24 minit berlalu, dengarlah bunyi motor di luar rumah. Sampailah si dia bersama burger yang dipesan. Punah diet sayalah jawabnya. Makan burger di tengah malam buta????

Persoalan entry pada kali ini; Motif? Apakah motif lelaki itu sanggup meredah bukit-bukau di waktu tengah malam buta setelah menempuh perjalanan 1 jam lebih dari kampung halaman semata-mata hendak menghantar sebiji burger???? Dalam erti kata lain, 'aku yang tak mengerti.....'.

Setiap yang berlaku mesti ada sebab, penyebab dan menjadi sebab. Motif? Apa motifnya kali nih????? Ya, Allah.....tolonglah daku......