Followers

Sunday, January 30, 2011

An Evening with Nuriel...

An evening with Nuriel....... (dalam nada lagu An Evening in Paris...)

Heheheehe.....syiok abis bila dapat luangkan masa dengan si tuan puteri bertuah ni. Masa awal pagi yang penuh angin sebenarnya. Yelah, baru je pegang kain nak gunting-gunting, dah dia sibuk-sibuk nak gunting juga. Pegang itu tak kena, pegang ini pun tak kena. Akhirnya tak berkaryalah saya bersama Cik Nina. Kira, menguli si puteri bertuah ni sajalah.......

Tengah hari tu..... untuk hilangkan bosan yang telah melanda, gara-gara tak dapat berkarya, saya pun mengeluarkan stok warna yang dah lama tersimpan tak berguna. Semangat seni tu macam-macam, nak melukis pun nak....nak menjahit kraftangan pun nak.... kira semuanya nak lah.... Sebaik sahaja keluarkan stok warna tu, apa lagi melompatlah si tuan puteri bertuah tu. Siap kucup pipi 100x lagi tanda sayang bangat lah tu.

Bermulah episod kami anak-beranak mewarna. Sengaja kali ini, saya hanya memberikan pilihan warna kepada dia; biru, merah dan hijau. Maka membiarkanlah dia mewarna sekreatif mungkin dengan 3 warna tadi di atas botol air mineral. Kira ini macam kitar/guna semula punya konsep. Dia pun dengan semangat wajanya pun mewarnalah tanpa sebarang panduan dari saya. Sambil-sambil itu saya pun cuba mempraktikkan benda yang sama. Saya melukiskan sedikit hiasan di atas bekas kaca yang kosong. Hmm....

Inilah si Tuan Puteri bertuah sewaktu makan roti canai di kedai mamak pada malam-malam sebelumnya.....:). Makan roti canai mamak yang buat cicah gula....


Ini botolnya (Island Spring Water....yeahhh....)


Penuh tumpuan....:)


Bekas kaca yang kosong, polos.....


Taraaa...dah siap.....ini mmg free-hand...+tak da perancangan.....main hentam je.....so, ada yang senget, ada yang tak seimbang, ada yang kecik besar.....Hakikatnya, saya dah lama tak pegang berus...kekok sedikit....


Disebelahnya, hasil kerja tangan si puteri bertuah, maka bertuah jugalah corak cariknya itu..... (dinding biru berdarah....sesuai tak tajuk tu?????)


Malamnya, menunya adalah Blackpepper Lamb Chop with Salad and bread... Cewahhhh....layan. Sebab utama masak ni; sebab semalam satu Pulau Pinang pegi round tapi semua kedai Western tutup, then singgah makan kat Moonrod di Bayan Baru, duduk dah dekat setengah jam, adik pelayan tu datang minta maaf bagi tau hanya nasi ayam sahaja yang tinggal (sebelum tu dah tau kedai tutup sebab ada parti hari jadi, tapi taukeh tu suruh juga tunggu, kira dia layan juga la kami yang teringin nak makan ni...). Hari ini, saya masaklah sendiri sementara mengharap Z-san bawa pegi makan dekat Gelugor pada hari-hari berikutnya....hukhukhuhuk...

Kau dan aku berbeza.....

Salam Ahad....

Hmm....Terasa benar sekarang ni kesibukan yang melampau. Sekarang semuanya kena mencuri-curi masa; curi-curi masa nak mengadap Cik Nina, curi-curi masa nak mengadap Tuan Puteri bertuah, curi-curi masa nak bawa ayahanda dan bonda jejalan dan dah tentu curi-curi masa nak gi dating ngan Z-san. Wahhh... tersangatlah sibuknya ye....:)... Tambah pula sekarang ni boss bagi mandat yang sendat sampailah penghujung Ogos ni agaknya. Maka dengan paksa relanya saya pun bertambah menyibukkan diri lagi. Sebagai bukti, semalam saya telah bekerja sehingga lewat petang.....maka hari ini cuba pula bersenang-lenang di rumah.

Apa yang nak cerita erk???? Hmmmm....sebenarnya tadi sambil-sambil melayan si Tuan Puteri tu. Sambil-sambil melayan TVIQ tu.... sambil-sambillah juga membaca blog orang lain.... Kira macam buat lawatan sambil membaca ni. Tertarik jugalah membaca satu blog tu mengenai life dia. Keluarga yang unik bagi saya, suaminya berbangsa cina dan dia melayu jati. Hmmm.... ketawa terkekek saya sebentar tadi membaca betapa berbezanya mereka termasuk dari segi rupa paras, pertuturan dan gaya hidup sehari-hari. Tapi apa-apa pun, perbezaan selalunya menjadikan kita unik dan hidup itu lebih menarik sebenarnya.

