Followers

Tuesday, December 7, 2010

Di kala blog bersawang kembali...huhuhuhu

Bersawang kembali???? Begitulah keadaannya blog ini. Pada dasarnya saya masih meneruskan hari-hari seperti biasa dengan rasa rindu yang mendalam untuk meng-up-date blog. Akan tetapi kesibukan kerja akhir tahun dan beberapa masalah berbangkit telah membantutkan sebentar. Insyaallah, saya sedang mencuba untuk mengembalikan momentum di blog ini seperti sediakala. Insyaallah....sila doakan untuk saya ya....:)

Sepanjang ketiadaan saya di blog ini, saya sempat juga membuat beberapa hasil kraf, tetapi belum berkesempatan nak up-load disini. Sebelum itu, silalah layan gambar budak comot ini menikmati hari-harinya bersama saya disepanjang tempoh mendiamkan diri ini:


waaa.....Pesta Pulau Pinang dah bermula ya...jadi saya bawa dia bermain-main dengan gembiranya disini.....


Mula-mula takut je, lepas tu nak satu round lagi.....:)


Yang ini pun sama juga......:)


Ini mainan yang paling wajib...tiap-tiap tahun naik. Selalu kena temankan, kali ni boleh naik sorang-sorang dah.


Kenduri-kendara di sana sini. Ini kenduri di kampung ibunda, bersama sepupunya.....


Dah balik kampung, menangislah tak mahu balik semula ke Penang....adoiii.......peninglah juga nak memujuk....:)

Wednesday, December 1, 2010

Mari cuci sawang kat sini!!!

Wahhh.....blog saya dah bersawang. Hahahahaha....

Minggu yang sibuk, bekerja secara terus-menerus tanpa cuti tau, termasuk Sabtu dan Ahad. Makanya saya keletihan. Makanya saya hanya mampu memandang sahaja fabrik yang bersusun sebab tak ada mood yang betul-betul stabil untuk aktiviti gunting-gunting dan cantum-cantum. Tetapi alkisahnya jari-jemari ni manalah boleh duduk diamkan, ada sahaja yang nak dibuatnya. Maka saya pun menggungtingkan banyak 'circle' daripada fabrik felt ini. Apa yang saya nak buat????? Nanti saya up-load ya....:)


Tak sempat siap lagi....mata dah blur2, perut dah nyanyi lagu keroncong....maka kena berehat sebentar ya...

'the circle'


Sambil-sambil tu saya nak mengimbau sikit kenangan. Lagu ini memang best, cuba hayati senikatanya ya....:). Marilah ramai-ramai hayati.....sambil cuci sawang kat blog saya nih!!!!


TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


Monday, November 29, 2010

Not in da mood to cut and patch

Everything just seem not fine....:(

Really missing somebody and not in the mood to work on cut and patch. Therefore, no updating will be going on till further notice.....hukhukhukhuk. At this moment, please enjoy this song, one of my favorite.



Thursday, November 25, 2010

Couple Pillow saya akan bertukar tangan.....

'Place mat and coaster boxed set' saya tidak jadi diambil oleh seseorang sebaliknya dia berminat pula dengan 'couple pillow-The Patch Block' sebagai hadiah di hari perkahwinan kawannya. Ada permintaan tambahan iaitu penambahan butang di bahagian belakang dan sedikit tanda ingatan di 'couple pillow' tu. Makanya tadi sambil menonton, saya pun menyiapkanlah tempahan ini sebab esok tuan yang empunya dah nak ambil ya......:)


'Friendship 4ever:zura'. Maaf ya, kena handstich saja sebab pillow ni readymade item.

Taraaa... Siap untuk dibawa dan beerti 'couple pillow' saya ini akan bertukar tanganlah nanti, siap sedia sahaja di dalam bag ini. Paperbag ni saya bagi percuma sempena promosi sehingga 1 Jan 2010. Harap-harapnya yang menerima gift ini nanti suka dan gembira.

Wedding set gift saya pun dah tinggal 1 item sahaja lagi. Tak sempat nak tambah stok....hmmm....Harap hari Sabtu dan Ahad ni sempatlah saya tambahkan stok apa yang patut...huhuhu. Itu hanya harapan...rasa macam tak dapat je, sebab kena kerja.....waaa...sedih rasa hati. Tadinya saya baru terbaca di beberapa blog kisah pasal curi-curi tempek gambar hasil kerja tangan orang dan juga kisah belian online yang tidak jujur. Sedih jugalah, sebagai seorang crafter yang bergiat di laman maya ini, sedikit sebanyak dah tentu akan terasa dengan senario ini. Saya ingat lagi, jika nak elakkan kan orang mencuri gambar di blog kita, letakkan watermark (yang saya sendiri pun agak jahil bab ini) atau pun ada code html yang tertentu. Saya pernah baca di satu blog tu, tajuknya klu tak salah: 'Jangan curi gambar saya!!', lebih kurang begitulah. Nanti saya kena cari balik ni, bukan apa, buat persediaan di masa hadapan...hehehehe.

