Followers

Sunday, August 28, 2011

SALAM AIDILFITRI.....

Okay, sempena hari terakhir umat Islam berpuasa hari ini, maka saya dengan jayanya ingin membuat ucapan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ye lah, manalah tahu sepanjang pembabitan saya di dunia maya mahupun di dunia nyata, ada saya mengguriskan perasaan sesiapa, terambil atau tercakap.... harap maafkanlah...:)



Ini satu-satunya kad raya yang saya dapat selain daripada kat raya di tempat kerja. Cukup menyentuh hati nurani saya sebagai ibu...... dari Tuan Puteri Bertuah ku....

'Adik tak ada babah, tapi sebab semua kawan adik tulis, adik pun tulis la......'

Syahdu menyentuh kalbu di Aidilfitri...T_T

Saturday, August 27, 2011

..the 'petals on the fence'....

Presenting my new artwork;

...the 'petals on the fence'......

ghegheghegheghe..... manik kau....kat baju raya, baru siap tadi.... Siap bunga ala-ala 3D gitu..... Hokey, sila abaikanlah segala kesengetan, segala ketidak kemasan....... I'm a beginner hokey....

Sungguh, cerita benar; menjahit manik bukan kepakaran saya. Akan tetapi, kali ini teringin nak berbaju manik segala bagai.... Nak tempah dah lewat, kemudiannya mahal le pulak.... Maka relalah menjahit sendiri. Tetapi, saya faham, bila menggunakan kepakaran, tentulah mahal sikit.... ye tak? Tak dapat disangkal lagi bila semakin cantik manik-manik tu dijahit, maka lebih mahal lagi la upahnya...:)


Anda rasa berkenan? Hmmm.... sila tak payah tempah.... Naik kematu b****t ni tau mengerjakan benda ni.....huhuhuhuhu.... pastu komen bonda; boleh la....... T_T

You Belong To Me....(may be not...)

You belong to me....Hmmm...nyanyian Tylor Swift. Ntah apa mimpi saya hari ini melayan Youtube sambil mata terjuling-juling menjahit manik.

Tajuk lagu tu, 'you belong to me'. Dah tentulah tentang cinta-cinta begitu. Bila melayan video musiknya kita boleh menafsirkan begini:

Seorang gadis yang tidak cantik bersahabat baik dengan seorang jejaka kacak yang popular dan telah mempunyai teman wanita yang juga popular. Si gadis ini memang mengambil berat dengan si jejaka. Sebenarnya dalam diam menyayangi si jejaka, tetapi kenalah sedar dirikan....diri sendiri tu tak seberapa. Makanya dia merelakan si jejaka berbahagia dengan si gadis popular.

Sebenarnyakan, bila bercinta dengan si popular, dah tentulah kerenahnya banyak. Akhirnya si jejaka sedar, tiada gadis lain yang lebih memahaminya, yang dapat menerima baik buruknya, menemaninya dalam apa jua keadaan. Rupanya telah jatuh hati juga pada si gadis. Dan ditinggalkanlah si popular akhirnya untuk bersama dengan si gadis itu selamanya.....

Hah, gitulah lebih kurang ceritanya. Ingat tak pada satu entry saya yang berkisar soalnya hati juga ni; Bertemu 'soulmate' dengan Smooth E. Berkisar tentang topik yang lebih-kurang sama, sebenarnya kita mengambil masa untuk menyedari yang sebenarnya kita sangka kita cinta, rupanya kita hanya suka. Apa yang kita perlukan dalam hidup ini sebenarnya? Bila kita merujuk kepada soal hidup dan pasangan? Sudah tentunya kita memerlukan pasangan yang mampu membuat kita bahagia, gembira, mampu memahami dan menerima kita dengan seadanya. Pasangan yang kita perlukan bukanlah seseorang yang kita mampu hidup dengannya tetapi adalah seseorang yang kita takkan mampu hidup tanpanya. Seseorang yang akan melengkapi segala kekurangan kita dan menjadikan kita sempurna. Cinta itu akan hadir bila kita saling melengkapi.