Berbezakah anda dan pasangan??? Saya??? Dah tentu berbeza. Hukhukhuk..... Apa yang bezanya? Antaranya:

1) Dia bak jari kelingking, saya bak ibu jari;
2) Dia agak bulan gerhana, saya bagai bintang di tutup kabus sikit2;
3) Dia suka tengok drama melayu, saya suka tengok cite CSI;
4) Dia suka sambal belacan, saya sokmonya nak cari cheeezyyyyy....;
5) Dah tentu tekaknya melayu, saya tekak ala-ala omputih;
6) Dia lasak-lasak, saya ala-ala gadis melayu terakhir (bila sebut sukan2 la...);
7) Dia suka makan, saya malas masak.....;
8) Dia suka tido, saya tak pernah cukup tido;
9) Dia tak suka kek atau apa-apa yang manis-manis, saya suka kek dan segala yang sesaudara dengannya;
10) Dia suka nasi, saya jarang-jarang nak makan nasi...
dan macam-macam lagilah...


Bila dah berbeza ni, selalunya akan timbulkan percanggahanlah. Contohnya nak pergi dating, saya nak makan 'Chicken Chop' dia sibuk-sibuk nak cari Tom Yam sedap..... Bila keluar jejalan, saya lebih suka pergi 'shopping complex' untuk cuci mata tetapi dia akan ajak pergi main bowling ke, pergi joging ke. Saya jam 11.00 malam ni baru banyak idea nak ber-blog atau berkarya bersama Cik Nina, dia dah nak tido masa ni dah tu siap-siap suh kita tido juga. Haisshhhh...macam-macam lagilah yang bercanggahnya. Dan yang pastinya, saya selalunya serius, dia pula segalanya bergurau..... Inilah yang paling menguji minda dan jiwa. Sebabnya, tak dapat nak pastikan bila dia cakap betul-betul dan bila pula dia cakap tak betul. Sudahnya saya simpulkan apa saja yang dia cakap semuanya memang tak betul. Dah lepas tu, ada pulalah yang makan hati......

Ni lagi satu contohnya, semangat wajalah saya yang jarang-jarang turun dapur ni mendapurkan diri. Strawberry siap di timbang-timbang (padahal main agak-agak je....):



Tengok siap berkrim bagai pula tu. Punyalah semangat waja mengisarnya.

Dan kemudiannya.....taraaaaa.....apa dia tuh???? Tu la 'strawberry mousse' yang lazat. Gigih tau menyiapkan. Tapi orang tu tak hingin nak makan pun.......waaaa....sedey betul hari tu.....


Maka selepas itu, habislah di makan oleh orang-orang office yang lainnya.....

saya: kita memang berbeza....:(

dia: memanglah berbeza...

saya: hmm.....cam na nak atasi perbezaan tuh??? (dalam nada yang bersungguh nak cari kesamaan...)

dia: hmmm...nak buat macam mana, awak perempuan, saya lelaki....memanglah berbeza. Dah tuhan bagi jadi macam tu.... (desyumm...terasa macam kena penumbuk sulung di wajah....~see....dia bergurau lagi!!!)

Tapi lagi katanya;

dia: tuhan tu jadikan berpasangan dan tak sama.

saya: .... (diam sebab ala-ala bengang kan....)

dia: kalau suami cakap banyak, isteri dia mesti pendiam. sebab kalau dua-dua cakap banyak, siapa pula nak dengar cakap... (erk??? Kira saya serius, dia boleh buat lawak la....kira titik keseimbangan ada disitulah????)

saya: ..... (pun diam lagi.....dalam hati tengah separuh bengang lagi....)

Tapi itulah sebenarnya hakikatnya. Manusia ni serba tidak sempurna maka tuhan telah jadikan kita berpasangan. Bila berpasangan ni maka dapatlah saling melengkapi. Macam antara lirik lagu PENING (Ezlynn ft. M. Daud Kilau) yang berbunyi macam ni:

......

Mungkin cara kita berbeza
Yang sama hanya rasa cinta
Berlawanan tingkah dan selera
Lebih mudah kuikutkan saja
Disitu pening kukan bermula

.......

Orang kata kita bagai tanduk bersendi daging
Namun cinta masih bagai hempedu lekat dihati

Lain, memanglah lain. Tak sama, dan memang tak serupa. Tapi seharusnya kita terima setiap perbezaan sebagai sesuatu yang positif. Maka, Insyaallah akan kekallah bahagia selamanya.... (dalam hati berdoa, moga diri ini akan selalu tabah bila diduga, diuji.....sob, sob...).

Saturday, January 22, 2011

Posting di petang Ahad yang panas.....:)

Hey!...It's Sunday...

Macamlah orang lain tak tahu kan....:). Bukan apa, saja je nak nampak seronok. Sebab esok dah tak seronok lagi. Esok dah kerja. Kena pergi kerja, kena buat kerja, macam-macam hal kerja dan ntah apa-apa lagilah pasal kerja.