Akhir kata, craft anda, penat anda, orang lain, jangan ambil!!!! Pada kes tipah tertipu semasa membeli secara online tu pula, memangnya kita berisiko kerana jarak pemisah antara kita, cubalah cari pembekal atau penjual yang di rekemenkan oleh kawan-kawan yang pernah membeli sahaja. Lebih selamat begini....:). Harap semua peniaga/pembekal di laman maya akan lebih telus dalam urusan perniagaan...barulah maju dan jaya, INSYAALLAH...:)

Wednesday, November 24, 2010

Saya bungkus...:)

Malam ini tiada apa pun yang saya kerjakan sebenarnya. Saya hanya sempat mengemas ruang kerja saya sedikit dan disamping itu, saya membuat pembungkusan untuk 'Sweet Roses' saya. Siap bungkus, saya letakkan asing di dalam kotak kecil. Bukan apa, nanti jika nak guna, saya boleh terus kilik kotak tu saja....:). Maklumat lanjut mengenai 'sweet roses' ini boleh klik sini ya...Sekali tengok, macam bungkus candy pun ada ni...:)


Tadi siang pun ada yang bertanyakan mengenai 'wedding gift' set iaitu 'place mat and coaster boxed set'. Makanya tadi saya pun memperkemaskan ikatan reben sebelum esoknya saya bawa ke pejabat. Untuk sepanjang bulan November dan Disember ini, kotak yang disertakan adalah percuma. Maka ramailah pula yang membeli. Saya tak sempat nak tambah stok. Harap hujung minggu ini saya bolehlah buat kerja-kerja penambahan stok...:)


Makanya, sekarang nak zzZZZZ...:)

Tuesday, November 23, 2010

Sweet Roses- Hair Clip (2)



More is coming......:)

Love my sweet roses hair clip!! The colour is cheerful and vibrant. More info will be up-dated in my gallery, tonight, hopefully....gheghegheghe....

Sweet Roses- Hair Clip

Actually, nothing much to up-date. But, I'm presenting my new sweet roses hair clip that I've completed while watching TV just now. Yeah....much more will be coming soon. How sweet it is? Just have a look on the ready item, the green and pink...


Sweet as this???? The marshmallow? Hahahaha...

Saturday, November 20, 2010

'Little Rose' Handbag untuk ibunda...

Hari ahad yang panas!! Biar pun langit di atas ada pokok-pokok hujan yang gelap merimbun, tetapi hangatnya hari ini terasa sangat.

Okay, hari ini saya bangun awal, selepas solat subuh sahaja, saya sudah memulakan kerja-kerja membuat pattern untuk produk baru saya. Maklumlah saya baru sahaja membeli beberapa jenis 'bead' yang baru. Ada yang berkilau dan ada yang comel, semuanya akan saya gunakan nanti dalam projek-projek saya yang akan datang sebagai sebahagian kemasan dan perincian.

Selain daripada untuk menghasilkan pattern yang baru untuk produk saya, saya sebenarnya sedang melangsaikan hutang saya pada ibunda. Bukan apa, sebenarnya saya sebagai seorang 'fabric crafter' yang seringkali menghasilkan bag-bag comel atau anggun untuk orang lain (...perasannya kamu ini....), maka sudah tentunya agak tercalar kewibawaanku bilamana ibunda saya ini terkial-kial membelek sesuatu di gerai jualan barangan Thailand pada minggu yang lalu. Dialognya begini:

ibunda: Eh, cantik tak bag ni?? (saya sewaktu itu, sedang membelek-belek kasut...)

saya: Cantik....(mendatar sahja bunyinya...)


ibunda: 25 ringgit, tak boleh kurang dah. Tapi tangkai dia dia pendek la pulak. La ni tak larat la nak pegang-pegang beg...(saya pandang je muka ibunda...)

saya: Ni, nak bag lagu mana?


ibunda: Kalau boleh biaq la tangkai dia ni panjang sikit. Boleh la nak selepang.


saya: (dengan muka agak-agak brutal kerana tercabar kewibawaannya...) Dah, letak balik. Nak beli bag. Pastu macam tu lah, macam ni lah.... Ni, tukang buat bag dok dalam rumah tak mau suruh buat. Lepas tu dok komplen macam tu macam ni.....


