Hari ahad yang panas!! Biar pun langit di atas ada pokok-pokok hujan yang gelap merimbun, tetapi hangatnya hari ini terasa sangat.
Okay, hari ini saya bangun awal, selepas solat subuh sahaja, saya sudah memulakan kerja-kerja membuat pattern untuk produk baru saya. Maklumlah saya baru sahaja membeli beberapa jenis 'bead' yang baru. Ada yang berkilau dan ada yang comel, semuanya akan saya gunakan nanti dalam projek-projek saya yang akan datang sebagai sebahagian kemasan dan perincian.
Selain daripada untuk menghasilkan pattern yang baru untuk produk saya, saya sebenarnya sedang melangsaikan hutang saya pada ibunda. Bukan apa, sebenarnya saya sebagai seorang 'fabric crafter' yang seringkali menghasilkan bag-bag comel atau anggun untuk orang lain (...perasannya kamu ini....), maka sudah tentunya agak tercalar kewibawaanku bilamana ibunda saya ini terkial-kial membelek sesuatu di gerai jualan barangan Thailand pada minggu yang lalu. Dialognya begini:
ibunda: Eh, cantik tak bag ni?? (saya sewaktu itu, sedang membelek-belek kasut...)
saya: Cantik....(mendatar sahja bunyinya...)
ibunda: 25 ringgit, tak boleh kurang dah. Tapi tangkai dia dia pendek la pulak. La ni tak larat la nak pegang-pegang beg...(saya pandang je muka ibunda...)
saya: Ni, nak bag lagu mana?
ibunda: Kalau boleh biaq la tangkai dia ni panjang sikit. Boleh la nak selepang.
saya: (dengan muka agak-agak brutal kerana tercabar kewibawaannya...) Dah, letak balik. Nak beli bag. Pastu macam tu lah, macam ni lah.... Ni, tukang buat bag dok dalam rumah tak mau suruh buat. Lepas tu dok komplen macam tu macam ni.....
Okay2...bukan saya nak menghalang ibunda saya dari menggunakan produk orang lain atau jenama lain. Tetapi adakalanya sewaktu membeli-belah, ada sahaja yang tidak kena dengan citarasanya. Banyak poket sangatlah, pattern orang mudalah, talinya pendeklah dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, saya juga membelek hasil jahitan bag tersebut kurang memuaskan. Takut nanti jika dibeli, walaupun hanya RM25.00 kemudian baru digunakan 2,3 kali sudah mula bermasalah. Disamping itu, saya terasa jugalah, dan seharusnya saya kena mengakui, adakalanya saya mengabaikan keperluan rumah tangga dan mengutamakan pelanggan pula. Kesian ibunda saya, terkial-kial tengok orang lain dapat bag baru. Hehehehe....
Jadinya pagi tadi sewaktu saya membuat pattern dan seterusnya menggunting fabrik, ibunda datang:
ibunda: Hang buat apa pulak tu???
saya: Beg la..... (tapi kemudiannya saya diam, dia pun mesti terfikir yang beg tu untuk orang lainlah tu....)
Saya selesai menjahit sepenuhnya tepat jam 12.00. Kemudiannya, saya berikan pada ibunda. Seperti biasa masih banyak la aduan yang dibuatnya, tetapi, tepat jam 12.30 sewaktu kami sekeluarga hendak ke rumah kenduri, beg tu dah pun dibahunya.
saya: Mama! Belum basuh lagi la. Gambaq pun tak ambik lagi tau.
ibunda: Sat lagi balik ambik la gambaq.
Sabar je lah kan....hehehehe.

Pattern beg saya yang terkini. Handbag dengan tali yang boleh dilaraskan. Boleh digunakan sebagai handbag dan boleh juga dijadikan slingbag. Maklumat tambahan mengenai beg ini akan saya masukkan di galeri nanti. Saya gunakan warna 'dark brown' sebagai fabrik luar agar bonda tak katakan saya buatkan bag orang muda untuk dia pula. Dan saya hiaskan dengan rose yang comel.
Berzip dibahagian belakangnya. Senanglah nanti ibunda nak letak barangan berharga atau yang takut tercicir nanti.
Dalamnya saya gunakan fabrik bewarna terang bercorak bunga-bunga dan lengkapkan dengan satu poket kecil. Saya gunakan magnet button ye...Jika beriben-riben, payah pula ibunda nak membukanya nanti. Tengoklah, dah siap terisi dah dengan beg duit dan tisu ibunda.
Hiaskan dengan 'bead little rose' bewarna pastel agar sesuai dengan warna 'dark brown' serta sesuailah dengan citarasa ibunda saya.
Sebahagian 'bead' berbentuk roses yang comel yang saya baru beli sebagai stok. Jatuh cinta pada yang bewarna unggu tu pada mulanya, kemudian rambang pula mata nak memilih lagi. Banyak, ini hanya sebahagian. Kemudiannya terfikir, apa nak buat erk banyak macam ni. Ada ke orang nak kongsi 'bead' yang comel ni???????
cantiknyee beads tu...mmg cantek..ni kot yg diorg bgtau cabuchon tu ek..merah ngan perple tu mmg cantek hehe..kreatif yer..letak kat beg sbg hiasan
ReplyDelete:)....sebab cantik tu terpikat, terlekat terus angkat...hehehe, nama khasnya saya tak sure, tapi yang saya tau banyak org letak sebagai hiasan di hair clip. Saya ubah sikit, letak kat bag...hehehehe
ReplyDelete