Adakalanya bila kita memiliki sesuatu, kita akan merasakan ia bukan sesuatu yang kita mahu, bukan yang kita cari atau bukan yang kita perlu. Kita ambil satu kes kajian;

Awang bercinta dengan Tipah tetapi kemudiannya dia bermain kayu tiga dan bercinta dengan Bedah. Kenapa? Kerana bagi Awang, Bedah melengkapi pakej idaman hatinya; muda belia, kaya melana, cantik jelita dan amat bertimbang-rasa. Akan tetapi Awang tidak memberitahu Tipah tentang cinta barunya, mungkin hendak main tipu-tipu kot. Akan tetapi Tipah ini bijak laksana kerana walau tak diberitahu, dia sebenarnya tahu. Maka ditinggalkanlah Awang akhirnya membina cinta atas airmatanya. Dalam hatinya menyeranah jugalah si Awang. Walaupun mulutnya menyeranah segala bagai, tetapi hati Tipah tidaklah sekejam Awang yang sanggup membiarkan Tipah, kekasih yang kononnya tidak cukup pakej; muka cukup makan malah gaji pun cukup pakai saja. Agaknya apa perasaan Tipah bila si Awang pernah berkata padanya; 'Terus-terang saya cakap, saya sama dengan awak pun sebab senang. Saya tak mahu hidup susah'. Tetapi masa tu, si Tipah masih juga terima Awang, sebab baginya biarlah hidup saling melengkapi, jika Awang hanyalah seorang pekerja yang gaji seciput, tetapi hatinya baik, apa salahkan..... Rupanya, Awang lebih tamak, bila si Bedah yang lebih kaya melana tu menerima cintanya, maka dia pun menduakan si Tipah.Berderai juga airmata Tipah setiap kali mengingatkan peristiwa itu. Mungkin ketika bercakap tu Awang tak sedar betapa Tipah terasa, sebab Awang ini adalah seorang yang kononnya STTP (straight to the point).

Bila cinta Tipah dan Awang berakhir, maka cinta Awang dan Bedah lebih rancak. Lebih meriah dengan merah-merah cinta lagi. Si Tipah tengok dengan terkulat-kulat biji mata. Apakah Tipah tak terasa? Tipah terasa... Apakah Tipah tak menangis? Hari-hari Tipah menangis..... Tapi apakah Awang tahu? Tidak.... Dia terlalu sibuk dengan Bedah, cinta hatinya.... Sampai satu saat, Awang seolah-olah tersedar dari lamunan, Tipah tak pernah marahkannya, malah membomohkannya sampai muntah darah pun tidak. Malah Tipah masih juga seperti dulu, bicaranya masih jua dalam nada yang sama, perlakuannya juga masih sama, sabarnya juga sama terhadap kerenah si Awang yang pelbagai. Sehinggakan satu saat Awang akan berkahwin lagi 3 bulan, dia masih tidak dapat melupakan Tipah, malah cemburunya meluap-luap kerana si Tipah telah mula dipikat oleh jejaka X yang dia pun tidak kenal siapa. Kebenaran sebenarnya akan nampak dek mata, bila kena ketuk kepala....

'tak boleh lupakan awak, awak terlalu istimewa...' Itulah kata-kata Awang pada Tipah suatu hari.


Akan tetapi....apa gunanya kesedaran dan kata-kata itu. Sudah terlambat untuk menyedari siapa yang kita lebih siapa sebenarnya kita sayangi dan menyayangi kita bukan? Tidak semua orang bernasib baik, dapat mengulangi semula detik manis dan terindah dalam hidup yang pernah dia miliki. Mungkin kes Awang tidak seperti cerita dalam klip video ini bila mana bila jejaka sedar dia menyayangi si gadis maka ditinggalkan sipopular serta-merta. Hidup ini sebenarnya lebih kompleks jika dibandingkan dengan video musik berdurasi 3.49 minit.

Layan video musik ni dulu.....



...ada sesuatu yang telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi...... Jadi, hargai setiap detik yang kita miliki. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Atau macam kes Awang; yang dikejar tu dah dapat, yang dikendong pun tak berciciran, tapi jika pemeluk sebesar batang kelapa, yang dikendong nak peluk yang dikejar yang baru dapat tu pun nak peluk, tak ke berteraburan jawabnya???? Hah! Renung-renungkanlah......:)


Friday, August 26, 2011

Midnight roses-simple hp pouch

Bunga mawar kembang pagi ke malam? Bunga-bunga dah tentulah kembang waktu pagi. Tapikan..... bunga ni kan...kembang je memalam.....:)


Sebenarnya order dari customer je lorrr.... satu lagi HP pouch yang serba simple..... guna fabrik printted cotton bercorak bunga mawar dengan berlatang belakangkan warna hitam.... kira macam malam la gitu...;)


Gunakan riben comel bercorak bunga-bunga dengan warna pastel dan saya hiaskan dengan butang bulat dari tempurung kelapa ni......:)

(tapi boleh si Puteri Bertuah tu kata; 'tak cantik la mama, butang dia macam FISHERMAN FRIEND la....')