Hari ini panas sangat. Seronok betul bila kita menjemur kain di ampaian masa ini kan. Terasa macam garing je. Pastu bau dia.....hmmm..... Adakalanya bau-bauan ni boleh datangkan mood untuk kita. Antara bau-bauan yang saya suka adalah seperti bau rumput atau tanah selepas hujan, bau jalan tar lepas hujan tu pun best juga.... atau pun bau kain yang baru diangkat dari ampaian sewaktu panas garing macam ni, atau pun bau kek yang baru dibakar garing dikeluarkan dari ketuhar, wahhh...sangat mengiurkan, membuatkan saya teringin nak menikmati teh lemon ketika itu. Cesss....balik-balik pasal makanan jugakan??? Manalah tak kecik...:)

Semalam saya terbaca di FB seorang rakan blogger; Zila Kassim. Dia ada tulis di blog beliau dan di FB pun dia ada tulis juga tentang cerita dia dikutuk bagai nak rak oleh seorang rakan blogger yang lain. Saya ni bukan nak turut campur dalam cerita beliau ni, akan tetapi sebagai seorang blogger yang masih muda lagi dalam dunia blog ni turut merasa tak berapa senanglah dengan tindakan hamba allah tu. Ye lah, blog kita, jadi kita punya sukalah nak tulis apa kan? Tapi, dalam hidup ni biarlah beretika sikit. Tapi terpulanglah kepada pendirian masing-masing.

Kadang-kadang bila kita buat posting, bukan main lagi seronok sampai kita tak ingat kita menyentuh sensitiviti orang lain. Atau pun kita mungkin akan memberi kesan terhadap blog orang lain pula. Melalui blog kita dapat mengekspoitasikan satu kaedah bersosial serta memanipulasi peluang yang ada, serta menjalinkan hubungan sosial dengan cara yang lebih sihat. Adakalanya bila kita menggunakan posting orang lain sebagai rujukan, mungkin lebih baik kita letakkan link kepada entry yang asal. Tujuannya supaya kita lebih menghormati kepada penulis asal atau pun kita akan lebih memudahkan orang jika ingin merujuk semula kepada entry yang asal. Tapi untuk blog yang mengutuk Cik Zila Kassim kita tu tak perlulah rasanya saya letakkan link kat sini. Sebabnya saya tak setuju dengan cara dia memberi komen dan ulasan terhadap rakan blogger yang lain. Bukan apa, adakalanya tak perlulah nak letak nama, nak merendah-rendahkan orang atau sebagainya. Jika kita tak setuju, mungkin kita boleh menegur dengan cara yang lebih berhemah. Tengok dalam TV, mana ada orang letak iklan, belilah sabun Mandibersih keluaran Busasegar (contoh le....) kerana ia lebih murah jika dibandingkan dengan Sabun FAB buku. Mesti kena saman tau....... Dia mesti letak sabun X atau XYZ atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Tetapi, setakat yang saya tahu, sepanjang saya berurusan dengan Zila Kassim, tak pernah lah bermasalah. Harga mahal tu biasalah, benda kita tak dapat buat sendirikan atau pun yang nak dibandingkan dengan yang dibeli sendiri oleh diri sendiri.....Zila pun mestilah kena ambil sedikit keuntungan untuk barangan yang dia dah dahulukan pembeliannya. Itu baru dinamakan perniagaan. Di harap sangatlah Zila dapat bersabar dan tak perlulah rasanya melayan kerenah orang yang macam ni kan. Bila dah tahu salah, tetapi masih nak bermegah kesalahan tu, maka kita biarkan sahajalah. Dia masih baru, dan belum faham sepenuhnya adat dalam dunia blogger yang kecik ni. Bukan ramai sangat pun blogger yang terlibat dalam dunia kraft ni, maka seharusnya kita hendaklah saling menyokong. Barulah dunia kraft ni makin berkembang dan maju (pendapat saya je lah....orang lain, saya tak tahulah....)


Okay...dihari yang panas terik ini, saya siapkan satu lagi pouch. Kali ini 'double zipped'. Kira ada 2 ruangan yang berbeza. Bahagian dalamnya ada satu lagi poket berzip. Nak tahu lebih lanjut, silalah jenguk ke galeri saya ye....:). Saya pun ada lagi tempahan yang perlu disiapkan....harap-harap saya juga tabah dalam menyiapkan tempahan. Bukan apa, kalau mood tak okay, sure hasilnya hampeh.......jadi bila berkarya ni jiwa kena tenang dan seronok....tak boleh stress......Harap Allah bagi saya kekuatan untuk apa saja yang sedang saya kerjakan ini ya....:)

Stawberry+coklat

Sempena balik dari Cameron Higland ni kan, segala aktiviti masih berkaitan Cameron jugalah kan. Antaranya syur-sayur kat dapur yang dimasak untuk makan tengah hari, atau pun buah-buahan untuk pencuci mulut dan segala macam yang lain. Tadinya, sempatlah juga memasak bersama Nuriel. Tak ada buat apa pun, just cairkan coklat untuk dimakan dengan strawberry dan juga roti. Biar si Nuriel yang mengerjakan.....sukalah dia....:)


Saya suka sangat warna strawberry ni.....red!!!!


'Cepat mama, coklat dia cair...'. Heboh satu dapur kalau dia yang buat kerja.....:)

Cuti-cuti Cameron.....;)


Salam....

