Followers

Saturday, December 18, 2010

Sekitar Cuti Hujung Minggu.......

Hmmm... Bulan Disember ini selalunya bulan bercuti bagi saya sekeluarga. Tetapi nampak gayanya tahun ini tukar la pula. Tak jadi cuti lebih banyak dari bercuti agaknya. Sebabnya, banyaklah pula peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, kerja-kerja yang tertunggak di pejabat yang perlu di selesaikan sebelum hujung tahun ini dan macam-macam lagilah cerita-ceritinya. Yang paling menyedihkan, cuti tahunan pun tak lah banyak sangat. Hanya tinggal dua hari saja lagi tau. Maka saya simpanlah untuk dibawa ke tahun hadapan. Manalah tahu kalau-kalau benar-benar perlu bercuti banyak hari di tahun hadapan....hehehehehe

Okay....walau pun tak pergi bercuti ke mana-mana, tetapi bawa jugalah si tuan puteri tu tengok-tengok dunia ni kan. Antara lokasi pada hari minggu ini adalah.....'Pesta Bunga' yang meriah betul di Botanical Garden, Pulau Pinang. Pagi-pagi lagi kami dah mula bergerak dari rumah, keadaan hari pula renyai-renyai je. Tetapi bonda tak berapa kisah, demi orkid yang menggamit pandangan matanya, dia rela berpayung sekali pun. Kali ini lokasi agak jauh makanya penatlah kaki nak berjalan. Dengan gagah hatinya, kami semua naik 'train mini' yang disediakan dengan bayaran RM1 seorang ya......budak bawah umur 3 tahun free saja.


Sediakan payung sebelum hujan......sengih memanjang sementara menunggu train....:)


Proses tawar-menawar sedang dilaksanakan oleh bonda.....mengangkut tak ingat....


Inilah yang paling tak larat.....bila si tuan puteri dah letih berjalan.....mama dialah yang jadi mangsa......waaaa....


Peace....:)


Sedang kagum...


Makan aiskrim sebelum balik....aktiviti wajib di Botanical Garden ni...:)


Makan tengah hari pula di RFC....Sungai Petani!!!!! Wahhh......tak lah dekat pun kan.....tapi layan je la bila si tuan puteri nak RFC....hehehehehe

No comments:

Post a Comment