Okay2...bukan saya nak menghalang ibunda saya dari menggunakan produk orang lain atau jenama lain. Tetapi adakalanya sewaktu membeli-belah, ada sahaja yang tidak kena dengan citarasanya. Banyak poket sangatlah, pattern orang mudalah, talinya pendeklah dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, saya juga membelek hasil jahitan bag tersebut kurang memuaskan. Takut nanti jika dibeli, walaupun hanya RM25.00 kemudian baru digunakan 2,3 kali sudah mula bermasalah. Disamping itu, saya terasa jugalah, dan seharusnya saya kena mengakui, adakalanya saya mengabaikan keperluan rumah tangga dan mengutamakan pelanggan pula. Kesian ibunda saya, terkial-kial tengok orang lain dapat bag baru. Hehehehe....


Jadinya pagi tadi sewaktu saya membuat pattern dan seterusnya menggunting fabrik, ibunda datang:


ibunda: Hang buat apa pulak tu???


saya: Beg la..... (tapi kemudiannya saya diam, dia pun mesti terfikir yang beg tu untuk orang lainlah tu....)


Saya selesai menjahit sepenuhnya tepat jam 12.00. Kemudiannya, saya berikan pada ibunda. Seperti biasa masih banyak la aduan yang dibuatnya, tetapi, tepat jam 12.30 sewaktu kami sekeluarga hendak ke rumah kenduri, beg tu dah pun dibahunya.


saya: Mama! Belum basuh lagi la. Gambaq pun tak ambik lagi tau.

ibunda: Sat lagi balik ambik la gambaq.

Sabar je lah kan....hehehehe.




Pattern beg saya yang terkini. Handbag dengan tali yang boleh dilaraskan. Boleh digunakan sebagai handbag dan boleh juga dijadikan slingbag. Maklumat tambahan mengenai beg ini akan saya masukkan di galeri nanti. Saya gunakan warna 'dark brown' sebagai fabrik luar agar bonda tak katakan saya buatkan bag orang muda untuk dia pula. Dan saya hiaskan dengan rose yang comel.


Berzip dibahagian belakangnya. Senanglah nanti ibunda nak letak barangan berharga atau yang takut tercicir nanti.


Dalamnya saya gunakan fabrik bewarna terang bercorak bunga-bunga dan lengkapkan dengan satu poket kecil. Saya gunakan magnet button ye...Jika beriben-riben, payah pula ibunda nak membukanya nanti. Tengoklah, dah siap terisi dah dengan beg duit dan tisu ibunda.


Hiaskan dengan 'bead little rose' bewarna pastel agar sesuai dengan warna 'dark brown' serta sesuailah dengan citarasa ibunda saya.


Sebahagian 'bead' berbentuk roses yang comel yang saya baru beli sebagai stok. Jatuh cinta pada yang bewarna unggu tu pada mulanya, kemudian rambang pula mata nak memilih lagi. Banyak, ini hanya sebahagian. Kemudiannya terfikir, apa nak buat erk banyak macam ni. Ada ke orang nak kongsi 'bead' yang comel ni???????


Nuriel's artwork.....

When my little princess saw me doing paper cutting and create a greeting card this morning, she would like to make one for her friend too. Hmm....so tonight we spend sometime together to make a handmade multi-used envelope. See, how hard she try to make one, of course with extra guide and some helping hand from me.


Sticking process


Coloring


Final touch-up


Hahahaha...the end product. Ignore some testing 'N' made by Tok Timah.


Lately, I'm addicted to black, red and white. Me: Happy to have the beads in that color and will used it for the next project. Hmmm....:)

Friday, November 19, 2010

Buttercream and strawberry for her day....:)

How should I describe today? It's gloomy. Hmm...should I just stay at home?

But, today is my best friend wedding. Attendance is a must (as her told me early this morning...). After waiting for so long, at last she decided to get married and end-up her single status. Therefore, last night I've complete another set of place mat and coasters for her. As a gift from me to add a sweetness in her new days coming. Again, I'm using the pink and brown medallion printed cotton combined with polka-dot in cream. The cream and pink, hopefully it can be as sweet as butter-cream and strawberry for her day.



Then, I've made my own greeting card. Only a simple design using combination of cream color fancy card, polka-dot ribbon in pink and a love shape from scrap magazine. Another simple thing for her....:)


The L.O.V.E is ticking on her wedding day. Wish it will last forever....:)

* Add


The bride and her comment through sms: 'Cantik gift hang....Kalau hang tak kerja pun tak pa, buat benda ni ja....'

Hmmm...:)