Minggu yang sibuk, bekerja secara terus-menerus tanpa cuti tau, termasuk Sabtu dan Ahad. Makanya saya keletihan. Makanya saya hanya mampu memandang sahaja fabrik yang bersusun sebab tak ada mood yang betul-betul stabil untuk aktiviti gunting-gunting dan cantum-cantum. Tetapi alkisahnya jari-jemari ni manalah boleh duduk diamkan, ada sahaja yang nak dibuatnya. Maka saya pun menggungtingkan banyak 'circle' daripada fabrik felt ini. Apa yang saya nak buat????? Nanti saya up-load ya....:)
Tak sempat siap lagi....mata dah blur2, perut dah nyanyi lagu keroncong....maka kena berehat sebentar ya...
Sambil-sambil tu saya nak mengimbau sikit kenangan. Lagu ini memang best, cuba hayati senikatanya ya....:). Marilah ramai-ramai hayati.....sambil cuci sawang kat blog saya nih!!!!
TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
No comments:
Post a Comment