Followers

Thursday, August 5, 2010

Diapers bag-on going


Hmm....tak ada apa yang agak terkini untuk di-update. Sekarang tengah cuba siapkan satu diapers bag. Belum ada yang punya.......Saja buat sebab ada fabrik 'bear yang chomel' tu......Nanti bila dah siap, akan di-uploadkan di sini ya.....:)

Monday, August 2, 2010

'Ruffle button brooch the series'

Sebenarnya tak ada apa pun nak up-date kat sini. Sekarang hanya sibuk potong-potong pattern untuk projek seterusnya sahaja. Jadi, belum ada hasil yang menarik untuk saya paparkan di sini. Maka dengan itu, saya pun menampalkan 'ruffle button brooch the series' sewaktu di awal pembikinannya hari itu. Ada yang saya dah siap pack hari itu juga dan ada yang semalam baru saya pack-kan. Macam-macam warna ada lahkan, kebanyakannya ikut kehendak orang yang memesan. Ada yang saya buatkan untuk dijadikan 'free gift' kepada pelanggan saya yang memesan hasil kerastangan sayaberjumlah RM30 ke atas.



Saya masih mengusahakan untuk menghasilkan lebih banyak. Tapi buat masa sekarang rehat dulu sekejap. Buat delivery sahaja 2 hari ni untuk pastikan workstation saya surut sedikit dan ada ruang untuk kerjatangan yang baru nanti.....

Okay, apa agaknya projek saya lepas ini? Hmmm.....mungkin saya cuba menyiapkan diapersbag...Dah siap nanti saya akan uploadkan ya...:)

Sunday, August 1, 2010

Happy Sling Bag

Hmm.....sling bag yang kedua pun siap dengan jayanya hari ini. Sebelum ini potong kain je, letak sebelah sebab macam tak berapa sihat je akhir-akhir ini.....(tak sihat dalaman ke apa nih???). Tapi tak pe.....pelan-pelan saya cuba nak recover balik. Harap lepas nih tak de la jadi macam ni lagi...:(.... Ok, apa-apa pun saya happy sangat tengok sling bag ni siap. Sebab saya boleh serahkan kat tuannya dengan leganya. Selain dari tu warna fabrik ni pun buat saya happy juga, maka saya namakan bag ini sebagai ' happy sling bag'.

Okay, fabrik ni saya beli dekat pondok craft. So, sesiapa yang berkenan dengan fabrik ni nanti boleh la jenguk-jenguk pondok craft ye....kalau nasib baik adalah. Tapi fabrik lain pun banyak, yang baru pun ada...hukhukhuk....tergoda saya memandang hari tu tau......tapi saya tabahkan hati.....(no more fabric....sebab kat rumah dah banyak!!!!).

Saya doa selalu supaya saya beroleh kesihatan yang baik, supaya saya dapat menjahit dengan jayanya. Maka saya dapat habiskan stok fabrik sediada.....dan saya dapat membeli lagi fabrik yang cantik dan menarik.....huhuhuhu....(boleh pula macam tu ye...:).....gheghgheghe...)



Taraa..... siap jugalah akhirnya 'happy sling bag' untuk Puan Rohana nih.....(sowi rrrr, tak de mood la minggu2 sebelum nih....kita kan bz...gitu...)


Okay....macam yang sebelum ni jugalah.....untuk tuan yang empunya, 'petals patch' bagi gift skit...ruffle button brooch.....:)...warna pink...


Hmmm....bahagian belakang saya buatkan satu poket kecil dengan zip.....


Bahgian dalamnya pun ada satu poket kecil dan dalamnya saya gunakan fabrik polka dot wana-wani......fabrik luar tu, Puan Rohana yang pilih sendiri.......:)

So, pas ni tido....huhuhu...(eh, ada keje lagi la.....tak boley tido...)