Hmmm....semalam saya dah selamat pulang dari cuti-cuti bukan hujung minggu saya. Kiranya agak bertuahlah saya sebab dapat berehat dengan jayanya pada hari-hari berikutnya. Bukan bercuti ke mana pun kami, masih dalam Malaysia juga dan tempat yang agak rutin untuk kami pada setiap tahun. Mana lagi jika bukan Cameron Highland. Kali ini, saya memilih untuk menginap di Century Pines, Tanah Rata. Sebabnya, saya agak tertarik dengan rekabentuk bangunan dan lokasinya. Lokasinya agak strategik juga bagi saya sebab dekat dengan kedai (jalan kaki je jika nak bershopping di Tanah Rata), dekat dengan tempat makan (pun jalan kaki juga bila nak pergi makan), parking pun banyak dan mudah dan yang paling sukanya Si Nuriel ni sebab dekat dengan Taman Permainan. Sebaik sahaja sampai, petang tu sementara Tok Timah dan Atok Usop berehat-rehat di kamar, kami pun bawa si Tuan Puteri ni bermain-main di Taman Permainan ni. Wahhh.....seronoknya dia bermain-main. Kiranya sampai tak mahu ke mana-manalah. Jenuh juga lah nak memujuk supaya dia nak pergi jejalan petang tu.



Main-main....


Dan main....


Peace...:)


Nuriel dengan bag Strawberry yang baru di beli.....


Kami, dari pintu bilik yang tak berapa nak ber-balkoni ni....;)


Aktiviti wajib Tok Timah, membeli pokok bunga....


Bunga lagi....:)


Lalalalala....sarapan pagi....


Nasi impit+jem strawberry;resipi baru Nuriel.....:)


Bendera putih;peace, no war plzzzz....ghegheghe



Tujuan cuti-cuti kali ni, hanya memenuhi permintaan si Tuan Puteri. Hari-hari disebut nak ke Cameron. Dah sampai sana, dah nak balik, katanya nak pergi lagi....wahhh....jenuh la mamanya....nak pergi lagi????? Erk....tahun depan lah ye....tak pun hujung tahun ni lah ye....:)

Wednesday, January 19, 2011

Kisah benar:Tak baca pun tak pe....hehehehehe

Salam.....

Mode hari ini; *confuse, berdebar tetapi berharap saya akan bertemu dengan apa yang saya cari*-doakan saya selamat.

Cessss....kata-kata pembukaan yang tiada kepastian langsung. Hmmm....saya gembira sebab esok saya akan bercuti dan lusa juga dan tulat juga dan tungging juga. Saya akan ke satu Daerah yang memang rutin tahunan untuk saya pergi bersama bonda, ayahanda, bersama puteri tercinta dan bersama seseorang. Kehkehkehkeh..... Nak tahu ke mana kami??? Nanti.....

Okay, tadi saya terbaca satu entry dari seorang rakan blogger. Qastalani dengan tajuk:

Bofren korang (hok) kini lebih baik daripada (hok) dulu ke?

Terharu seketika masa membacanya. Ye lahkan, kita sebagai hambanya redhalah dengan segala apa yang telah ditentukan. Sesungguhnya, hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sebenarnya, dalam dunia yang semakin ketandusan lelaki dan melambaknya jantan. Terasa bertuahnya diri jika dapat mengenali spesis lelaki walau ha nya untuk seketika. Jika di tanya tentang lelaki terbaik dalam hidup yang pernah saya kenal, mestilah saya akan jawab; Rizal Sharil Zabri. Kerana dia adalah insan yang menyayangi saya sampai akhir hayatnya. Dia kotakan janjinya untuk sehidup semati dengan saya. Tak menduakan kasih dia pada saya sewaktu hayatnya. Tetapi dia pun dah pergi, makanya saya relakan kerana itu ketentuan Ilahi. Selepas dia pergi, berbagai spesis manusia yang datang dan pergi. Jika saya nak mengarang tabiat lelaki dan jantan dalam tempoh kekosongan waktu itu, rasanya saya boleh buat novel. Macam-macam yang saya jumpa.

Akan tetapi....setelah saya sendiri merasa muak dengan perangai manusia yang bernama lelaki dan jantan tu, Allah temukan saya dengan seorang lelaki yang pada pengamatan saya ketika itu, dia adalah yang terbaik yang saya jumpa selepas Rizal. Menghormati saya sewajarnya sebagai seorang perempuan dan cuba memahami saya semampu ada. Hanya Allah yang mengetahui betapa saya pernah berharap untuk dia ada dalam hidup saya. Dan sekali lagi saya katakan hanya Allah yang maha mengetahui apa yang lebih baik dan terbaik untuk saya. Dia pergi jua....jauh....walau masih ada. Dan dia pergi mungkin jua kerana saya yang berubah. Sungguh saya menangis sewaktu dia harus pergi.

Pada satu kenangan yang tersisa......(maaf, saya tak pernah beritahu pun saya telah mencuri sebelum ini....ghegheghe)


Sesuai dengan tajuk entry Qastalani tu, hok dulu dengan hok kini yang mana lebih baik??? hmm...rasanya antara manusia yang pernah saya kenali ini masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Manusia manalah yang sempurna. Seperti mana saya yang tidak sempurna, masih ada kekurangan dan tak banyak mana pun kelebihan. Sesungguhnya, saya sedaya mampu cuba untuk menerima siapa saja disisi saya sedaya mampu tanpa membandingkan dia dengan yang terdahulu. Saya pun tak mahu dibandingkan nanti. Mungkin dia bukan terbaik di mata saya, pada hari ini, tetapi mungkin itulah yang terbaik untuk saya yang Allah temukan. Hanya dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

payah menafsir hati

susah menerka rasa

entah apa yang pasti

..beralah pada kata sebuku daging dalam diri akhirnya

cuba!! mungkin dia yang kau cari selama ini....


