Followers

Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Sempena Hari Cuti Di Pulau Pinang.....

Semalam saya terima jemputan dari Cik Rinie untuk hadir ke satu majlis makan-makan katanya sempena perniagaan sulong yang bakal beroperasi. Setelah disiasat, rupanya majlis ini merangkumi harijadinya sekali. Hmmm......tak ada apa nak bawa sebagai buah tangan sebab bagitau pun saat-saat akhirkan.... Tapi sebab dah rasa macam tak best saja jika hadir tanpa apa-apa buah tangan, maka saya pun kipnap la 'simply roses - hair clip' yang sememangnya ada dalam simpanan saya untuk saya jadikan buah tangan. Harap 'birthday girl' tu sukalah kan....ghegheghe.

Hmmm...balik ke bab puteri saya yang sorang ni...macam biasalah kan....setelah nampak je baju baru tergantung terus nak rasmi. Jenuh juga la memujuk baru setuju yang petang nanti baru boleh pakai. Jadi petang itu dengan rasminya nuriel pun dengan jayanya mencuba 'dress' barunya....hehehehe.....bukan main lagi dia....


Adalah sempat snap sikit-sikit gambar dalam keterbatasan waktu tu.....

Nuriel sebelum pergi...dengan chomeynya mencuba dress baru....ghegheghe (saya rasa dia comey la....)


Hehehehe.....nuriel pun kipnap saya punya 'simply roses' tu satu.....hmmm....tapi tak pe....mmg ada niat nak buatkan satu untuk dia....


Okay....yang ini buah tangan kecil saya untuk Cik Rinie....(hahaha...sapa suh bagitau last minitkan.....kecik je la.....kalau bagitau awal2 sempat la belikan mesin jahit ke apa ke untuk jadi hadiah-betul sangat le tu...)


Hah.....ni la Cik Rinie kita yang dah mula mencomotkan dirinya melayan tetamu yang ramai.....suka dia.....(ceria sekarang ni...)


Nuriel dah jumpa kawan baru, namanya Alia.....:)


Hmmm...ramai juga lah tetamu walau katanya jemput 20 orang je(macam lebih je...)....Aisyah, Rini dan Kak Gee memberi senyuman ceria dikejauhan...ghegheghe

Okay....Seronok jugalah hari ini sebab dapat jumpa balik dengan 2, 3 orang kawan yang dah lama tak jumpa sebab dibatasi kesibukan kerjayakan. Kepada Rini....akak doakan kejayaanmu dan semoga segala urusan memulakan perniagaan ini berjalan dengan lancarnya...:)

Hmm....sebenarnya banyak yang belum lengkap kat kedai Cik Rinie kita ni. Stok baju belum masuk lagi. Tudung pun belum siap-siap digantung. Tapi mesin-mesin semua dah sedia. Yang kelakarnya....'papan tanda' pun tak pasang lagi....tapi buat juga kenduri ni....rupanya sebab birthday dia....."Happy Bestday" la adik akak yang sorang ni....:)

No comments:

Post a Comment