Tapi....yang ini mawar betul2 punya....yang kembang mekar waktu pagi tadi.....dalam hujan2 gitu....... wangi lagi tau.... Harap ada lah yang sudi terima...... Saya bagi untuk dia ni....:)


Lagi 2 hari nak raya.......hukhukhukhuk

Salam Sabtu......

Okay, saya ada....masih aktif.....masih seperti biasa.... Tapi kenapa sunyi je kan???? Sebabnya, saya sibuk betul dengan kerja-kerja pejabat. Pastu nak cuti seminggukan...nak raya kan.... nak cuti2 Malaysiakan.... Sampaikan..... Sampaikan..... makan ni je untuk berbuka tau......


Hambeekkk...nak sangat merasa dok umah sendiri..... bujang2 kononkan..... Merasalah makan maggi dengan lazatnya......hahahahahaha


Pastukan.... Orang lain baju raya dah siap seterika ngan gantung baju raya kan.... Saya siap apa??? Baru nak terjuling2 biji mata jahit manik kat baju.... Hahahahahaha....boleh?? Memang la boleh sangat.... kehkehkehkeh......

Lagi 2 hari nak raya ni weeiiii..... Saya??? Rini pun kerja lagi....adoiiii....sadis betul!!

**Harap2 bila cuti raya ni, boleh la nak kemas2 rumah yang macam tongkang karam tu.... (orang sibuk pergi raya, saya sibuk kemas rumah.....adoiiii)

Wednesday, August 17, 2011

Bicara pada bintang...

...hapus segera titik-titik itu,
jangan sampai lencun lopak hati...
kerana...
jemariku takkan mampu menyekanya....



"...Aku tahu diri
Semua takkan mungkin
Biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
Takkan terlupa sampai kau menua
Biar saja
..."

*.....jangan pernah menipu, rasa itu akan tetap ada biar telah jenuh menyingkirnya....kenapa tidak saja biar ia disitu...dan begitu....

Monday, August 15, 2011

Pepatung pink....(untuk kamoooo)


Semalam, sewaktu saya melawat tapak saya tertarik dengan satu panorama....:)...sempat saya snap menggunakan HP saya saja..... 'Pepatung Bewarna Pink'.

Cantikkan....??? Pepatung adalah sejenis serangga yang selalunya tinggal di kawasan berair seperti kolam, tasik atau sungai. Sebenarnya, ia merupakan sejenis serangga pemangsa yang memakan nyamuk, semut atau pun lain-lain serangga kecil. Kebanyakan di Eropah, pepatung ini dikaitkan dengan kejahatan atau pun kecederaan. Ingat tak cerita 'Dragonfly' lakonan Kevin Costner. Best juga cerita tu.....:)

Tetapi, sebenarnya pepatung juga boleh dikaitkan dengan kegembiraan dan kekuatan.

*macam awak yang selalu beri saya kekuatan dan selalu ada bila saya cedera......boleh layan cenggini punya ayat....hehehehhehe...:)


Sunday, August 14, 2011

Kisah hari ini........:)

...kaki agak lenguh-lenguh....

Almaklumlah, demam masih jua belum kebah, hidung masih jua meleleh tak kira masa... Tapi, tadi dah pergi shopping di pasaraya...hehehehehe

Nak tahu satu cerita?? Cewahhh...macam nak bergossip je caranya.... Hokay, ini bukan kisah saya jumpa dengan Apex berjalan berpimpinan tangan dengan wanita pun.... Cerita tentang seorang manusia yang ntah siapa2 di mesin ATM CIMB, Kompleks Bukit Jambul!!!.Saya ni tadi selepas Zohor pergilah ke tempat yang saya sebutkan tadi untuk mengeluarkan saki-baki duit untuk bershopping (al-maklumlah juga, gaji belum lagi...). Hairan hati saya, kenapalah di mesin ATM CIMB ni panjang beno barisannya, sedangkan di ATM Maybank atau yang lain-lain paling tinggi pun 3 org. Maka saya pun busybody lah skit jeling2 tengok ke sebelah, sebab kebetulannya, mesin ATM CIMB dan Maybank hanya terletak bersebelahan. Rupanya ini ceritanya; ada seorang minah yang pada pengamatan saya bukan tempatan dan berkemungkinan adalah Myanmar sedang mengeluarkan duit. Tiba2:

dia: Tolong, tolong.... (sambil dia menggamit si lelaki Bangladesh dibelakangnya)

lelaki: Kenapa?