~ saya benar berharap, di hadapan saya kini adalah yang terbaik yang telah saya pilih untuk saya, puteri dan seluruh isi hidup saya. Saya benar-benar mendamba.....

Sunday, January 16, 2011

Sad Movie (Make Me Cry)

Tolong, tolong, tolong.....mata saya dah bengkak. Seharusnya esok saya minta MC sahaja supaya officemate tak nampak mata saya yang dah bengkak ni. Macam manalah boleh bengkak?? Bukan angkara bola golf atau pun si puteri bertuah telah menumbuk mata saya, tetapi kerana menonton movie!!!! Ya....kerana movie yang baru tonton di TV sebentar tadi..... Tetiba teremosi seketika.


Movie apa ya? Ni movie-nya:


Ceritanya tentang pesakit leukemia. Bagaimana penyakit tu memberi kesan kepada keseluruhan keluarga mereka terutama ibunya yang bersungguh-sungguh memastikan si anak yang sakit dapat sembuh walaupun terpaksa mengorbankan perhatian terhadap anak-anak yang lain, mengorbankan tanggungjawab terhadap suami, kerjaya dan segalanya demi anak yang sakit. Cerita ni dah lama, cuma saya saja yang baru menonton. Ya lah, saya pernah merasai detik tu. Bila kita berusaha sedaya mampu untuk memastikan orang yang kita sayang akan sembuh, kembali seperti biasa sehingga kita mengabaikan perkara lain dalam hidup kita. Saya masih merasakan peritnya menerima kenyataan bila doktor menyatakan takkan ada lagi rawatan untuk dia dan seharusnya kami menerima segala kemungkinan dalam hidup. Dan saya masih terkilan kerana terlalu berusaha untuk mengubati sedangkan dia hanya meminta untuk pergi.


Satu lagi movie yang berjaya buat saya menangis macam ni ialah movie ini, 'Love letter' tajuknya:


Masa saya tengok movie ni, sorang-sorang. Menangis bagai nak rak, mata bengkak esok paginya. Dia pun tanya kenapa dan saya pun cerita. Dia kata saya mengarut, tengok movie sampai bengkak mata-mata. Kalau tak silap saya peristiwa tu lebih kurang 2 bulan sebelum dia sakit. Agaknya kalau sekarang saya tengok movie ni lagi, mau banjir seluruh Pulau Pinang ini adanya.

So, layan sekejap lagu ini sambil buat kerja. Memang tak ada kena mengena langsung dengan cerita-cerita di atas atau pun emosi saya ketika ini. Tapi sebab tajuk dia 'Sad Movie (Make Me Cry)' nyanyian The Lennon Sister, maka saya layan je la. Sebenarnya, lagu-lagu oldies ni agak sebati dengan hidup saya. Adakalanya saya terfikir, adakah saya telah dilahirkan di tahun yang salah???? Apa-apa pun layan je la entry pening untuk malam ini.




-. sedang menangis dengan sesak hidung tu dapatlah call yang tak terjangka. Huhuhuhu...terharu seketika. Terima kasih kerana ada.... (dia tak dapat baca pun, tapi saya tulis juga kat sini...hahahahaha).

Friday, January 14, 2011

JANDA:Topik tak pernah mati.....

Pagi tadi entry sejuk je ye....sebab pasal Waterfall....dingin je tgk air kena kat batu, memercik kena kat muka.....kira nyaman sekali ye......Tengah hari yang panas ni, sekali gus saya pun panas je.... Sepanas matahari di tengah hari terpacak ni!!!!

Pernah dengar perkataan JANDA?? Dah tentulah pernah kan.....tapi sok, sek, sok, sek bab golongan yang bergelar JANDA ni yang tak best langsung. Saya ni selalu dengar, macam-macam yang dengar dan yang paling tak tahan ialah bila orang yang dinamakan melayu ni menilai seorang JANDA. Adakalanya saya memanglah agak terkilan dengan perspektif orang melayu kita yang beragama Islam mengenai JANDA. JANDA ni seolah-olahnya pembawa masalah, hidup hanya untuk susahkan orang. Tidaklah orang-orang ini sedar yang JANDA tu adalah perempuan yang berhati dan perasaan. Pernah ke ada orang yang pada hari dia berkahwin berharap agar satu hari dalam hidupnya itu dia akan diceraikan??? Tentulah tak ada. Kalau tidak, buat apa kahwin. Perceraian yang berlaku itu tentulah ada sebab musababnya. Mungkin langkah tu tak lagi seiringan atau pun masalah lain yang kita tak tahu. Adakalanya masalah tersebut disebabkan si suami yang menyebabkan si isteri ini dengan paksa relanya bergelar JANDA. Itu jika menjadi janda kerana bercerai hidup, bagaimana pula nasibnya perempuan yang bercerai mati? Samalah juga pandangan dan tanggapan orang terhadap dirinya. JANDA tu JANDA jualah kan......