Bintumobira's Sling Bag

Hmmm......hari ni hari Ahad. Rehat dirumah sahaja, maklumlah, Nuriel pun demam hari ini dan mama Nuriel pun tak berapa sihat. Walaupun tak sihat tapi saya cuba juga untuk menyiapkan tempahan yang melambak ni. Bukan apa, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang. Sepanjang bulan Ramadhan ni segala tempahan tidak akan diambil sebab nak tumpu pada hal-hal rumahtangga. Contohnya, baju Nuriel nak dijahit, baju sendiri pun tak jahit-jahit lagi, ingat nak siapkan table runner atau apa-apalah untuk hal-hal rumahtangga.

Jadi pagi tadi saya siapkan sling bag untuk kawan kepada seorg kawan...hehehhe...maaflah nama sebenar tak ingat la....tapi dia suruh saya letak nama 'Bintumobira'. Kecik je dihujung. Fabrik ni dia sendiri yang pilihkan. Hasilnya, Seperti inilah:



Bag untuk Bintumobira ni, boleh dijadikan handbag......


Ok, saya hiaskan dengan 'ruffle button brooch' yang sedondon, tapi ini tak termasuk dalam spesifikasi pembuatan bag sewaktu perbincangan diadakan ya.... ini adalah 'gift' dari 'Petals Patch' untuk tuan yang empunyanya nanti...:)...harap dia sukalah...:)


Actually, boleh juga digunakan tanpa hiasan tu....hehehehe. Jadik cenggini je la bila tanpa brooch tu.....brooch tu masa emergency boleh hias kat tudung erk..mcm yang org pakai dalam entry sebelum nih....


Hah...tali boleh bagi panjang untuk dijadikan sling bag....hehehehe.....kira ala2 dua dalam satu le ni...


Bahagian dalamnya saya letakkan 1 poket kecik dari fabrik warna brown dan dalamnya si empunya pilih kain bunga-bunga....:)


Bahagian luar (belakang), saya tambahkan 1 poket kecil dan berzip......senang lah nak letak tisu ke apa ke kan....:)

Hmm....harap si empunya sukalah kan......kecik je bag ni...tak lah sebesar bag saya yang hari tu saya buat (saya punya mmg besar sebab banyak nak diisi...) hehehehe..macam-macam ada....

Friday, July 30, 2010

The picture of me?


Kess...kesss...kessss...... The pic of me? Ya, it's me..:).... With new 'tudung'. But the main motive of this pic is I'm wearing my Ruffle Button Brooch.....ghegheghe.....;p

Thursday, July 29, 2010

Delima wanita hari ini - Topik tergelincir


Cinta, apa itu cinta? Saya hari ini sekadar hendak berkongsi rasa. Jauh sikit dari topik fabrik atau Cik Nina atau gunting atau apa-apa yang sedaerah dengannya. Bukan hari ini saya membaca tentang satu artikel yang menarik hati saya, tetapi sms yang saya terima malam ini (berduyun banyaknya, tanpa saya perasan pada mulanya..) membuatkan saya teringat kembali apa yang saya telah baca di dalam majalah COSMOPOLITAN keluaran Julai 2010.

Tajuknya: Kerjaya jadi penghalang CINTA?. Okay, apa yang saya nak kongsi disini hanyalah tentang rasa, tentang pengamatan saya sahaja dan bukan sebarang maklumat yang berbentuk Ilmiah. Tetapi topiknya bukanlah tentang artikel tersebut cuma ada serba-sedikit yang berkaitan. Sebaliknya apa yang saya hendak kongsikan disini adalah tentang delima wanita hari ini, antara kerjaya, rumahtangga dan masa depan. Pertama sekali saya hanya nak menyentuh tentang CINTA. Saya pernah membaca tentang pengertian Cinta:

C-Cinta
I-Itu
N-Nikmat
T-Tetapi
A-Awas

Cinta itu nikmat, tetapi awas? Kenapa perlu awas?Jika dirujuk pada kamus, cinta beerti menaruh kasih kepada sesuatu atau seseorang. Selalunya jika cinta pada sesama manusia ini kita boleh ertikan sebagai satu perasaan yang wujud antara 2 manusia dan dalam topik ini saya cuba merujuk kepada hubungan antara lelaki dan perempuan, mungkin sepasang kekasih atau boleh jadi sepasang suami isteri. Saya pernah membaca dulu, tapi saya sendiri lupa dimana, adakalanya perasaan cinta yang wujud itu hanyalah bersifat sementara, rasa berahi dalam hati yang kemudiannya akan diakhiri dengan kekesalan dalam hidup kerana kita memilih pasangan hidup yang salah. Oleh itu, bila kita rasa kita jatuh cinta, mencintai dan ingin dicintai, beri peluang pada diri sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kita betul-betul yakin dengan apa yang kita rasa. Itu hanya cadangan, bukan satu permintaan...(just joking...).

Okay, berbalik semula pada topik asal tentang kerjaya jadi penghalang cinta. Selalulah terjadi dalam hidup kita yang kita terpaksa korbankan masa bersama orang yang tersayang, terpaksa membatalkan janji temu, terpaksa memendekkan tarikh bercuti bersama keluarga atau mungkin terpaksa menunda hari balik kampung misalnya, hanya kerana terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya. Selalunya, dan dari dulu misalnya, kerjaya sinonim dengan lelaki. Bila lelaki mementingkan kerjaya hingga tanggungjawab menguruskan keluarga diserahkan bulat-bulat di bahu para isteri, tiada siapa yang berasa pelik. Sudah menjadi tanggungjawab sang suami untuk mencari nafkah demi menyara anak dan isteri. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, wanita atau sang isteri, lebih mementingkan kerjaya di pejabat, berbanding rumahtangga yang telah dibina. Sebenarnya, wanita pada hari ini terbeban dengan tanggungjawab yang tidak kurang besarnya. Cuba menjadi seorang isteri atau ibu yang baik, cuba untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan pada masa yang sama cuba untuk memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat. Adakalanya, desakan hidup dan peningkatan kos sara hidup yang membuatkan sang isteri perlu keluar bekerja dan sang suami haruslah memahami tanggungjawab sang isteri bila sang isteri cuba untuk turut serta dalam membangunkan ekonomi keluarga.

Adakalanya sebagai lelaki, sebagai suami yang merupakan nakhoda dalam rumahtangga, sememangnya mempunyai kuasa untuk menentukan dimana, bila dan bagaimana harus sang isteri ini berada. "Saya tak mahu tahu apa kerja yang perlu awak selesaikan, tapi yang pasti awak perlu balik tepat pukul 5 nanti!", atau begini nadanya, "kalau awak masih juga mementingkan kerja awak, manjakan sangat majikan awak, awak jangan menyesal kalau hubungan kita tamat". Tidakkah pernah terfikir oleh sang suami, sepertimana juga dirinya, bilamana sang isteri bekerja, maka sang isteri harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan? Atau setidak-tidaknya, tidakkah timbul simpati sang suami terhadap isteri yang terpaksa bertungkus-lumus bermati-matian untuk sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan pada masa yang sama harus memastikan keluarganya dalam keadaan terbela. Cuba sang suami letakkan dirinya di tempat sang isteri ini, bekerja dengan beban dan seribu satu masalah serta kerenah majikan, bergegas pulang ke rumah cuba untuk memenuhi kehendak rumahtangga, memasak, mendidik anak-anak, mengemas dan melayan kehendak suami. Fikirkan. Tidakkah jauh disatu sudut hati itu seharusnya wujud perasaan belas?

Apa yang menarik perhatian saya tentang artikel tersebut adalah:

"Kami tak dapat berkomunikasi!" Itu mungkin sukar dan bahaya kerana hanya kamu yang menyokong karier si dia, sedangkan dia tidak pernah memahami tuntutan kerja kamu. Kawalnya dengan...... Buat sesuatu agar si dia memahami situasi kamu. Kongsikan serba sedikit tentang perjalan atau diari harian kamu di tempat kerja, seperti apa kamu dengar apa yang dilaluinya dipejabat. ......... Katakanlah si dia masih berkeras kepala, ada baiknya kamu berbincang dengannya mengenai status masa depan perhubungan kalian.