dia: Tak boleh... (sambil tunjuk2 jari kat screen)

lelaki: Berapa mau keluar (kemudiannya si perempuan tadi tunjuk lima dengan tangan, kira 500 kot dan lelaki menekan2 button kat situ)

lelaki: Tak boleh.... (dia kemudiannya membatalkan transaksi dan membuat lagi sekali dan lagi sekali dan lagi sekali... dan selepas bosan menunggu, lelaki Bangladesh tersebut menolongnya lagi sekali, tetapi kali ini dia buat pemeriksaan baki dulu....)

lelaki: Mana boleh....duit ada 400, tak boleh keluar 500....

Korang boleh rasa tak betapa bengangnya org yang beratur panjang di belakang tu bila dengan kenyataan tersebut???... Tapi, yang sangat pahitnya lagi.... dia masih mencuba 2,3 kali lagi selepas itu.... Samada dia baru pertama kali menggunakan mesin ATM atau dia rasa duit dalam akaun dia ada lebih lagi dari apa yang dia jangka.... Hadooiiii.......

Okay...lupakan gosip tadi. Pengajarannya, sila ukur baju dibadan sendiri, jika duit ada 10 sen jangan dok gatal2 nak keluarkan 20 sen.. hehehehe. Tadinya juga saya gunting-gunting fabrik lagi untuk buatkan satu lagi simple pouch. Hmmm.... HPnya macam blackberry tu, tapi jenama NOKIA. Apa modelnya saya tak pasti.... Main taram je....tak tahu la muat ke tak....


Tuan yang empunya kata mahukan warna pink dan putih.... Boleh yang ini???? Fabrik linen tau dikk.... akak suka sangat linen nih..... (tapi kena guna juga, klu tak, stok tak abis...tak de alasan nak beli baru....hehehehehehe)


Bahagian belakangnya saya hiaskan dengan coconut shell button.... Haishh...memang simple sangat... dah tuannya kata tak nak serabut2...


Dalamnya warna pink juga...tetapi guna printed cotton biasa...:)


*hmm....kalau tak muat??? Simpan lah masuk koleksi.......hehehehehe.....


Happy polka pouch

Status:..masih demam....

Tapi, tangan masih godek-godek bersama Cik Nina. Bukan apa, dalam kepala tu fikir macam-macam nak kena buat. Adoiiii.....

Apa yang saya buat tadi? Hmm.... ada yang order pouch untuk bawa facial cotton masa travel. Hmm.... so, pagi tadi saya mengerjakan templatenya la....


Terhasil la, 'happy polka pouch'. Satu bertali, satu lagi menggunakan flex. Roses yang bewarna hijau saya gunakan fabrik printed cotton sepenuhnya, Love pula saya gunakan gabungan printed cotton dan juga linen....:)



Bahan-bahan mentahnya...:)


Nantinya macam inilah..... Boleh la muat facial cotton tu untuk stok seminggu......:)

*Guna untuk isi duit syiling pergi bazar ramadhan pun sesuai tau....hehehehehe....

Friday, August 12, 2011

Si Kucen Chantek...

Salam Sabtu....hari ini saya demam....:(

Kata bonda; tak payah la p kerja dah demam tu. Nanti lagi melarat plak.

Tapi nampak gayanya, kena pergi kerja juga...banyak projek sedang jalan, akan jalan dan banyak paperwork yang kena disiapkan. Saya pula jenis yang tidak berapa nak harapkan orang. Nak jugak join segala site visit, nak jugak baca semua memo dan paperwork..kemudiannya menjadi letih sendiri.....=(.....

Okay, walau saya demam...walau saya ala-ala baring2 ayam.....(hahahaha, ada ke???). Masih juga jari tu tak reti nak diam.... Masih juga saya suka gunting-gunting dan jahit-jahit sesuatu untuk Tuan Puteri Bertuah saya yang seorang tu. Semalam, dia minta saya belikan hiasan untuk beg sekolahnya, spesifikasinya begini:

- warna mesti pink juga;
- ada merelit-merelit macam ni (sambil tunjuk keychain sediada...)


