Followers

Tuesday, July 13, 2010

Bukan kraf....:(

Petang tadi hujan renyai-renyai, aku sibuk membincangkan urusan projek yang kini sedang rancak dilaksanakan di tapak melalui telefon. Sebelah tangan lagi memegang stereng kereta, hmmmm....dah memang kerjaya aku ni memerlukan aku sentiasa 'on the move'. Jadi tak ada masalah lah untuk memegang stereng dan menukar gear dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangan memegang roti santapan atau telefon atau botol air atau apa-apa yang berkaitan. Cumanya, petang ini panoramanya agak berbeza. Nun di sana aku nampak dia berkaca mata hitam bersama rakannya yang tak berkaca mata hitam. Berbaju putih dan kacak sekali. Di tangannya bendera merah! Dan bendera itu tegak sebaik sahaja nampak keretaku.......:

dia: hah! Naik kereta sambil cakap di hp.

aku: maaf cik, saya baru balik site ni. Tadi tengah cakap ngan kontraktor, ada masalah sekejap kat site...maaf cik.....

dia: itu lain cerita. Lesen ada?

aku: ada cik.

dia: minta lesen.

aku: ya, encik....(aku berpaling untuk mengambil beg di kerusi sebelah, alamak! mana beg????)

aku: maaf cik....beg ada kat belakang. Jap saya ambik....

dia: huh! Tak payah.... Lain kali pandu kereta jangan cakap kat HP....kan rugi kalau kena bayar saman.....

aku: ya encik...saya silap...lain kali tak buat lagi....minta maaf cik.....

dia: Hah, dah, cepat jalan.....

Fuhhhh...... Alhamdulillah....selamat aku.....kalau tak rini mau burn 0.5k.... kereta meragam...kena saman pula....hukhukhukhuk..... Wiraku sayang.....tak mo meragam-ragam lagi ye pas ni......sian kat kita tau...... Lepas ni, masihkah nak buat lagi....cakap di HP sambil memandu....hmm....kalau boleh tak buat la.....hukhukhuk.....(handsfree ada tak mo guna...bukan tak mo, tak sempat tadi sebenarnya....). Apa-apa pun hari ni memang tak best la.....:(.... hukhukhuk

No comments:

Post a Comment