Samada sedar atau tidak, tak mudah menjadi JANDA ni. Cuba sesekali renung jauh ke depan, letakkan diri sendiri di tempat JANDA yang juga selalunya tergolong sebagai ibu tunggal ni. Berhempas pulas nak besarkan anak, mencari rezeki, siang bekerja, malam dirumah dengan anak, ada yang bekerja lebih masa hendak mencari rezeki yang lebih. Sekurang-kurangnya yang masih bersuami tu, rasalah bersyukur sebentar kerana anda bukan JANDA. Jika ada saja di kampung atau di pejabat yang memegang status JANDA saja, anda mesti dah tak senang duduk. Mula fikir yang bukan-bukan, mula nak jadi bukan-bukan dan yang paling aniaya, ada sesetengah tu putus sahabat kerana sahabatnya menJANDA. Takut sangat ye?? Hebat sangat ke JANDA sampai semua suami orang mesti terpikat dengan JANDA? Cuba sesekali yakin dengan diri, suami anda, sekiranya bukan dengan JANDA, jika sudah sampai seru beralih arah, maka beralih jua adanya. Tak kiralah dengan JANDA ke atau anak dara sekali pun kalau parah lagi isteri orang pun boleh juga.

Yang si lelaki pula, pantang sahaja nampak si JANDA, mula lah nak meminta. Seolah-olah macam bila dah JANDA ini, semuanya asal boleh saja. Seolah-olah bila dah JANDA, kemaruk sangatlah. Itu belum termasuk kes lelaki yang berkawan dengan JANDA yang berada. Tujuannya hanya satu, nak tumpang senang. Bila dah miskin hina, tinggallah si JANDA tu berputih mata. Kesian lagi dekat JANDA kan....hmm....

Bila si Teruna nak berkahwin dengan JANDA misalnya, macam-macam cerita pun ada. Pandangan orang serong pula jadinya. Serong tu pula dah tentu kepada si JANDA tu juga. Kononnya ada ilmu guna-guna la, kononnya nak ambil kesempatan la, kononnya kurang kesedaran diri la, macam-macam kononnya la. Selalunya orang kampung le yang macam ini, yang di bandar tu tak pula macam ini fikirnya. Asalkan diaorang bahagia sudah la. Artis-artis kita pun ramai sahaja yang berkahwin JANDA. Siap berbeza usia lagi. Siapa yang kisah? Ramai bukan? Tapi ada diaorang kisah? Tak lah juga bukan.... Yang nak kahwinnya mereka, susah senang mereka yang empunya diri sahaja yang akan lalui dan maha mengetahui. Sekiranya mereka yakin akan bahagia, kenapa perlu orang lain nak menghalangnya. Nabi kita pun berkahwin dengan JANDA, bukan seorang isterinya JANDA...malah banyak bukan, sebabnya dia membela nasib kaum wanita yang kehilangan suami akibat peperangan. Sudah menjadi harus, seorang lelaki membela nasib kaum wanita, melindungi bukannya menyakiti atau mengambil kesempatan.

Ada lelaki yang hari ini, sekadar mahu bersuka-suka sahaja dengan si JANDA. Bila tiba seru nak beristeri, anak dara pilihan hati. Ada macam satu kes artis hari tu juga tu.....Ye la, si JANDA tu adakalanya tak lah bergetah macam anak dara. Kalau yang dah beranak 4, 5 mau mengelebeh sana-sini. Tapi yang pentingnya tahu jaga diri, tahu jaga rumah tangga, tahu bawa diri..... Yang fizikal tu boleh dibaiki, ada juga banyak JANDA-JANDA yang lebih sempurna fizikalnya dari anak dara. Dan yang paling kelakar saya baca 'statement' seorang blogger ni.

pernah dengar kan orang kata ‘kurang kurang kahwin dengan janda, memang dah tau dia tu janda. tapi kahwin dengan anak dara, confirmkah dia itu dara?’ wuwuwwuuuu..

Nak baca lebih lanjut, sila la terjah sini.


Betulkan? Kadang-kadang saya memang betul-betul terkilan hati dengan sikap orang kita terhadap wanita yang bergelar JANDA. Bukankah golongan seperti itu adalah golongan yang perlu dibela, dilindungi dan dikasihani. Bukan suka-suka mereka meminta simpati, adakalanya mereka memang perlu dimengerti. Hidup seorang diri, mencari nafkah, membesarkan anak, susah-payah, sakit pening siapa yang kisah. Bila keluar bekerja siapa pula hendak tengokkan anak, jika tak bekerja siapa pula nak menyuapkan makan-minum sehari-hari. Janganlah memandang golongan JANDA ini murah sangat, semuanya boleh saja. Asal JANDA saja, menggatallah kepakarannya. Tak patut betul la..... Tengok, sampai ke Kopi pun orang letak nama kopi JANDA. 'Bukan nak menggoda cuma nak berniaga'???.
Haishhh.....tak faham betullah saya. Hebat sangat ke perkataan JANDA tu??? Atau hina sangatkah menjadi JANDA???? Fikir-fikirkanlah balik.....