Ya, bukan mudah sebenarnya bagi sang isteri misalnya membuat keputusan dalam hidup mereka. Beban yang mereka tanggung adakalanya tidak mampu seorang suami untuk pikul. Bila berhadapan dengan situasi melibatkan kerjaya sang isteri akan mula berfikir untuk berhenti kerja (tetapi mampukah sang suami menyara keseluruhan ekonomi rumahtangga selepas itu?), atau mungkin mengambil jalan mudah dengan mencari kerja yang lebih bergaji murah dan kurang bebanan. Dan jika berjauhan? Apakah perlu meninggalkan kerjaya yang telah sekian lama dibina hanya untuk rumahtangga yang baru dibina. Aduh! Payah, memang payah. Adakalanya sang isteri perlukan tenaga super untuk berfikir tentang semua kemungkinan dalam hidup. Dan sang suami pula adakalanya hanya cuba menunjukkan belang, kuasa VETO yang ada dalam status lelaki mereka dan juga terlalu ego untuk bertoleransi tentang kerjaya sang isteri. Adakalanya sang suami masih meneruskan pemikiran purba yang kian lapuk, tempat isteri hanya di dapur (jadi apa perlu si isteri bekerja?), isteri perlu melayan suami tidak kira bila sahaja suami berkehendak, isteri kena ikut segala cakap suami tanpa sebarang bantahan, suami yang harus menentukan segalanya dalam hidup isteri, isteri tidak berhak langsung untuk menyuarakan pendapat atau nasihat, suami bila-bila masa sahaja menjandakan isterinya jika isterinya tidak mengikut kata?. Aduh, lelaki hari ini, berilmulah, buka mata hati, pandang dan renung sebaiknya apa itu tanggungjawab suami, dimana pula letaknya isteri.

Adakalanya saya rasa kasihan pada sang isteri yang sang suami tidak pernah cuba untuk memahami, tidak pernah cuba menyokong sang isteri dikala sang isteri benar-benar memerlukan. Kenapa perlu mengugut sang isteri untuk memberikan Tittle Lady J dan sebagainya jika sang isteri gagal untuk memenuhi kehendak sang suami yang adakalanya benar-benar memerlukan pertimbangan sewajarnya. Ketika sang isteri cuba untuk mempertahankan CINTA yang telah dibina atas rasa CINTA yang wujud antara mereka disatu ketika yang terlalu baru mahupun yang telah lama berlalu. Harusnya saya mengakui, pada hari ini terlalu ramai wujudnya lelaki pra-matang yang lahir di zaman moden dan masih menjumudkan pemikiran mereka dengan kuasa VETO yang kononnya hanya milik mereka secara mutlak. Dan ketika sang suami menjumudkan pemikirannya, sang isteri harus mula menimbangkan kembali apa yang sepatutnya. Bukan beerti disini, saya menggalakkan wujudnya lebih ramai Lady J yang sememangnya makin ramai pada hari ini, tetapi apakah erti rumahtangga andaikata tidak wujud langsung toleransi dalam perhubungan. Cubalah berkomunikasi, mencari penyelesaian terbaik, tetapi andai sang suami hanya memahami apa itu tanggungjawab sang isteri tanpa memperdulikan apa pula tanggungjawab sang suami, maka apakah harus sesuatu hubungan itu diteruskan? Tiada guna segala pengorbanan, tiada guna segala airmata, tiada guna segala kekesalan kerana itu semua tidak akan beerti jika hati lelakinya masih berkata, "akulah tuan kepada dirimu!".