Oleh yang demikian, saya dengan senang hatinya membuatkan keychain sebagai hiasan begnya nanti.... :)...Hasilnya sebeginilah...:


Okay....hasil sangat comot sebab saya hanya gunakan kamera HP dan bukan kamera cap ayam saya atau Nikon d3100 yang masih kat kedai sebab belum di beli...(hmmm...ntah bilalah saya dapat beli....hukhukhuk). Seekor kucing yang cantik bewarna putih dengan latar belakang pink serta dihiasai dengan manik-manik yang berkilau-kilau dan riben merah berpolka-dot yang gedabak!!!


Sebenarnya, ia saya hasilkan dari hasil guntingan Felt Bercorak kucing ni sebenarnya, selepas digabungkan dengan felt, manik, benang dan lain-lain aksesori, maka jadilah keychain tu.....


Okay, siap digayakan secara langsung oleh Tuan Puteri Bertuah tadi...hehehehe. Keychain yang dia maksudkan tu adalah yang ada gambar budak comel yang sangat berkilat-kilat tu..... Haishhh...suka yang 'merelit' rupanya anak saya ni....:)


*boleh minta d3100 sebagai hantaran tak????? Hahahahaha....

Thursday, August 11, 2011

d'poketto potholder

Super simple but practical!

Kita tak perlu sesuatu yang terlampau indah untuk kerja-kerja comot. Kita tidak memerlukan perincian yang terlampau bila kita menggunakannya untuk aktiviti lasak dan panas. Apa yang kita perlukan sesuatu yang sangat simple tetapi praktikal untuk digunakan.....

Cewahhhh...pengenalan tak hingat, padahal kita cuma nak perkenalkan sesuatu yang kita buat tadi.....:


Perkenalkan.....d'poketto potholder saya yang sangatlah super simple. Berukuran 4 1/2" x 7 1/2". Dijahit menggunakan fabrik printed cotton bercorak strawberi yang comel....:)


Saya lengkapkan dengan poket dari fabrik printed cotton warna merah bercorak polka dot halus......


Dan...saya buat sesi pengujian tadi.....wahhhh comel2 je untuk tangan saya.... (jika tanggannya lelaki, dan gedabak? Sila gunakan 4jari anda saja ya.......;p.....)

Anyway...buat ni taklah lama. Tak sampai 1 jam termasuk kerja-kerja menggunting tau.... Suka...suka...suka....:)

To be in white....

Suddenly...it's happened and somethings is going to be happen....hmmm....

I love to be in white, make me full of energy and light. It going to make me feel complete.
In love with this calla lilies which bring the meaning of purity.

*kahkahkahkahkah...ntah hapa2...:)

Tuesday, August 9, 2011

Menu sahur....:)

Memasak, ikut resipi or ikut jari???


Saya, sebagai bujang belia di rumah sewa ni, haruslah dengan rela mengikut jari atau sedap tangan atau apa saja yang ada dalam peti....:)


Okay, mari saya perkenalkan menu sahur pada hari ini...... Fettucini in cream with peas:


Tak nampak lazat pun? Lazat la jugak untuk org yang macam saya ni...... super simple tetapi lazat. Sebenarnyakan, setiap kali nak buka puasa atau nak sahur, kepala otak ni mulalah memikir apa yang hendak dimasak. Sebenarnya di sekitar Penang ni bersepah bazar ramadhannya, tetapi sejak awal hari itu, baru 2kali rasanya saya jejak kaki ke bazar ramadhan.

Resipi rutin di rumah sewa; ayam kicap, sayur campur, ayam masak blackpepper, sup sayur, sup suun, udang masak sos, roti telor dengan kacang panggang..... Wahhh... Nama macam gah je, sebenarnya tak ada satu pun ikut resipi sebaliknya semuanya ikut sedap jari dan apa yang ada dalam peti. Jika dalam peti ada buah tomato, buat tomato tulah yang masuk dalam udang masak sos, atau ayam kicap tu....hehehehe. Sekarang tengah blur. Dah tak tahu nak masak apa, nak makan apa pun blur je...... sebab tu resipi pagi ini adalah PASTA!