isteri: Jangan hanya tahu berkata, tapi tak mengerti apa yang dikata. Bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak merasa. Merasalah bersyukur sementara anda masih ada waktu.

suami: Jika niat hendak membela, tak salah tapi jika niat sekadar bersuka, fikirlah sejauhnya. Tak mustahil jika satu hari nanti apa yang kita buat dekat orang tu akan berbalik semula pada kita, jika bukan anak, cucu, cicit, piut, piat.....hahhhh....fikirkan lah....

ibu bapa atau kawasan yang sewaktu dengannya: Janda ni manusia juga, perempuan begitu jua. Yang bezanya dia dah berkahwin sahaja. Tapi masih manusia bukan???? Ada hati dan perasaan bukan.....??? Seharusnya diberi peluang bahagia bukan???Seharusnya mendapat layanan yang sama bukan???? Seharusnya hidup seperti biasa bukan???? Seharusnya mampu berdunia seperti sediakala bukan??????

JANDA: Wajarkah digeruni atau dikasihani?
JANDA: Sejauhmana disayangi atau perlukah dibenci?
JANDA: Mestikah hanya menyusahkan atau adakalanya lebih memudahkan?

Hah!! Fikir-fikirkanlah.....

Bila si Fieda di sana, sini, sinun......

Salam ya semua....selamat berhari Sabtu ya.....:)

Seronok saya hari ini tidak bekerja dan dapat menikmati masa kat rumah dan dapat ber-FB setelah berhari-hari tak memandang FB sendiri.....hehehehehe. Apa topik kali ini? Hmmm...sekadar coret-coret manja kot. Cewahhhhh....... Sebenarnya saya nak tunjuk salah satu site yang saya kunjungi baru-baru ini. Sebelum ni saya dah selalu pergi sewaktu projek pembaikan sedang dilaksanakan, tetapi sejak disiapkan tidaklah pula saya rajin nak menjenguk. Tak larat lah nak mendaki. Kalau tak silap saya, adalah juga 10 minit perjalanan daripada anak tangga yang pertama. Ya....tangga ya anak-anak.... Bila menyentuh bab mendaki ni....bab mendaki tanggalah yang saya paling lemah. Dah la memang dah lama tak bersenamkan. Semputlah jawabnya.......

Inilah air terjun yang dipanggil 'waterfall'. Kalau kat Pulau Pinang, sebut Waterfall inilah tempatnya. Salah satu punca air bersih yang masih wujud di Pulau Mutiara ni. Waterfall ini mula dibuka sejak tahun 1800 lagi kalau tak silap la. Fakta ini diceritakan oleh orang-orang lama di tempat saya bekerja la. Masa mula-mula Sir Francis Light mendarat di Pulau Pinang, mereka mencari sumber air bersih dan menemuinya disini. Tapi ye lah, dulu nak membuka kawasan yang berhutan rimba ni bukan mudah macam sekarang, cara yang digunakan adalah dengan menaburkan wang, ermmm...tak sure pula duit emas ke, dinar ke, pound sterling ke.....tapi yang pastinya duit ala2 siling le. Kemudiannya ramailah rakyat jelata dan pekerja-pekerja kapal yang mula menebas hutan rimba untuk mencari itu duit...dan secara tidak langsung.....kawasan ini pun mulalah dibuka.....(hmmm...macam tu ye....-baru saya tahu....hehehehehe). Al-kisah yang orang tu cerita la.....


Air terjunnya tinggi lah sangat. Banyak pula batu-batu. Kiranya nak mandi-manda disini tidaklah digalakkan. Dan sebenarnya pun, kawasan ini dah jadi kawasan larangan. Walaubagaimana pun, masih juga ada yang menceroboh kadang-kadang tu. Makanya, sendiri ceroboh, sendirilah tanggung jika berlaku kemalangan apatah lagi yang melibatkan nyawa.

Ehem2....dalam penat mendaki tu, sempat jualah posing sebentar dengan tudung yang dah senget-benget tu.....

Okay....ini kami. Apa kerja la si minah ni mendaki dengan baju pejabat ni. Siap selendang ala-ala ayu gitu. Sebenarnya saya datang ke sini kerana hendak membawa kontraktor melihat bumbung rata yang bocor serta memperkenalkan ahli baru di tempat kerja dengan pekerja-pekerja lain. Sementara menunggu 'hero' saya memanjat bumbung bersama kontraktor, si Asshini (ahli baru di tempat kerja ini), berhajat nak tengok 'Waterfall'. Sebab selama ini dia ingatkan 'waterfall' hanya mitos yang tidak wujud di Pulau Pinang. Maka, saya gagahkan diri untuk naik jugalah. Siap bawa handbag lagi tau....hahahahaha...berdirinya kami di atas Platform yang telah siap dibaiki, sebelum ini, platform kayu tau, asyik reput je.....sekarang? Tidak lagi......hehehehehe. Siap boleh nampak bawah lagi.....Kalau sesiapa yang berhajat nak melawat kawasan ini, sila elakkan memaikai skirt ya...kalau tak, sure orang bawah nampak...hehehehehe



Ini pula, muka saya di bawah terik mentari di Teluk Bahang Dam.....wah2....jalan saja....Bukan jalan ye anak-anak....namanya buat kerja..... Gambar Dam tu nanti-nanti le saya letak kalau ada masa. Hukhukhukhuk.... panas terik sewaktu hari kejadian, sampai sepet le mata dan hitam legam seketika. Hehehehehe.......

