Hmmm...dah lama sungguh saya tak buat kunjungan ke blog-blog yang selalu saya kunjungi. Maklumlah banyak kerja sungguh akhir-akhir ini. Tadinya dari pukul 4 pagi lagi dah tercogok depan PC, mengadap blog sendiri dan blog-blog orang lain. Makanya macam-macamlah yang saya updated kan diri......hehehehehe. Tetapikan, berkunjunglah ke blog si Mak Qaiser ni. Adalah baca satu entry yang agak menarik hati juga, 'Wanita Cantik Selalu Curang.......'. Eh, ye ke?????? Sebenarnya ini antara artikel dari suratkhabar. Sememangnya saya taklah pula membaca isi kandungan artikel ini untuk mengulas dengan lebih lanjut. Akan tetapi cuma tajuknya sahaja yang membuatkan saya sentap sedikit.
Samada wanita itu cantik atau tidak atau dia hanya perasan cantik, tiada apa yang dapat memastikan kesetiaan dalam diri seseorang melainkan kesungguhan hatinya untuk memelihara kesucian sebuah perhubungan. Bagaimana pula dengan lelaki yang kacak??? Hmmm....sejauhmana agaknya kesetiaan dia pada pasangan? Taklah pula saya katakan dah tentu tak setia, tapi yang pastinya, payah sungguh nak cari yang setia di zaman globalisasi ini. Bukan lelaki sahaja, malah wanita pun tidak kurangnya. Bila teknologi memudahkan jaringan dan mendekatkan perhubungan, maka kesempatan itu digunakan secara salah oleh manusia.....lelaki mahupun wanita. Sebahagiannya, bukanlah semuanya ya.....
Maka secara kesimpulannya, tidak semestinya tidak cantik memungkinkan kesetiaan. Pokok pangkalnya adalah hati. Jika niatnya baik, maka baik jualah jadinya, jika serong niatnya maka seronglah hidupnya......Tidak begitukah? Walaubagaiamana pun sudah tentu lelaki di luar sana, menyimpan impian untuk punya teman hidup yang cantik. Ye lah....itulah wajah yang hendak dipandang setiap hari, itulah muka yang nak dilihat sebaik sahaja mata celik. Akan tetapi renungi sebentar kata orang tua-tua, biarlah buruk dimata asalkan sedap di hati..... Tepuklah dada, tanyalah hati....nasib diri tak siapa yang pasti....:)
No comments:
Post a Comment