*bila dah boring2 balik la makan kat rumah bonda yang berjenis sikit masakannya.... Menu kedai atau bazar ramadhan dah tak termasuk dalam senarai kerana tak berapa mampu diterima tekak..... sungguh sedey...:(

Sunday, August 7, 2011

d'lavender apron set (in progress)

Salam Ahad....

Hari ini saya bekerja....di Petals Patch bersama dengan Cik Nina ditemani Tuan Puteri Bertuah yang sangatlah membantu.....hehehehe....

Okay, pada hari ini saya sedang mengerjakan Set Apron yang dipesan oleh Puan Aida. Actually, Puan Aida minta warna Lavender tetapi saya tak berapa sudi nak semuanya dalam warna yang agak cerah. Maklumlah, apron kan....cepatlah comotnya nanti.... Oleh yang demikian, saya kombiasikan dengan warna 'blue black' ni untuk mengurangkan kecomotannya nanti....


Saya menggunakan kombinasi 'printted cotton' dengan 'linen'.



Bahagian hadapannya siap dengan satu poket yang berbentuk separuh bulat.



Okay, kelebihannya adalah, 'double face'. Boleh guna kedua-dua belah muka. Rasa dah jemu dengan warna yang satu tu, gunalah yang sebelah lagi...hehehehe. Rasa jemu lagi, kenalah buat baru...:)



Saya hiaskan dengan butang yang comel ini dan tali yang boleh dilaraskan.


Poket yang cukup dalam untuk letak senduk sekali pun, tetapi saya letak bunga je.....:)

Potholder belum jahit lagi...jap lagi lah kot....hehehehehe...rehat sekejap bersama kit kat. Opppss...puasa daa.....tak de kit kat ye...gurau je tadi...:)

Monday, August 1, 2011

Potholder segera....:)

Ramadhan itu datang lagi..... Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada banyak yang mula saya sedar. Antaranya adalah, dapur rumah sewa saya masih menggunakan tuala yang dilipat-lipat sebagai POTHOLDER!!! Jadinya bila dilipat tu, tebalnya tak payah la nak cakapkan.... Selain dari itu, jika kalut-kalut, terasa payah pula, terleret terkena tungku nanti berapi pula kan...hikhikhik.

Makanya semalam, dengan gigih dan pantasnya, saya pun buatkanlah 2 ketul potholder yang sangat simple ini. Saya gunakan fabrik printed cotton yang dah lama juga beli dan saya hiaskan dengan butang dan lace yang konon-kononnya comel la...hahahahaha. Jadilahkan.... asalkan cukup tebal untuk berfungsi memegang periuk belanga yang panas tu....:)


Hiasan yang sangat simple......



Dua muka....



Hari pertama puasa dah sibuk nak berinai...


Hasil sangat comot sebab tak reti duduk diam-diam...


Comot Nuriel pun masih comel...tapi mamanya dapat comot betul2 punya!!!!

Bila si Nuriel yang bijak membeli belah....

Hokay....kali ni kisah kasih sayang Tuan Puteri Bertuah kepada mamanya......:)

Alkisahnya dia pergi membeli-belah bersama ayahanda dan bonda, sempat bershopping sabun Carrie Junior dan bedak. Yang kelakarnya semua ada dua. Begini ceritanya:

Dia: Mama, sabun ni ada dua, satu untuk mama, satu untuk adik.... Bedak ni pun ada dua, satu untuk mama, satu untuk adik....

Saya: Oooo...untuk mama ya?

Dia: Ya, nanti bila nak pergi pantai, baru pakai tau.... Tapi masa nak masuk kolam jangan pakai. Nanti dia mencair. Bila nak pergi pantai baru pakai....supaya kita segar.....

Begitulah ayat panjang lebarnya....:)


Inilah ghupa bedak yang dibelinya......



Dan...ini gaya pemakaiannya.......

Saya: Kenapa pakai bedak di kaki saja?

Dia: Supaya kaki adik berasa segar...

Saya: Kenapa sebelah kaki saja?

Dia: Sebab adik nak, kaki yang ini berasa lebih segar dari kaki yang satu lagi.....

Saya: (kehairanan sebentar.....hahahahahaha)

~sekarang, setiap kali mandi, dia pesan suruh saya gunakan sabun Carrie Juniornya itu. Jadi setiap kali selepas mandi...mama Nuriel akan berbau seperti gula2 berperisa grape!!!!! Hadoiiii...layan je la......:)