Sunday, January 9, 2011

Make-up & lunch pouch

Hmm.....hari minggu ini sahajalah saya berkesempatan hendak meng-update blog yang semakin bersawang ini. Ini pun saya sibuk up-date pada pukul 2 pagi ya...... Mata ala2 mengantuk tetapi sebab hati ni sayang nak tinggalkan blog ini bersawang lama-lama.

Okay....hari ini saya menyiapkan hiasan pada 'make-up pouch' saya yang sememangnya dah lama saya siapkan itu. Dan juga saya siapkan satu lagi 'lunch pouch'. 'Lunch Pouch'???? Apa tu??? Saya namakan lunch pouch sebab orang boleh isi handphone dan duit sikit-sikit dalam pouch ni untuk keluar pi lunch terutamanya orang yang tak suka bawa handbag masa lunch....:)



Inilah 'lunch pouch' saya yang berwarna pink terang ini. Maklumat lanjut mengenai pouch ini silalah jenguk ke galeri saya ye....:)


Siap berbaris ya......warna yang terang seperti zaman kanak-kanak yang riang. Saya suka sangat fabrik ini. Tapi memang kena habiskan juga sebab nak beli yang baru...kan3.....:). Lanjut mengenai pouch ni pun kena ke galeri saya juga ya....


Waaaa....ini yang paling sedey tau.......jarum ku patah.....nasib baik tak kena jari tau. Kalau tidak memang sah la MC esok..... Tapi tak MC la pun sebab tak kena kan.....hukhukhukhuk


Tutorial - Little Rose

Masih ingat lagi tak 'Little Rose Handbag' yang saya buatkan untuk bonda? Hmm....klu tak ingat boleh la rujuk sini ya....:)

Okay....hari ini saya nak kongsi cara-cara saya buat little rose yang tertempek macam di bag bonda tu ye....Simple sangat dan rasanya semua orang boleh buat. Bahan-bahannya pun sikit je:

*Fabrik (yang telah dipotong menjadi bentuk bulat-kali ini saya gunakan fabrik dari jenis linen, fabrik cotton pun boleh guna)

*Bunga rose

*Sedikit manik

*Benang dan jarum le.....:)

Simple je kan? Hmmm.....fabrik yang dipotong bulat tu silalah ikut sesedap rasa. Jika anda nakkan bunga yang besar, boleh buat bulat yang bersaiz besar dan jika hendak berlapis-lapis pun boleh juga. Untuk Tutorial kali ini, saya gunakan yang simple sahaja, 5 Kelopak, tetapi kalau kena gaya buatnya jadi macam berkelopak-kelopaklah. Sebab itu fabrik yang sesuai adalah cotton dan linen. Cara-cara nak membuatnya pula:


Ini bahan-bahannya ya.....:)


Sila lipat dua


Kemudian lipat lagi 2 (kira lipat empat laaa......)


Dah lipat dapat la bentuk ala2 segitiga macam ini dan jahitkan bucunya ya....


Lipat semuanya dan jahit....


Kemudian sila cantumkan kelopak-kelopak tersebut...


Jahitkan pada bag atau baju atau apa2 yang anda suka. Kemudiannya jahitkan manik rose dan manik-manik lain jika mahu.


Taddaaa.....dah siap pun....Simple je kan????

Ini contoh-contoh lain yang dah saya siapkan sebelum ini. Hmm....macam-macam warna ada. Sekarang saya memang suka memborong rose ni....nak buat apa banyak-banyak pun saya tak tahu...tapi dah berkenan, saya beli je la...hehehehehe...:)

Selain dari hiasan di bag atau baju, sesuai juga untuk diletakkan sebagai hiasan sepit rambut ke, cekak rambut ke....atau pun dijadikan brooch ke.....hmm...sesuai je la.....

Selamat mencuba ya...;)

Sunday, January 2, 2011

Si Comot yang hijau dan pink....:)

Ada tak kucing warna hijau?????? Hehehehe....tak ada kan, kan, kan???? Tapi saya buat juga.... Seekor warna hijau, seekor lagi warna pink!!!!... hahahahaha. Sebenarnya dah lama buat tetapi tak letak keychain-nya lagi. Jadi tadinya saya siapkan sambil-sambil menemankan si Tuan Puteri tengok TV.....:)


Nampak pelik tak??? hehehehe...katalah tidak....tak pelik kan?????...:)


Kalau dekat TV yang biasa kita tengok warna hijau antaranya Incredible Hulk, tak pun shreek....atau pun grinch!! Pink pula selalunya apa erk??? Entah lorr.....