* jumud - Sikap enggan berubah atau menerima pendapat orang lain ini merupakan sikap negatif yang merugikan diri sendiri. Sikap ini dalam bahasa Arab disebut jumud . Perkataan jumud berasal daripada perkataan” jamad” yang bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, jumud boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya ~ dirujuk dari internet.

Tuesday, July 27, 2010

Beg bekas air

Hmmmm....petang tadi sebelum maghrib, sempatlah saya menggodek-godek fabrik dan Cik Nina saya tu. Hmm......lepas maghrib saya sambung lagi....... then, tadaaaaa....siaplah....apa? Bekas untuk letak botol air Nuriel. Tak lah kemas sebab semuanya terkejut dan tergempar. Tak ada pattern apa-apa pun semua main belasah saja. Jadilah untuk Nuriel pakai sementara waktu. Nanti bila dah selesai semua masalah negara, dah selesai order semua, saya akan buatkan yang lainlah buat Nuriel.

Simple je saya buat bekas air Nuriel ni. Saya guna fabrik printted cotton yang ada gambar strwberry kecik-kecik (sesuailah kan untuk budak-budak). Saya gabungkan dengan 'polka dot' printted cotton jugak, warna merah menyala-nyala.......saya letakkan tali dan saya hiaskan dengan riben besar. Actually riben tu untuk saya adjustkan bukaan mulut bekas tu, samda untuk ketatkan bila botol tu dah dimasukkan. Nak elakkan dari terlucut keluar. Tapi yang sebenarnya, Botol ni betul-betul ngam-ngam je....jadi taklah longgar pun....:)



Hmmm...inilah bekas untuk botol air Nuriel. Saya letakkan nama Nuriel dan saya hiaskan dengan butang Stawberry juga....




Tengok-tengok....ini Nuriel yang punya......:)

Ok....tak ada penuntutan dari Nuriel buat masa ni lagi....boleh tengok order lain pula.....:)

Si-comot terakhir untuk bulan Julai....:)

Hmmmm...macam yang saya kata nak up-dated kan.....so, inilah 'my last si-comot the series' untuk bulan ini. Dah selesai, so lepas ini saya kena tumpu pada benda lain pula. Ada banyak lagi yang belum saya selesaikan ekoran daripada tak berapa sihat kebelakangan ni kan......(",)..???? Tak sihat? Nape erk? Hmmm.....banyaklah faktor sekeliling yang membuatkan saya tak sihat, sampai sekarang pun tak sihat juga tapi tak mahulah tangguhkan pesanan yang dah berderet ni......

Saya ada satu diapers bag yang belum selesai....untuk Nuriel pula saya dah janji nak buatkan bekas botol air Nuriel....hmmm....(hari-hari kena tuntut nih.......alahai....)... Ye...mama buat jap lagi erk.....

Hmmm.....layan je la gambar blur2 yang saya sempat snap nih.....nape ntah, akhir2 ni....snap pic je blur....blur je snap pic....ghegheghe



Tarraaa......siap....ni nak bungkus2 je nih.....pastu wat delivery..... (ala2 McD plak)


Si-comot perempuan dengan bunga di telinga



Dalamnya saya gunakan fabrik polka dot warna pink....tuannya nak sangat wana pink...:)

.

Monday, July 26, 2010

Will be next....


Nothing much to update actually, just my next Si-comot The Series is on the way to be complete.....gheghegheghe......:)

Saya terima bungkusan.....

Semalam saya terima satu bungkusan yang telah dijangka.....dari Sue (MyBotang), sebab Sue dah bagi tau kat dalam E-mail yang pengeposan sudah pun dibuat. Jadi saya tunggu sajalah....hehehehhe.....


Ni lah bungkusannya.....hehehehe...


Apa ada dalam bungkusan? waaaaa.....fabrik yang saya pesan dari Sue, yang Sue bawa terbang dari Japan....hehehhee....terima kasih ya Sue....:)

Sekali tgk Sue ada buat sale lagi.....Hmmmm.....cukuplah kot, banyak sangat shopping fabrik last month....buatnya tak sempat lagi pun.....